Ads

October 12, 2011

Day 2 - Penang Trip 2011 : Batu Feringghi


Perjalanan kami ke Batu Feringghi malam tu smooth ajer sebab takda traffic jam pun. Yelah....apa taknya dah pukul 11.30 malam ketika kami sampai itiewww. Sib baik dah booking hotel awal-awal. Sampai ajer kami tuju ke Hard Rock Cafe dulu sebab nak beli tshirt. Wallaaaaaa...udah tutup kok nya. Frust gak aku masa tu. Niat di hati mmg nak beli tshirt HRC sebab tshirt yang ada tidak berkenan di hati. Mengada kan minah ni...haishhhhh!!!


Agak frust masa tu. So, nak mengubat hati...kononnya nak gi nite market pulak...pun aku frust jugak. Sebabnya ketika itu semua duk tengah kemas barang nak tutup dah. Aduyaiiii awatlah cepat sangat korang tutup. Malam minggu mcm ni tutuplah lambat sikit ker...hmmmm.


So, kami plan nak check-in ajer dulu. Kami stay kat D'Feringghi Hotel. Tempatnya betul-betul di hadapan nite market dan agak strategik jugak. Rate per nite utk standard room ialah RM120 (weekend) dan utk triple room ialah RM220....waduhhhh beza RM100 weii..mahalnyaaaa. Hmmm....agak frust dengan service yang diberikan. Muka receptionist tu mcm hampeh.....tak senyum langsung. Muka ala-ala berkerut....aku pun tak paham kenapa orang mcm ni boleh bekerja di front desk sebuah hotel yg terkenal dengan kedatangan pelancong luar negara. Agaknya depan kami yg locals ni dia buat muka mcm tu kot...pangggg sekali!!!!


triple room bilik utk si gadis 4 orang ni......sempit weiii......bathroom tu seksiiiii....leh nampak dari luar ahakssss. Frust tgk bilik ni.

ni pulak standard room tuk 2 jejaka tu....lagilah sempittt!!! mcm bilik pengantin plak korang dapat kannnnn...ahaksss!!!:p




Kami diberi masa sejam untuk mandi-manda sebelum keluar semula untuk mencari makanan dan celebrate besday 2 jejaka tadi. Lebih kurang jam 1 pagi kami keluar semula. Banyak restoran dah tutup. Maka kami have no choice terpaksalah makan di restoran seperti gambar di atas... Riverside Tomyam Cafe. Bolehlahhhhhhh......apa nak buek. Hehehe. Kebetulan pulak restoran ni memang tutup lambat hingga jam 3 pagi.


Sebelum acara makan-makan bermula, kami ada upacara pemberian hadiah untuk 2 orang jejaka tadi. Dorang berdua tu sebenarnya berkongsi tarikh lahir yang sama 6 September (kira belated lah ni)...sebab tu dipanggil kembaq. Ada serupakah muka depa? Aku tengok tang rambut tu agak serupa lah....tetapi tang lain...hmmmmm memang tak serupa langsung. So, depa berdua boleh dikategorikan kembaq tak serupa. Si abang keluar dari perut ibunya terawal beberapa tahun dan si adik pulak sangat lambat keluar dari perut ibunya. Maka ditakdirkan mereka berdua berbeza tahun yang agak jauh jugak....apa nak buek.....dah ditakdirkan tidak dilahirkan pada tahun yang sama. Ahakksssss.........(sila ketawa!!!)



si abang begitu menyayangi si adik. Hadiah special untuk si adik......tengok tu kotak hadiah siap ada bunga2 lagi......kelas kau jahhh!!!!



maka si adik pun tersipu2 malu....wahhhh sayang jugak abang kat aku yea. Tapi malangnya si adik terlupa pulak nak membeli apa2 hadiah utk si abang. Maka abangnya pun merajuk.....



muka si abang tersenyum di depan kamera....tetapi dalam hati berkata "mahal2 aku beli hadiah ni utk dia....utk aku satu pun takda.....cehhhh kedekut!!!"


tiba-tiba.........si abang kembali ceria senyum sampai ke telinga. Sebab dia pun dapat hadiah daripada kawan2 nya yang tidak sanggup melihat kesedihan yang terpancar dari muka si abang. Terdetik di hati si abang " kau ada????"...ewahhhhhh!!!!




