Ads

May 19, 2016

Day 2 : Incredible India-Kashmir Trip 2016 - Delhi Domestic Airport & Srinagar Tulip Garden (Kashmir)

Salam semua.

Semasa saya bercadang nak ke India, ramai kawan-kawan macam pelik kenapa saya memilih India dan bukan di tempat lain. Pulak tu saya membawa rombongan ke sana. Kalau belum pergi jangan bagi negatif impression tentang negara India. Bila anda dah pergi....anda akan terpesona dengan keindahan tempat ini. Tolak tepi tentang Delhi. Yang penting dapat jejak ke Kashmir dan Taj Mahal. Kashmir juga dikenali sebagai the Paradise of Earth. 

Hari ke 2 kami di India. Masih di Delhi.
Awal pagi kami dah bersiap sedia di lobby hotel selepas breakfast. Di sini subuh memang awal...lebih kurang jam 5.00 pagi. So pukul 6.00 pagi memang dah terang benderang. Siang lebih panjang daripada malam di Delhi. Pagi ini kami akan bertolak ke Domestic Airport untuk terbang ke Srinagar, Kashmir. Malam tadi aku dah remind ahli rombongan untuk berkumpul di lobby sebelum jam 7.00 pagi sambil menunggu bas datang untuk mambawa kami ke airport.



lobby di bawah. Gambar di ambil dari pintu bilik kami berdua. Alhamdulillah semalam tidur nyenyak walaupun rasa macam tak cukup tidur ajer. 


breakfast di cafe tingkat 2. 



nampak tersenyum tetapi sebenarnya hati ku tak tenang. Sebagai tour leader menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Boleh dikatakan aku ni seorang yg agak cerewet. Bila sesuatu tanggungjawab yang aku galas...aku akan pastikan semuanya perfect. Aku nak beri perkhidmatan yang terbaik untuk ahli rombongan.  Tak kisah kita tak cukup tidur ke...tak cukup rehat ke...yang penting semua ahli rombongan tersenyum puas dgn services yang kami berdua berikan. 



Muka happy tak sabar nak menjejaki Kashmir.





Oh yea nak bagitahu. Jika anda mengikuti rombongan saya ke Kashmir ini ...jangan risau tentang berat luggage anda. Sebabnya.....domestic flight ke Srinagar ialah 15kg seorang. Jadi saya reserve space untuk menyimpan luggage anda di Delhi. Bawa barang yang hendak digunakan sahaja di Srinagar. Baju kotor semalam dan baju bersih untuk hari terakhir di sini nanti tak payah bawa ke Srinagar. Kami sediakan tempat untuk simpan beg. Maknanya hanya bawa beg besar. Beg kecil tinggalkan di Delhi. Gambar di atas ialah beg2 yang akan disimpan di Delhi. Agent di sini yang akan simpankan beg2 kami. Mudahkan!!!!!!!

Wakil agent sampai di hotel dan dia yang akan uruskan penerbangan kami ke Srinagar pagi ini. Dari hotel ke airport mengambil masa setengah jam sahaja. Lebih kurang jam 8.00 pagi kami dah sampai di airport. Penerbangan kami ke Srinagar ialah jam 10.00 pagi dengan menaiki Indigo Airline.



Happynya semua nak gi Kashmir. Pagi yang indah...pagi yang ceria.





Domestic airport di Delhi hanya bersebelahan sajer...cuma kena ikut jalan lain. Sebaik kami sampai berpusu-pusu manusia nak masuk ke pintu utama termasuklah ahli rombongan kami. Untuk pengetahuan semua, di India tidak membenarkan sesiapa yang tidak mempunyai boarding pass memasuki airport. Hanya pemegang boarding pass sahaja dibenarkan.

Bagi group seperti kami, petugas yang menjaga pintu akan memanggil seorang demi seorang masuk ke dalam berdasarkan nama-nama yang terdapat dalam boarding pass. Bawa luggage dan tunjukkan passport....then only anda boleh masuk ke dalam. Leceh betul. Sebab itu kalau boleh datang awal ke airport. Perkara sebeginilah yang membuatkan aku susah hati. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Lega satu perkara.



