Ads

October 24, 2013

Day 3 : Journey to New Zealand - Lake Tekapo to Dunedin


Lake Tekapo -Twizle - Omarama - Oomaru - Dunedin

Salam semua.
Mata tersengguk2 nak update blog. Gigih jugak tu demi my readers sekelian.Satu lagi...masih banyak nak update berepisod-episod ni. Harap pembaca semua sabar dan tabah menunggu yea.

Hari ke 3.
Awal pagi kami dah bangun dan memasak. Aku tak masak pun sebab dah ada 2 chef yang pandai masak. Cuma aku tolong sikit2 membuat sandwich telur dan salmon utk breakfast pagi tu. Menu kami di hari ke-3 utk lunch ialah nasi goreng Tekapo dan sambal sardine Pukaki. Kelasss tak nama tu? Hiksss. Pukul 7 pagi kami dah check-out dan bergerak ke destinasi seterusnya. Untuk perjalanan hari ni agak jauh jugak.
Sebab tu kena bertolak di awal pagi. Suhu lebih kurang 5C pagi tu.

Setelah beberapa minit perjalanan kami singgah ke Pekan Twitzel. Twitzel ini bandar kecil yang banyak pokok-pokok. Rumah kediaman di sini comel-comel belaka...umpama mcm masuk kawasan Felda. Sepesen ajer rumah-rumahnya. Aku agak mereka dalam lingkungan yang berpendapatan sederhana ke bawah mcm tu. Awal pagi dah sampai di sini mcm sunyi jer. Kedai pun banyak yang belum bukak. Kami singgah sebab nak cari souvenir FM di sini. Jumpa di supermarket Four Square tapi tak banyak choice. Beli lah jugak satu buat kenangan. Nampak biskut choc chips agak murah dijual di sini...aku borong sikit utk dibawa balik ke KL.




pagi hening....sunyi sepi takda manusia di sini. Pulak tu sejuk sgt masa ni

Supermarket Four Square....


Next stop....kami singgah di Omarama. Pekan kecil ni memang terkenal dengan ladang biri2 yang luas. Siap ada tempat yang membolehkan kita bagi makan biri2 dan lembu...namanya Clay Cliff. Kena bayar lah. Plan nak gi tempat ni tetapi memang takda rezeki kami sebab kaunter i-site yang menjual tiket belum di buka lagi. Pukul 11 pagi katanya baru bukak. Masa ni jam menunjukkan jam 9.00 pagi...huhhhh lupakan sahaja. Jom kita gi tempat lain. Kami singgah souvenir shop....kot2 murah ke. Mahal jugak harganya. Aku tak beli pun. 


Kat negara sejuk ni mudah sangat nak ke toilet. Pantang berhenti mana2 pekan...kami mesti singgah utk buang air. Sejuk sangat,.... sebab tu rasa mudah nak kencing. Padahal aku agak kurang minum air....still kerap ke toilet. Bibir dah mula kering sebab faktor kurang minum air dan cuaca sejuk. Jenuh pakai gel Vaselline....still kering jugak. Itupun kami banyak masa dalam kereta berbanding terdedah pada cuaca sejuk di luar. Nak buang air besar pun susah.....sembelit aduhhhh. Kurang minum air katanya.......

Posing di sini sebab nak amik pic signboard nama Omarama tu. Di sini sangat banyak ladang biri2...boleh masuk ladang biri2 di Clay Cliffs dengan harga NZD5 per car.


kedai antik yang menjual koleksi barangan antik English. I like but the price is soooo expensive.

nampak tak tulisan P120 pada signboard parking di atas? Itu maknanya kami boleh parking di sini selama 120 minit pertama secara percuma....lepas habis 120 minit silalah bayar. Parking pulak mesti pada kotak parking dan tidak boleh melebihi paras garisan kotak....kalau tak anda akan terima surat cinta. Mengadalah undang2 NZ ni. Satu lagi....kalau guna site parking....make sure ikut hala muncung kereta yang betul. Sekiranya kita parking muncung kereta bertemu muncung kereta sebelah....siaplah dapat surat cinta jugak. Awasss....jgn membazirkan wang anda di sinii....dengarnya NZD60 sekali saman....waduhhhhhhh

stesen minyak di Omarama. Sunyi sepi jer. Beginilah suasana di South Island NZ. Manusia tidak ramai...berbanding di North Island. Population in North Island 75% more than South Island. Aku baca statement ni di Chrischurh Airport.

kami singgah di Lake Waitaki sebab our driver kengantukan. So kami anak2 melilau posing sana sini dan dia dalam kereta ketiduran. Sian dia.....

cantik permandangan di Waitaki Lake ini

yess...walaupun gunungnya togel tanpa snow tapi tetap nampak cantik. Lake ini ialah lake buatan

posing sajer2 utk menghabiskan masa di sini sementara menunggu our drive yang tidur dalam kereta

hai nak terbang ke mana tu kawan???? hehehe

cewah...ada gaya model tak? Inilah dia model syok sendiri di blog sendiri. But i really like the photography technic......thanks Watie.

geng cik kiah berposing di tepi tasik....feeling like professional model hehehe.

kita tengok aksi yang ini pulak....tolong jangan bosan tengok telatah kami. Yang penting anda enjoy dengan scenery yang cantik ini.


kami meneruskan perjalanan lagi....ternampak plak lembu-lembu ini,. So comel....tengoklah muka lembu tu....muka putih tapi tang mata dan mulut warna hitam. Masa kami turun dari kereta ni.....terdengar anjing kepada owner ladang ni agaknya.... tengah menyalak2. Agaknya siapalah yng menceroboh ladang lembu depa ni. Siap bawak camera bagak bagai nak snap pic ini hehehee. Bila kami ingat balik...memang lawak plak rasanya.


