Ads

May 4, 2010

Chiang Mai Trip - Part 2



Lebih kurang pada jam 12 tengahari waktu tempatan kami terus ke hotel untuk check-in. Aku stayed kat Pornping Tower Hotel. Perjalanan lebih kurang 15 minit sahaja dari airport ke hotel ini dengan bayaran 75Baht (RM7.50).

Harga untuk satu malam termasuk breakfast ialah 1000Baht (RM100)…murahkan. Ini hotel 4 bintang dan biliknya sangat luas. Aku terlupa daa nak snapping gambar bilik. Cuma…. hotel ini agak lama sikit lah.


di lobby hotel....besar dan luas



Sampai aja hotel, lepas meletakkan luggage ke dalam bilik semua…..kami pun nak cari makan. Sempat bertanyakan pada orang hotel dimanakah nak cari halal food di sini. Wahhh…dekat ajer dengan hotel kami. Berjalan about 100 meter….dah nampak few halal food stalls.

Ada masjid di kawasan ini. Alhamdulillah tak da masalah nak mencari halal food. Azan pun selalu berkumandang setiap kali masuk waktu solat. Negara yang mempunyai 95 peratus penduduk yang beragama Budha tetapi still membenarkan azan berkumandang.

lorong ini menuju ke masjid..malah terdapat banyak Muslim food around here.

inilah masjidnya...besar..

ini juga....

kueh-mueh Thai kat kedai Muslim...tak reti aku nak makan walaupun Halal...


Kelihatan beberapa stalls yang penjualnya memakai tudung. So, aku mencuba makan meehoon sup daging Chinese style. Sedappppnyaaa…berapi-rapi aku makan. Supnya panas dan kepedasan. I likeeee…!!! My friend tu mencuba nasi beriyani ayam…boleh tahan lah. Pastu tambah lagi order spring roll…pun sedap. Aku memang enjoylah makan kat sini. Masa tu cuaca panas terik..makan plak sup yg pedas berapi…..berpeluh-peluh aku makan… hehehe. Sib baik sedap kannn!!!!

Apa yang aku boleh cakap tentang orang Chiang Mai ni. Kebanyakan orang Chiang Mai chinese look and berkulit putih. Susah nak membezakan sama ada mereka ni Muslim or not. Kalau yang pakai tudung tu….memang sahlah depa ni Muslim. Macam kedai makan yang aku pergi ni….para ibu kebanyakannya memakai tudung…tetapi anak2nya Chinese look and memakai seluar pendek. Aku dapat rasakan seperti makan di restoran cina pulak. Hehehe…..

kat restoran Muslim yang aku makan...
inilah menunya......
Meehoon Nam....cedap sangat....masih teringat2 kesedapan sup ini...

beriyani ayam..... boleh tahan..
spring roll pun sedap...




Lepas dah kenyang, kami naik tuk tuk pergi ke Pasar Waroros. Perjalanan 10 minit macam tu. Kat pasar ini terdapat banyak jualan pakaian, kain ela, langsir, kasut, beg tangan, perkakas rumah, hiasan rumah, pelbagai jenis buah2an dan makanan. Segala benda ada dijual di sini….mcm kat Chatuchak di Bangkok.

Barangan yang dijual agak kurang berkualiti. Harga pun tidaklah semurah mana….bagi aku still mahal jugak. Aku tak membeli sangat pun. Hanya sempat membeli buah laici dan baju tidur aje. Sekarang ni sedang musim buah laici…cedap dan manis. I likeee..!!!!


banyak jualan kain ela...tapi aku tak berkenan langsung....



Waroros Market....


kat sini banyak betul makanan yg segera mcm ni...tak payah pikir nak beli banyak2...siap adah all in...terus masak ajer. Kalau nak masak tomyam...pun ada yg segera...bukan pakai kiub tau tapi resipi original.
ada berani? kumbang goreng..huhuhu...

ni plak....entah apa tah...geli plak..eeeeee

pakaian tradisional Thai

rambut pelesu pun ada.....tak tau lah berapa harga


Lepas dah habis berjalan-jalan di kawasan ini...dengan cuaca yang panas dan mata yang sangat mengantuk…kami plan nak balik ke bilik hotel aja. Nak tidur sekejap. Malam nanti barulah keluar lagi ke Night Bazaar. Dengan cuaca yang sangat panas, ia membataskan pergerakan aku untuk ke mana-mana. Panas yang luar biasa hokay!!!!


8 comments:

sepul said...

wah nama hotel sangat porn ok? apa motif tunjuk lingerie tuh? kak leez beli ke? kalo beli tunjuk la sekeping gambar kak leez menggayakan lingerie iteww

Leez said...

sepul -

hahaha...sangat porn kan nama hotel tu!!!

yea pandai pun meneka. Ahkak memang beli lingerie colour pink yg tengah tu...sangat seksi gitu!!!

Sorry yea dik....ahkak pakai baju tu bukan untuk tontonan di sini....sangat tak sesuwaiiii!!!!!

MOLY said...

sepol kalu bab tu nampak je kan kak .. hahaha !!!

:P

singAsong said...

Pornping.. mesti malam2 layan porn aja... kan..

lingerie itu apa?

@xiM said...

SENANG LA NAK DAPAT HALAL food kat sini ekk..meehon sup tu nampak macam sedap!!

Leez said...

MoLy-

biasalah dia tu...bab2 benda ni laju ajer....hehehe

Leez said...

Song -

Hello pakcik.....takda maknanya nak layan porn. Ahkak ni baik tau!!! Huhuhuh

Aikk...lingerie pun tak tau ke?
pakaian dalam wanita lah.....

Leez said...

Axim-

Alhamdulillah so far senang nak cari makanan Islam. Tapi masa gi Chiang rai susah sikit.....