Ahli rombongan menunggu nama-nama mereka dipanggil untuk masuk ke dalam airport. Hanya di India...huhuhuhu.



masing-masing beratur menunggu untuk check-in pula. 



tengoklah tour leader 24 jam pegang kertas dan segala dokumen penting hehehe. Rasa teruja pulak pegang jawatan tour leader ni walaupu ini merupakan pengalaman pertama bawa rombongan ke oversea. Actually bukan benda baru aku handle group yang ramai mcm ni. Memang inilah tugasan aku setiap kali handle event di pejabat. i love my job suatu ketika dulu.



sempat juga mereka bergambar masa aku tengah kalut uruskan nama-nama untuk check-in. Yang penting mereka happy dan tersenyum.



Namaste. Kami dah bersedia untuk fly ke Srinagar. Kurta dan kurti ni kami beli di Jalan Masjid India. Sajer nak ambil mood Kashmir,



Indigo flight bersedia menanti kami.



beratur untuk masuk ke dalam. Penerbangan ini mengambil masa satu setengah jam untuk sampai ke Srinagar.



kita selfie dulu...hahaha.


penuh semua seats. Bukan group kami sahaja dalm flight ini tapi group agent lain pun ada juga. Memang ramai orang Malaysia dalam flight ini. Alhamdulilah semuanya lancar. 



my travel buddy masa zaman single dulu pun join sama trip ini. Ini merupakan kali kedua Siti sampai ke India. Ada benda yang tidak kesampaiaan masa first trip dulu...sebab itu Siti datang lagi. Tengok tu penangan Kashmir...ada yang datang untuk kali kedua.



Cuaca hujan lebat menyambut kedatangan kami ke Srinagar, Kashmir. Masa nak landing tadi dah nampak cuaca gelap dan hujan di sini. Tour guide , Mr Farooq sudah bersedia menanti kami di pintu keluar. Bila hujan lebat dan sejuk keadaan menjadi agak kelam kabut bila kami nak masuk ke dalam van. Ada disediakan 3 buah van 12 seaters untuk group kami.



Hujan lebat basah kuyup. Dengan bantuan beberapa orang potter aiport... beg2 kami telah selamat di masukkan ke dalam van. Cuaca ketika ini menghampiri 10C...sejuk sangat. 



sabar menanti untuk naik ke atas van. Hujan turun makin lebat.



Tapi aku salute orang-orang India ni...mereka bekerja dengan pantas dan cekap. Kita tak perlu susah payah angkut beg sendiri. Semuanya mereka yang akan uruskan. Yang penting...kita pastikan beg kita dah masuk ke dalam van. Cumanya...........bayaran tips jangan lupa bayar pada mereka. Tak kisahlah kita bayar sikit asalkan kita tak perlu susah payah. Nasib baik aku dah bagitau setiap ahli group senarai nama-nama yang akan masuk van A atau B atau C. So, bila aku kata ahli bas A masuk dalam van...mereka dah standby dan tahu masuk van masing-masing. Tips untuk menjadi seorang tour leader...........kena selalu elert dan well prepared.



Dari airport untuk sampai ke Dal Lake mengambil masa setengah jam.  Hujan masih turun lebat ketika ini. Bila sampai jer ke sini...Ya Allah tenangnya jiwa ini. Suasana sejuk, nyaman dan tenang. Shikara atau sampan menanti kami.




Van kami A...B... dan C. Van dah sampai di jeti di mana kami akan naik shikara menuju ke houseboat.



 Mr Farooq menguruskan pembantunya mengatur luggage. Masa ni kelam kabut jugak sebab ada 6 houseboat dimana setiap pendayung shikara nak bercakap dalam masa yg sama...aku jadi pening. Tak boleh ke sorang-sorang bercakap. Gitiewww.



 di tangan aku siap ada nama2 group untuk setiap houseboat. Mereka bergerak mengikut houseboat masing-masing.


lepas satu persatu shikara bergerak. Kami berdua dan ahli houseboat yang sama paling akhir menuju ke houseboat kami.



Dal Lake terletak di Srinagar, ibu negeri Jammu & Kashmir. Merupakan tasik terbesar di sini dan merupakan kawasan tumpuan pelancong. Terdapat 4 lake di sini iaitu Dal Lake, Gagribal, Lokut dan Nagin. Jika anda melancong ke Kashmir tidak lengkap rasanya jika tidak datang ke sini. Kenderaan berenjin tidak dibenarkan di Dal Lake ini kecuali shikara atau sampan.


Kami akan bermalam di houseboat yang terletak di Dal Lake ini. Houseboat didirikan di sini sebagai tempat penginapan para pelancong yang bertamu di sini. Houseboat dihiasi dengan begitu cantik. Hiasan dalaman rumah ini bercirikan rumah tradisional masyarakat Kashmir. Hiasan perabut dan dinding diperbuat daripada kayu walnut yang boleh bertahan selama 70 tahun. Rupanya kayu walnut ini mengeluarkan bau yang harum. Seni ukiran kayu ini sangat halus dan cantik buatannya. 

