Ads

May 31, 2016

Day 3 : Incredible India-Kashmir Trip 2016 - Sonamarg Part 1 (Kashmir)


Salam semua.
Hari ke 3 kami di bumi India...masih di Kashmir.
Pagi yang nyaman dan indah. Pagi ini rasa bersemangat dan excited sangat sebab tak sabar nak tengok keindahan bumi Kashmir. Apalah yang cantik sangat diperkatakan orang. Selagi tak jejak,....aku masih tak puashati. Kami akan ke Sonamarg hari ini. Ikut itinerary asal yang aku iklankan di blog ini, Sonamarg memang tidak tersenarai. Tetapi rezeki ahli rombongan aku utk trip kali pertama ini Sonamarg dimasukkan last minute dengan tidak menambah apa-apa kos. Nampak tu?? Memang untunglah mereka. Untuk trip bulan November akan datang InsyaAllah Sonamarg tetap akan dimasukkan juga. Travel agent lain ada yg tidak pergi Sonamarg pun. Nanti aku cerita pengalaman aku jumpa orang Malaysia yg ikut travel agent lain. Macam2 kisah sadis.

Sebelum tu Mr Farooq dah bgtau untuk pakai proper attire kerana di sana masih lagi bersalji dan jika kami bernasib baik akan berlaku snow falls. Fuhhhh...memang lah tak sabar dibuatnya. Aku juga difahamkan ada beberapa ahli group yang belum pernah merasa salji.....inilah masa yang dinantikan mereka. Jangan tak tahu...En Boss pun baru pertama kali juga uolsss. Nak tahu camana gelagat dia jumpa salji tunggu next entry..haha.



ada yang tanya aku bersih ke air kat Dal Lake ni? Jawapannya...bersih dan tidak berbau pun. Bila naik shikara ni dgn bunyi dayung dikuak dalam air...rasa tenang jer dengar air berkocak. Ada juga yang tanya selamat ke naik shikara ni? InsyaAllah selamat sebab rekabentuk shikara telah diuji keselamatannya. 


pagi-pagi dah ada orang meniaga bunga. 


ehem...ehem....untunglah orang tu pagi-pagi ada orang bagi bunga. Dah mcm Romeo and Juliet pulaknya. Romeo kat bawah duk pujuk rayu....yang Juliet kat atas tersipu-sipu malu. Kekekeke...jangan mare yea Aunty As...saya gurau jer. Paparazzi telah berjaya merakam aksi ini.



Cuaca sangat cantik pagi ni. My darling telah berjaya merakamkan detik-detik ini. Nampak tak snow capped mountain kat bahagian atas tu. Permandangan ini hanya seketika sebab tak lama lepas tu ditutupi dengan kabus. Kalau musim sejuk....gunung bersalji memang jelas kelihatan. Subhanallah cantiknya. Sebab itu saya kata houseboat kami ni Gred A...sebab permandangan yg superb ini....betul2 berhadapan dengan houseboat.


teman serumah kami ada yang sempat bershopping glove dan winter jacket. Harga agak murah tapi kene pandai bargain jgk. Terus pakai utk ke Sonamarg.


Pagi ni cuaca agak sejuk dari semalam. Mungkin disebabakan selepas hujan seharian semalam. Barulah dpt tgk pemandangan dgn jelas.



Dua pasang suami isteri yang romantik walaupun dah ada anak 3 orang...tetap mcm pengantin baru. Si suami suka buat lawak dalam bas dan dalam Van A....tak kering gusi kami dibuatnya. Si isteri pulak senyum jer...sesekali ketawa terkekek-kekek dengan gelagat suaminya. Cayoklah Adi and Asni.



Setiap pagi jam 9.00 kami semua dah berkumpul di jeti dan terus masuk dalam van-van kami. Setiap pagi memang beginilah routine kami. By 9.00 am semua dah ada dalam van. Alhamdulillah semuanya on time dan mengikut arahan. Senang sikit kerja tour leader. Sebelum tu kami breakfast jam 8.00 pagi di houseboat masing-masing. 

Kalau ada yang bangun awal tu sebelum sarapan mereka akan naik shikara meronda di sekitar houseboat. Tapi tak masuk dalam itinerary....semua tu aktiviti bebas ahli group. Tapi kami laki bini takda masa nak buat semua tu. 



dah ready dalam van masing-masing. Ni ahli kumpulan Group A....van kami selalunya lead di depan. Dalam van ni ada Mr Farooq, aku dan 10 ahli yang lain. Penghibur kami dalam van ni ialah Adi, Kak Zah dan Kak Jem. Tak habis-habis gelak, borak, makan dan sesekali menjerit bila tengok cara orang sini bawa kenderaan...heheheh. Kenangan indah semuanya.


