Ads

May 11, 2016

Day 1 : Incredible India-Kashmir Trip 2016 - KLIA, Malindo & Indira Ghandi Airport


Salam semua.
Minta maaf banyak2 jika ada yang ternanti-nantikan travelog percutian aku ke India ini. Sejak balik dari India ni memang busy yang amat. Balik dari India sibuk pulak mengentel tepung untuk jualan cookies. Itu belum lagi urusan di pejabat yang tak habis2. Nak mengemas rumah pun tak sempat. Terpaksa pinjam maid my mum kasi bersih rumah kami hahaha. Sampai gitiew sekali busynya.

Ok nak citer pasal India. Nak habiskan entry India ni mungkin mengambil masa yang lama sebab gambar2 pada simpanan aku ni banyaknya beribu2 lemon. Gambar dari hp kami suami isteri...gambar dari dslr camera...gambar dari gpro...gambar dari kawan2 punya camera. Fuhhhhh pengsan hoi!!!! Kali ni En Bos wajib membantu isterinya update pic satu persatu.

Trip ke India ini juga merupakan trip pertama kami berdua membawa rombongan seramai 34 orang. Bukan itu ajer....ia juga merupakan trip pertama kami ke India juga. Just imagine camana aku berdebar-debar nak handle semua ini. Apa yang terjadi di sana...jom ikuti travelog ini.





Hari pertama kami di KLIA.
Jam 6.15 pagi kami suami isteri dah terpacak di airport. Tqsm my dearest friend Rashid and Mas for sending us to airport. Love you guys. Sebaik sampai terus mencari Kaunter E sebab aku dah inform ahli rombongan untuk berkumpul di sana. Jumpa beberapa ahli rombongan yang dah setia menunggu. Aku terus ke kaunter check ini untuk menguruskan beg-beg mereka. Sedang busy uruskan mereka...tetiba dapat message dari 3 orang ahli rombongan bahawa mereka dah stranded di ERL di mana train dari KL tidak bergerak setelah half way perjalanan. Yang seorang lagi pulak kata dah setengah jam tunggu di Putraajaya station tapi train tak menjelma. Aku tarik nafas panjang2...aku cool down seketika sambil berdoa di dalam hati...Ya Allah permudahkanlah perjalanan mereka....tolong hambaMu ini Ya Allah. Aku bgtau cuba cari alternatif lain dengan menaiki teksi. ALhamdulillah dengan izinNya mereka managed to arrive masa aku tengah kalut membuat check in untuk ahli rombongan yang lain.

Sebelum kami turun ke bahagian imigresen dan boarding area, acik Kalsom membacakan doa agar perjalanan kami selamat dan dipermudahkan tanpa sebarang masalah. Kami Menaiki Malindo airline. Perjalanan mengambil masa 5 jam dan dijangka sampai di New Delhi jam 12,30 tengahari.


 walaupun baru berkenalan di KLIA tapi mereka sudah nampak akrab. 


 selesai sudah check in luggage....kami berdua buat double checking untuk pastikan mereka semua ada di airport ini.


 perjalanan yang jauh dan kami pergi negara yang padat penduduknya dan juga daerah bergolak di Kashmir. Sebelum kita bertolak jangan lupa mohon doa pada Allah semoga perjalanan kami dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar. Ustazah Kalsom salah seorang ahli rombongan kami membacakan doa selamat. Terima kasih acik. Alhamdulillah.


jom kita bergerak ke boarding area. Syukur semua okay.


Ada juga yang sempat breakfast di sini dan kami berdua tak sempat jamah apa2 pun pagi tu. Sibuk sangat jadi tour leader ini. Bergambar itu wajib walau sesibuk mana pun...muahahaha.



pertama kali aku naik Malindo ni. So surprise this flight much more better than the other one tu. Seat selesa dan luas bagi aku berbadan gebu ni. Jarak antara seat kita dan seat depan pun luas juga. Ada entertainment utk hilangkan kebosanan. Yang paling terkezutttt....dalam boarding pass tulis snack disediakan. Ingatkan dapat cake or biscuits.....ghopanya dapat nasi beriyani Syed yg terkenal tu. Walla memang rezeki lah dapat makan beriyani dalam Malindo. Kebetulan perut pn memang kelaparan yang amat. Sungguh berselera kami berdua makan.