Then...kami meneruskan perjalanan lagi. Ikut plan kami nak terus shoot ke Dunedin tetapi bila pikir balik kami tak dapat masuk ke ladang biri2 di Clay Cliff...why not kita singgah kejap di satu kawasan yang mendapat pengiktirafan Unesco World Heritaga iaitu Elephant Rock. Kena ikut jalan potong laluan lain. Laluan di sini agak berbukit bukau dengan permandangan ladang biri2 yang terbentang luas. Kiranya boleh nampak biri2 yang sangat banyak kiri dan kanan kita. Nunnnnn jauh luas di sana. Cantik sangat. Tak banyak kereta yang ikut laluan ke Elephant Rock ni.

Sebaik kami sampai....tak jumpa pun yang mana satu Elephant Rock ni. Sempat turun tanya orang NZ kat ladang sana.....sejuk giler kat luar dibuatnya. Aku pun turun kereta nak snap seperti gambar di bawah. Ya Allah sejuknyaaa....siap dengan angin yang bertiup kencang. Menggigil kami dibuatnya. After dah snap pic.....cepat2 aku masuk dalam kereta semula.

Elephant Rocks adalah sejenis batu kapur yg menyerupai belalai gajah yang terletak di sebuah ladang berhampiran Duntroon di Pulau Selatan. Dari bandar kecil - pedalaman dari Oamaru, utara Dunedin. Movie "Narnia" juga menjalani mengambaran di sini.


sebahagian daripada tapak Elephant Rock

sejuk giler masa ni....fuhhhh

nampak tak menyerupai belalai gajah

snap dari dalam kereta....tak larat sebab sejuk sgt di luar sana.

kami nak keluar dari jalan Duntroon ni......permandangan cantik.


Jom keluar balik ke main road....kami nak ke Oomaru plak. Sebelum kami nak sampai bandar Oomaru...sempat singgah di satu pekan kecil untuk buang air kecil. Memang kami tak jumpa pun toilet. Bila nampak supermarket....kami kata nak tumpang buang air. Boleh pulak dia kata takda toilet kat sini. You can go to the park over there....cisssss.

Pusing punya pusing tak jumpa pun toilet tu...cinabeng betul. Udah ler sejuk....tak tahan kencing plak tu. So...about 5 km from that place barulah jumpa bandar Oomaru. Nampak plak supermarket New World....fuhhhh lega dapat melepaskan hajat. Kami mmg suka meronda dalam supermarket....membeli apa yg patut. Shopping coklat Whittaker's kalau ternampak murah sikit.


ternampak pulak ayam ni yg berjenama Brink's. Kami check dengan supervisor di sini untuk confirmkan sama ada ayam ni halal atau tidak. Alhamdulillah ternyata halal.....barulah jumpa. So....kami beli yang ini untuk buat chicken chop tonite. Kalau nak beli ayam segar pun ada dijual. Brg2 lain yang kami beli ialah telur, sayur salad, minyak masak, roti dan butter.


ketika ini melalui lautan yg berdekatan dengan bandar Dunedin. 

Kami tak turun pun sebab mengejar masa takut terlambat sampai ke Dunedin. Laut dan ombak sgt deras mengganas....angin kuat. Aku snap dari dalam kereta ajer. Sambil menikmati permandangan kami berborak pasal gosip artis...hehehe. Borak punya borak....tetiba aku terdengar bunyi siren yang kuat dibelakang kereta. Alamak.....apa ni??? Aku terus jerit kat kawan aku...weiiii siren polislah kat belakang kereta kita....baik kita stop tepi jalan. Aduhhhhhh...semua dah muka pucat. Apalah salah kami agaknya? Rasanya kami tak buat apa2 salah pun. Nak kata bawa laju....rasanya tidak sebab aku dan Ogy selalu memantau kelajuan yg dipandu oleh Norlia. Kalau laju jer....aku akan sound dia suruh slow down skit.

Yelah....polis tu pun berhenti di belakang kereta kami. Lantas dia turun dan menuju ke arah kami. Adohaiii....kecut perut mak. Polis tu tanya dah berapa lama kami memandu di NZ ni....baru 3 hari tok. Dia menerangkan bahawa dia mendapat report dari penduduk sini bahawa kami memandu agak merbahaya iaitu kereta tidak tentu arah asik ke bahu jalan atau tayar kereta di atas line putih belah kiri. Satu lagi...bila melalui passing lane....hendaklah menggunakan lane kiri dan beri laluan pada kereta di belakang menggunakan lane kanan yang hendak memandu laju daripada kami. Tapi polis tu menerangkan hal ini dengan nada yang baik dan sopan. 