Ini pulak ahli group Van B. Ada 12 orang semuanya. Van ni takda leader macam Van A dan C sebab Van B diapit tengah-tengah. Apa-apa berlaku kami ada di depan dan di belakang. Takpalah kan....yang penting ada seorang hero (Masri) dan abang driver yang menjadi penghibur you allsss ahakkkks. Dengar citer meriah Van B dengan lagu-lagu hindustan sepanjang perjalanan. 




Yang ini ialah ahli group Van C. Ada 2 orang hero dan seorang driver di dalam van ni. My darling menjadi leader dalam van ni....maklumlah kena jaga 3 orang ibu kami hehehe. En Bos kata yang menjadi penghibur dalam Van ni ialah Aunty As, Ibu Indira dan Kak Zaleha. Berderai ketawa bila mereka bertiga buat lawak. Syukur semuanya happy.



Perjalanan ke Sonamarg mengambil masa 2 jam setengah. Dari Srinagar akan melalui jalanraya yang agak sempit. Hanya satu kenderaan sahaja yang boleh lalu untuk jalan sehala. Di tepi-tepi jalan ialah kedai-kedai dan rumah-rumah orang. 



Kami juga melalui kawasan pasar basah. Banyak sayuran dan buah-buahan dijual di sini.



geramnya tengok fruits yang fresh dan ada juga yang jarang kami nampak di jual di pasar ini. 



Masa ni jalan agak jammed sebab ada penutupan jalan dan di simpang empat di hadapan.. kenderaan sangat banyak. Masalahnya takda traffic light...semua kereta berpusu-pusu melalui jalan yang sama...camna tu. 


Masa ni dah masuk area kampung. Jalan di sini agak berliku-liku dan jalanraya yang tidak rata. Di sinilah bermulanya perjalanan yang adventure menuju ke Sonamarg.



Kami dah masuk ke perkampungan Orang Kashmir. Kiri dan kanan rumah kampung dan ladang-ladang pertanian.



sawah padi terbentang luas dengan cuaca yang sejuk nyaman. Aku difahamkan orang Kashmir memang menanam padi beras sendiri dan tidak mengharapkan bantuan beras dari daerah lain. Kami di sini makan beras biasa dan bukan beras basmathi seperti di Delhi dan Agra.



ternampak pula beberapa ekor kambing biri-biri dan seorang gembala. Kalau perjalanan menuju ke Pahalgam akan nampak banyak ternakan biri-biri.



Kami stop di sini sebentar untuk berehat dan membuang air kecil. 


Ada sebuah restoran dan toilet di sini. Tapi masa kami stop tu...bukannya mereka terus ke toilet tapi semua serbu tempat cantik ini hehehe. Terpaksalah aku ingatkan seorang demi seorang untuk buang air kecil di sini sebab di depan sana susah nak jumpa toilet. Maklumlah di sini kemudahan untuk pelancong adalah sangat terhad. Dont expect di sini mewah seperti di Eropah.....bukan sama sekali. Nak travel ke India kena banyak bersabar dan jangan banyak mengeluh. Prasarana di sini tidak seperti di negara maju lain. Permandangan indah semulajadi memang menakjubkan tetapi tidak setanding kemudahan prasarana di tempat lain.

Satu lagi nak share di sini. Di India bunyi hon memang dah manjadi routine hidup mereka. Tak sah kalau tak hon. Nak overtake kereta...hon. Nampak orang tepi jalan...hon. Apa sajerlah..hon ajer kerjanya. Sampai satu tahap...aku jadi migraine. Hahaha.




Nama sungai ni ialah Sind River. Sepatutnya air sungai ni jernih bersih tetapi disebabkan semalam hujan turun lebat.....jadi air mengalir keruh. Tapi permandangan di sini tetap cantik. Sejuk dan nyaman.





Sedang aku perhatikan setiap ahli rombongan di sini...tetiba.........
"You ni tour leader kan?" seorang mamat Malaysia menegur aku.
Aku jawab..."Yea....eh...mana tau ni?"
"Sebab i nampak you macam busy jer kat Delhi Domestic Airport semalam....i agak mesti tour leader ni." Masa dengar dia cakap ni...aku tersengeh jer.
"Haah...memang busy. Maklumlah baru first time jadi tour leader..hehehe"
Banyak juga kami borak....bla..bla...bla...

Rupanya mamat ni pun tour leader dan group dia membawa rombongan seorang ustaz yang terkenal di TV..iaitu Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin. Aku ternampak ramai yang kerumun Ustaz ni utk bergambar. Termasuklah ahli group Cik leez ni hehehe. Rezeki jumpa ustaz ni di Kashmir,



baru 2 jam tak duduk sama dgn dia dalam van...tetiba rindu. Wekkkk.....


