Ads

December 31, 2015

Day 5 : UK & Paris Roadtrip - Edinburgh




Salam semua.
Bersambung lagi cerita di bumi UK.
Lebih kurang jam 3.00 petang kami dah sampai di Edinburgh. Perjalanan lebih kurang sejam dari bandar Glasgow. Sebaik kami sampai di sini, kami terus menuju ke Edin Castle yang terletak di bandar Edinburgh. Ketika ini cuaca dah nak gelap. My brother memang beriya sangat nak pergi ke sini. So, masa nak mencari parking di sini punyalah susah. Pusing sana sini pun dah makan banyak masa. Rupanya tempat parking memang disediakan kat belah bawah. Tapi yang malasnya kena menapak dan mendaki untuk naik ke Castle yang terletak di puncak. Aku dah pergi ke sini beberapa tahun lepas dan senang jer parking tepi jalan tu ajer. Now...dah takda parking lagi sebab dah jadi private parking.

Lepas parking di tempat berbumbung, kami berlima iaitu kami laki bini dan my bro dengan wife dan abg danish bersiap nak naik atas. Yang lain stay dalam kereta. Si bambam Rayyan dan adiknya Ariesya ketiduran dalam kereta. Neneknya tak ikut...jaga 2 budak kecik tu. Masa nak mendaki ni aduhai angin kuat sangat...hampir melayang-layang kami semua. Rupanya kalau nak ubah musim memang akan berlaku angin kencang. Masa kami sampai ni memang nak masuk musim sejuk. Mendaki bukit yang tinggi dengan angin yang kuat....boleh imagine tak camana. Seperti melawan arus angin. Akhirnya kami selamat sampai juga.



dah sampai bandar Edinburgh. My brother kata dia nak lepak di cafe ni nanti. Hmmm...entah sempat ke tidak ni.

nampak tak ketinggian castle ni. Gambar ini diambil kat area parking kami. 



Alhamdulillah dah sampai Edin Castle. Kalau nak tahu tentang sejarah castle ni boleh google.


Sebagai salah satu kubu kuat yang paling penting di dalam Kerajaan Scotland, Edinburgh Castle telah terlibat dalam banyak konflik sejarah dari Perang Kemerdekaan Scotland pada abad ke-14 kepada Jacobite Rising of 1745. Terdapat sebuah istana diraja di atas batu sejak sekurang-kurangnya zaman pemerintahan Daud I pada abad ke-12. 

Dari abad ke-15 peranan kediaman istana menurun, dan oleh abad ke-17 ia digunakan sebagai berek tentera dengan pasukan pengawal yang besar. Kepentingannya sebagai sebahagian daripada warisan negara Scotland





gambar agak kelam sebab cuaca dah nak malam.







my bro dah jauh ke depan...aku suruh dia belikan ticket sementara kami berdua nak berposing. Tak habis2 posing laki bini ni.



Entah apa plak my brother buat. Ooooo security guard tu bgtau ada lagi setengah jam sebelum tutup. Hadoi......selamba lah kita masuk jer...walaupun hanya setengah jam.


minta maaf aku dah terlupa berapa plak harga ticket. 



old town Edinburgh


nun jauh di sana ialah laut uolsss...hmmm tak sempatlah kami nak ke sana. Masa sangat terhad di sini.

nampak tu kedai2 yang bercahaya di bawah tu. Itulah tempat paling happening di Edin iaitu Princess Street. Kalau nak shopping di sini lah tempatnya. Kami plan lepas ni nak ke sana plak.




suka sangat tengok back ground Edin town ni



masa yg sangat terhad....jadi mengambil gambar pun agak tergesa2.



memang tempat ini wajib pergi jika anda ke Edinburgh. Tapi aku tak galakkan uols bawa baby ke tempat ini...agak keras sikit.

tu dia.....my mr cameraman in action. Dia tak sedar aku ambil pic dia secara candid.



laki bini bergambar berdua....abg danish sian takda dalam pic ni hehehe.




dalam ni ada muzium...ada prison....ada istana....masa zaman perang Scotland dulu.





jom kami dah selesai....mari kita minum coffee di dalam cafe ni. Memang aku teruja tengok cakes dalam ni. Sedap sangat. Pulak tu hujan lebat di luar. So kami lepak aje dalam ni sementara tunggu hujan reda.


carrot cake itu sangat sedap



Lebih kurang jam 5 petang ...memang dah gelap di sini. Sebelum balik kami singgah beli souvenirs di area Royal Mile. Just beberapa langkah selepas keluar dari Edinburgh Castle. Kat situ memang banyak giler kedai souvenirs. Kami pergi dari satu kedai ke kedai yang lain. My brother yang banyak membeli tapi aku hanya tengok2 ajer sebab dah banyak membeli masa gi sini dulu. Kat sini harga souvenir memang sangat mahal....so kena pandai mencari kedai yg murah.

