Ads

April 4, 2013

Jalan-jalan & Wedding @ Penang


Salam kerinduan di angin lalu...hehehe.
Ok kali ni nak cerita pasal percutian aku di Penang yang berlangsung bulan satu tahun ini. Hahahaha lama dah ia berlaku. Mak sibuk lah nak update cepat2. Tu pun lepas habiskan trip Korea. Satu persatu kena habiskan. Maaf yea kalau citer ni dah basi.

Aku datang ke Penang tujuan utamanya untuk meraikan majlis perkahwinan my dear adik blogger yg terkenal ituewww...siapa lagi kalau bukan Azim Ashaary. Tahniah yea kerana telah selamat menjadi suami yg sah kepada isterinya. Di samping meraikan majlis perkahwinan Azim...di Penang ini juga kami teman-teman blogger berkumpul ramai-ramai. Lama dah tak berkumpul macam ni. Windu semua. Nak tahu siapakah mereka-mereka itu...jom tengok gambar-gambar ni.


aku bertolak dari KL pada pagi tu...terus ke Pearl Setia Country Club di mana majlis perkahwinan ini diadakan. Teman2 lain dah sampai awal. Aku datang dengan Nani...my beloved friend.

jom masuk ballroom....kami ikut rombongan pengantin lelaki. .

bersama temanku Nani. Ahkak berdua ni kelaparan gituewww sebab baru sampai dari KL. Kami datang berdua ajer. 

teman-teman yg hadir......Burn and Azuan


teman-teman ku juga... Qis & Nita

Umar tengah tidur....bila muzik berbunyi terus terjaga

tu dia pengantin baru kita......semoga berkekalan ke akhir hayat

Makanan yg dihidangkan sedap dan kami disediakan tempat duduk yg special oleh pihak pengantin...terima kasih byk2.


Dah habis majlis.....kami bergerak ke rumah Buzu pulak untuk solat dan menukar pakaian yg glamer itiewwww. Lepas tu....ke manakah kami???? Kami nak merasa makan di Padang Brown pulak. First time datang ke sini...macam2 makanan ada.


tak tau nak makan apa...aku order char kuew ajorrr

para jemaah yg hadir.....best sesekali berkumpul macam ni.


tu diaaa.....tetamu jauh dari Miri. Hai Nikli Nordin


Burn order pasemboq.....boleh tahan sedap...aummmmm


Malam tu barulah aku bergerak ke Batu Feringgi. Aku stay di sana ajer. Lepas mandi dan berehat sebentar kami keluar balik. Jumpa Burn, Qis dan Azuan semula untuk acara seterusnya. Apa lagi acara makan-makan ler hahaha. Kami turun ke bandar Penang semula untuk makan roti nan di Kapitan Keling. Memang aku mengidam sangat nak makan roti nan dan ayam tandoori di situ. Auummmm hingga menjilat jari ku. Maaf gambar takda lah hahahaha. Sakan makan hingga malas nak bergambar

Esok pagi nya ialah acara sarapan pagi di tepi pantai Batu Feringgi. Dah janji dengan Zaharah and family nak berkelah di sini. Belakang hotel kami ajer. Zaharah bawakkan nasi kandar Kg Melayu yg sedap ituewww. Kenyang giler tersandar di tepi pantai hahahaha. Memang best lah bercuti di Penang ni.....makanan memang meletoppp.

Sebelum balik KL...aku singgah di Pasar Chowrasta untuk membeli jeruk Pak Ali, laksa dan kueh mueh untuk dibawa balik. Tetiba aku mendapat jemputan makan lagi lepas tu. Siapakah yg nak belanja kami tu??? Ingat tak aku pernah ceritakan di blog ini mengenai seorg my blog reader dari Penang....aku dan teman-teman pernah ke rumahnya makan tengahari dan dia juga telah print my blog journal semasa aku ke Europe. Yesss......namanya En Madi. Dia message aku nak belanja makan mee udang. Alhamdulillah rezeki datang lagi. Memang murah rezeki aku di Penang ni. Terima kasih Zahrah and En Madi.


ini kedai makan mee udang di Sungai Dua

namanya Selera Sri Tambang

ada udang fresh yg pelbagai size. Mula2 kena pilih udang dulu.

ketam pun ada...tapi kami tak amik ketam pun

Taraaaaa dah siap. Mee udang yang sangat sedap. Memang kenyang giler masa ni. Risau camanalah aku nak drive balik KL hehehe.

Mee goreng udang pun ada order sekali


Lebih kurang pukul 5 petang aku bergerak balik ke KL. Sampai di KL malam jugak.Esoknya ahkak kena kerja uolsss. Walau camana pun aku tetap enjoy percutian di Penang ni. Enjoy makan sebenarnya hehehe. Ok....chowssss.


p/s - Welcome to my life Mr. H.....you are my everything. Siapakah H ituewww?????



8 comments:

Ratu Hatiku said...

bestnya.... :)

sepul said...

Nak tumpang boleh?

uMMi 3Ds said...

Salam Leez,
dah lama gak jadik silence reader lam blog nih..terjumpa masa cari info bout Medan....terus jatuh chenta ngan cara olahan citer leez & kualiti gambar. Sy nk tanya, kamera apa yg leez guna? Brand & model? TQ
~linda~

mamaju said...

Mama rasa nak ke penang cuti sekolah akhir mei depan, mcm2 tpt nampak menarik.teringin ke muzium peranakan, art street dan nak tgk kedai2 dan brg2 lama.
Ceritalah lagi. KL duk mana?

mamaju/ juhariah johari

Yong Is My Name said...

Adusss terus lapaq ;-)

kasihredha said...

murahnya rezeki..
makanan semua best
tahniah unk azim...selalu sekodeng blog dia juga...hihi

ShimaShimy said...

Burn dan Qis, kawan kolej saya tu kak...Hi Kak Leez!

@xiM said...

Hai H!