Norlia dah kecut perut sampai terdiam hehehe....kami yang back-up dia menganggukkan kepala say sorry for this matter. Sib baik tak kena saman...fuhhhhhhhhhhhhh. Bila diingat balikkan....benda ni kecik jer tetapi ia adalah satu kesalahan besar di mata penduduk NZ. Yang peliknya sekelip mata polis boleh memburu kami. Maknanya polis dia ada di mana2. So....jangan buat hal kat NZ ni. Polis depa sangat cekap dan efisien. Hahahaha....pengalaman manis polis buru kami dengan bunyi siren kekekekekeke...oh my New Zealand!!!


singgah di sebuah pekan untuk makan tengahari...lapar dah kami masa ni. Ketika ini jam menunjukkan pukul 3 petang.

kami makan nasi goreng dengan sambal sardine dan telur dadar.....thanks Chef Watie. Sejukkkkk sangat masa ni....walaupun matahati tegak.

port terbaik.....tepi taman yg cantik.

cantikkan park ni.....

Kami sampai bandar Dunedin lebih kurang jam 4.30 petang. Masa ni kami tetiba terfikir....bukan ke kami nak ke Cadbury Factory di sini sepatutnya. Ya Allah kenapa tetiba aku boleh terlupa pasal nak gi tour ke Cadbury Factory ni. Padahal malam tadi aku dan Ogy dah berbincang what to do and where to go berdasarkan itinerary yang telah di rangka. Pulak tu aku terlupa nak gi next page di mana di tulis ada tour ke Cadbury Factory sebaik sampai di bandar Dunedin.

 Aduhhhh...kami dah terlepas waktu tour. Pukul 3.30 factory ni dah tutup. Kami hanya lambai ratu ajerlah kat factory ni bila kami melalui jalan di sini. Aduhhhhh kecewa nya aku....kecewa yang sangat-sangat. Kenapalah aku boleh terlepas pandang benda ni. Padahal tempat nilah yang aku nak sangat pergi sambil memborong coklat yg tidak dijual di Malaysia..... uhukkkkkkk. Pulak tu geng cik kiah yang lain  pun sama terlupa atas perkara ini. Kalau kami ingat pasal ni....mungkin kami akan skip ke Elephant Rock dan terus shoot ke Dunedin tak payah singgah ke mana2. Apa nak buat.....barang yg lepas jangan di kenang...redha ajer lah. Esok mmg tak sempat sebab kami nak bergerak awal pagi ke tempat lain dan tour ini mengambil masa sejam setengah jugak.....memang tak sempat lah. Melepasssssssss......................kesat air mata.

Next episod.....siapakah yang ketawa mengilai di malam hari kami di Dunedin???? Seram tak??? Nak tau citernya.....tungguuuuuuuuuuuuuu.

p/s - sibuk dengan preparation.....


11 comments:

Jari Manis said...

cantik betul view pic pertama tu..gunung bersalji...eeee..sejukkk
Hahahah..kelakar pulak bia baca part nak perking tu byk betul ruls nya..kalau apply kat msia..mahau mengamuk semua org

Sibuk ngan preparation?..ahaaa..kalau lah JM di jemput..in sha Allah sampai..heee..tak malu kan

Muhammad Khairuddin Lim said...

saya suka ranting-ranting pokok...cantik..gambar semuanya awesome belaka.

Nor Syafiqah said...

driver seorang saja ka....

kasihredha said...

Alamak terlupa ye nak ke Cadbury factory.
Takpe Pasti ada hikmahnya tu
Kalau sejuk mmg seksa...nak minum air byk Takut asyik nak ke toilet je...tak minum air...kering pulak kan.

noornazuha said...

Memang sgt cntik New Zealand ni kan...bila la nak ke sini ni..harap dimurahkan rezeki tahun2 ke hadapan..:)

Leez M. Saaid said...


JM -

Kat sana mmg strict psl parking dan undang2 jln raya. Pengalaman pahit kena tahan polis hehehe...but fun.

Insya Allah sy akan jemput nanti. Give me your address i post invitation card kat my email syarliz.saaid@yahoo.com

Leez M. Saaid said...


M. Khairuddin -

Thanks....negara yg cantik makan gambar pun cantik.

Leez M. Saaid said...


Syafiqah -

Driver dua orang tapi yg sorang lagi tu terus kecut perut tak confident nak drive. I plak terlupa nak bawak licence.

Leez M. Saaid said...


kak hanim -

betul kak....frust sgt tak dpat gi factory tu....sbb sy penggemar coklat hehehe.

Mmg tak byk minum air....malas asik nak ke toilet ajer nanti.

Leez M. Saaid said...


Noornazuha -

InsyaAllah ada rezeki boleh sampai ke sana. Sya nak kesana pun kumpul duit bertahun2....

hujanlebat said...

cantik view sana. nangis T__T