Ads

December 2, 2015

Day 1 : UK & Paris RoadTrip - KLIA & Camden Town


Salam bulan Disember.
Lagi sebulan jer kita akan menuju ke Tahun Baru 2016. Camana dengan azam 2015...adakah dah tercapai? Mari kita banyak-banyak berdoa agar apa yg kita cita-cita akan tercapai Insya Allah.

Dah 2 minggu lebih aku balik dari bercuti...penat masih belum kebah lagi. Rindu London tetiba bila tengok gambar-gambar dari camera DSLR. I miss the moment. Rindu nak jejak London lagi...masih banyak tempat yg belum kami jejak. Kalau boleh nak road trip seluruh UK selama sebulan...barulah puashati. Adakah cita-cita itu akan tercapai nanti? Kita tunggu ajer hahahaha.

Trip ke London ini merupakan kali yang keempat bagi diriku dan kedua bagi En Bos. Mesti ramai tertanya kenapa aku nak repeat ke tempat yang sama hampir setiap tahun. Jawapannya ialah.....
1. aku memang suka UK dan aku tak puas nak menjelajah tempat ini...banyak lagi tempat yang aku belum sampai.
2. Aku membawa private tour iaitu my brother's family jalan-jalan ke sini. Ini merupakan their first trip...so my bro ajak aku and En Bos join sama. 
3. London is my kampung. Kalau dah namanya kampung...memang wajiblah balik kampung setiap tahun. Tak gitiewwww????


Flight kami ke London di awal pagi jam 10. Malam sebelum nya aku dah ke Nilai rumah my friend Mas...hubby dia yang tolong hantarkan kami ke KLIA pagi tu...thank you so much my dear friends. Selepas subuh kami dah gerak ke sana. Sebaik sampai jam 7.30 pagi....dah ramai beratur panjang. Lebih kurang 10 minit kami sampai.....then barulah ternampak my bro and family. Masa kami beratur untuk check-in tetiba kami dipanggil oleh staff MAS untuk pergi ke lane 16 dan 17...fuhhh leganya. Sebabnya....kami bawa kids seramai 3 orang. This lane is priority to family with young kids, elderly and reduced mobility . Everything dah okay...barulah kami gerak ke departure gate. Masa ni belum breakfast lagi....nampak Burger King....jom kita bagi perut kenyang dulu.




 beratur untuk check-in. Nasib baik dapat ke kaunter khas. Cuba baca signboard di sebelah tu. 



 my beloved nephew Rayyan. Masa kat boarding area....nak scan hand luggage....pegawai kastam tu panggil dia berdiri kat tempat wanita....lepas dah check badan semua....dia jawab "saya boy...bukan girl". Terkejut pegawai tu...laaaa ingatkan girl tadi. Sebenarnya dah byk kali org ingat dia girl. Hehehehe...cian budak bam bam kesayangan aku ni. Budak paling comel dan paling bijak di dunia.


boarding time....masa menunggu ni aku perhatikan ramai nya passengers...mesti penuh flight


memang betul apa yg kujangkakan. Seats penuh dan sebelah my hubby pun ada orang. Jangan harap nak tidur baring hokay hahahaha.


 Dalam flight kali ni aku tidur tak lena. Gerak kiri dan kanan serba tak kena. Bila tengok jam...aduh lambat lagi hai nak sampai. Entah berapa filem aku dah katam. Sempat gak tengok citer Pilot Cafe.....meleleh air mata uolssss....tetiba syahdu dalam flight. Ishhh...ishhhh teruk betul.



Selepas mengambil masa 13 jam di atas awan...maka kami selamat tiba di Terminal 4, Heathrow Aiport London. Masa nak landing ambil masa juga. Flight berpusing entah berapa kali di udara. Mungkin menunggu turn untuk landing ke bawah. As you know, Heathrow Airport is one of the busiest city airport in the world. 

Masa di kaunter imigresen seperti sebelum ini kami kena interview terlebih dahulu oleh pegawai imigresen yang bertugas. Kami seramai 8 orang in one group ke kaunter imigresen untuk sesi soal jawab dan cop passport. Sekali lagi pegawai tu ingatkan my dear Rayyan adalah girl....muka dalam passport lain dari muka sebenar. Exactly looks like girl. Cian dia. Alhamdulillah eveything smooth and tiada masalah.