"Aku pun ada hokay!!".....wallaaaaa si adik pun dapat jugak. Tengok tu.....baik tak hati kawan2 mereka. Membelikan hadiah untuk si kembar sama rata....takda beza harga sesen pun. Kau mampu???



si abang pulak buat-buat muka terkezut bila membuka hadiah ini. Kesian dia kan.....tadi muka sedih...pastu muka tersenyum...ni pulak muka terkezut. Kau pura-pura yeaa????



Baiknya hati kawan-kawan si abang......"Aku dapat baju Adidas uolssssss!! Ori hokay!!! Kau mampu???".


tiba-tiba si adik.....aikkkk apahal pulak tu sampai menangis tersedu-sedu. Tutup muka sebab nak cover line lah tu. Sorry hokay.....you're on candid camera.


propa sungguh lakonan tadi tu. Rupanya dia pun dapat baju Adidas. Fuyohhhhh...untung korang dapat kawan-kawan yang baik hati tu. Ahakkkkssss.


" Kau ada....aku pun ada hokay. Aku dapat 2 hadiah lagi...kau???" Uikkkk.......


Alhamdulillah mereka berdua sudah pun berdamai sebab masing-masing mendapat hadiah baju Adidas harga yang sama...cuma saiz ajer berbeza. Hadiah itu adalah pemberian aku, Zaharah, Norma dan Syazanah. Kelasss kau mariaaa!!!!!


Selesai sudah drama minggu ini si kembaq tak serupa....hahahaha. Selepas itu makanan yang kami order dah pun tersedia di atas meja. Kami order masakan Thai.....rasanya memang sedap and highly recommended. Kelakar lah pulak makan malam-malam buta ni. Heheheh.....itulah adat menjadi pelancong ...waktu makan tidak mengira jam. Main terjah ajer.


Makanan untuk malam itu khas untuk meraikan besday si kembaq tadi. Aku dan zaharah berkongsi untuk belanja semua orang makan malam tu. Sesekali apa salahnya sebagai tanda mengingati dan meraikan hari kelahiran mereka berdua. Maaf kek tak sempat nak beli. Jom tengok makanan kami.



tomyam campur....sedapppp !!


siakap tiga rasa...pun sedappp


kailan ikan masin...ok sedap jugak


kerabu ikan bilis...hmmmm so-so ajer....sebab ikan bilis tu mcm lemau


telur bungkus.....sedap jugak


sambal belacan...........


inilah hidangan juadah kami....


masa ni kami dah kenyang dan mata pun dah mulai mengantuk....sebab jam menunjukkan ke angka 2 pagi....huhuhuhu


licin gitu makanan kami.......


semua memandang ke arah yang sama.....pandang sapa yea????



Malam tu kami terus balik ke bilik. Badan dah penat, perut dah kenyang dan mata dah mengantuk. Memang flat habis .....seharian berjalan dan makannnnnnnnnn ajer. Penangan bercuti di Penang memang best....sebab meriah dengan makanan yg sedap2. Alhamdulillah. Esok aku sambung lagi acara berikutnyaaa....pun byk lagi acara makan2.




p/s - this saturday ialah acara jungle trekking. Waduhhhh boleh ke aku naik bukit yg tinggi2 tu...ada canopy walkway lagi. Huhuhuhu.




October 11, 2011

Day 2 - Penang Trip 2011 : Pasemboq Padang Kota Lama & Ceramah Ustaz Kazim







Kita bersambung lagi...lagi cepat habis lagi baguih. Sebab aku mcm dah bosan nak menaip citer kat Penang ni...banyak sangat dan tak habis2..heheheh. Pasni ada lagi 3 entry nak habis....ya Ampunnn.


Dari Bukit Bendera tu kami bergerak pula ke Padang Kota Lama. Mesti korang tau apa yang terkenal kat sana kan. Yeaahaaaa jom kita pekena Pasemboq pulak. Selain nasi kandaq....kalau pi Penang mesti jugak nak pekena Pasemboq. Memang di Padang Kota Lama inilah yang paling terkenal dengan Pasemboq. Ada gak yg rekemen makan kat tempat lain. Tapi sajer jer nak merasa kemeriahan di sini.