Tapikan bila berjalan dalam keadaan cuaca hujan renyai dan gelap macam ni...memang tak best langsung. Udah ler kat sini sangat sejuk. Paling sejuk berbanding di tempat2 lain yg kami pergi di UK ni. Memang aku tak enjoy kali ni di Edin berbanding dulu. Semuanya atas faktor cuaca, suhu dan masa. Tak sesuai ke Edin pada musim sejuk macam ni. Dulu aku pergi pada musim bunga dan masih ada snow turun. Tapi taklah gelap yang awal pukul 4.00 petang macam ini.

Dalam kegelapan kami turun semula ke parking tadi. Fuhhhh sejuk sangat cuaca dan angin masih kencang. Menderita sangat masa ni. Cepatlah kami nak balik. Then kami gerak ke area Princess Street untuk shopping dan sebelum tu singgah di HRC Edin. Masa kat parking area HRC ni...my brother try to call hotel untuk bgtau yang kami agak lewat sikit untuk check-in. Kami nak shopping dulu malam tu. Tapi my brother terkejut bila hotel tu bgtau yg kami tidak membuat apa2 reservation...hadoiiii. Lagi satu masalah datang. Pelik  betul lah booking.com ni....kami siap print lagi reference number dan reservation slip. Hotel kata mereka tak terima pun...hmmm. Camana ni??? Bila tanya...dia kata apartment kami dah ada orang duduk. Cuma yang tinggal bilik biasa yg takda kitchen. Sepatutnya kami stay kat aprtment yg ada kitchen. Hmmmm...no choice terpaksalah ambil bilik ajer.




singgah di HRC Edin

banyak giler tempahan merchandise HRC.....we spent RM2500 di sini ajer.


inilah bilik kami. Ada 2 biji katil single dan sebijik katil double decker. Tapi bilik air di luar...hadoiiiiiiiii. My brother dapat katil for 5 pax and ada bilik air. Memang geram betul dgn hotel ni. Masa kami sampai....sejuk sangat kat luar. Kami terpaksa berlari2 nak masuk hotel.  Hujan plak tu. Tak sempat nak asingkan baju lain. Beg semalam kat Glasgow aku bawa balik ke hotel. Tak larat nak bertahan di luar...sebab terlalu sejuk.



bilik kami yg sempit. Nama tempat ini ialah Edinburgh Coledonian Guesthouse





Malam tu sepatutnya kami nak masak....tapi disebabkan kami dapat bilik yang memang takda kitchen terpaksalah kami mencari makanan di luar. My brother dan en Bos berjalan kaki mencari kedai halal. Nasib baik ada kedai pizza dan kebab halal dekat dengan hotel ni. Makan ajelah apa yg ada. 

Oh yea lupa nak citer. Masa kami di HRC tu....sepatutnya kami berjalan kaki ajer ke Princess Street untuk melihat2 apa yg menarik. Tetapi cuaca very bad masa tu...angin kencang dan hujan lebat. Dengan budak2 lagi dan agak berbahaya pulak. So kami cancel ajer. Terus ke hotel. Padahal ketika tu baru jam 6 petang. Kami rasa macam dah 10 malam pulak. Fuhhhhhh inilah dugaan nya bila datang musim sejuk di sini.

Malam tu tidur cepat sebab tak tau nak buat apa....nak tengok tv pun malas. Cuaca plak sejuk sangat. 


Esoknya....kami nak ke satu tempat ni. Tapi sedihnya ticket dah habissssss. Muka my brother dah berubah....sedih dan terkilan. Dia dtg UK ni semata2 untuk ke tempat ini. Kenapa agaknya yea....tunggu next entry aku citer. Suspennnnn.


p/s - alhamdulillah dgn rezeki Allah.












1 comment:

Nur Hamizah said...

lagiii ...lagiiiii hehehe seronok baca. my class ada niat nk buat lawatan ke UK 2 tahn lagi inSYAALLAH. Articles like these really help me a lot.