Ads

September 24, 2011

Raya Lagi .....


Sambung lagi kisah raya yang tak sempat aku nak upload di sini.


Gambar ini semasa aku pi beraya ke rumah my cousin Abg Udin dan Aivy di Bukit Bandaraya, Shah Alam. Sebelum tu pi beraya ke rumah sorang lagi cousin Abg Lutfi di Pantai Dalam tetapi aku tak sempat lah pulak nak mensnapping..hehehe.


Juadah yang di sediakan di Shah Alam tu ialah nasi impit dimakan dengan kuah lodeh, sambal tumis udang dan rendang ayam. Sedap tuan rumah masak...terima kasih banyak-banyak. Lepas tu terus heading to Bangi rumah sedaraku juga Kak Bedah. Pun aku lupa nak snap gambar. Bila perut dah kenyang, badan dah letih dan mata dah ngantuk....segala-galanya malas kan. Nak kuarkan camera dari beg pun malas......teruk betul aku ni ahaksss. Juadah kami pada hari itu ialah Nasi Arab Saba' dan laksa Penang. Sedappppp nasi arab tu.....yummy!!!! (menyesal aku tak amik gambar)


anak sapor lah ni??

ni pun sama...anak saporlah ni



masa ni kat umah Aivy di Shah Alam



sakan kami bergambar




masa ni barulah nampak ayah Aivy yang baru balik berjalan. Ayahnya ialah sepupu ayahku.



----------------------------------------------------------------





Gambar-gambar ni pula semasa tetamu datang beraya ke rumah ku. Ramai sungguh yang datang...sehinggakan aku tak sempat nak snap semua gambar. Ni pun gambar-gambar yang aku sempat snap ajer. Kalau tak ....aku kat dapur ajer kerjanya.


Juadah ketika ini ialah Nasi Tomato masakan bondaku. Sehingga menjilat jiwa semua orang makan...sedapppp. Habis seperiuk besar nasi ketika tu....Alhamdulillah rezeki orang yang datang beraya. Juadah lain yang bondaku masak di hari lain ialah Soto, Mee Udang, Nasi Beriani, Nasi Arab dan Mee Goreng.




Pakcik Mat (sepupu arwah ayahku) dan abg Lutfi



tetamu sedang menjamu selera nasi tomato



tetamu seterusnya.....mak sedara dari Klang dan cousin2 aku




mak aku dan birasnya -Mak Besar dari Klang



tetamu dari Singapore...Ilal and family cousinku



next - tetamu-tetamu rakanku yang datang beraya ke rumah.






September 22, 2011

Me @ Newspaper


Selingan kejap. Cerita pasal raya tak habis lagi...aku dah melompat ke cerita lain pulak. Sebab cerita ni pendek ajer dan masih panas...so aku buat cerita ni dulu.


Aku tengah busy membuat pemilihan peserta cabaran sihat yang aku duk pulun handle sejak sebelum puasa lagi. Now tengah dalam proses agak tenat....iaitu proses pemilihan peserta. Kena screen test seorang demi seorang sebelum confirmed terpilih. Mula2 tu aku, Kevin dan pengarang iSihat kami sama-sama pilih....pastu baru hubungi peserta.


2 hari lepas... semasa proses pemilihan peserta....kami ada photo shoot. Esoknya terus masuk paper Utusan Malaysia....glamer kejap. Pagi2 masa aku tengah bersiap nak gi kerja...2-3 orang member duk message aku....wei muka masuk paper....glamer!!. Hehehe...demi kerja...bukan pasal glamer wei!!! Aku berdebar2 ada ler......


Nanti bila2 sempat aku selit sikit pasal aktiviti2 event ini. Best uolssssssss. Rugi pada sesapa yg nak kurus tapi tak nak masuk. Aktiviti yg aku buat tu memang meletopssss!!!! Ramai gak yg frust tak terpilih.




