Minggu lepas terlalu banyak jemputan open house di opis dan di luar opis. Setiap hari ada aje department kat opis tu yang menjemput untuk open house. Last weekend on Saturday ada 3 jemputan open house tetapi sempat pergi hanya satu sahaja. Tidak sempat nak pergi open house yang lagi 2 di Subang Permai dan Pandan Perdana. Sebab lepas balik dari open house yang pertama ni, i ada tetamu from Kuantan, temanku yang sama-sama akan ke UK next month. She stayed at my house last weekend for persiapan terakhir kami.
Ni nak citer open house yang i pergi tengahari tu. Jemputan daripada teman lama di UiTM, Azhar yang diadakan di restorannya di Subang Jaya USJ9. Pergi bersama-sama dengan teman Uitm gak iaitu Kamarul and Azuan. Patutnya Wirda nak joint but she can't make it last minute. So, kami bertiga aje yang pi. Last year i pernah gi restoran dia for open house gak. So, i masih ingat sikit lokasi restoran tu.
Kami sampai awal dalam jam 12.15 tengahari tetapi terkejutnya tengok orang dah ramai. Siap ada 2 buah khemah lagi di depan restoran. Rupanya kali ini dia invite customer sekali eventhough dia tak kenal customer tu. Sebab itulah ramai bebenor. Tak seperti last year yang agak santai nak makan cos he just invite kawan2 and family member. Kali ni nak makan pun macam berebut-rebut pulak. Azhar kata business dia dah agak maju tahun ni, so apa salahnya dia jemput customer sekali for this open house.
Cuaca panasnya yang amat. Nak makan pun berpeluh-peluh. Macam-macam makanan ada. Pening nak pilih. Air bandung dan teh o ais limau yang sangat sedap. Cepat laku air tu.... sampai kan beratur nak ambil air. Jujur cakap, makanan di restoran ini sangat sedap. Memang i recommend you all datang makan di restoran ni. Setiap hari di buka. Tengahari ada nasi campur dan malam pula ada ala-carte...boleh order makanan panas. Makanan istimewa di sini ialah ubi kayu rebus yang dimakan dengan kelapa dan sambal tumis. Setiap hari mesti ada sesuai dengan nama kedainya Restoren Ubi Kayu. Proud with you my friend!!I
Address this restaurant :
Restoran Ubi Kayu
No.2, Jalan USJ 9/5N
Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
2 comments:
bila teringat zaman itm dulu si azhar ni le antara yg paling kuat berjimat. bila aku ngan kamarul gi makan kat Kenanga Inn dia jarang ikut. Kalo makan kat KFC lagi le dia tak nak join. So taht's why aku rasa bangga dgn achievement dia skrg. Why not kita buat restoran azhar as our venue for a monthly get to gether.
GG - Yelah aku mmg bangga dengan pakcik ni. Samping tu boleh lah kita dapat makan free selalu...hehehe. Jangan marah yea ja'ar!!
Wokay....boleh gak...restoren ubi kaya jadi venue for our monthly meeting...boleh ke ja'ar???
Post a Comment