Ads

October 9, 2013

Day 3 : Sydney Trip 2013 - Paddy's Market & Opera House Sydney


Salam semua.
Sambung lagi hari seterusnya di bumi Australia. Awal pagi kami dah bangun untuk ke destinasi bershopping pulak. Duit tak luak lagi ni...ahli2 jemaah dah gatai tangan nak melaburkan duit di sini. Bagi aku yang penting nak beli souvenir buat kenang-kenangan seperti FM, keychain, piring hiasan, replika, snowglobe, shotglass dan mcm2 lain. Benda lain kalau tak shopping aku tak kisah. 

So pagi tu....kami plan nak ke Paddy's Market. Sebelum bertolak...as usual kami breakfast dulu di Malaysia Hall. Menu hari ini ialah nasi lemak dan ayam berempah. Cuba tengok gambar di bawah. Korang terliur tak? Sedappp...wa cakap luuu!!! Sambal terangkat uolsss. Alhamdulillah kenyang sudah. Pagi tu jugak kami check-out dan simpan beg di office di tingkat bawah. Malam tu kami kena berangkat ke airport sebab awal pagi esok flight ke Christchurch.


nasi lemak menu pagi kami....oleh adik Hang Kuah (FB). Kalau sesapa nak order boleh search nama Hang Kuah di FB. Then...request nak tempah meals.


Seperti biasa pagi tu kami naik bas di depan Malaysia Hall...kena lintas jalan dulu. Naik bas no.373, 374 or 377 untuk ke Central Station. Sebaik sampai di situ...terus masuk dalam bangunan Central Station dan keluar semula di tingkat atas....di situ ialah tempat menunggu tram. Entah kenapa tram tidak berfungsi pada masa kami berada di Sydney tu...so ada disediakan bas untuk menggantikan tram (ikut laluan tram). Just show your ticket daypass tu pada driver. Bas tersebut akan melalui depan Paddy's Market. Kejap ajer....kalau tak silap aku dalam 5 minit dah sampai di depan pintu market tu. 

Kami sampai situ jam 8.15pagi....alamak awalnya. Pintu market tu pun tak bukak lagi. Kedai sekeliling pun tutup jugak. Malas nak jalan kat tempat lain takut terlajak waktu....kami just lepak di bas stand depan market tu. Cuaca sangat cantik dan suhu nyaman ajer. Aku hanya pakai cardigan nipis.....harap2 tak sejuk malam nanti. Tapi ada standby shawl dalam beg.

Paddy's Market dibuka pada setiap hari Rabu hingga Ahad dan dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja. Hari Isnin dan Selasa tutup uolssss. Take note tu. Nanti ada yg tersalah tengok plak.


sunyi sepi sebab kami sampai awal pagi...huhuhu

pintu masuk Paddy's Market

ahli rombongan cik kiah bersemangat nak soppinggggg

sambil menunggu apa kata kita layan hp di sini.....amboiiii kusyuknyaaaa

masing2 dengan aksi bersahaja huhuhuhu

yehaaaa dah bukak...jom kita serbu. Kami banyak menghabiskan duit di gerai ini sebab murahhh!!! nanti gambar kat bawah ni aku bagi direction camana nak ke gerai ni. Taukehnya ialah Chinese Singapore yg peramah....ada org Turki yg bekerja di sini. Bagi aku souvenirs di Paddy's Market ni murah berbanding di Victoria Market Melbourne. Konsepnya market di sini sama ajer

masa suntuk sangat...aku memang tak banyak meronda di sini. Aku hanya gi gerai tadi dan gerai tshirt ini....recommended by taukeh gerai souvenirs tadi.

Banyak aku beli tshirt di sini....bukan utk sesapa pun...beli untuk diri sendiri dan en tunang sahaja huhuhuhu. 

aku beli hoodie sweater yg bertulis AUSTRALIA dan tshirt sahaja. Tshirt AUD6 dan sweater AUD11...kalau yg berkolar AUD9

ahli jemaah dengan bag plastik masing2......aku bawak 2 beg uolssss...entah apa yg aku borong kat sini hahaha. Masa ni tengah tunggu Siti dan Syawal bershopping ...tak habis lagi sopping tuuuuuuuu

okay....kalau nak gi gerai tadi.....masuk ikut pintu ini (tengok pada papan tanda warna merah dia atas dan kedai2 di depan tu...then.....sebaik masuk belah kiri ada kedai jual kacang...terus ke depan lagi...then boleh nampak gerai tu belah kiri.....besar gerai tu. 

limit waktu bershopping hanya tiga jam....tu yang tempat lain tak sempat nak jengah. Sekrang kami tengah tunggu bas nak balik Malaysia Hall. Tak kosa teman nak gi jalan2 bawak bag plastik besar tu hahahaha...tak vogue uolsss.

bas tu turun di dalam Central Station ini...then kami keluar menuju ke Eddy Street....ini ialah Eddy Street. Then kami terus ke bus stand di depan Central Station ini.

kalau nak sightseeing sekitar Sydney boleh juga naik bas ini...tapi tak tau berapa harganya.



inilah bus stand yg aku maksudkan tadi.....tunggu bas di sini utk ke Malaysia Hall.


