Ads

January 6, 2009

Day 2 - Part I Trip to National Park, Pahang : 29th-31st Dec 2008


The next morning, after breakfast kami memulakan aktiviti di dalam hutan Taman Negara iaitu jungle trekking, canopy walking dan rapid shooting. Brekfast ala kadar aje...coz not so many choices to eat. Kami bawa sardine sandwiches sebagai bekalan dalam hutan kot-kot lapar nanti.

I was being informed that, the jungle trekking and canopy walking would take about 4 hours to finish it. So, about 9.30 am kami kena get ready at resort lobby untuk dibawa ke jetty point.


breakfast at hotel
on the way to jetty point...... naik Hilux

Sampai di jetty point, kami telah ditunggu oleh guide kami iaitu abg Razali. He will be our tour guide for today. Bayaran semua dah termasuk dalam package yang kami dah bayar. Naik bot lagi untuk ke seberang Mutiara Taman Negara, tempat yang telah kami lalui semalamnya. Jalan untuk jungle trekking hendaklah melalui kawasan ini. Kami telah diberi beberapa penerangan tentang pokok-pokok yang terdapat di sekitar Mutiara Taman Negara ini sebelum melalui jalan sebenar ke hutan Taman Negara.
Masing-masing menunjukkan muka yang excited giler. Itu belum lagi kami menempuh dan mendaki beberapa jalan berliku yang penuh selut dan pacat. Pancit mendaki Bukit Teresek sungguh mencabar stamina kami.


ready untuk naik boat

muka ceria .......

trekking dalam hutan bermula di sini
Cuaca terang benderang dan agak baik pada pagi ini. Memang kami bernasib baik kerana hari semalam semasa kami sampai, taman ini ditutup kepada tourist kerana hari hujan dan agak merbahaya untuk jungle trekking dan canopy walking.
Di sepanjang jungle trekking ini, kami diberi penerangan tentang pokok-pokok hutan yang banyak khasiatnya kepada orang Asli. Abang Razali menerangkan beberapa daun hutan yang boleh dijadikan ubat untuk luka. Sebaik daun ini dibubuh pada tempat luka tersebut, serta merta darah akan berhenti. Sungguh menakjubkan.
Pada permulaannya takut juga masuk dalam hutan. Yelah kurang pengalaman macam ini. Mana tau terserempak dengan binatang buas ke....heheheh. Tapi Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku. Mana tau kot-kot jumpa ular ke....ayohhh macamana tu.

dengan semangatnya....
muka masih ceria...belum jumpa rintangan lagi....

daun kelambu rimau
daun untuk sembuhkan luka.....
bunga ini beracun....sebagai umpan untuk memancing ikan
abg Razali menerangkan sesuatu
batang pokok.....besar giler...ada yang lebih besar daripada ini...

Pokok tongkat ali yang banyak tumbuh merata di dalam hutan
air bukit...... kaya dengan mineral
banyak betul pokok-pokok yang tinggi seperti ini

Pada permulaannya perjalanan kami tidak perlu memanjat bukit...agak mendatar. Selang beberapa ratus meter berjalan, cabaran telah bermula. Kami terpaksa melalui jalan yang lecak dan penuh dengan selut. Licin tu jangan cakaplah...memang amat licin.
Pulak tu semalam hujan, so di sepanjang jalan tu banyak betul pacat. For every step, tak amik masa yang lama terus berjalan tanpa henti. Kalau berhenti, jangan terkejut jika pacat berada dalam kasut anda atau di betis anda. Ohhh tidak.....


ini jari abg Razali...... dia tunjukkan bagaimana pacat menghisap darah.....
Cabaran seterusnya pula di mana kami kena mendaki Bukit Teresek pada ketinggian yang agak mencabar juga. Aduhh...pancit jangan cakaplah. Kami kena berhati-hati takut pula tergelincir memandangkan tanah licin dan berselut. Kasut kami habis penuh dengan selut. Alhamdulillah my nephew Daniel berjaya melalui cabaran ini tanpa sebarang masalah. Selamba aje budak ni.
Abang Razali tour guide kami, dengan steady nya mendahului perjalanan ini paling depan sekali. Agaknya dalam hati dia, lembab betul budak-budak bandar ni. Hehehe. Dia siap perli, inilah budak bandar yang tak pernah masuk hutan...hehehehe.

nampak tak ketinggian bukit ini.....mencabar tul
mencanak wei.....i'm the last person mendaki...hehehehe
rehat sebentar...masing-masing letih....hehehehe
relax sambil makan sandwich
turun plak......dah nak dekat sampai canopy walkway
stesen canopy walkway
Dah sampai canopy walkway. Merupakan jambatan gantung paling panjang di dunia. This canopy walk is suspended 40 meter above ground. Pertama kali jejak jambatan ini amatlah gayatnya. Tak boleh nak pandang ke bawah...dengan goncangan jambatan itu ketika berjalan...begitu mendebarkan.
Sepanjang melalui canopy ini, macam-macam ayat baca di dalam hati. Yelah, kalau terjatuh ke....at least dah bersedia...hehehehe. Untuk melalui jambatan ini mestilah seorang demi seorang dengan jaraknya 5 meter. My nephew Daniel yang berumur 4 tahun menangis pada mulanya apabila my bro memimpin dia berjalan melalui jambatan ini. Akhirnya my younger bro Idham tolong carry Daniel dengan mendukung dari belakang. Kami yang dewasa ni pun dah gayat...apalagi budak kecil berumur 4 tahun. Pengalaman yang tidak boleh dilupa dan memang mencabar sungguh.

patah balik coz Daniel takut dan menangis
Lya berjalan dengan penuh debaran...
Nor pun takut sampai tak pandang bawah...heheheh
permandangan yang diambil dari atas jambatan



berehat sebentar di atas platform ...pastu sambung lagi
inilah jambatan gantung yang terpanjang di dunia

senyuman dalam debaran



atas platform ini hanya dibenarkan untuk 4 orang sahaja


cabaran menaiki tangga.....seram
kesian papa yek dukung daniel


platform terakhir..
1 .5 km untuk pulang ke kuala tahan.....
nak balik ikut jalan lain......jalan lecak


Setelah melalui perjalanan yang begitu mencabar, akhirnya kami selamat sampai ke resort. 4 jam di dalam hutan dengan pelbagai pengalaman yang sungguh berharga. Walaupun agak penat tetapi pengalaman ini akan tetap ku kenang sampai bila-bila.
Sampai resort, terus amik lunch. Perut pun memang dah lapar betul. Bagi kami, makanan yang disediakan boleh tahan lah. Yang penting perut kenyang. Lepas ini pada jam 3.30 petang kami akan melalui pengalaman rapid shooting di sungai Kuala Tahan. Memang best!!!!!!





ayam goreng
daging merah
sayur campur
kari ikan


No comments: