Ads

October 18, 2013

Day 2 : Journey to New Zealand - Lake Tekapo & Lake Pukaki



Salam kerinduan di angin lalu buat en tunang yang berada di kampung sedang menyambut raya aidiladha....makan daging korban tu ingatlah tunangmu di sini.. (sorry iklan kejap.... hikssss). Ok kita sambung pasal bumi Kiwi ni....sajer jer letak iklan yang takda kena mengena dengan entry kali ni. Sajer nak kasi dia tersenyum bila baca blog ni. Sebabnya....ada orang tu sudah merajuk semasa tuan tanah berada di New Zealand ni hehehe.

Sambung....
Dari Fairlie kami sambung lagi perjalanan. Ada lagi 85 km atau 1 jam 15 minit untuk kami sampai ke Lake Pukaki. Tak sabar rasanya nak sampai ke sini. Sebabnya.....anda akan terkezuttttt dan tergamam seketika. So, jangan pejam mata tatkala anda melihat gambar2 di bawah. Bak lukisan yang hidup. Tatapilah permandangan yang sangat cantik ini. Entry kali ini agak banyak gambar berbanding teks.....sebab gambar terlalu banyak dan tak reti nak pilih yang mana satu. Berserabut kejap tatkala aku memilih gambar2 yang cantik ini. Jangan pulak ada yang bosan dengan entry ini....hehehe.

Lake Tekapo adalah tasik yang kedua terbesar daripada tiga tasik utama di South Island New Zealand ini. Ia meliputti kawasan seluas 83 km persegi dan ketinggian 700 meter di atas paras laut. Tasik ini merupakan destinasi pelancongan yang popular di mana terdapat beberapa hotel resort yang terletak di sepanjangan persisiran tasik ini. Tasik ini juga terkenal dgn warna biru turquois yg unik, hasil daripada pancaran cahaya matahari di bawah batu tanah yang halus dan glasier yang mencair. Tekapo ialah daripada perkataan Maori...Taka (sleeping mat) dan Po (night).

Jom kita layan gambar2 meletop ni....


kami stay di Lake Tekapo Holiday Park....masa ni tgh nak register. Kami sampai di Lake Tekapo pada jam 2 petang...terkezutttt sebab kami tiba awal daripada jangkaan. Walaupun dah berhenti acap kali di beberapa tempat tetapi tetap sampai awal. Pulak tu cuaca sangat cantik dan tuah menyebelahi kami sebab dengan adanya cahaya matahari yg memancar membuatkan Tasik Tekapo menjadi sangat cantik dgn warna yg turquois. Ikut nasib...kalau nasib tak baik cuaca mendung...tasik tu akan jadi colour keruh. Alhamdulillah syukur pada Allah.

aku berjalan menghampiri tasik ini....terpegun...terkaku...macam tak percaya pun ada. Rezeki aku dapat menyaksikan permandangan yg sangat cantik ini...Subhanallah.

snow capped mountain tu menjadikan permandangan bertambah cantik di musim bunga. Kalau summer season...mountain tu takda salji pun. Highly recommended pergi spring season. Jangan pergi winter season....sejuk beku dan jalan raya licin...agak merbahaya.

aku zoom gambar untuk menampakkan snow capped mountain ini lebih dekat....sangat cantik

pandangan sisi yang lain......
kami bergerak ke tempat agak tinggi sikit iaitu kawasan hotel mewah untuk mengambil gambar ini....hasilnya memang meletopppsss....yesss!!!

Suhanallah ..... ciptaan Allah yg sangat indah







bukti aku berada di tempat yang indah ini....syukur Alhamdulillah tercapai impian.

 kami stay di sini... Lake Tekapo Holiday Park....

 harga utk seorg satu malam ialah NZD39 (RM101)....satu rumah utk enam orang

beg makanan mmg berbakul2....bawak mcm2 dari Mesia....



mmg strategik hotel ni... permandangan dari hall hotel

dari balcony hotel

Kami check-in hotel dan berehat sebentar untuk mandi dan solat. Then...kami keluar semula untuk ke destinasi mana yea??? Jeng....jeng...kami nak pergi ke satu lagi tasik yang secantik seperti Lake Tekapo iaitu Lake Pukaki. Perjalanan lebih kurang 20 minit iaitu 40km dari Lake Tekapo.