September 21, 2011

Busy Macam Nak Pengsan !!

Nak buat pengumuman sekejap
Dah lama tak update blog coz busy sangat2 macam nak pengsan. Apa yg busy sgt tu?

1. Busy buat cake...almost every nite but cake (tempahan)
2, Busy vacation ( baru balik dari nun utara)
3. Busy handle event (mcm nak tercabut nyawa aku berperang dgn kerja event ni)
4. Busy open house (kena jenguk muka kejap)

sekian...buat sementara waktu.
kesibukan aku sampai tak cukup tidur...tak cukup rehat.
tengoklah at this hour aku cuba jugak nak update blog sikit. Sgat byk cerita yang pending tak sempat nak update. Huissshhhhhhh.

p/s - tetiba rasa glamer hari ni coz muka masuk dalam paper utusan pasal event yg aku handle tu. Berdiri sebelah jejaka encem plak tu...ahaksss (gatalnyerrrrr). hahahaha

September 14, 2011

1st and 2nd Day Lebaran 2011


Sambung lagi citer pasal raya. Entah berapa entry lah aku nak wat citer raya ni. Sebab gambar raya sangatlah melambak-lambak. Al-maklum cerita raya pun banyak nak diluahkan di sini. Raya kali ni aku macam happy semacam pulak sebabnya aku dapat berjumpa dengan sanak-saudara yang jarang berjumpa dan juga berjumpa kawan-kawan yang sudi hadir beraya ke rumahku. I'm happy with my life now...thanks Allah telah mengembalikan aku yang dulu. Alhamdulillah berkat doa di bulan Ramadhan yang lalu. :)


Sesungguhnya segala kenangan pahit, dugaan hidup dan kekecewaan masa lalu membuatkan aku semakin matang dan tabah dengan kehidupan. Ia mengajar aku berfikiran jauh dan sentiasa mengingati Allah. Hikmah kekecewaan itu sungguh besar. Sekarang aku dah lupakan semuanya. Sentiasa berfikiran positif dengan segala macam dugaan yang datang. Allah akan sentiasa bersama kita.



bersalaman dan bermaafan....kalau tak salam tak dapat duit raya..hehehe.


tetamu pertama di pagi raya...pakcikku dari ipoh..cikmo and family


tetamu kedua....pakcikku dari cheras....cikwan and family


ni pulak makcikku dari ipoh....auntie (kanan) and family



sesekali berkumpul dan berborak dengan sanak saudara seronok....tetapi aku busy sangat masa ni di dapur sampaikan tak sempat nak lepak lama2....jadi maid aku hari tu



cousin dari ampang...eri and family





Pada raya pertama rumahku memang meriah dan penuh dengan tetamu. Salah satu sebabnya...atukku memang tinggal bersama kami. Jadi, di pagi raya di sinilah memang tempat kami berkumpul. Sapa kata beraya di KL tak meriah? Ia bergantung pada family kita camana....kalau ramai family di KL...tentulah meriah jadinya. Kalau family kita ajer duk KL tanpa sedara mara...memanglah boring.


Aku seperti biasa menjadi maid terhormat. Takda sapa bantu kami sebab maid pun nak beraya jugak. So, dengan rasminya aku dilantik menjadi maid di pagi raya. Mula2 pakai baju cantik semua....akhirnya tinggal baju ajer...hahahaha. Kerja aku ialah mengisi lauk-pauk yang kehabisan di meja makan, menyusun pinggan dan membasuh pinggan mangkuk. Adik aku yang bongsu memang dah kerja dia membuat air.....kena paksa baru buat. Bonda ku seperti biasa di depan melayan tetamu. Masa ni adik ipar aku pun ada tolong sikit-sikit.