Sebaik sampai di Malaysia Hall...kami simpan bag plastik gabak tu di dalam bilik yg kami letak luggage tu. Bilik tu penuh dengan beg2 kami hahaha. Nak lalu pun susah. Singgah solat jamak dulu di bilik solat. Masa tu makanan tengahari kami memang dah ada di atas meja makan.....lepas solat apa lagi terus ngappp!!! hehehe. Alhamdulillah dah kenyang. Percayalah......kat sana kami memang cepat lapar sebab cuaca sejuk.

Dah selesai semua....kami keluar semula untuk destinasi seterusnya. Ke manakah????


musim bunga di Sydney

Siti merakamkan gambar bunga ini yang terletak di depan Malaysia Hall...tempat kami naik bas. Kami naik bas dan berhenti di Circular Quay (CQ) untuk bergambar di Opera House. Semalamnya kami ke sana pada waktu malam...kali ni nak gi waktu siang plak.

Nama tempat ini ialah Cahill Walk di Circular Quay (CQ).

Harbour Bridge di siang hari.

jalan terus untuk ke Opera House. Cuaca dingin dan nyaman walaupun matahari terang benderang

bangunan di bandar Sydney pad waktu siang

tu diaaaaa...dah nampak Opera House. Tempat ni memang happening dan ramai dengan pelancong. Aku tengok ramai betul pelancong India ke sini.

me @ Opera House

Alhamdulillah dapat jugak menjejakkan diri di Opera House ini......

di sepanjang jalan ke Opera House ini penuh dengan gerai2 untuk melepak sambil minum. 

hadohai dah macam kumpulan boria nak buat persembahan....sib baik tak pakai baju sama. Yang pakai baju hijau tu penyanyi utama kumpulan boria....huhuhu jangan marah hahhhhhh!!!!

aksi gediks mak jemah kekekeke

nice....i like this photo

bestlah lepak sini...sangat happening.

masa berlalu bergitu pantas. Lepas bergambar kami beredar segera dari tempat ini.....nak pergi tempat lain pulak sebelum waktu malam menjelma.



nampak pulak si comel ini....sangat cerdik. Suruh senyum....dia senyum....suruh peace...dia buat peace. kalau aku suruh nangis.....dia nangis tak agaknya??? :p


Dari Circular Quay kami mencari bus stand pulak utk ke satu destinasi ini....tetapi tak jumpa. Akhirnya kami ke i-Centre untuk tanyakan tunjuk arah.......apakah yg terjadi kepada kami lepas tu???? Suspen ni.....kalau nak tau jugak......tunggu entry akan datang. Masa ni aku kalut.....panik....ketakutan....menggelabah. Kenapa yea??????

p/s - nak makan angin lagi...uhukkkk





12 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

Amboi rombongan cik kiah sungguh. kalah si kumbang seekor tu...hihihi.

Azian Elias said...

amboiiii.. sakan awak ya. kiranya sebelum diikat org, jalan puas2 ye.. tak pe..nanti hangkut laling sekali. jalan berdua je..lagi best kann.. heee

shopping sakan nampak..

Jari Manis said...

Ha'a nampak sedap nasik lemak tu..kalau JM makan sure tak cukup tu

Dua-dua kedai sobiner dan T-Shirt yg Leez masuk tu..JM pun beli di dua2 kedai yg sama..mmg murah..recommend lah

Byk betul borong nya mak jemah hehe

Part last tu mmg suspend..tak boleh missed nihh

zila said...

mak aii...besar2 plastic shoppingan tu..hahaha. Sy pun xselesa nak jln ngn hasil shopping, selalunya antar ke bilik dulu pastu kuar balik. Kalo kecik2 yang leh boh dlm handbag tu xpe la..besar2 xselesa nak jln2

ct7775 said...

tudia...menyoping sakan kak kiah semua..penuh tangan.

ct7775 said...

tudiaaa...penuh tangann.
nama hang kuah tu spesel lah..
mesti sedapppp kan nasi lemak tu..

Leez M. Saaid said...


M. Khairuddin -

kumbang seekor tu gembira selit dicelah2 bunga2 tu...happening katanya hehehe

Leez M. Saaid said...


kak yan -

nanti dah terikat susah lah sikit. Sbb tu kena jalan sakan sebelum tiba masanya hehehe

Leez M. Saaid said...


Jari Manis -

masa ni lah nak memborong...sebab souvenir sana murah kan.

nasi lemak adik hang kuah ni mmg sedap....pandai depa masak

sajer jer nak bagi suspen kalau baca blog ni

Leez M. Saaid said...


zila -

tak vogue lah kalau bawak beg plastik gabak tu jalan2 hehehe...kalau bawak beg LV ke..gucci ke....lainlah...hehehe

Leez M. Saaid said...


ct7775 -

hahaha...geng cik kiah sakan menyoping....macam lah awak tak kenai kan..hehehe

Marissa M said...

Kak, bajet ke Sydney ni lebih kurang berapa? Tak tmasuk flight?

tq,
marissamazdianaomar@gmail.com