Ads

May 5, 2010

Chiang Mai Trip - Part 3

Sambung lagi ...

Kami terus balik ke hotel untuk berehat. Sempatlah jugak melelapkan mata lebih kurang sejam gitu. Ngantuk sangat yang tidak tertahan. Al-maklum semalaman tidak tidur pun. Selepas maghrib gitu, kami keluar semula untuk berjalan-jalan di Night Bazaar.

Ohhh...bestnya....Night Bazaar ni dekat yang amat dengan hotel yang aku menginap. Belakang hotel ajer.....berjalan tak sampai 1 minit. Gembiranya aku. Jawabnya aktiviti malam kami sudah tentulah di sini..yehaaaa!!!!

Sampai ajer di Night Bazaar, kami just jalan-jalan dan tengok apa yang dijual di sini. Sambil tu kami bertanyakan kat orang sana di manakah nak dapatkan halal food di sini untuk makan malam kami. Aku dah tak sabar nak pekena tomyam Chiang Mai. Jalan punya jalan....atas tunjuk ajar orang Chiang Mai aku dapat jumpa beberapa restoran muslim di sini. Kami makan di Restoran Asma.




Apa yang aku boleh kata tentang makanan di sini...sangat sedappp!!!!. Aku makan sakan malam tu..hehehe. Kami order tomyam, ikan siakap bercili, ayam gajus dan telur dadar. Sedappppnya tomyam dia...sedap sangat2!!!!. Ikan siakap pun sedap....semuanya sedaplah. Tak sia-sia aku memilih kedai ini. Total semua makanan kami ialah 700Baht (RM70). Hmmm...mahalkan. Takpalah sebab sedapkan...aku tak berkira pun.

Jom kita tengok gambar-gambar makanan yang aku amik. Terliur plak aku tengok tomyam chiang mai yang sedap ini......lazaatttt!!!.Huhuhu...



Tomyam seafood.....cedap A++

Siakap Bercili...cedap gak A++

ayam gajus.....pun sedap A++

tengoklah muka aku yang ceria....walaupun belum menjamah makanan tu....



Lepas dah makan sampai kekenyangan. Kami jalan-jalan melihat apa barangan yang dijual di sini. Hmmm.....biasa-biasa ajer. Kebanyakannya barangan kraftangan Thailand. Sama ajer di mana-mana. Masa aku gi Bangkok, Phuket dan Hadyai...ini jugaklah barangan yang dijual. Nak kata murah sangat...tidaklah jugak.

Penat jugaklah aku nak minta kurang harga. Kalau tak dapat harga yg aku nak...aku sound giler kat depa. Aku bukan Orang Eropah !!! Kalau korang nak jual mahal tak payahlah letak harga tinggi2 kat orang Asean...aku orang Malaysia....your neighbour!!!! Terkelip2 mata dorang tengok muka aku. Akhirnya dapat gak harga murah. Kalau tak bagi gak....aku bolayan. Hmmm...banyak lagi kedai yang jual barangan yang sama mcm tu.

So, takda masalah kalau dorang tak bagi murah. Cuma kita penat sikitlah nak menawarkan harga. Yang kerek pun ramai. Ada ke nak jual fridge magnet kat aku dengan harga RM20....pirahh!!! Itu harga yg aku dapat kalau beli kat Europe...ada hati nak jual mahal kat aku setakat FM Chiang Mai yg tak cantik tu...perrgggghhhh!!!!!

souvenir sabun bunga ni melambak2 dijual di sini...

aku dengan penjual barangan accessories wanita...

hiasan ais krim yg sangat kreatif....membuatkan aku terliur nak makan ais krim...beli jugak tu..huhuhu!!!



persembahan tarian tradisional Thai di Kalare Night Bazaar




Then, bila dah penat berjalan sana sini, kami terus balik hotel. Esok pagi nak bangun awal sebab kami akan mengikut tour group yang akan bawa kami ke Chiang Rai...perjalanan selama 4 jam. Huhuhuhu...tungguu!!!!!!



11 comments:

sepul said...

fewittttt ingatkan kak leez kuar jenjalan pakai lingerie kaler pink iteww

MOLY said...

saya suka mkn tom yam yg mcm tu. tgk pon dah tau marvelous !!! lapar laaaa .... uhuhu

singAsong said...

Cepat update Chiang Rai... nak nak nak...

Mrs.Sheikh said...

ya ampun..sedap nampaknya makanan2 ni.. iskkk..sabar aje laa ayam gajuss tuuu

@xiM said...

amboi garangnya kak leez tawar meanawr ngan peniaga sana..baguih la tu..jangan kasi can depa nak tekan kita..hahaaa

Leez said...

sepul-

akak pakai lingeri tu dalam hotel ajerlah.....bahaya kalau pakai kat luar.

Leez said...

Moly -

Tomyam tu memang sangat mengancam. Akak pun teringat2 lagi sampai sekarang. Windu tomyam Chiang Mai.

Leez said...

Song -

Dah upadate pun. Kena pelan-pelan. Busy sangat sekrang ni.

Leez said...

Mrs Sheikh -

hahahaha.....sajer jer nak bagi terliur sesapa yg tengok pic makanan tu.. :)))

Leez said...

Axim-

Thank you very much. Akak dah buat apa yg axim ajarkan. Seronoknya dah dapat kembali blog lamaku.
Snagt berterima kasih!!!

Memang geram kat dorang ni...tekan harga mcmlah kita ni mat salleh. Penat dah nak turunkan harga. Sekali i sound mcm tu...senyap terus..heheheh...

@xiM said...

sharing is caring ok..no worries..:)

senang bertahan pada blog yang satu jer kan akak..kalau buat blog lain macam payah pulak nak maintain..