Terdapat kira-kira 2,800 buah houseboat dan setiap satunya memiliki keunikan dan keistimewaan tersendiri. Kebiasaannya setiap rumah terdiri daripada 3 bilik dengan setiap bilik mempunyai bilik air sendiri. Dalam setiap rumah disediakan butler yang akan mengemas rumah dan memasakkan makanan untuk kita.


Hujan masih lebat lagi. Dari jeti ke houseboat pejalanan mengambil masa lebih kurang dlm 5 - 10 minit sahaja. Tu dia...dah nampak houseboat kami Mumtaz Mahal.


Dah sampai houseboat kami. Untuk group kami disediakan 6 buah houseboat semuanya. Bersebelahan antara satu sama lain. Menurut tour guide kami, houseboat ini ada ikut gred iaitu A atau B atau C. Kami stay di houseboat gred A sebab houseboat ini mengadap permandangan yang cantik iaitu gunung ganang yang bersalji. Masa ni hujan jadi tak berapa nampak permandangannya. 


tengok tu...happynya kami berdua dapat masuk houseboat.


hiasan ceiling pun berukiran juga....memang cantik sangat!!! Macam rumah sendiri uolssss


Di tengah-tengah ruang tamu ini ada disediakan heater tradisional. Tapi kami tak gunakan pun. Heater ini hanya digunakan pada musim sejuk sahaja.



Rumah yang aku stay ini ada 4 bilik semuanya. So...meja makan hanya untuk 8 orang sahaja. Nampak tak yang berbaju putih tu......itulah butler kami. Kami dilayan bagaikan raja. Minta jer apa sahaja...mereka akan sediakan. Makanan kami dihidangkan, bilik kami dibersihkan, time makan kami akan dipanggil. Fuhhh...



 Hiasan bilik...memang besar ruangan setiap bilik. Di atas katil itu disediakan selimut elektrik di mana selimut akan rasa hangat setiap kali kita tidur. Ia akan dipasang setiap kali cuaca sejuk. Kalau takda benda ni....kejunglah kami kesejukan dalam bilik.



Lepas kami menyimpan beg semua dan bersolat jamak, kami dipanggil untuk makan tengahari. Biasanya ada 4-5 jenis lauk dihidangkan. Semuanya berasaskan kari hehehe. Walaupun simple tetapi cukup menyelerakan kami. Sedap dan lazat. Sesuatu kelaian dan tidak dapat di Malaysia.



My housemate. Sambil makan,...berborak...bergelak. Kami menjadi rapat bagaikan satu family. Syukur alhamdulillah dengan keakraban ini. Ada dari KL, Penang, Kuantan dan KB. Kami tak kenal each other tetapi dengan percutian ini kami disatukan menjadi satu family.

Dah bersiap untuk sight seeing di sekitar Srinagar. Shikara setia menanti kami. Hujan dah mula reda. 


Suasana tenang dan permandangan yang indah. Dal Lake menjadi saksi cinta kami....cewahhhhh!!!! Sajer nak beromantik pulak...hahaha.



naik shikara semua ke seberang sana. Van menunggu kami di sana.



Suasana yang harmoni dan tenang



Ibu-ibu kami di sana. Acik Kalsom...Kak Zah...Kak Jem dan Aunty As. Love all of you.



 Kami bersiap untuk sight seeing di sekitar Srinagar hari ini. Cuba tengok gunung-ganang di belakang kami tu. Jika musim winter...gunung ini akan dipenuhi dengan salji. 



Ikut itinerary dan perancangan yang aku buat semasa nak buat trip ini...pada tarikh kami datang iaitu 16hb April merupakan waktu yang sangat cantik dan sesuai untuk melihat ladang tulip di sini. Ikut tahun-tahun yang sebelum ini, ladang tulip akan dibuka pada awal bulan April dan ditutup pada hujung bulan April. Cuaca yang sangat sesuai untuk tulip mengembang cantik.