Satu lagi...nasib baik tetamu yang datang tak bertembung antara satu sama lain. Tetamu in and out just nice. Kalau bertembung ramai family...pengsan mak tau!!!! Kaki ada dua dan tangan ada dua.....tak daya nak buat semua kerja.



family family makcikku dari ampang...mak arah and family



tetamu dari turkey.....business partner adikku izam....dorang memang nak beraya di sini.



tetamu dari Bangi...kak bedah and family



Lepas maghrib barulah kami keluar beraya. First house gi rumah jiran atukku...tapi aku lupa nak snap gambar. Gambar di atas pulak beraya di Cheras rumah pakcikku.



next house pulak....beraya di rumah makcikku di ampang. Balik rumah nak dekat pukul 12 malam masa ni...perut pun dah kenyang sangat.



my nephew Zarieff...posing mengada2...over nyah!!



my nephew Rayyan.....posing serious..sebab baru bangun tidur huhuhuh



satu lagi anak dan bapak posing mengada-ngada :p





Hari Raya kedua kami tutup pintu rumah rapat-rapat. Sebabnya nak pi beraya rumah sedara mara belah arwah ayahandaku. Memang setiap tahun kami takda rumah pada raya kedua. Tu pun ada gak sepupuku yang dah sampai depan rumah...tengok2 pintu rumah berkunci. Hmmmm.....jawabnya kena repeat datang lagi tu.


Adik-beradik ayahanda ku semua dah meninggal dunia kecuali adiknya yang stay kat PJ. Yang lain-lain sepupu2nya masih ada di Klang. Ikutkan banyak tempat di Klang tu nak beraya tetapi ada jugak yang dah meninggal....yg tinggal hanya anak-anak dorang ajer.





bersiap nak kuar rumah....adik2 ku masih sakan berbaju melayu







di rumah makcikku di PJ...adik kepada ayahanda yang masih ada. Kami dijamu dengan nasi impit, kuah kacang dan rendang.



di rumah sepupu ayahanda di Sri Andalas Klang...mami senah's house.Kami dijamu dengan soto daging yang sangat sedap.



berposing di kawasan garden rumah mami senah..



beraya di rumah sepupu ayahanda juga di Kg Raja Uda, Klang....mami kiah's house. kami dijamu dengan lontong dan sambal ikan bilis. Ada lagi 2 rumah yang lupa nak snap picture...hehehe.






sekian cerita raya pertama dan kedua.....nanti sambung lagi kay.



p/s- this weekend aku takda di KL sebab nak pi makan angin dan jalan-jalan cari makan nun di utara. Sajer nak rehat-rehatkan diri. Cuti2 mesia ajorrrr. Ada sesapa nak jemput aku beraya di sana??? huhuhu.









September 12, 2011

Lebaran with Family 2011


Busy sangat musim raya ni. Nak update pun takda masa. So, kali ni aku nak tunjukkan gambar-gambar raya aku sekeluarga. Raya kali ni meriah dengan keletah anak buah aku yang 4 orang tu. Pagi raya tu semua ada beraya di rumahku. Seronok mama ku bila semua anak-anak, menantu2 dan cucu2 ada bersamanya di pagi raya.


Tahun ni masing-masing dengan tema kaler baju yang meriah. Adikku yg first dengan colour pink, pastu adik ke dua dengan colour purple dan adik yang ketiga dengan colour merah. Aku dan ibuku dengan colour pink juga. Meriah uolssss....gambar raya pun nampak cun ajer.




gambar kami sekeluarga

tokma dengan cucu2nya yg semuanya hero2 belaka..huhu



pagi tu kami bersalaman dan bermaafan dengan atukku terlebih dahulu...dia memang stay kat umah aku



mama ku dengan ayahnya...atuk aku dah uzur...matanya dah tak nampak tapi badannya sihat tanpa sebarang penyakit pun...umur dah dekat 90 an.



bersama mama ku....pink gitiewwww.



adikku yg kedua izuan and family....dgn tema colour pink....ramai pulak aku tengok yg pakai pink tahun ni.



ni polak adikku yg ketiga izam and family...tema dia plak colour purple. Pun ramai aku tgk yg pakai purple tahun ni...meriahhh.



yang ni adikku yg keempat idham and family...dia pilih merah garang.



yang pompuan sakan bergaya nak tunjuk baju ler tu....sakannn.



ok...next entry aku sambung lagi.....beraya dengan tetamu yg hadir pada raya pertama....umah aku kena serang uolssss....letih gilossss tapi alhamdulillah rezeki namanya tu.





