Salam hari isnin semua.....mood berbunga2 nak update blog huhuhu (tetiba). Sekarang ni bukan sahaja kebizian nak update blog...tetapi juga nak update pic kat FB dan juga nak buat story untuk column majalah. Ada 2 editor dah request nak story NZ untuk dimasukkan dalam majalah sebanyak 4 pages. Fuhhh tugas berat ...almaklumlah takat tulis bahasa pasar aku memang pakar tapi kalau bahasa buku ni...agak2 terkial2 skit hehee. Tunggu dec isu yea nanti.
Ok kita sambung citer yang suspen yang aku quote pada entry yang lepas.
Sebaik kami masuk dalam train....agak ramai jugak passenger. Alhamdulillah dapat jugak tempat duduk. Aku duduk sebelah Siti dan teman2 yang lain duduk bersepah2....tetapi still berdekatan. Ada yg duduk selang 2-3 kerusi depan aku dan ada jugak di lane sebelah. Memang boleh nampaklah muka depa tu. Almaklum perjalanan 2 jam kalau kami duduk berjauhan takut terpisah plak nanti.
Sebaik aku melabuhkan punggung di atas kerusi.....suasana agak hingar bingar. Mata aku tertumpu pada passenger di depan. Kerusi di depan aku....ada 4 tempat yang duduk bertentangan dan juga di lane sebelah. Maknanya aku boleh nampak apa yg passenger depan aku ni buat. Di situ terdapat 6 orang makhluk entah dari planet mana sedang memekak cakap kuat2. Kenapa aku panggil makhluk??? Sebabnya .....mereka membuat bising seperti tidak peka pada passenger lain disekeliling mereka. Bising yang macamana? Cakap kuat2...pastu gelak besar. Bercakap non-stop 2 jam start dari station Katoomba hingga ke Central Station. Bergurau senda tarik baju....tarik tangan...letak kaki atas badan kawan dia....duduk atas beg pakaian (beg tu atas kerusi) dan macam2 lagi yang boleh memualkan korang bile tengok depan mata. 6 orang ini terdiri daripada 3 orang dewasa (ibu-ibu) dan 3 orang remaja (anak-anak). i dont think so mereka ialah penduduk atau warga Australia sebabnya cara pertuturan berbeza (bahasa tidak difahami), muka agak scary dan pelik (mcm orang karnibal- org makan org), perangai sakai (org Aus bukan mcm tu), pengotor (kuku kotor dan hitam), bawa luggage dan bantal (mcm orang pelarian). Itu andaian aku tentang mereka.
Kononnya aku nak tidur dan lelapkan mata dalam train tetapi hampeh. Mata aku pejam tetapi aku rasa macam mimpi plak sebab suara mereka kuat kedengaran dalam mimpi aku. Lelap ke namanya tu? Memang aku tak selesa dan bengang tahap nak tampar muka 6 makhluk tu. Mereka langsung tak heran orang sekeliling....umpamanya do i care???? Kalau aku tenung muka dorang...dia tenung muka aku balik mcm samseng. Korang berani tak? Udah ler aku duduk mengadap muka depa....apa yg depa buat memang aku nampak terang2. Tu pasal aku kata depa ni entah sesat dari planet mana. Aku tak rasa mereka terdiri daripada penduduk pribumi or orang asli Australia sebab setahu aku orang Aussie bukan mcm tu...mereka sangat disiplin dan hormat orang. Mereka juga turun di Central Station.....sekelip mata hilang entah ke mana. Nampak sangat bukan pelancong....tetapi pelarian hahaha. Aku dan kawan-kawan siap signal dgn mata tunjuk aksi tidak selesa....fuhhh memang menahan kesabaran. Itulah serba sedikit pengalaman kami sepanjang berada dalam train dari Blue Mountain ke bandar Sydney.
kami sampai di Central Station.....nampak ni ....bukti berada di Sdyney huhuhu.
stay jap di kerusi untuk berehat regangkan otot dan update FB huhuhu...maklumlah free wifi di sini. Kami spent time 10 mins mcm tu...ikutkan hati nk lagi lama tapi masa tidak mengizinkan. Byk lg tempat nak singgah.
naik train lagi..menuju ke Circular Quay (CQ).....turun di station CQ....agak2 kami nak ke mana ye?
kaum ibu yang vogue......mcm anak dara uolssss hehee
okay dah sampai CQ....kami cari station utk naik cruise plak. Kat bawah tu ajer....jalan tak jauh. Kami naik cruise dengan hanya menunjukkan ticket Daypass tu....harga single ticket aku tak tau.
Permandangan sangat cantik di waktu malam ketika dalam cruise. Kami mcm orang giler bila masing2 berebut2 nak cari spot menarik bergambar. Mat saleh tengok kami tergelak hahaha. Jangan org gelar kita mcm orang pelarian yg mcm dalam train tadi sudah.....hehehe.
masa ni hari Jumaat malam tetapi lampu di bangunan ini masih terang benderang dan sangat happening.
