Ads

April 3, 2015

Jalan-Jalan Balik Kampung @ Besut


Salam semua.
Bersiaran lagi di dunia maya.
Dua minggu selepas pulang dari Hong Kong kami terbang lagi tapi kali ini hanya di dalam negara. Dah lama rasanya kami tak balik kampung En Bos. Maklumlah kami ni sentiasa busy dan En Bos pulak bukan mudah nak apply cuti lama-lama. Tapi kali ini kami balik sekejap ajer.....so jalan yang mudah kami balik naik flight ajer. Kalau naik kereta makan xtra 2 hari jugak untuk masa perjalanan pergi dan pulang. Naik flight sejam jer dah sampai tapi campur lagi sejam setengah untuk perjalanan darat ke Besut. Tapi kurang penatlah.

Kalau kami balik kampung memang tak reti duduk diam. Ada ajer tempat yang kami nak teroka. Plan asal aku ajak En Bos untuk ke Kelantan sajer jalan-jalan sambil nak tengok keadaan mangsa banjir hari tu. Tapi apakandaya kita mampu merancang ajer...kebetulan pula pada tarikh kami balik tu juga tarikh kematian Tuan Guru Nik Aziz. For sure jalan akan jadi jammed ke arah sana.


Flight jam 7.00 pagi...kul 4.30 pagi kami dah gerak ke KLIA

flight ticket MAS lebih murah daripada AA ketika kami balik....

alhamdulillah selamat sampai KT. Sambil menunggu kakak ipar sampai kami take simple breakfast di airport. Mahalnyaaa....biasalah harga airport walaupun mmg tak sedap. 


Sebaik kakak ipar sampai ambil kami di airport, kami tak terus ke Besut tapi kami singgah kejap di Pasar Payang KT. Awal pagi kami dah terpacak kat situ. My mum ada kirim beli kain utk solat kat sini. Sambil tu kami jenguk gak kat pasar bawah apa yg berkenan untuk dibeli.

Sejak dah duduk sendiri ni aku jadi giler tengok periuk belanga. Geram betul tengok periuk kukus dan pelbagai jenis kuali kat bahagian bawah tu. Tapi apakandaya kami naik flight....lupakan sajer. Tunggu next time balik kg lagi bawa keta baru boleh beli macam2. Uhukkkk....kiciwa.



buah2an tempatan banyak di sini.

sempat gak beli keropok untk bawak balik KL.


rempah gulai kawah dan gulai nasi dagang mmg wajib beli tiap kali balik Tganu. Sampai skrg aku tak sempat masak nasi dagang lagi...hahaha. Tapi rempah gulai kawah tu aku dah try....En Bos kata sedap huhuhu.


cuci mata ajer....sebab kain yg ada pun belum jahit lagi.


cantikkan....mmg rambang mata tgk sutera batik Tganu ni


songket sampin En Bos masa kami nikah hari tu kami beli di sini.....murahlah berbanding beli di KL.


kami teruskan perjalanan lagi ke Besut. Sebaik sampai di kampung En Bos...tadaaaaaaaaaaaa. Mak mertua dah siap masakkan untuk kami nasi dagang tersedap di dunia. Jujur cakap memang sedap sangat. Air tangan ibu mertuaku memang terbaiklah. Kalau meniaga ni memang laku menjadi idaman pelanggan. Atas permintaan anak menantu katanya. Terima kasih ma!!


kami laki bini entah berapa kali repeat makan nasi dagang ni ...sangat sedap.



Hari kedua kami di kampung jatuh pada hari Jumaat. En Bos bagitau kat aku, ada pasar tani kat Kuala Besut. Oh ye ke....jomlah kita pergi. Aku memang pantang berjalan....memang takkan lepaskan peluang. Kebetulan pulak sejak berkahwin ni tak pernah balik kampung yang jatuh pada hari Jumaat. Memang rezeki kami ke pasar tani ni.

Pasar tani ini dibuka pada setiap hari Jumaat dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari...iaitu sebelum waktu solat Jumaat. Kami sampai lebih kurang jam 10.00 pagi ketika matahari panas berdeting. Lokasinya pulak berdekatan dengan laut....memang teriklah. Besar giler pasar tani ni. Nak cari apa kat sini? Hmmm...segala mcm benda ada. Sediakan wang ajer...hehehe.


my mum feveret....murah pulak tu. Borong beli utk my mum.

ramai orang berpusu-pusu. 



nampak tak telur penyu tu? Laris mcm goreng pisang panas. Aku belikan utk teman sekerja.

ramai betul org meniaga jagung rebus ni....besar dan manis. 7 ketul untuk RM10.


pulut merah dimakan dengan kelapa manis. 


pelbagai jenis kueh mueh yg aku tak pernah rasa dan nampak. Boleh dikatakan semuanya aku nak cuba. 


roti paun yg aku cari2 asik tak dapat sebab kehabisan...akhirnya aku jumpa di sini. Borong roti paun utk bawa balik KL. Sedap giler dan murah pulak tu. En Bos kata kat sini tak boleh jual mahal sebab nanti takda org beli. 


geram tengok nasi kerabu ni....beli jugak tu hehehe.


ramai betul org membeli kueh di kedai ni.


kerabu pauh atau kerabu mangga. Buat kita terliur.


nak cari ikan masin....pilihlah mana berkenan...mcm2 ada.