tadaaaaa...nasi beriyani + biskut + air mineral. Alhamdulillah. 5 jam dalam flight....dapat tidur sejam jer...lepas tu aku layan movie plak. Memang susah nak lelap betul2...maklumlah tak sabar nak jejakkan kaki ke India ni. First time tau.


dah sampai...jom pi toilet dulu. Memang unik toilet depa ni. Sesapa yang tersalah jugak...memang something wrong ler. 



alhamdulillah my dream come true. Aku memang nak sangat jejak negara ini....akhirnya tercapai. Setelah bertahun2 aku impikan untuk ke sini...tanpa diduga bukannya aku datang berdua dengan suami...malah aku membawa 32 orang yang lain bersama2 ke sini. Mimpi indah yang tak diduga. 


patutlah rasa panas semacam berbahang seperti dalam oven. Suhu ketika kami sampai ni jam 12.30 tengahari ialah 39C....pengsan ahkak.


welcome to India. Namaste.


sapa boleh tolong translate apa maknanya sign language tu.


nasib baik tak ramai sangat orang.


 walaupun banyak kaunter imigresen yang dibuka tapi setiap seorang yang dicheck lama juga.....


Tour guide di New Delhi setia menanti rombongan kami. 

Kami menunggu di luar airport sementara menantikan bus sampai. Masa kami di sini ada juga beberapa orang Malaysia dari agent lain yang menunggu di sini. Ini ialah kawasan menunggu bas. Tetiba ada seseorang menegur aku "Ini Syarliz ke?" Panik kejap...aikkkk sampai ke India orang kenal aku ke ni hehehehe. My blog reader Kak Hanim menegur ku rupanya. Pada mulanya aku agak blur jugak....sebab memang tak kenal. 

Hinggalah pada hari esoknya barulah aku perasan Kak Hanim ni yang mana satu. Itupun sebab kami stay di hotel yang sama. Sebenarnya Kak Hanim pernah hubungi aku untuk join this group to India bersama 15 orang rakannya. Tapi sedihnya masa tu group aku dah pun penuh. Dah tak boleh nak masukkan nama lagi. So Kak Hanim terpaksa cari travel agent lain. Nak dijadikan cerita kami berjumpa pula di sini. Begitulah perancangan Allah.

Nanti aku cerita di akhir travelog ini bagaimana aku berjumpa lagi dengan my blog reader di sini. Bukan satu tapi 2 orang. 





bas dah sampai. Waduhhhm rombongan cik leez punya bag.....besar2 belaka. Tunggu...nanti tengok camana depa shopping. Takut ahkak tau.


semua orang dah naik bas. Kami berdua selesaikan beg2 di bawah ini untuk pastikan semua beg dah masuk ke dalam bas. Belum shopping tapi tempat letak beg dah penuh...camana tu????



alhamdulillah semua dah masuk dalam bas. Untuk pengetahuan semua....undang-undang jalanraya di Delhi melarang menggunakan cermin tinted untuk semua kenderaan. Bukan takat tinted...curtain pun tak boleh guna uolsss. Nampak tak curtain digantungkan seperti dalam gambar. Panas tau takda curtain. Sebabnya pernah terjadi kejadian rogol di Delhi di mana ketika itu cermin bas tinted dan tiada sesiapa nampak kejadian berlaku dalam bas. Tapi yang peliknya...hanya strict di Delhi sahaja. Di luar Delhi boleh ajer. Hehehehe. 



 pertama kali menjejaki India.....aku dah pening kepala. Sebabnya hon memanjang. Migrain aku dibuatnya. Traffic jammed jangan cakaplah...memang dahsyat sungguh. As a traveller.....jadikan pengalaman ini satu cerita yang menarik untuk dikongsi.


