Ads

July 1, 2015

Day 1 : Hubby's Birthday Trip to Melaka


Salam Ramadhan semua.
Alhamdulillah kita masih bertemu lagi di dalam bulan yang mulia ini. Perbanyakkan ibadah dan sempurnakan rukun Islam ketiga ini. Minta maaf jika aku dah lama tak update blog. Banyak reason sebenarnya. Salah satunya ialah kesibukan aku dengan cookies raya....ini kes sebelum puasa lagi. Dan lagi satu aku baru jer lepas menjalani operation seminggu sebelum bulan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah sekarang dah baik dan boleh tumpukan perhatian pada ibadah puasa dan membaking cookies raya. Tempahan cookies tahun ini amatlah diluar jangkaan. Lebih daripada target kami. Syukur dengan rezeki ini.

Ok entry kali ni aku nak share berkenaan dengan our trip to Melaka sempena menyambut hari kelahiran En Bos.....lama dah iaitu akhir bulan April yang lepas. Tak pergi oversea pun. Cuti2 Mesia ajer. Kami berdua ni memang suka gi Melaka....sebab banyak tempat makan best2 di sini. Jom tengok kami meronda ke mana.



senyap2 amik gambar orang sebelah pastu post ke FB and wish him happy birthday...hehehe


Dah sampai Melaka...kami singgah ke Klebang dulu nak makan cendul durian. Kedai ni betul2 dpn pantai kelebang. Sajer tak nak makan heavy sebab nak makan special malam nanti.

Pastu order goreng pisang cheese...hmmm tak sedap sgt. Buat sendiri lagi sedap.


Then terus check-in di hotel ini. Namanya Hotel Swan Garden. Hotel ni 3 star rasanya. Tapi dalam biliknya macam 5 star uolss. Rate yg kami dapat RM180 satu malam. 


Bila dah masuk bilik...memang malas nak kuar.




Sebelum kami chck-in hotel...singgah sebentar beli coconut shake di Klebang. Tapau bawak balik bilik. Lepak tidur dulu dalam bilik. Petang sikit baru kami keluar.


Aku jarang berjalan kaki di sini bila dah sampai ke Melaka. Tapi kali ini kami sajer nak berjalan kaki ambil angin petang. Tak sangka cantik juga sg melaka ni.....memang telah dihias cantik utk tarikan pelancong.


Masa kami datang ni ialah hari Khamis...sebab esoknya ialah Hari Buroh. So, pelancong tempatan tak berapa ramai...yang ramai pelancong overseas. So...aku pun konon2nya mcm pelancong oversea lah tu.



Memang tujuan utama kami ialah untuk makan di sini dan lepak sambil menikmati muzik di sini.


Orang tak da pun waktu ni. Best sangat...umpama tempat ini kami yg punya. Order makan sambil menyuap makanan ke mulut besday boy...amboi sukanya dia hehehe.

Happy Birthday husband...semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah. Terima kasih menjadi teman hidup saya.


my feveret food di HRC. Sedap sangat.


Husband order food ini.....kekenyangan nak habiskan.


kami lepak di sini sampai malam sambil menikmati muzik sentimental dari 3 orang penyanyi ini. Sedap giler suara dorang dan memang mengasyikkan. Makin lama makin ramai orang. Jam 11.30 malam barulah kami beredar dari sini. Semoga husband terhibur dan suka dgn birthday treat dari isterinya. 

Balik terus kami menuju ke hotel. Mata dah ngantuk. Tunggu esok pulak apa aktiviti kami. Sambung lagi next entry. Insya Allah.


p/s - Syukur dengan rezeki Allah di bulan Ramadhan.


1 comment:

sa'adah by atiehilmi said...

amboi makanan itu !! terliur.. hee~ lepas ni kalau ke meleka lagi, singgah makan asam pedas claypot klebang dengan asam pedas blackpepper abg pie, bukit cina.. memang super tiptop.. asam pedas terbaik selepas asam pedas mak saya.. hee~