Ads

April 19, 2012

Day 2 : Journey to Kedah - Penang - Perlis






Salam semua.
Sejak seminggu ni badan tak berapa sihat...demam dan tonsil. Mood pun terganggu. Aduhhh...udahlah kerja di opis melambak-lambak. Bila kita sakit....dosa kecil kita terhapus sedikit demi sedikit Insya Allah. Sorry yea kengkawan.... ada kala blog ini tak sempat nak update. Aku ni bila sakit....perangai terlebih manja dan mengada-ngada. 

Ok sambung kisah perjalanan aku di utara ni.
Pagi esoknya kononnya nak bangun cepat skit sebab kami nak berjalan jauh. Udah ler jangan berangan. Tidur pun lena di katil empok....terjaga jam 10.30 pagi uolss. Kami bersiap terus meninggalkan Sungai Petani dan bergerak lagi ke utara. Kami nak pi Padang Besar Perlis sebenarnya. Aku rasa dah bertahun-tahun jugak aku tak sana. Bila pergi dengan parents dulu....memanglah bermacam-macam diangkut bawak balik KL. Tapi kali ni...nak tau apa yg aku beli??? Jom roger...


dihujung highway utara kami singgah sebentar di restoran ini  Jo Cendul Pulut utk brunch (breakfast + lunch)

mcm2 makanan ada dijual di sini. Aku makan nasi dan sup campur. Ok boleh tahan sedap jugak. Jangan lupa makan Cendul Pulut specialty di sini.


Zaman dulu mana ada highway lagi nak pi Perlis (after tol). Kali ni dah ada highway cepat sikit sampai. Last aku gi masa majlis perkahwinan blogger enciksepul....masa tu ada highway. Tapi zaman arwah papa aku dulu...mana ada highway tapi tetap kami redah jugak sampai ke Padang Besar. 

Setibanya kami di Padang Besar....wahhhh dah banyak berubah dan banyak sungguh kedai-kedai yg cendawan tumbuh di sini. Dulu takat ada bangunan bulat bazar tu ajer. Dulu aku rasa org yg dtg ke sini perghhhhh punyalah berduyun-duyun sehinggakan nak parking sangatlah tersiksa. But now....aku tengok agak lengang sikit...kenapa yea??? Adakah org dah kurang berbelanja di sini? Agaknya rakyat mesia dah kaya raya skrg....shopping di Jakarta, Bandung Vietnam....tak mainlah Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian. Betul tak apa yg aku cakap???


aku hanya membeli 2 helai tudung ajer di sini. Tu pun sebab fesyen tudung tu takda kat KL. Baju di sini?? Hmmm.....memang not really my taste lah. 

fesyen baju Thai mmg aku tak berapa berkenan berbanding baju dari Indonesia. 

orang yg dtg berbelanja pun tak berapa ramai. Tak seperti dulu....tangan kiri kanan penuh dengan bag plastik. Naper yea??

ok...aku byk beli makanan di sini. Aku beli beras siam wangi, pulut hitam dan pulut siam....pastu beli gajus, asam dan kerepek2 di sini. Dulu mcm2 buah yg dijual di sini. Skrg ni nak beli mangga pn susah nak cari...mahal plak tu. Kan tengah musim mangga skrg. Hmmmm.

Aku masih kekenyangan. Teman-temanku plak nak merasa Laksa Thai. Inilah rupa Laksa Thai. Aku kureng skit rasa laksa ni.....entah...mungkin tak biasa kot.

Laksa Thai ni dimakan dengan sayur-sayur ulam di sebelahnya. Tengok daun sayur tu pun aku dah rasa pelik.

di tengah panas yg berdeting....bersama Kak Rosecun

Azie dan Mai.....pun duk merasa Laksa Thai tu.


Lebih kurang jam 4 petang barulah kami bergerak keluar dari Padang Besar ni. Terus shoot balik ke KL. Singgah dua kali di R&R utk solat dan makan. Al-maklum bila perut dah kenyang nak drive pun rasa mengantuk. So, bergilir-gilir memandu kereta. Alhamdulillah selamat sampai ke KL pada jam 12 tengah malam jugak. 

Sekian perjalanan singkat aku ke utara. Tetapi mcm2 tempat yg kami singgah. Oklah....jauh berjalan terbuka minda aku sikit. Ok guys...next entry kita bukak kisah lain pulak yea.


p/s - Cabaran Sihat Musim-2 akan bermula tak lama lagi.....jom joint!!!



15 comments:

akak roosni said...

ikut..oh..satu lgi jgn lama2 berkawan takut pudar kahwin aje..tak sabar akak nak tengok,semuga penghujung yg baik..

Mie said...

Macam dah kurang happening...

Mungkin orang lebih suka ke bandar di Siam seperti Danok tu... macam2 ada... hehe

zila said...

weekend ke weekdays gi tu??

Alin Marlini said...

orang Mesi suka naik kapal terbang kak leez...

Bab baju kat padang besar tu..Alin seia sekata ngan kak leez...tak suka baju2 Thai...

sepul said...

Hey hey hey... Mungkin bukan musim cuti sekolah kot. Cantiknya kak rosecun. Kem salam kat dia.

Azian Elias said...

Akak pun kalau ke mana2 jarang beli baju. sebab tak leh match dgn taste.. Beli kat mesia je.. hee

xplorer said...

next time cuba cross border pegi kat sebelah siam . sebelah siam pekan dia nama PADANG BASA , sama gak mcm kat mesia . ada satu pasar kat sana yng jual kuih n makanan siam , makanan halal n murah. variety makanan kat sebelah border lebih bnyk

Leez M. Saaid said...

akak roosni -

thanks kak mendoakan saya. Insya Allah kalau ada jodoh kami nanti

Leez M. Saaid said...

Mie -

yelah mungkin jugak...org lg suka ke seberang sana berbanding di dalam negara tu. Skrg ni rakyat mesia dah ada passport senang skit

Leez M. Saaid said...

zila -

sy gi weekend hari Ahad....

Leez M. Saaid said...

Alin -

betul lah....org kita lebih suka naik flight sbb masing2 dah ada passport.

akak mmg kureng fesyen thai ni.....samalah kita.

Leez M. Saaid said...

sepul -

mungkin gaklah cuti sekolah ramai org. tapi dulu akak gi bkn cuti sekolah pun...tp tetap ramai org....susah sgt nak perking berduyun2 org dtg.

ok salam akan disampaikan

Leez M. Saaid said...

kak yan -

sama lah kita. sy jarang beli baju di luar...salah satu sebab size takda hehehe.

Leez M. Saaid said...

xplorer -

dulu pernah di padang basa tu.....oklah sikit brg2 dia and murah lagi drp kat sini. Tpi skrg ni dah lama tak gi.
yeap...i pun enjoy food kat sana.

Anonymous said...

akak mcm mana nak join cabaran sehat tuh....