Cruise melalui di bawah Harbour Bridge ini.....sangat cantik!!!! Nampak tak Opera House tu????
dalam cruise ni ada free wifi uolssss.....sambil bergambar sempat lagi update kat FB
bila nampak ajer permandangan yg berkilauan mcm ni....kelam kabut bergambar sebelum cruise ni melalui tempat lain. Sejuk plak tu masa ni.
kami turun jap kat station apa ntah lupa dah. Sebenarnya nak cari station ke HRC.....tapi salah station.
Opera House @ nite
rombongan cik kiah bergambar sakan huhuhu
ehhh ehhh...nampak seekor kumbang di keliling bunga-bungaan hehehe
Akhirnya kami dah jumpa Darling Harbour station. Berhenti di sini untuk pergi ke Hard Rock Cafe (HRC). Bila kami sampai ajer....puas mencari manalah HRC ni tapi tak nampak pun. Di sini nampak banyak nite club...coffee house dan bar di sepanjang jalan ynag kami lalui. So apalagi kena tanya orang camana nak gi HRC. Rupanya jauhhh lagi. Kami kena jalan kaki sikit sehingga nampak Harbour Bridge ...kena melintas bridge tu...ooooo diseberang sana HRC tu. Mat saleh tu kata only 10 minuts walking distance...not so far. Tetapi ghopanyaaaaa.....dekat setengah jam jugak kami berjalan dan melintasi bridge. Tapi takpalah....permandangan cantik. Masa ni lah nak makan angin...dah namanya pengembara kan. Penat badan...jauh berjalan tu dah jadi asam garam bagi kami. Sebelum sampai bridge tu...nampak Madam Tussauds Sydney....tapi dah tutup. Sebaik sampai bridge....ooooo rupanya bridge ni untuk pejalan kaki sahaja...tiada kenderaan dibenarkan. Patutlah mat saleh tu kata tak jauhhhh...dekat ajer. Oklah happening jugak berjalan di atas bridge ni...nampak permandangan cantik di sini.
Sampai hujung bridge kami turn ke kiri dan masuk ke bangunan. Namanya Harbourside Mall. Kami ikut jalan dalam bangunan ajer. Kalau nak ikut jalan luar tepi pantai pun boleh....tapi disebabkan masa tu hujan renyai-renyai....kami masuk bangunan ajer. Dalam mall ni banyak jugak kedai2 meniaga....branded stuff ala2 Midvalley. Rupanya HRC dalam bangunan ni di tingkat 3....jalan sampai hujung bangunan. Boleh jugak ikut jalan luar tepi laut....happening dengan restaurant2 mahal.
sampai dalam mall kami sempat window shopping tengok barang...tapi aku tak beli apa2 pun. Jalan lagi nampak food court....ada stall jual kebab dan pizza yg halal. Lapar sangat...apa kata kita makan dulu. Aku order kebab dan share berdua sebab kebabnya besar sangat.
kebab yang dah potong dua. Harganya AUD12 kalau tak silap.
nampak HRC dari jalan luar....restaurant2 tepi laut.
jom bergambar di depan HRC dari pandangan luar bangunan.
sebaik sampai...aku mencari baju HRC
Agak sedih....sebabnyaa....tidak banyak stok yang tinggal. Design yang aku berkenan hanya ada saiz S dan XXL. Uwakkkkkkkkkk...datang jauh2 tetapi takda saiz. Yang ada saiz plak ....design tak cantik. Aku berkenan dengan design di atas tetapi hampehhh. Shotglass pun takda. Sales assistant tu kata stok dah habis dan ada stok hujung tahun ni katanyaa. So....aku tak belikan pun untuk diri sendiri...sangat kecewa. Sempat beli utk en tunang tapi bukan design yang ini. Sesapa yang nak gi Sdyney tahun depan...aku nak kirim baju HRC boleh tak????? Tolong angkat tangan........
Malam tu kami balik ke Malsysia Hall. Penatnya hanya Allah yang tahu. Sebaik sampai....ramai plak orang kat sini. Ikut jalan lagi satu....terus sampai bilik. Makanan kami yang di order dari Hang Kuah sudah tersedia di hall makan. Kul 12 malam makan nasi tomato hahaha....sedap giler.
Esoknyaaa....ke manakah kami? Rombongan cik kiah mengangkut plastik....plastik apakah ituuuu???? Tungguuuuuuuuuuuu....
4 comments:
JM masuk gak HRC on trip early sept 2013 tapi byk t-shirt out of size..huhuh...
Trip after Wedding..cam menarik je..ni yg tak sabar nih :-)
hai liss, ingat saya lagi tak?
bestnya pegi NZ,,tak sabar nak baca nextttt..
Jari Manis -
mmg byk dah habis...katanya akhir tahun ni brg baru masuk.....sian kami dtg dari jauh ni huhu.
trip after kawin agak jauh gak.,,,tungguuu...kasi suspen lagi hehe
ct7775 -
yea saya masih ingat lagi....kita pernah jumpa di midvalley kan hehehe.
Keep in touch kay.
Post a Comment