Ads

September 26, 2012

Rezeki Allah




Salam semua.
Entry kali ni nak borak-borak pasal rezeki Allah. 
Setiap manusia Allah turunkan rezeki berbeza-beza...ada yang melimpah ruah rezekinya...ada yang rezekinya sederhana cukup-cukup makan ajer dan ada juga yang susah nak lekat rezekinya. Walau macamana cara pun rezeki yang Allah bagi...yang penting kita kena selalu bersyukur dan sentiasa berdoa agar sentiasa dimurahkan rezeki lagi. Kadang-kadang tu tanpa kita duga rezeki datang bergolek....datang tiba-tiba...orang kata umpama dapat durian runtuh. Ada kalanya rezeki tu datang sedikit demi sedikit...Allah tak bagi semuanya sekaligus. Dia akan bagi peringkat demi peringkat supaya kita tidak tamak, takbur dan kabur mata. Tetapi ada juga yang rezeki nya datang lambat.....tidak putus berdoa dan terus berdoa tetapi lambat sampai rezekinya. Bukan Allah tak bagi cuma lambat dimakbulkan. Kenapa agaknya? Supaya kita tidak putus mengingati Nya dan sentiasa berdoa pada Nya. Apabila rezeki seseorang tu lambat sebab Allah nak bagi rezeki yang paling istimewa untuknya. Tunggu ajerlah. Insya Allah ada lah tu. Lambat atau cepat rezeki seseorang tu ada hikmah sebenarnya. 

Rezeki tu ada pelbagai bentuk. Diantaranya :
1) Harta Benda
2) Pekerjaan
3) Perkahwinan
4) Zuriat
5) Kebahagiaan

Ada orang dia dapat semua di atas. Syukur Alhamdulillah memang murah rezeki orang tu. Tapi masih terdapat manusia yang tidak pernah bersyukur dengan rezeki-rezeki yang Allah bagi tu. Lalai tanggungjawab pada Allah dan tanggungjawab pada ibubapa. Maka orang itu sebenarnya masih tidak lengkap hidupnya. Apabila dah hidup senang , ada isteri cantik, anak-anak yang comel, rumah yg besar, duit yang banyak, perniagaan yang bagus.....tetapi jangan lupa tanggungjawab dan suruhan pada yang Esa dan satu lagi jangan lupa pada ibubapa yang telah mendidik kita sejak dari kecil. Ada orang bila dah berjaya...sombong pada mak bapak sendiri. Jenguk mak bapak setahun sekali bila time raya ajer walaupun tinggal berdekatan. Camana tu? Satu lagi....jangan lupa bersedekah. Apabila kita selalu bersedekah sebenarnya akan memurahkan rezeki seseorang itu. Jangan kedekut dan berkira sangat. Peringatan untuk diri aku sendiri jugak.

Alhamdulillah aku tetap bersyukur dengan rezeki yang ada walaupun aku belum punya rezeki lain seperti yang tertera di atas. Aku tak pernah mengeluh malah aku bersyukur masih punya keluarga yang sentiasa bersamaku susah dan senang. Family sangat penting dalam hidupku walaupun aku tidak punya ayah lagi. My mum and my brothers always with me whenever i need them. Thanks for the love. Aku sangat-sangat bersyukur. 

Sebagai selingan, jom tengok gambar-gambar di bawah.


 anak buahku Daniel, Danish, Zarieff, Rayyan dan Ariesya merupakan rezeki yang Allah bagi utk keluarga kami.  Di belakang tu ialah rumah artis Fasha Sandha. Dia berjiran selang 2 unit dengan my bro. 

 My mum dah dapat 4 orang cucu lelaki. Alhamdulillah tahun ni dapat cucu perempuan pulak. Comel sangat!!!. Rezeki juga namanya tu. Love u my darling Ariesya Sofia

 Alhamdulillah dengan rezeki yang kami sekeluarga ada. Tetapi arwah papa tidak ada bersama-sama kami menikmati rezeki ini. Camanapun...kami sekeluarga sentiasa berdoa untukmu ayahanda. Al-Fatihah.

 Semoga arwah papa tenang di sini. Semoga kuburnya sentiasa bercahaya dengan doa-doa dari anak yang soleh Insya Allah.

sentiasa amalkan bacaan ini untuk melapangkan rezeki, menghilangkan kesusahan, kepahitan dan kemiskinan. 


Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kekurangan itu daripada kesilapan saya sendiri. Semoga kita semua memperolehi rezeki yang diberkati.


p/s - holiday ohh holiday


10 comments:

Anonymous said...

Setuju..sedekah paling ikhlas yg paling mudah mdpt balasan tapi itu yg paling susah nk tunaikan..satu lg kena belajar REDHA supaya hati sentiasa tenang..

Chik Att said...

Insyaallah .... doa anak yang soleh penerang buat org kita sayang di sana ......

Kak Zie said...

As salam tuan blog

Suka n3 ni...

Wak Gelas™ said...

insyaAllahh.. amin ya robbal alaminn

wak salam ziarah jeerr.. ehhee

Leez M. Saaid said...


Anony -

Yes...kita kena redha apa sajer rezeki yg Allah bagi. Hati tenang ibadah pun kusyuk.

Leez M. Saaid said...


Chik Att -

yea betul....doa dari anak2 sentiasa tersemat di hati dan jiwa tiap masa dan saat.

Leez M. Saaid said...


Kak Zie -

thank you. Singgah lagi di sini yea.

Leez M. Saaid said...


Wak Gelas -

salam perkenalan wak.
Singgah lagi ke teratak ini yea.

Don't Afraid to Try said...

kak leez,

nmpk rumah tu dh perasan mcm rumah f.s...

post akak ni dpt menginsafkan sy...semoga sama2 dpt manfaat darinya..terima kasih ye...

Leez M. Saaid said...



Dont Afraid To Try -

Yeap tu mmg rumah FS.

Sama2 lah kita memanfaatkannya.