Ads

September 27, 2012

Holiday Oh Holiday


Salam semua.
Jom kita borak-borak pasa holiday plak yea.
Jiwa dan hati ini dah meronta-ronta nak naik kapal terebang gi jauh-jauh. My last holiday was Seoul Trip....bulan May lepas. Pastu tak gi mana-mana dah coz busy dengan event. Sekarang aku free sikit boleh lah merancang percutian akan datang. Bila kita merancang percutian banyak benda wajib diambil kira. Antaranya :

a) Kewangan
b) Cuti Kerja
c) Travel Buddy
d) Cuaca (Musim)

Dalam minda aku ni dah berderet-deret planning aku. Dan juga dah berderet-deret countries yang aku nak sangat jejak....masih belum kesampaian sampai sekarang huhuhu. Negara apakah itu?? Rahsia hahahaha. Alhamdulillah dengan ada nya blog ini juga aku jumpa ramai teman-teman baru yang kaki travel macam aku jugak. Ya Allah syukur sangat sebab teman-teman ini juga yang sejiwa dengan aku. Setiap hari mesti ada yang request nak jadi FB friend. Ada yang tanya pasal travel dan ada yang nak jadi my travel buddy. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua terhadap blog ini. Aku cuba membantu apa yg termampu. Ada juga yang aku tak dapat nak jawap soalan korang tu...minta maaf banyak-banyak.

Baru-baru ini aku ada menerima message dari beberapa teman "sejiwa" ini yang nak ajak aku as travel buddy joint trip berkelana di negara orang. Sounds interesting hokay. Semuanya menarik dan semuanya mcm aku nak pergi hahahaha (tamaknya!!!). Tulah pening kepala nak pikir...mana satu nak pergi. Itu belum lagi yang aku dah plan sendiri hehehe. Aku punya style kalau nak pi travel negara yg jauh2 ni...kena plan berbulan-bulan. Sebabnya kena merancang kewangan yang paling penting. Kita ni jenis budget bukannya jenis bermewah-mewahan. Aku kena pastikan aku dah cukup duit dan ada duit lebih. Kalau takat duit seciput nak gi travel...baik aku takyah pergi. Bukan nak shopping sgt pun....yg penting dapat beli souvenir hahahaha.

Bila tengok gambar kat blog kawan-kawan yang baru balik travel..ishhh seronoknyaaaaa. Dah terbayang-bayang plak bestnya kalau aku juga berada di sana. Next trip aku merancang nak gi musim sejuklah. Rindu plak aku dengan snow ni. Kalau ikutkan memanglah sejuk weiii tetapi cantiknya permandangan bersalju ni akan kita kenang sampai bila-bila. Takat nak gi musim panas ....kat Malaysia pun panas. Permandangan pun biasa-biasa ajer nanti.

Ok jom kita tengok gambar-gambar yg aku google .....musim sejuk huhuhuhu. Bestnyaaaaaa........


tahu tak di mana ni? Snow @ Tehran. Ada seorang my blog reader ajak me joint trip ke sini. Hmmmm...let me think first. Cantik juga negara Iran ni kan.


Di manakah ni? Scandinavian Countires. Ada juga my blog reader yg ajak berkelana ke negara-negara ini tetapi......i heard Norway ni currency dia sgt tinggiiiiiiiiiiiiiiii dan mahal. Mampu kah aku? Huhuhuhu.


 Dimanakah ini? Finland - Scandinavian Country. Cantik kan!!!!! Ada biru, ada hijau dan ada putih. Mampu???


 Snow @ Kashmir, India. Wowwww....one of my dream countries. Hmmmm.......


Main ski @ New Zealand. Wowww bestnya. Cantik sangat!!!! Bilakah agaknya?


Gambar-gambar di atas sajer nak cuci-cuci mata. Walaupun belum pernah jejak tetapi tetap tersemat dalam hati aku dan juga korang semua kan. Hahaha. Suka sangat sebab ada colour putih dan biru yg mendamaikan jiwa. Ada rezeki Insya Allah semua orang boleh sampai ke sini. Jumpa lagi di lain lembaran yea.


p/s - hari-hari mimpi berada di negara orang. Uikk parah dah!!!!


19 comments:

Danny / John said...

insyaALLAH akak. semoga impian kaki travel sume tercapai hendaknya. aminnnnnn.....

Aku Seorang Pengembara said...

teruskan berangan...moga jadi kenyataan.
sejuuukkkk jer mater memandang ke tempat2 tu kan.....

norh said...

he he..seronok kan bila bercakap pasal holiday..saya sampai termimpi2 pegi paris sebab selalu dok skodeng blog travel.. :)

Farikica said...

Tebalnyer snow kat tehran.. x sangka iran pon leh snow tebal mcm tuh...

syieda said...

insyaallah semuanya akan dijejaki.. yg penting snow gitoo.. kekekkee

Badar The Great said...

leez .....akak pi kashmir last feb n it was freezing cold masa stay in Houseboat kat dhal lake. skiing kat pahalgm. cantik sgt scenery di kashmir. u shld go there.

enjoy ur holiday sis...

Mrs Linda said...

Seronoknyaaa kalau dapat pergu semua tempat tu..wuuu..dalam mimpi kita je lah kak.. T__T

Muna said...

Akak, nk ikut g new zealand..hihi

DJ said...

bestnya kan dapat pi kshmir, europe, nz..semoga impian dan harapan kita dimakbulkan..Amin...hehehe

Leez M. Saaid said...


Danny -

Insya Allah. Semoga impian semua kaki travel tercapai juga hehehe.

Leez M. Saaid said...


Aku Seorang pengembara -

haah sejuk mata memandang sebab tempatnya sejuk. Cuba tgk pic padang pasir....panas mata kita memandang kan.hehehe

Jom kita berangan.

Leez M. Saaid said...



norh -

hai norh....salam kenal

oklah tu ada gak termimpi. Ada org mimpi pun tak pernah...berangan ajer tak sudah hehehe.

Leez M. Saaid said...



Farikica -

yea iran memang ada snow.
boleh tahan jugak tebal snow nya.

Leez M. Saaid said...



syieda -

sy jeles tgk awak main snow yg turun bagaikan permata di seoul huhuhu.

so, angan2 saya awal next year nak rasa mcm tu gak...tapi kat negara lainlah.

Leez M. Saaid said...



Badar The Great -

India is one of my dreams countries. Moga tercapai hajat saya nanti insya allah. Cantikkan kashmir.

Leez M. Saaid said...


Mrs Linda -

takpa...kita angan2 dulu...semoga apa yg kita impikan menjadi kenyataan nanti.
Usaha kena lebih hehehe

Leez M. Saaid said...



Muna -

betul ke nak ikut?
jommm...next punya plan kay.

Leez M. Saaid said...



DJ -

hai DJ..salam kenal.

haah semoga impian kita semua menjadi kenyataan.
kena berusaha kumpul duit dari sekarang ni.
Takat angan2 kosong takkan menjadi kann...

Ogy azmin said...

My next trip mmg time winter...dh x sabo...
Moga2 trip kite yg tertangguh this yr akan menjadi
next year nnt yea Leez...