Ads

September 12, 2012

Jalan-jalan Raya @ JB & Singapore - Part 1



Salam semua.
Minggu merdeka yang lepas kami sekeluarga pergi beraya di luar KL pulak. Penat dah asik duk pegang periuk belanga sepanjang seminggu Syawal yang lepas. Kami nak balik kampung my mum pulak. Sambil tu nak ziarah saudara-mara di belah selatan tanahair di JB dan Singapore. Awal lagi kami dah habaq kat sedara mara kami nak turun sana. Yelah takut depa ada hal lain ...cuti panjang kan. 

Plan asal nak bertolak awal pagi untuk elakkan jammed di PLUS Highway. Tau ajerlah kan janji Melayu....aku bangun terlambat skit sebab malam tadi tidur lambat baru selesai menjamu teman-teman beraya di rumah. Letih pun iya. Sib baik bibik banyak membantu selesaikan mengemas rumah semua. Around 11 am jugak kami semua bergerak ke JB. Gi dengan sebuah kereta ajer coz my other brothers ada yg kerja dan outstation. Jalan jammed sikit kat area Seremban....and then moving ok macam biasa. 

Destinasi pertama kami ialah di rumah Kak Zizah my cousin di Lima Kedai, Skudai. Kak Zizah ni saudara belah my arwah papa. Kami semua dijamu dengan makanan yang lazat Nasi Beriani Johor. Kak Zizah ni memang tukang masak terkenal kat sana...lazat dia masak uolsss. Kalau nak tau....my mum yang request dia masak nasi beriani ahaksss. Perut pun tengah lapar masa tu...makan sampai tambah 2 pinggan hahahaha. Sorry gambar takda sebab lupa semua bila nampak makanan yg lazat. Bila jumpa sedara mara ni macam-macam benda yg kami borak sampai gelak ketawa hahaha.


Kak Zizah yg pakai baju purple duduk sebelah my mum tu. Tengoklah anak buah aku Zarief yg pakai baju merah tu.....dah pandai beraksi depan camera.

posing lagi huhuhuhu.....

Dah kenyang makan dan borak-borak...kami bergerak ke rumah seterusnya iaitu rumah my cousin Ilal di Taman Aman Larkin....cousin belah my mum. Sib baik ada Navigator GPS....sampai jugak kami di sini. First time datang rumah my cousin ni coz dia baru pindah di sini. Dia pun kebetulan buat open house dan besday anak dia pada hari tu...memang rezeki kami. Menu pada hari tu ialah nasi beriyani lagi...huhuhu. Ada jugak meehoon singapore dan kueh mueh yang lain. Masih kenyang masa ni...aku just merasa meehoon dan kueh ajer. Tak larat dah nak mamam nasi beriyani lagi. Lama jugak kami lepak di sini sebab nak menunggu anak saudara ku Jai dtg ke sini.

masa kami tiba ni lebih kurang jam 5 petang. 

Seorang lagi my cousin Idris and family pun ada. They came all the way from Singapore dtg beraya di sini.

belah malam pulak ada lagi tetamu yang akan datang....so lebih kurang lepas maghrib kami pun beredar.

sebelum tu...ada sessi potong kek pulak. Besday anak Ilal iaitu Niqi yang ke 3. Wahhh besarnya kek dia....happy birthday niqi.

Seterusnya.......kami pergi ke rumah yang ketiga. Lokasinya di Taman Pulai Indah....wahhh jauh jugak tu. Masa kat rumah Ilal tadi Jai and family dah sampai. Lepas dia makan kekenyangan...kami semua pergi ke rumah Cik An pulak di Taman Pulai Indah. Tak tau rumah dia di mana.....ikut Jai ajer lah. Rupanya malam tu dia pun  ada buat Open House dan Anniversary dia jugak. Rezeki kami makan kek dua kali...hahahaha. 

sessi gedik tiga bersaudara ni. Yang belah kiri sekali tu ialah Jai dan yang tengah Cik An. Mereka berdua ni adik-beradik tapi pangkat anak saudara sepupu dengan aku. Ramai plak yg kata muka aku sama dengan Jai....bukan sorang yg kata tapi ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Ye ke???? Rasanya pipi kami yg sama hahahaha.


Di rumah Cik An kami dijamukan dengan juadah soto ayam dan satay. Makan soto sikit sebab masih kekenyangan. Satay aku tak jamah pun. Dekat pukul 11 malam jugak kami beredar dari rumah Cik An. Plan asal kami nak stay di hotel ajer malam tu sebelum bertolak ke Singapore esok pagi....tapi Jai dah offer kami tidur rumah dia malam tu di Mutiara Rini. Mutiara Rini???? Hai apa khabar orang Mutiara Rini? (tetiba kan!!....you know who you are) Hmmmmm...okaylah kami tidur di situ malam tu. Tuan rumah layan kami first class malam tu siap bagi kami tidur di master bedroom yang berhawa dingin...fuhhhhhh macam tidur di hotel. Nyenyakkkkk sangattt kami tidur malam tu. Terima kasih banyak2 Jai and Ijal. Muahhh muahhh.

The next day kami nak berangkat ke Singapore pulak. So, esok ajer aku update pasal esok punya cerita yea. Banyak lagi acara makan2 huhuhu. Habis diet weeiiiiiiiiiiiii.


p/s - busy dengan karnival pulak. Tapi hati meronta-ronta nak pi makang angin.....destinasi pun belum pasti lagi ni.


8 comments:

Anum said...

enjoy

Alin Marlini said...

Kak...kazen2 yg mata cantik2

Azian Elias said...

selalunya bila dah sedara mara or kezen2 ni muka mmg tka jauh beza...sedarah lah katakan..

kasihredha said...

meriahnya leez beraya
semua cantik2

Leez M. Saaid said...


Anum -

sesekali enjoy hehehe...

Leez M. Saaid said...



Alin -

hehehehe....cantik kah mata kami?
mata tipu ajer tu....

Leez M. Saaid said...



Kak Yan -

yelah kak....kalau dah sedarah daging tu....memang iras-iras tu tetap ada kan.

Leez M. Saaid said...



kak hanim -

sesekali kak beraya di luar KL...selalnya saya beraya di KL ajer.
Bawak mak jumpa sedara mara dia.