Aku memang tak tau yang mana paling sedap. Tapi menurut Azim , kat Gani Pasemboq ni paling sedap takat ini. So, belasah ajer lah. Biasalah bila dah terkenal...harga pun depa bantai kerat kepala orang. Lagi pulak yang beli ni orang KL...hmmmm paham2 ajerlah.



aku dn Zaharah tengah duk memilih mana yang berkenan di hati


fuhhhh....tu diaaa. Banyak yang anda pilih...makan banyaklah yg anda kena bayaq. So, berpada2 semasa memilih.

Sotong kangkung ni kat sebelah Gani Pasemboq ajer


orang boleh tahan ramai ketika ini...maklumlah cuti panjang kan


Sotong kangkung pilihan Azuan...ntah tak tau berapa harganya


Pasemboq ini berharga RM30.....tu diaaa!!!! Takpalah sesekali.....aku belanja yang ini. Yess...rasanya memang sedap.


ini pulak Char Kueh Tuew...harganya RM8. Tengoklah udang tu......besaq naaa


wahhh....tengok dorang punya ayaq nyioq....!!!


masa ni aku duk menunggu lai chi kang yg tak sampai2....terus aku cancel!!!. Minum ayaq mineral lagi baguihhhh.


overall semuanya sedap...oklah walaupn harganya mahal sikit.


sangat berbaloi2.....licin selicinnya.....alhamdulillah tidak membazir


bestnya tempat ni...ia terletak di tepi laut...angin bertiup2 sepoi2 bahasa....i like!!!!


perut pun dah kenyang...tengok tu si Norma sampaikan nak tertumbang. Hang kenyang sangat kahhh???? ahakss





Dari Padang Kota Lama kami bergerak pula ke Bukit Jambul. Tujuannya ialah untuk solat maghrib di sini dan selepas itu nak mendengar syarahan agama daripada Ustaz Kazim Elyas Al-Hafiz. Sesapa yg biasa dengar ceramah ustaz ni kat youtube mesti kenai siapa dia.


Kat KL pun kami tak pernah jumpa dia personally dan mendengar ceramahnya in live. Tetapi rezeki kami pulak dapat mendengar ceramah agamanya di Penang. Ceramah ini dilakukan di Surau Raudhotul Ulum yang terletak di Bukit Jambul. Nasib baik sempat sampai pada waktunya dan just on time dapat solat maghrib berjemaah di sini. Lepas solat...maka ceramah pun bermula.


Ramai sungguh yang hadir mendengar ceramah ustaz ini. Bagus jugak percutian aku di Penang ni kan...sambil kita menziarah teman-teman di bulan Syawal, tidak lupa juga kita luangkan masa dengan mendengar ilmu-ilmu akhirat di majlis agama. Serba sedikit bertambahlah pengetahuan agama kita. Syukur Alhamdulillah.




Ustaz Kazim ketika memberi ceramah agama


ramai yang hadir mendengar ceramah agama ini sampaikan kat belakang nun sana pun penuh. Alhamdulillah


rupanya Ustaz Kazim baru pulih dari sakit.... dah 3 bulan dia terlantar sakit.


Imam Muda Azim mengambil peluang bergambar dengan Ustaz Kazim


Ceramah ini habis dalam jam 10.30 malam lebih kurang. Ada juga disediakan makanan untuk para tetamu yang hadir. Tapi kami tak amik pun sebab rushing nak ke Batu Feringgi selepas tu. Niat di hati nak jalan-jalan di Nite Market Batu Feringgi.......tungguuuuuuuuuuuu next entry sama ada kami sempat gi atau tidak. Huhuhuhu.




p/s - tetiba rasa nak terbang ke London. Letih lah kerja....rasa macam nak berehat kat sana. I need break!!!!. Pepatah Melayu hari ini - Sayangilah orang yg menghargai kasih sayang kita dan pedulikan orang yang menganiayai hati budi kita. Jangan lupa kasi terajang ala-ala Bruce Lee...dushhhhhhh!!!!!