Lake Pukaki ialah tasik yang paling besar diantara ketiga2 tasik yang terdapat di Southern Island iaitu Lake Tekapo dan Ohau. Terjadinya tasik ini juga sama mcm Tasik Tekapo iaitu daripada pengaliran glasier yang mencair dan batu2 halus. Tasik ini meliputi kawasan seluas 178km persegi dan ketinggian 518-532 meter di atas paras laut. Ia berhampiran dengan Aoraki/Mount Cook.


di sini juga terdapat information centre dan kedai jual ikan salmon dan ternakan salmon. Kami sempat beli smoked salmon....bawak balik utk dinner malam nanti.



pancaran cahaya matahari dan cuaca yang sangat baik pada hari kami sampai di Lake Pukaki ini memberikan permandangan yng cantik.

me @ Lake Pukaki

geng cik kiah yang vogue

kenangan terindah di South Island New Zealand



Mount Cook nunnn di sana



merenung jauh melihat permandangan cantik ini.....tersemat dalam diari hidupku.



malam tu kami makan smoked salmon and salad mayonis by Chef Norlia....dialah sopir dan dialah juga chef...kelassss ahkak Norlia. Kami anak2 menganga mulut ajer hahahaa.


Sepatutnya malam tu kami plan nak keluar untuk melihat bintang di langit....katanya banyak bintang. Akan tetapi kami kepenatan dan kengantukan nak tidur awal...lagipun di luar tu sejuk giler nak pengsan. Tak larat ahkak nak menggigilkan diri di luar sana dik nonnn. 

Esok di awal pagi kami nak check out dah....kejap ajer rasanya di sini...tak puas nak tatap kecantikan tasik ini. Apakan daya.....masa begitu mencemburui kami semua. Esok plak apa yg telah terjadi pada kami??? Aku kecewa...kecewa...kecewa...kecewa....uwakkkkkkkkkk. Ehhh tetiba plak. Nak tahu kenapa? Tunggu di episod akan datang...kekekeke.


p/s - boringnya dia takda di kl .....



12 comments:

Jari Manis said...

Inilah rupanya lake tekapo dan pukaki yg femes emes tu eh..bila lah agaknya JM dpt jejak kaki ke sana...lamat lagi lah bleh pegi coz masih menabung ni ha..

Rindu kat En Abe lah tuh heee

niL said...

Mmg superb lahh!

kasihredha said...

Leezzzz
Lawoooo nyerrr...Subhanallah
Smoked salmon tu best tak?

Leez M. Saaid said...


JM -

Ya...inilah tempatnya yg femes tu. Pelan2 menabung boleh sampai ke sini InsyaAllah.

Leez M. Saaid said...


niL -

Alhamdulillah akhirnya saya dah sampai ke sini...my dream country.

Leez M. Saaid said...


Kak Hanim -

Yea mmg lawa tempat ni.
Smoked Salmin kat sini fresh kak....sedap dan berlemak,

Unknown said...

Suka nye saya dengan entry nih..ya ampun best..teringat zaman2 pegi dulu..omaigod..

Unknown said...

salam, kak tumpang tanya, akak pegi bulan brp yer ? sy mmg nk sgt pegi situ, tp x sure bla msa yg sesuai ^_^

Unknown said...

salam, nk tanya, akk pegi dlm bulan bp yer ? sy mmg plan nk pegi thn dpn, tp x sure waktu bla yg sesuai utk nmpk pemandangan camni ^_^

Miss said...

subhanallah!! lawanye! tak sabo nak pegi nih..

Kak Mahh said...

suhu berapa masa ke NZ dan bulan berapa?

Keladi Betawi said...

Assalamualaikum sis
saya blogwalking dan singgah sini..menarik sangat. Tq for the info sis