September 8, 2011

Ziarah Pusara Arwah Ayahanda





"Al-Fatihah buat ayahandaku Haji Mohamed Saaid Bin Ishak. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa ayahandaku, dicucuri rahmat ke atas rohnya dan dimasukkan dalam golongan para solihin. Ameen."


Petang raya lepas masak-masak dan solat asar kami 4 beradik gi pusara ayahanda. Siap bawak penyapu lidi, air, bunga dan batu-batuan untuk membersihkan pusaranya. Pusara nenda tercinta juga bersebelahan dengan pusara ayahanda. Beza sebulan lebih ajer tarikh kedua-duanya meninggal.


Agak ramai juga orang di Tanah Perkuburan Cheras, KL ketika itu. Anak buahku yang dua orang tu pun ikut kami ketika itu. Depa berdua tak sempat jumpa Tokpa. Daniel jumpa kejap...tu pun masa dia berumur 2 bulan...mana dia ingat. Tapi bila kami terangkan kat dia...kita gi kubur tokpa...dia boleh faham. Tetapi anak buah sorang lagi...Danish 5 tahun....dia masih tak paham. Tokpa tu sapa? Tak pernah nampak pun? Puas aku duk terangkan sapa tokpa tu..hehehe.


Masa adik-adikku duk angkut batu-batan dari car park ke pusara ini...aku duk tunggu dengan anak-anak buahku kat tepi kubur tu. Korang tau tak apa depa buat? Duk nyanyi lagu raya....hahaha...budak2 mana paham apa. So, aku kata "tak boleh nyanyi dekat kubur...kita kena baca doa untuk tokpa". "Nak baca doa apa along?"...depa tanya aku. So, aku jawab "bacalah doa apa2". Tau tak depa baca apa? Doa makan!!!...muahaha. Kuat pulak tu. Ada brother sebelah yg tengah ziarah kubur jugak...bantai tergelak dan jawab "tak kisahlah asal ada doa"...hahaha.


pusara ayahandaku

Al-Fatihah


kami sekeluarga sangat merindui ayahanda kami


pusara nendaku

Al-fatihah



semoga Allah ampun dosa ayahandaku dan nendaku...ameen.



tengok tu...adik-adikku dan anak buahku duk bergambar di sisi pusara ayahanda dan nenda


Tujuan kita menziarah pusara orang tersayang ketika hari raya sebenarnya terpulang pada niat masing-masing. Niat aku satu ajer....sebagai mengenang pada orang yang kita sayang....selalunya org yang kita sayang tu berada bersama kita di pagi raya. Bukan tujuan untuk bersedih-sedihan. Tanpa pergi ke kubur ...doa-doa anak yang soleh tetap diterima dan sampai kepada si mati. Cumanya dah macam tradisi di hari raya...itu ajer. For me, jangan sampai terpesong akidah sudahlah.


Itupun aku pergi petang sebelum hari raya....mengenangkan hari terakhir bagi semua ahli kubur terlepas daripada seksaan kubur di bulan Ramadhan. Bila takbir raya menjelma....seksaan kubur akan bermula semula.


Kita sebagai anak yang tiada ayah....situasi ini automatically akan tercalit kesedihan ketika hari raya. Kita yang merasainya....kita tahu camana keadaannya. Cuma yang bezanya....orang yang masih ada ibu ayah....perasaan sedih tu memanglah tiada sama sekali sebab kita belum menempuhinya lagi.