Ads

December 21, 2015

Day 4 : UK & Paris Roadtrip - Glasgow, Scotland Part 1


Salam semua.
Hari ke 4 -di bumi London.
Awal pagi aku dah bangun untuk masak bekalan kami pada hari itu. Pagi itu kami akan roadtrip ke bumi Scotland. Its gonna be a long journey for us. Entah pukul berapalah kami nak sampai malam nanti. Tapi tak perlu risau sebab perjalanan ini melalui motorway (highway). Pagi tu kami masak nasi lemak dan ayam goreng. Kami kemas barang dan pakaian semua untuk check out dari apartment di Camden Town ini. 3 malam di sini memang letih memanjat tangga apartment bertingkat-tingkat ini hehehehe. 

Tepat jam 8.30 pagi En Boss dan my brother gerak dari apartment dengan menaiki cab Uber untuk mengambil van sewa yang telah kami booking tempohari. My brother booking van thru online di sini

Details :
Minibus 9 seaters = Volkswagen Shuttle Auto
Harga sewa + insurance = GBP833 (RM5,500) for 4 days
Company = Sixt

Actually banyak jer company rent a car ni. Ada yang international company dan ada yang local. Yang membezakan ialah kalau you sewa yang local company...pickup location mesti sama dengan return location dah harganya lebih murah. Manakala kalau you sewa dengan international company....pickup location di tempat lain dan return location juga di tempat lain tapi harganya agak mahal sedikit. Untuk trip kami ni...pickup locationnya ialah di London St Pancras Station. Mudah dan dekat dengan apartment. 

Pagi tu kami yang lain bersiap dan kemas apartment apa yang patut sambil menunggu En Bos dan my brother sampai nanti. Kunci apartment kami tinggalkan ajer di dalam apartment. Lebih kurang jam 10 pagi jugak kami bergerak dari Camden Town menuju ke Scotland. 

Dokumen yang perlu dibawa semasa ingin sewa kereta di London :
1. Driving licence - Malaysia 
2. Copy of driving licence particulars - English version (buat kat JPJ dengan bayaran RM10)
3. Passport (driver)

Kalau ada 2nd driver - wajib submit perkara yang sama juga. Kalau tak nak cover insurance pun okay juga tapi anything happen tanggung sendiri lah. Insurance tu akan cover termasuk kereta bercalar, tayar pancit dan accident.

All those particulars memang aku dah pesan pada my bro and En Bos untuk prepare dari awal di Malaysia. Orang yang incharge tu siap puji - very good and well prepared. 



company yang kami sewa kereta terletak di London St Pancras Station. Bayaran penuh dilakukan di sini. 



Volkswagen Shuttle  dah pun sampai di depan apartment kami.



Belum shopping dan berjalan tapi kereta dah padat dan penuh. 




jom kita bergerak sekarang....roadtrip to Scotland bermula. Seharian kami akan duduk dalam van...so pakai baju sweater ajer.


Dalam perjalanan ke destinasi yang kami tuju. Pemandangan memang cantik......tak rugi roadtrip ke Scotland ni.



aku duduk belakang dengan si abang Danish ni. En Bos duduk di depan...jadi assistant my brother. Budak bambam Rayyan tu pun duduk didepan. My sis in law, nenek mereka dan my niece Ariesya duduk tengah-tengah.


kami melalui M6. Di UK ni memang ada banyak laluan motorway. Terpulang pada kita nak ikut laluan yang mana satu. Sudah tentulah kita akan memilih laluan yang paling dekat sekali kan. Kami berpandukan pada navigator yang disediakan oleh company rent a car ini.



just to inform uols...speed limit di motorway UK ialah 70 mph atau 113 kmph. Kat sini tak nampak pun kenderaan yang pecut laju mcm nak terbang kereta. Kebanyakannya memandu ikut undang2 jalanraya. Sekali kena saman...terduduk nak bayar saman uolsss.


aku tak jemu memandang keindahan ladang-ladang biri2 yang luas terbentang.....cantik sangat. 


kami dah lapar...jom kita berhenti kat Services untuk makan tengahari



contoh salah satu Services yang ada di setiap hentian. Costa Coffee atau Starbucks wajib ada di setiap Services. 



sejuk sangat di luar ketika ini. Kami bergerak makin ke utara dan sudah tentulah cuaca makin sejuk ketika ini.


Princess Ariesya menanti makanan untuk santapan.


Kami duduk di tengah-tengah meja....mat salleh tengok jer kami bawak bekal nasi lemak hahahaha...kelas takkkk makan bekalan nasi lemak di UK.




tengok tu sian En Bos dah lapar sangat...tak toleh kiri dan kanan masa ambil makanan tu





nampak mengancam tak lauk nasi lemak dan ayam goreng sejuk hahaha



Lepas makan tengahari dan kekenyangan, kami meneruskan lagi perjalanan ke Scotland. Makin lama makin jauh dan makin lama makin gelap. Jam 4 petang dah mulai gelap. Sedikit demi sedikit dah jadi gelap gelita. Walaupun ketika itu menunjukkan  jam 7 malam tapi kami rasa macam dah malam sangat pukul 12 malam tapi kami masih tak sampai lagi. My brother kata dia nak stop dan minum coffee kejap di Services. Aku rasa mungkin dia dah penat. Kami yang duduk dalam van ni pun rasa penat semacam....apalagi budak-budak asik menanya lambat lagi ke kita nak sampai. 

