Ads

March 12, 2013

Day 4 : Winter Korea Trip - Itaewon & Seoul Olympic Stadium


Salam teman-teman semua.
Bertemu kembali di alam maya. Bersawang lagi nampaknya blog ini. Tuan tanah seperti biasa kesibukan melanda. Bukan takat sibuk...kemalasan pun ada. Camna tu? Ikutkan hati mcm nak pergi bercuti lagi sekarang ni. Tapi kekangan waktu....ku pendamkan sajer. Tunggu akhir tahun ni aku pulun dengan 2 trip sekali. Ke mana kah??? Tungguuuuuuuuuuuuu. 

Ok jom kita sambung citer di Korea yg entah bila nak habis ni. Hari ke 4 kami di bumi Korea. Kami plan nak pi makan di Itaewon pulak. Sebelum tu...jom kita breakfast di cafe bawah tanah subway sambil menunggu teman-teman sampai. Pekena hot chocolate dulu bagi mengenyangkan perut. Dua orang teman kami...iaitu seorg dari Malaysia (baru landing) dan seorang dari Korea. Borak-borak kejap.....jom kita naik train ke Itaewon. 


pekena hot choc di sini. Huishhhh tombamnya pipi......oh tidakkkkk!!!!

sambil menunggu teman...update FB dan upload pic kat sana......maklumlah ada wifi bergerak huhuhuhu

kami naik subway and stop kat itaewon....cmaana nak gi Itaewon...kena rujuk my entry Korea bulan 5 dulu.

masa ni kesejukan melanda. Dengar citer esok snow akan turun di bumi Seoul. Owhhhhh,....mak tak sabar hokay!!!!

yang lelaki tu ialah Korean....dia yang ajak makan di sini sebab katanya ada restoran Indonesia baru bukak. Jom kita cuba....entah sedap ke tidak.

Nama restoran ini ialah Siti Sarah. Betul2 kat atas sikit masa nak naik bukit ke Masjid Seoul tu. Dulu masa aku gi...restoran ni tak bukak lagi. Rasanya ia dibuka bulan lapan yg lepas...maknanya dah 4 bulan beroperasi. Nampak makanan tu mcm mengancam ajer.

masa kami sampai....takda orang pun. Tak lama kemudia.....makin ramai dan penuh. Kecik ajer restoran ini.

my friend order soto dan nasi.......tak sedapppppp!!!!

aku order nasi dan ayam goreng (tawar hambau)......tak sedappppp!!!

jemput makan semua...pasrah ajerlah walaupun tak sedap....tapi tetap licin hahahaha

masa ni hari jumaat...so ramai masyarakat Muslim Korea menunaikan fardhu Jumaat di Masjid Seoul

singgah jap beli kueh inti kacang merah...sedap makan panas2. Cuaca sejuk dan makan masa baru pas masak. Memang terangkat!!!

sowwy aku tak tau apa nama kueh ni.

kueh ikan aku panggil namanyaaa....sendiri letak nama hehehe

singgah kat Salam Bakery nak cari honey nuts....tapi takda.


Kat Itaewon ni ramai pelancong asing. So, sesapa nak cari makanan halal di Seoul...di sinilah tempatnya. Kalau nak cari makanan Korea yg halal pun ada di sini. Tapi kali ni aku tak makan Korean food di sini. Aku cuba kat tempat lain...lebih kurang ajer rasanya.

Tapi kalau nak bershopping di sini aku tak recommend. Sebabnya...sangat mahal uolsss. Cuci mata tengok-tengok dan lambai-lambai ajer. Lambaian ratu uolsss.


bandar Itaewon

Hamilton??? Kelasss uolsss

jom kita teruskan destinasi menyopping pulak. Tak cukup masa semalam....kami ke Namdaemun lagi. Aku nak carikan barang my mum pulak. Semlm tak sempat.

perhatikan warga Korea ni. 24 jam tangan dengan hp Samsung.

selamat datang ke Namdaemun Market sekali lagi....

comelkan kasut budak2 untuk musim sejuk.

Kami balik bilik untuk solat. Lepas tu kami ke sini pulak. Di manakah ini?

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
Seoul Olympic Stadium...........tadaaaaaaaaaaa.
Untuk apa?
>>
>>
>>
>>

sajer jalan-jalan. Nampak tak cebisan snow yg turun minggu lepas. Sejuk giler masa ni. Tunggu esok plakk.....ke manakah kami pergi?????


Setiap manusia ingin menyayangi dan ingin disayangi. Kalau dah ada yg tersayang....jagalah elok-elok dan bersyukurlah. Tapi jika belum jumpa lagi...berdoalah. Sekiannnnn.............


p/s - Saya rindu kampung saya.....tak sabar nak balik kampung akhir tahun ni. 



9 comments:

Don't Afraid to Try said...

cantik gmbr kt ipad tu...mane ade tembam...cute jer..

Mami Little Hero said...

Heeee sukanya ada snow merata. Tengok sis gi Seoul rasa nak gi juga. Kampung sis kat mana? Take care.

jarimanis said...

Makin bertambah tahun makin bertambah comei, apa rahsianya hiksss

Mie said...

Betul tu, tombam pun makin comel.

Rasanya dapat ke Korea tahun ni kot...

Leez M. Saaid said...


Baya -

Hehehe...tembamlahhhh. Penuh muka satu screen.

Leez M. Saaid said...


MLH -

Kampung sy di tempat yang you stay skrg ni. Boleh lah kita jumpa nanti akhir tahun ni.

Leez M. Saaid said...


Jarimanis -

ye ke comel? alamakkkk...
bukan comel...tapi makin tembam hehehe

Leez M. Saaid said...


Mie -

wahhh nak ke korea tahun ni yea....best tu.

selamat bercuti...

Gary Hong said...

Hi..liz. i suka baca blog you.. especially pasal korea trip. boleh gelak sorang2 pulak tu. :) thanks for sharing.