Aku terlebih dahulu booking airport transfer pergi dan balik melalui online. Mudah, murah dan sangat efficient. Aku booking melalui https://www.airporttaxis-uk.co.uk/. Aku dah compare rate melalui website ini dengan website lain...memang ini lebih murah. Disebabkan aku tak ambil "Meet & Great" ...maka aku perlu call mereka di mana kami perlu menunggu the driver. The driver menunggu kami di tingkat departure....maknanya dia tak payah parking. Just park kat tepi aje. Aku hired minibus 9 seaters. Memang sesuai untuk kami berlapan termasuk boleh masuk banyak luggages.

Tepat jam 7 malam kami dah sampai Camden Town. Tambang untuk minibus tersebut ialah GBP60 (RM396). Kami sewa apartment 3 bilik yang boleh memuatkan 8 orang termasuk kanak-kanak, Untuk pengentahuan semua....ada sesetengah apartment di London ni sangat strict untuk bilangan guest yang check-in. Mereka akan pastikan bilangan guest sama dengan tempahan yang dilakukan walaupun termasuk kanak-kanak. Apartment yang kami sewa ini terletak di Arlington Road, Camden Town. Kami booking melalui booking.com dengan harga GBP537 (RM3,544) untuk 3 malam. Ada 3 bilik tidur, kitchen, 2 bilik air, living hall dan Wifi percuma (laju giler). 



Lokasi apartment ini sangat strategik. Lalu short cut belakang apartment ini akan terus nampak  kedai-kedai di Camden Town. Berjalan kaki 3 minit untuk ke underground tube station Mornington Crescent.


salah satu bilik yang kami stay. Setiap bilik ada sebuah katil mcm ini. Di living hall ada sofa bed untuk 2 orang tidur. Kat London ni jangan harap nak dapat bilik yang besar dan luas. Kebanyakannya sempit.


sofabed di living hall. Apartment ini ada 3 tingkat...fuhhh mengah memanjat. 1st floor - living hall & kitchen, 2nd floor - bilik 1 & bathroom and 3rd floor - bilik 2, bilik 3 & bathroom.


Yang ini ialah 1st floor....belah kiri tu ialah kitchen.



yang ini kitchen. Kami bawak bekalan bahan-bahan untuk memasak spt : beras, minyak, bawang, cili, sardine, ikan bilis, meehoon, perencah instant, maggie, garam, gula, nasi impit, santan kotak dan mcm2 lagi. Tujuan kami bawa semua barang ini ialah.....lebih jimat duit jika memasak sendiri, tak daya nak makan western jer setiap hari, food di sini terlalu mahal dan makanan yg masak sendiri boleh ikut dengan selera kita.



inilah apartment yang kami stay tu. Nampak tak lorong belah kiri sekali tu. Itulah laluan short cut ke kedai-kedai utama di Camden Town. Pagi-pagi ramai penduduk di sini ikut laluan ini untuk ke tempat kerja menaiki bas atau ambil tube berdekatan.


Ok sekian untuk entry hari ini. Introduction hari pertama perjalanan kami roadtrip di bumi United Kingdom. Next entry pula ke manakah kami? My dear Rayyan tetiba moody di pertengahan jalan...kenapa agaknya??. My brother pula jumpa kenalan baru di sini. Siapakah dia? Tunggu next entry.

p/s - rindu London....nak gi lagi uhukkkk.







6 comments:

zila@akulovetravel said...

i missed London...sayapun mcm leez..rasa nak pegi lagi dan lagi London tu..tak pernah puas. Suka suasana kat sana...so lovely :0

Mama Zharfan said...

rindu sgt2 dgn bumi UK :( entah bila dpt balik kg--my kg kat Nottingham--i stayed 2 years there..

Akak Kembang said...

memang muka gigirl...hehehehehe....

Siti Yang Menaip said...

bestnyaaa balik kampung.. CT tak pernah sampai lagi.. insyallah soon.. kena selalu pasang angan2 kan hehe.. syok duduk apartment macam ni ramai2.. dats why harga pun mahal kan.. tapi bab tu xleh komen hehe..currency exchange semua =)

Lina said...

Bole sy tau nama apartment ni?

Annie Omar said...

Salam kak,

Saya nak tanya la,memang boleh bawak beras,bawang,minyak ke sana ke?Kalau boleh dan tak mendatangkan masalah kat airport saya pun nak bawak lah sb dulu saya hanya berani bawak maggie je...
Noraini