After minum coffee kami berbincang seketika. Aku tanya my bro sama ada dia larat lagi nak drive tak hingga sampai. Kami tengok dalam Waze...masih ada berbaki 4 jam lagi untuk kami sampai ke destinasi. Untuk pengetahuan semua, kami semua sebenarnya plan untuk ke Inverness yang terletak nun jauh di utara Scotland. Ikut plan sepatutnya kami stay malam ini di Inverness dan esok pagi singgah di Loch Ness di mana terletaknya Urquhart Castle. View di sana memang tersangatlah cantiknya. My brother said dia memang tak larat untuk menghabiskan perjalanan berbaki 4 jam dan my En Bos pulak tidak mampu untuk memandu di tengah malam buta and some more perjalanan ke Inverness itu bengkang bengkok di lereng bukit...agak merbahaya juga.

Finally kami decided untuk cancel meneruskan perjalanan ke Inverness. Hotel yang kami dah booking tu memang burn begitu sajer...nasib baik taklah mahal sangat. The nearest town is Glasgow. Masa tu jugak di Services tu...En Bos try to google hotel yang available di Glasgow. Memang bukan rezeki kami nak stay di bandar Glasgow....hotel semua penuh. Yang tinggal hanyalah sebuah hotel B&B yang jaraknya 30km dari Glasgow. Ikut review orangramai...B&B ini memang cantik dan berbaloi. So.....selesai booking...dalam masa sejam kami pun sampai di tempat tersebut.

Satu lagi cabaran kami ketika sampai tempat ini. Waze memang tak boleh baca this area sebab ia terletak di luar kawasan dan agak pendalaman sedikit iaitu di kawasan farm. Kami terpaksa buka google maps untuk ke kawasan ini. Pada mulanya google maps bawa kami ke rumah lain iaitu ke sebuah rumah banglo di tengah-tengah ladang biri-biri. Aduhai....macam tak rupa hotellah pulak. We can see signboard "private road" di sini. Sebaik kami sampai ada bunyi anjing menyalak di kawasan rumah ini. Masa ni dah gelap gelita....hanya berpandukan pada lampu kereta. Tak nampak sangat bentuk rumah masa ni. Masa ni memang masing-masing dah stress. My brother patah balik ke belakang dan cari kawasan pekan untuk baca google map semula. Nama hotel tu di google maps tak boleh baca. Kami cuba search lagi guna nama lain. Ok kali ni kita try lagi.

Kami melalui jalan yang sama tapi ke hadapan sedikit daripada jalan masuk rumah tadi. Then kami nampak signboard B&B...ohhh inilah tempatnya barangkali. Memang gelap sangat uolsss. Kereta di main road pulak punyalah laju-laju. Yang kami ni beraba-raba di kegelapan malam mencari hotel. Can you guys imagine camana azabnya kami ketika ini.

Naik bukit sedikit dihadapan barulah kami nampak rupa bentuk hotel. Fuhhh...lega. Syukur alhamdulillah jumpa juga akhirnya. My brother and En Bos masuk ke hotel untuk uruskan pendaftaran. Kami yang lain menunggu di dalam van. Sebaik keluar jer van....aduhaiiiiiiiiiii sejukkkknya sampai ke tulang. Aku rasa mesti suhu mencecah negative. Angin kuat dan sejuk sangat. Aku ambil beg kecik ajer yg dah siap aku asingkan terlebih dahulu. Beg besar memang aku tak usik pun.

Sebaik kami naik ke atas B&B tersebut,,,fuhhhhh

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

B&B persis 5 bintang



Kami ambil 2 bilik berhadapan. Bilik my brother ada 3 katil single dan satu katil queen. Dalam gambar ni ialah bilik kami berdua....ada satu katil queen dan 2 katil single. Memang boleh main kejar-kejar dalam bilik ni.



masa ni malam dan masih gelap. Kami tak nampak lagi permandangan di luar camana.




bagi aku memang berbaloi lah duduk di sini...sebab sangat cantik!!!!





Kami booking B&B ini di booking.com ....iaitu sejam sebelum kami check-in huhuhuhu. So...harganya agak mahal sikit. Kalau uols booking awal....mungkin boleh dapat murah lagi. Nama tempat ini ialah Bamflatt Farm Bed & Breakfast. Maaf aku terlupa tanya my brother berapa kami bayar B&B ini in total. Tempat ini perbezaan sejam dari bandar Glasgow, Scotland.

Esok pagi pabila kami bangun ....apakah yang kami nampak? Niat di hari macam tak nak balik...kami rasa macam nak stay di sini lagi. Kenapa agaknya yea? Tunggu di entry akan datang. Aku akan share dengan you all keistimewaan tempat ini.


p/s - break a record...my annual leaves dah habis utk tahun 2015





4 comments:

tiga lalat said...

sonoknyer dapat jalan2 london sejuk gituuu., ;p

zila@akulovetravel said...

boleh bayangkan apa yg leez cter nihh....isk

Solly Salihah said...

Aha.. sambil baca, sambil bayangkan..
hehehehehe

Mama Zharfan said...

fuhhh suspens baca pengalaman u cari hotel ni mlm2