October 10, 2011

Day 2 - Penang Trip 2011 : Bukit Bendara (Penang Hill)


Lepas dah solat Zuhur, kami berangkat menuju ke destinasi seterusnya di pulau plak. Destinasi kami ialah ke Bukit Bendera Penang Hill. Dulu masa zaman muda belia aku ada gak naik Bukit Bendera ini...aduhaiiii azab gilos masa tu. Tau tak kenapa? Sebab tren tu masa nak mendaki mcm setengah nyawa. Berjam2 aku rasa nak sampai ke puncak.


Tetapi sekarang dah cantik dan baru. Walaupun orang ramai kena beratur nak membeli ticket...tetapi nak menunggu naik ke atas tidaklah lama sangat. Semuanya lancar dan cepat. Masa tu kan weekend yang panjang sebab cuti Hari Mesia...so orang memang ramai lah beratur nak membeli ticket. Harga ticket sekarang untuk seorang ialah RM8. Tetapi syaratnya kena tunjukkan Mykad.

Kami yg wanita turun kereta dulu beratur untuk membeli ticket dan yang jejaka pulak busy mencari parking. Parkling di sini sangat azab hokay. Terpaksalah kami parking di kawasan rumah orang.



ramai betul yg beratur nak beli ticket...panjang hingga ke gate

ni plak beratur kat dalam...


aku bergambar dgn blogger femesssss......ahakss


yeaaa....dah dapat ticket. Thanks Zaharah tolong beraturkan utk beli ticket.


ini ticketnya RM8


yahoooo...dah masuk dalam tren. Cuaca di atas nampaknya agak berkabus dan sejuk


beginilah suasana di dalam tren yang baru itiewwww.


ketika ini dah sampai di puncak atas....cuaca sejuk dan berkabus. I likeeee!!!!


i wuz here babe!!!


ehemmm...gambar ni eksklusif sebab ada dalam camera aku ajer. Empunya diri pun takda gambar ni. Berapa mau bayar??




Cuaca ketika kami sampai di Bukit Bendera ini agak sejuk dan berkabus. Lupa plak nak bawak baju bulu-bulu. Ahaksss over......ala2 versi kat obersea lah ni hehehe. Betullah kan...sebab aku nak sampai ke sini kena redah sea......over the sea apa.


Ketika ini dah nak masuk waktu solat Asar dan kebetulan di atas ni ada masjid. So di kesempatan itu kami bersolat Asar terlebih dahulu. Orang yang berada di atas ni boleh tahan ramai. Food court ada tetapi agak tidak teratur sebab masih under construction. Niat nak beli cup corn yg sedap di sini tetapi tak jumpa plakkksss.



ada gaya model tak?? huissshhhhhh


nak ke masjid kena mendaki sikit. Memang berpeluh dan beribu kalori terbakar.


kalau dah namanya blogger femes.....mana2 ajer mesti nak berfoto. Sampaikan kek yg Zaharah bawak pun depa nak snap...haishhh.


alhamdulillah selesai sudah solat asar di sini.


Masjid Bukit Bendera......dan 2 orang penjaga masjid!!! :p


di mana ceruk puncak...mesti nak berposing


kalau ada sesapa nak bergurau senda dengan ular pun boleh. Uikkkkk aku geli bab2 ulau ni.....


lihatlah betapa ramainya orang di atas puncak Bukit Bendera ini



nampak tak bangunan yg tinggi tu? Itulah bangunan Komtar...dulu dikenali sebagai bangunan tertinggi di Malaysia. Cantikkan permandangan dari atas...bandar Penang


boleh nampak Jambatan Pulau Pinang dari atas.......nice view!!!



Ok...selesai sudah pengembaraanku di Penang Hill. Oklah just nak amik experience merasai naik tren yg baru tu. Cepat dan pantas. So, sesapa yg dah tak pernah naik ke Penang Hill ni boleh gi nanti. Dengan syarat korang kena tunjukkan Mykad untuk mendapatkan harga RM8. If not, korang kena charge harga pelancong....entah tak tau how much but more expensive lah.



p/s - Badanku sakit2 selepas mengikuti fitness training di Celeb. Fitness. Badan ku terkejut kot...hehehe.