En Bos memang suka dengan sayur kampung....tetiba dia hilang entah ke mana. Rupanya tengah beli sayur untuk buat bubur nasi Tganu. Bukan mcm bubur lambuk kita tu.




cuba teka buah apa ni? 
Sorong papan...tarik papan. Buah keranji dalam perahu.
Suruh makan saya makan. Suruh ngaji saya tak tahu.

Hehehehe...inilah BUAH KERANJI.


on the way balik rumah...aku ternampak papan tanda ini. Nasi ayam harganya RM1.90. Murah giler uolsssss. Nak dapat mcm ni kat KL? Jangan harap. 


Hari ketiga kami di kampung.,,,En Bos kata nak buat BBQ kat rumah. So pagi tu kami ke pasar untuk membeli ayam dan barang2 lain. Kali ni ibu mertua kata...dia nak aku yang masak. Apa? terketaq-ketaq lutut cheq. Hahahahah....kita tengok apa yg aku dah masak...hehehe. En Bos kata dia nak aku masak western food dan makan dengan ayam BBQ.  Semuanya aku kena buat. Ibu mertua pulak masak bubur nasi Tganu...atas permintaan En Bos.

Hempas pulas aku di dapur memasak hehehe. Jemput juga sedara mara yang duduk berdekatan untuk merasa juadah BBQ kami. Alhamdulillah sedap katanya. 


ayam BBQ resipi Madam Leez. 
Resipinya : Kisar 1biji bawang besar, 10 ulas bawang putih, 3 inci halia dan serai 5 batang. Then tumiskan dengan minyak.....letak garam dan gula melaka. Then campurkan sedikit madu. Merinate ayam tu beberapa jam...then barulah bakar.


aku juga masakkan spaghetti bolognese dan potato salad. Orang sana tak biasa makan ni. Sajer nak buat kelainan.

petang tu jam 5 kami dah bertolak ke KT sebab malamnya kami akan berangkat balik ke KL. Singgah kejap membeli keropok lekor di KT. Alhamdulillah selamat sampai KL. Walaupun hanya stay 3 hari tapi mcm2 benda kami buat di kampung. Tak terasa duduk 3 hari....macam duk seminggu pulak rasanya.

Alhamdulillah terubat rindu En Bos dengan ibu dan ayahnya serta family yg lain. Tunggu next entry ke manakah pulak kami 2 minggu selepas itu...tungguuuuuuuuuuu.


p/s - masih demam #TLU...uhukkkkk






10 comments:

arysha_fayyadh said...

Assalam kak leez,
waaaaaaaaaaaa
meghahnya pulut he3
maneh meleiting2 la tu kan akak
iols minat betui ngan kerabu kaki ayam tu tau3

Aku Seorang Pengembara said...

Nafsu mata yang tak tertahan, nampak semua nak rembat tu...haha

Marsha~ said...

tu harum manis kaaaa??? bestnyaaaaaaa

Anonymous said...

Salam leez tks for the info regarding pasar tani nie.nanti blh la akak singgah on the way nk ke perhentian island may nanti

Kak annie kuala lumpur

Leez M. Saaid said...


Ary,

i takut nak makan pulut warna merah ni...tapi sgt sesuai utk attract org makan sebenarnya.

kerabu kaki ayam tu pun nampak menarikkan

Leez M. Saaid said...

Aku seorang pengembara,

Nafsu mcm bulan puasa kat pasar ramadhan kan...semuanya nak membeli.'At last makan sikit dah kenyang.

Leez M. Saaid said...


Marsha,

Entah i pun x tau mangga apa.

Leez M. Saaid said...


Kak annie,

ok kak...harap dapat membantu akak nanti. Jangan lupa singgah pasar ni tau....mcm2 ada.

Shima Ahmad said...

Assalamualaikum leez, nk tanya resepi bbq ayam u tu, gula melaka tu just hancurkan and campur terus dgn bahan marinate ye? Atau kna bancuh dgn air dulu..tq ya! Selamat berbuka :)

Leez M. Saaid said...

Shima,

gula merah tu campur dalam bahan marinate yg tengah masak tu.