 Tu dia....dah start jammed. Kami nak ke tempat makan for lunch. Lokasi tempat ini tidaklah jauh sangat dari airport. Tapi nak sampai ke sini sangat lama. Sejam jugak dalam bas. Jalannya kecil tapi kereta yang berhenti di bahu jalan punyalah banyak....camanalah bus kami nak lalu di sini. Cuba lihat gambar di atas. Ini ialah laluan kami dan sebelah yang jammed tu the other way. Camana boleh sesat van kecil warna hijau tu berada di laluan kami. Hahahaha...hanya berlaku di India.


 Tempat makan yang saya bawa ke India ini menyediakan makanan halal 100% yea. Untuk pengetahuan semua....negera India bukanlah negara Islam. So, tempat2 makan yang kami pergi memang tidak tulis tanda halal. Menurut tour guide kami yg juga beragama Islam....di sini memang macam tu. Tiada tanda halal di tulis di luar restaurant. Mereka dah tau mana2 restaurant yang menyediakan makanan halal. 


Beratur mengambil makanan.


 Kalau makan di Delhi memang menyediakan beras basmathi. Boleh dikatakan semua lauk di sini berasaskan kari atau masala. Sayur pun dimasak dengan kari hehehe.


 selamat menjamu selera semua. Masa ni ada yg malu2 kucing lagi. Tak kenalkan.


 Nani and the group.


 kawan2 dari pantai timur...KB dan Kuantan


 sebelum kami meneruskan perjalanan ke tempat lain....jangan lupa pada Yang Esa. Kami tumpang solat di lobby hotel ini. Walaupun kena menunggu toilet tapi selesa sebab tempat ni beraircond. ALhamdulillah semuanya berjalan lancar.


Perjalanan seterusnya kami akan sight seeing di sekitar New Delhi. Macam-macam peristiwa berlaku pada hari pertama kami di sini. Tunggu aku sambung lagi di entry akan datang dgn cerita2 yang lebih menarik dan gambar-gambar yang meletopss.



CANDID PHOTOS @ NEW DELHI (PART 1)

tuktuk



orang sana suka makan timun, Everywhere ramai yg meniaga.

lori yang unik

bas yang dah takda di Malaysia



bas takda pintu

3 orang menaiki satu motor. 

kalau di Msia mcm ni...dah kena saman  :)




PROMOSI INDIA KASHMIR TRIP 8 HARI 6 MALAM


Date : 19-26 November
Musim : Hujung Luruh
Harga : RM4,540 (full board)
Deposit : RM500

ANDA BERPELUANG BERMAIN SALJI DI SONAMARG & GULMARG (KASHMIR)

Pakej Termasuk:
1. Flight Malindo (internatiional) dan Go India (domestik)
2. Hotel 3-4 star
3. Makanan halal
4. Semua pengangkutan dan bayaran masuk
5. Tips utk guide dan driver
6. Gondola di Gulmarg
7. Shikara di Dal Lake
8. Jeep di Sonamarg
9. Mineral water everyday

Tidak termasuk :
1.Travel insurance
2. Visa India
3. Extra luggage (max 20 kg)
4. Personal Expenses

Tour Leader: Syarliz & Saupi


Hubungi saya : 013-3305023 atau email syarliz.saaid@yahoo.com






9 comments:

Chekgu Azrine said...

Bestnya dpt menjejaki india...teringin nk ke india tp xthula ada rezeki x bila2

Farikica said...

Interesting! x sabar nak baca lagi.... ni bulan bro trip ni?

F.A.R.I.H.A said...

Yeay! Nanti update lagi kak. Tak kira. Haha!

zila@akulovetravel said...

hahahahahha....ada photo yang hakak snap kelakar2 dan pelik2..hahaha. Terbaik lah!!!!

Leez M. Saaid said...

Chekgu Azrine -

Jomlah join my group bulan Nov ni. Ada masa menabung.

Leez M. Saaid said...

Farikica -

Trip ni bulan April yg lepas. Yes...India mmg best.

Leez M. Saaid said...


Fariha -

Gigih update blog ni untuk bacaan my blog readers....happy reading.

Leez M. Saaid said...


zila-

banyak lagi gambar yg pelik2 di india....pelan2 saya update yea.

Jamaliah Ahmad said...

Seronok join dgn Leez dan Saupi ni. Memang betul2 happenning ok.