Jambatan yg di belakang kami tu menuju ke Pakistan. Mr Farooq kata hanya 2 jam ajer perjalanan ke sana. Wahhhh...jom one day kita ke sana. Tetiba aku teringat penggambaran filem Bhajrangi Baijaan.....agaknya di sini lokasi filem tu di buat. 



feeling berada di filem Bhajrangi Baijaan.


ni aksi memang sebijik filem Bollywood...disebalik batang pokok. Kakak berdua ni memang sporting habis. 


ahli rombongan Cik Leez happy tak sabar nak sampai ke Sonamarg. 



Nak perkenalkan kembar aku yang terjumpa di India. Sama tak pipi kami? Kami berdua masuk kategori Warga Gebu...hehehe. Panggilan glamer dia ialah Born. Nama tu terus melekat sampai sekarang. Born bukan nama sebenar. Rasanya ramai tak tau nama sebenar Born hehehehe. Ore Kelate yang pandai meniaga. Paling banyak shopping kain dan paling pandai beli barang kemas India. Meniaga balik katanya. 



Jangan tak tau monopod tu baru beli atas flight Indigo.....sampai kashmir sakan bergambar hahaha.



Ni dia Ustaz Mohammad yang aku maksudkan. Tengok tu Nani berebut-rebut dengan Noni nak bergambo dengan Ustaz. 


Ratu monopod jatuh kepada Mawar....pantang dia naikkan monopod cepat jer semua kerumun...hehehe. Memang sangat happening group India ni. 



jom kita sambung lagi perjalanan. Mr Farroq kata sejam lagi nak sampai ke Sonamarg.



Kami berhenti seketika di sebuah perkampungan Kashmir. Kebetulan Van A ada masalah dengan bateri...so kami stop di sini lebih kurang 30 minit. Masa ni ramai yang turun dan bergambar di sekeliling.




Kami bagi candies pada anak kecil ini. Happy tersenyum dia dapat candies. Untuk sesiapa yang nak datang Kashmir jangan lupa candies untuk diberi pada anak-anak Kashmir di sini. Walaupun mereka hidup susah tapi tak nampak pun mereka mengemis meminta2 di tepi2 jalan. 



dah 40km kami meninggalkan Srinagar...masih ada 40 km lagi. 




tengok tu...pelbagai gelagat ahli rombongan.


tu dia.....dah nampak sikit2 gunung bersalji. 


melalui pekan kecil sebelum sampai ke Sonamarg


Yahoooooo.............dah nampak salji. Saki baki salji yang masih mengeras dan hampir nak cair.


kiri kanan kami ialah gunung ganang bersalji. Masa ni aku rasa macam kat New Zealand sebab masa dalam perjalanan ke Milford Sound permandangan gunung bersalji tak ubah seperti dalam gambar ini. 



Angin berkabus di puncak gunung yang bersalji. Masa ni semua yang ketiduran dalam van tadi terus bangun dan memandang kiri dan kanan sebab terpegun dengan keindahan tempat ini.


Subhanallah cantiknya. Mesti ramai tak percaya Pergunungan Himalaya yang indah ini memang terletak di India....bukan di NZ dan bukan di Switzerland. Ramai kata apa yg best kat India sampaikan you all beriya2 nak ke sana. Mai sini...tengok gambar ni. Inilah yang dinamakan Paradise On Earth. Kaji bentuk muka bumi India dan baca info pasal India Kashmir...baru boleh komen. 






Next entry aku akan share banyak lagi gambar-gambar meletops di Sonamarg. Keindahan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Tunggu aku update pelan-pelan. Jom kepada sesiapa yang teringin nak ke Kashmir.....contact aku cepat. Masih ada kosong seats ke India Kashmir. Anda tidak akan menyesal....malah membawa kenangan yanag sangat manis pulang ke tanahair.

Ok nak buat iklan sikit. Kepada sesiapa yang nak order cookies for Raya....boleh contact aku sekarang. My number 013-3305023












p/s - Projek cookies Raya akan bermula menjelang Ramadhan






3 comments:

Hidayah Rodhi said...

seronok2 baca entry kashmir skali gambar kuih raya, terus terasa nak raya dekat kashmir

Aisyah said...

Liz..xsaborr nye nak ngk gambor lelawoo lagi..abis le mlm ni xleh lelap lg..akak sambung berangan..hee..ehh mcm nak order biskut bulan jgk 1 balang..

Leez M. Saaid said...

Hidayah: hahaha...sgt sesuai dh nak raya nie kan..sambil baca blog..sambil mgunyah kuih raya.

Aisyah: tgh busy2 pun..try jgk nk abis kan citer trip Kashmir nie..akak boleh contact sy nk order kuih raya tu 013-3305023