Ads

March 25, 2013

Day 6 : Korea Winter Trip - Back to KL



Hari terakhir kami di bumi Seoul.
Awal pagi jam 4 kami dah bangun sebab pada jam 5 pagi kami nak bertolak ke airport pulak. Tidur pun tak lena sangat sebab takut tak terjaga nanti. Ahjussi rumah ni dah bagi breifing kat aku malam sebelumnya camana nak check-out nanti. Yelah pada waktu itu...semua orang tengah tidur sapalah nak layan kami ni huhuhu. So, aku hanya tinggalkan kunci di rak kasut ajer sepertimana arahan daripada dia.

Sebelum tu...kami dah siap booking sebuah teksi untuk ke airport. Ahjussi tu kata...nanti teksi tu akan sampai jam 5 pagi di depan gate. Sebaik aku keluar...waduhhhhhh penuh salji memenuhi bumi. Sejuk jangan kata lah.....kejang semua otot. Aku sempat snap gambar mana yg sempat ajer. Kelam kabut jugak nak balik sebab tak pasti yg mana satu teksi yg akan bawa kami ke airport. Rupanya teksi tu dah siap sampai awal...tetapi pemandunya tengah tidur dalam teksi. Percaya tak...aku yg kejut dia bangun. Kalau aku tak kejut....dia terus dibuai mimpi sampai siang hari hahahaha.

Berjalan atas salji sambil membawa beg besar bukan perkara mudah. Sib baik tak tergelincir sebab aku pakai kasut boot biasa ajer (bukan yg warna merah tu). Sepanjang perjalanan....jalanraya penuh dengan salji dan pemandu itu memandu dengan penuh berhati-hati. Kalau laju sangat.....kereta boleh tergelincir di atas jalan raya. Di tengah jalan raya penuh dengan timbunan salji......fuhhhhh.


sebaik aku membuka pintu.....waduhhhhh salji dah penuh lah.

camana nak pijak ni......takut licin

aku kena turun memikul beg dan memijak jalan yg penuh dengan salji.....licin takut tergelincir nanti

sib baik pemandu teksi tu datang dan tolong aku angkat beg.

ini dikatakan taklah tebal sgt....kalau tebal camana ntah

kereta ahjussi tu dipenuhi dengan salji

sempat tu merasa dengan tangan...salji yg fresh turun

ambil gambar sendiri.....sebab masa ni masing-masing sibuk dengan beg...huhuhuhu

tadaaaaaaa......dah selamat sampai di airport. Urusan beg semua berjalan dengan lancar. Then....kami solat subuh di airport dan terus singgah cafe minum hot choc dan makan muffin utk breakfastt. Tetapi tetap rasa lapar sebab sejukkkkkk. Takpa....tunggu dalam flight baru pikir nak makan apa.

di luar airport yg dipenuhi dengan salji. Sayonara Seoul....gonna miss this place. Entah bila aku nak sampai ke sini lagi. Mungkin beberapa tahun lagi kot.....untuk memenuhi hajat tak dapat main ski...huhuhuhu. 


Alhamdulillah selesai sudah percutian singkat yg tidak dirancang aku ke Seoul untuk kali kedua. Walaubagaimanapun aku rasa puas dan teruja juga sebab percutian musim sejuk ini meninggalkan kenangan manis yg tidak dapat dilupakan....sejuk hingga -16C. Seumur hidup merasai sejuk melampau ini. 

Maaf jika catatan percutian ini mengambil masa berbulan-bulan utk dihabiskan. Sibuk memanjang aku di tahun 2013 ni. Otak pun tak boleh nak fokus. Nampaknya aku takkan pergi bercuti kemana-mana sehinggalah bulan Jun akan dtg ini my 1st overseas holiday in overseas. Tungguuuuuuuuuu.


p/s - tak sabar nak tunggu Mr. H minggu depan...yehaaaa.



6 comments:

Juhariah Johari said...

Salam,
Seronoknya Leez. Mama memang ikuti kisahdi Korea dan ulang2 tgk N3 di negara2 lain.Mama link .

Rozita said...

Tabik springlah kat leez sbb 2 kali gi korea. Seronoknya tengok gambar gambar tuuuu....Masa kami gi kyoto bulan feb ari tu, dapat gak merasa salji turun walaupun dah hujung winter

sepul said...

Nak tumpang

Anonymous said...

u pegi bila yg ada salji ni?

Janggel / Rain said...

Wah merasa jugak memain saleju di korea kan!

anakomak said...

best! best!