Ads

September 19, 2012

Jalan-jalan Raya @ JB & Singapore - Part 3



Sambung lagi.
Hari berikutnya masih di Singapore. Disebabkan kami tidur lambat malam tadi jam 3 pagi..huhuhu....maka pagi pun bangun lambat jugak ahakss. Pagi tu kami bersiap nak membeli rempah ratus di Pasar Geylang Serai. Kebetulan rumah my cousin tu dekat sangat dengan Pasar Geylang. My mum tak ikut sebab tak kuat nak berjalan jauh dalam pasar tu. Sampai ajer kami parking di dalam bangunan Joo Chiat Shopping Centre. 

Sampai Pasar Geylang kami ronda-ronda bahagian atas terlebih dahulu tengok jualan baju-baju tradisional. Sempat jugak tu belikan jubah putih for my auntie yang akan mengerjakan haji tahun ini. Then, aku beli 3 pasang sarung lengan panjang dengan harga $5 (RM12.50) sepasang. Senang kalau pakai tshirt lengan pendek.....pakai ajer sarung lengan tu. Kat KL harganya RM20 huhuhu. Nampak tudung style turban...djual dengan harga $20 (RM50) tapi bila aku try pakai...hmmmmm tak sheshuai dengan mukaku yg bolat ini hahahaha. Tak jadi beli. Kat KL harganya mahalllllll......(tengok gak material kain)


 bangunan Pasar Geylang Serai

pelbagai jenis fesyen baju kurung dan jubah... 

 telekung dan fesyen tudung pun ada.....

 wahhh nampak ada jual lai chi kang.....haus pun iyea. Kat sini namanya ialah Cheekong. Lebih kurang sama ajer rasanya dengan lai chi kang.

 Tadi breakfast kami dijamukan dengan mee soto yang dimasak oleh Kak Ani. So, perut masih kenyang. Tapi tengok food dalam ni buat kami rasa lapar lagi hahahaha. Terliur tengok pelbagai jenis makanan yg sedap-sedap belaka di sini. Baru teringat....nanti lunch ada yg nak menjamu kami makan...so lupakan sajer nak makan di pasar ni. Aku just beli kueh-mueh utk datukku di KL.

 Kami turun bawah pulak utk beli rempah ratus di sini. My mum dah pesan suh beli rempah beriani, rempah soto, rempah kari ikan, rempah daging...complete semua. Rempah ni semua adalah buatan sendiri. Sedap terangkat uolssss. Ok sudahhh...jom kita balik.

 sampai rumah Abg Sham.....makan kek ni pulak. Kat sini memang mewah dengan kek yang sedap-sedap belaka. Kemas beg semua....kami bersiap nak balik JB pulak.

Cream Puff ni sedapppp.....nyum nyum

 sebelum balik jom bergambar dengan tuan rumah

 Thank you so much to my cousin Abg Sham, Kak Ani and anak-anaknya. Memang selesa kami bermalam di sini. Panjang umur kita jumpa lagi.

 Next ada lagi jemputan beraya. Kali ni kami beraya di rumah my cousin Idris yang stay dengan mertuanya. Kami dijamukan dengan Nasi Beriani dan Sup Tulang Merah. Ya Allah meriahnya makanan di sini. Sedap dan lazat pulak tu.

 Sup Tulang Merah ini dibuat oleh ibu mertua Idris.....sedap sangat. Kami siap dibekalkan bawa balik ke KL.....terima kasih banyak-banyak tuan rumah. 

 perut tengah lapar....memang kami semua makan bertambah-tambah.

 bergambar dengan tuan rumah sebelum balik. 

Thanks to Idris, Linda and Linda's family for the yummy food. Layanan sangat tip top. We appreciate it so much. Nanti kita jumpa di KL plak yea.


Ok perut dah kenyang gilossss. Kami nak balik KL plak. Plan nak singgah di JB sekejap sebelum balik ke KL. Masa ni dah dekat jam 4 petang....aduhhhh bila nak sampai KL ni. Ok tunggu next entry di manakah destinasi kami seterusnya.


p/s - dah lama tak gi gym...aduhhhh




2 comments:

Anum said...

seronoknya

Asyraf_Crescent said...

ok terus meleleh tgk sup tulang merah tu...
ok weekend ni kene gi spore...tak kira...haha...