Akan tetapi kita hanya mampu merancang tapi segalanya Allah yang tentukan. Pada tahun ini bunga tulip kembang awal 2 minggu iaitu pada 16 Mac ladang telah dibuka pada orang ramai. Atas faktor cuaca dan perubahan suhu yang mendadak. Sepatutnya bulan Mac masih lagi bawah 10C tetapi telah mencecah 20C. Tapi bulan April sejuk kembali. Hancur luluh hatiku masa dapat tahu akan perkara ini. Yelah....tujuan aku memilih tarikh ini ialah untuk melihat bunga tulip. Rupanya tidak kesampaian...agak hampa juga. Bukan saja aku...aku rasa terkilan sebab menghampakan juga impian ahli rombongan yang lain untuk melihat bunga tulip. Ada yang baru pertama kali nak melihat ladang tulip. 

Sampai di sini, dapat maklumat dari Mr Farooq bahawa ladang tulip telah ditutup 3 hari yang lepas sebab banyak bunga yang dah layu. Punah segala harapan. Memang sedih sangat. Mr Farooq berjanji pada aku...dia cuba untuk memujuk petugas ladang itu untuk memberi kami semua masuk walaupun sekejap. Bukan itu sajer...ahli rombongan kata mereka nak tengok  ladang tulip ini jugak walaupun bunga dah tak ada...hehehe.

Dengan bantuan Mr Farooq akhirnya kami dapat masuk ke dalam ladang walaupun ketika itu hujan kembali turun dengan lebatnya. Bukan mudah tau nak masuk. Pujuk memujuk dan bayaran tips lagi....akhirnya baru dapat masuk. Tq Mr Farooq.



dalam sebesar-besar ladang hanya sebaris ini yang masih kembang ...itupun ada juga yg kelayuan. Tetapi ahli rombongan happy giler...berebut-rebut nak mengambil gambar hehehe.



muka kami tersenyum puas di dalam hujan yang lebat.



 jadilah....hehehe. Oh tulipssss.


 jalan lecak dan hujan yg lebat. Sangat adventure nak tengok tulips tau hehehe.




Ok aku stop di sini dulu. Next entry ada sambungan lagi sight seeing kami di Srinagar. Agaknya apa yang direbutkan oleh ahli rombongan utk cerita next entry ini. Kecoh dibuatnya. Tungguuuu utk episod akan datang.




Date : 19-26 November
Musim : Hujung Luruh
Harga : RM4,540 (full board)
Deposit : RM500

ANDA BERPELUANG BERMAIN SALJI DI SONAMARG & GULMARG (KASHMIR)

Pakej Termasuk:
1. Flight Malindo (internatiional) dan Go India (domestik)
2. Hotel 3-4 star
3. Makanan halal
4. Semua pengangkutan dan bayaran masuk
5. Tips utk guide dan driver
6. Gondola di Gulmarg
7. Shikara di Dal Lake
8. Jeep di Sonamarg
9. Mineral water everyday

Tidak termasuk :
1.Travel insurance
2. Visa India
3. Extra luggage (max 20 kg)
4. Personal Expenses

Tour Leader: Syarliz & Saupi



Hubungi saya : 013-3305023 atau email syarliz.saaid@yahoo.com




p/s - tak habis lagi buat cookies setiap hari. Fuhhh.









6 comments:

jiwa patriotik said...

Tahniah

hanem manaf said...

Tahniah Leez atas kejayaan dan kegigihan dalam mengendalikan trip ke India ni.Walau akak tak dapat ikut serta dalam group ni tapi aturan Allah kita pergi dan balik dalam masa yang sama cuma berlainan group.Bab Tulip garden tu memang lah hancur luluh hati sebab tak dapat masuk , itu antara yang diluar jangkaan kita kan. Namun happy tengok uols dapat jugak bersama tulip walau pun sebaris dua dari kami yang langsung tak masuk ni.Tapi tak pe itu antara asam garam as traveller, tak semua yang kita atur dapat dan adakala yang tak kita jangka itu menjadi. Salam sayang dari akak....

Leez M. Saaid said...

kak Hanem - terima kasih byk2 akak sbb support sy. love u too kak. Insyallah lepas nie kita boleh travel sama2..mane tahu kan. Bab tulip tu mmg x boleh nk buat apa. itu semua aturan Allah, kita hanya mampu merancang. sbb date yg pilih tu mmg agak sesuai nk tgk tulip yg tgh kembang. tu lah tahun nie lain plak jadinya.

Anonymous said...

bestnya.

Jamaliah Ahmad said...

I love u too leez. Memang terbaik leez bawa kami semua happy sgt2. Tqvm. Puas hati join trip dgn Leez.

Leez M. Saaid said...

Kak Jem: tq tq kak jem sbb support sy. xkenal maka x cinta kan. nice knowing u. love u mmuaahh