Ads

October 6, 2008

First Day Hari Raya

We celebrated Hari Raya in KL. Sedih takda kampung. Both my parents memang orang sini. Sejak lahir lagi kami beraya kat KL. Sejak dah ada 2 anak sedara...keluarga kami bertambah meriah.
my nephew yang lawak.....susah nak pakai songkong....akhirnya jadi mcm tu....hahahaha
my second bro, Izam & family and my mum
my third bro, Idham...my mum and his wife
bergaya di hari raya pertama

with my mum
bersama my mum and in-laws

On the first Raya my two brothers beraya with our family kat KL and the next day masing-masing balik kampung isteri masing-masing. Only my first brother pagi raya dengan family isterinya kat Puchong and dalam pukul 2 petang dah sampai rumah kami. Tak sabar-sabar nak makan masakan my mum...his favourite.

keluarga besar Haji Rais......umah my datuk....tak semua ada masa ni

my family ..... cuma my first bro aje yg takda....beraya umah mertua

mak sedara kat ipoh with the family

anak-anak kepada mak sedara yang dah meninggal....

datuk ku belah my mum

kat umah jiran......

my cousins yang lelaki and my 2 bro.....

beraya umah mak sedara belah arwah papa kat PJ
azam and kak rohaya bersama anak masing-masing

cousin-cousin ku...at my house
with my cousin, Yat....


On the first day Raya we celebrated with family belah my mum. Pak sedara and mak sedara belah my mum ramai yang stay kat KL. So, on the first day Raya kami berkumpul umah my datuk which is only 5 minutes driving from my house. Even though beraya kat KL but kemeriahan tetap terasa coz semua sedara mara berkumpul. Pagi-pagi lepas solat hari Raya, kami ke rumah datuk. Then, berkumpul at my house pulak. Tetamu datang tak henti sampai petang. Malam after maghrib baru kami keluar rumah semula pi beraya rumah pak sedara and mak sedara. Second day plak kami beraya rumah sedara-mara belah arwah my father kat Kelang.

jiranku anak-beranak.....rapat dah macam sedara
my mum and mak sedara bersama cucu-cucunya
sedang menjamu selera di rumahku
mak sedara bersama anak menantu beraya di rumahku
beraya rumah pak sedara kat cheras.......belah malam
family my first bro.....siang dia beraya umah mertua
kami adik-beradik sedang menjamu selera nasi beriani umah pak sedara kat cheras
ni plak..beraya rumah mak sedara kat ampang....masa ni dah kenyang giler

Menu raya this year ialah ketupat and lontong. Lauk pauk ialah rendang daging+hati+limpa+paru, kuah lodeh, sambal kacang perut lembu, ayam percik and sambal sotong. Ditambah dengan menu Soto Ayam resipi my mum.....cedapp sangat. Tetamu punyalah ramai. Nasib baik my brother's maid ada tolong kami basuh pinggan and sediakan lauk-pauk semua. If not, i yang akan pengsan nanti.

Soto Ayam resipi bondaku.....hingga menjilat jari juadah hari raya di rumah ku

kuah kacang perut lembu.....favourite my first bro

kuah lodeh makan dengan lontong....masakan jawa

ayam percik resipi bondaku....

lauk rendang

2 comments:

orangrawa said...

wow....sedap nampak makanan kat umah u tu.....sure sedap menjilat jarijemari

leez said...

my mum tu pakar memasak....memang menjilat jari....dah makan nak tambah lagi....