Ads

April 15, 2015

My Souvenirs Collection


Salam semua.
Kali ni tiada cerita pasal travel tetapi tetap related to travel. Aku just nak share dengan pembaca semua tentang koleksi souvenirs yang aku simpan bertahun-tahun lamanya. Dulu rasanya aku pernah share di sini tetapi sekarang koleksinya makin bertambah. Alhamdulillah.

Sebenarnya koleksi souvenirs ini dirakamkan di rumah yang kami berdua baru pindah. Sejak berpindah hari tu aku angkut hampir semua koleksi yang ada di rumah my mum. Itupun ada lagi satu kabinet aku tak bawa...still ada koleksi yang aku tinggalkan seperti snow globe dan koleksi mugs & glasses. Aku hanya bawa FMs, keychains, plates, replica dan shot glass HRC sahaja. Itupun kabinet yang aku bawa ni dah sarat sangat. Kena beli kabinet lain untuk menampung souvenirs yang tak bawa tu. Sayang giler aku dengan harta benda ni sebab ini lah sahaja kenangan aku yang boleh buatkan aku tersenyum sorang2 bila tengok benda2 ni. Walaupun ia hanyalah sebuah kaca, batu dan piring....hahahaha.

Alhamdulillah rumah yang kami duduki sekarang ni memang besar dan banyak space boleh letak dan hias souvenirs tu. Cumanya bila pertama kali duduk sendiri makanya tak banyak perabut yang ada. Pelan-pelan nanti penuhlah tu Insya Allah.



 koleksi FMs. Kena beli lagi satu magnetic board...sebab ada lagi koleksi yang tak bergantung. Ada ramai yang tanya...mana aku beli magnetic board ini. Ok...aku beli di Ikea dengan harga RM49. Tapi tak tahu harga sekarang selepas GST...:p 


 kabinet yang dah sarat dengan souvenirs



 koleksi piring, replica dan HRC shot glass aku letak dalam satu kabinet. Nampak mcm sesak plak.





 setakat ini aku ada lebih kurang 30 buah piring hiasan dari pelbagai negara. Kebanyakan koleksi adalah negara yang aku pernah jejak. Ada juga 2-3 koleksi utk negara yang belum jejak seperti Jepun, German dan Perth. InsyaAllah one fine day.







 koleksi album gambar travel dan keychains aku letakkan dalam kabinet ini.


Kami stay di rumah kuarters kerajaan tempat kerja En Bos. Rumah ni ada 5 bilik....kami hanya guna 2 bilik sahaja. Bilik maid pulak jadi tempat kami jemur baju. Lagi 2 bilik kosong......bilik untuk tetamu. Kepada saudara-mara yang dari jauh nak jalan2 KL....stay ajer di rumah kami. You're most welcome.


 My baking station. Kebanyakan hadiah wedding kami dah start guna. Tu semua atas kabinet adalah hadiah wedding. Masih ada lagi dalam stor yang belum di buka. Setelah setahun kahwin barulah kami gunakan. Terima kasih banyak2 kepada yang memberi. Mood utk membaking belum start...tungguuuuuuu.



 simple ajer tempat memasak. Setelah setahun berkahwin, routine sebagai isteri bermula hahaha....tiap pagi aku akan masak satu lauk. Balik kerja tambah lagi satu lauk. En Bos kerja shift....sebab itu kena masak awal pagi. ALhamdulillah aku bahagia dengan routine hidupku setiap hari macam ni. Seronok tengok husband berselera makan masakan kita. Dulu stay dengan family....aku jarang memasak sebab semuanya mama dah sediakan. Tapi kali ini sendiri mau ingat hahaha.



 my brother and family baru balik from Korea. Souvenirs from them.


Ni pulak pemberian FM dari seorang teman namanya Azida dari Kuala Terengganu yang juga merupakan my blog reader. Dia baru balik from Europe. FM from German and Liechtenstein....susah plak nak menyebutnya. Aku start mengenali Azida apabila dia menegurku di LCCT pada 2 tahun lepas. Dia siap bukak my blog di situ untuk memastikan aku adalah orang yang betul hahahaha. Terima kasih banyak2 menegur ku dan terima kasih juga atas pemberian FM ini. Utk pengetahuan, banyak kali juga aku ditegur oleh pembaca blog di mana-mana sahaja aku berada. Kat Bali pun ada yang cam muka aku hehehe tapi pembaca ni segan nak menegur aku.  Terima kasih byk2 semua support me sebagai seorang blogger travel.



Oh yea,...nak buat announcement. Lagi 2 bulan ajer lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Masa ni lah masing-masing sibuk dengan persiapan Hari Raya. As usual seperti tahun lepas aku akan menyambung business menjual cookies dan cakes utk sambutan Aidil Fitri. Di entry akan datang aku akan perkenalkan cookies-cookies yang akan berada di pasaran. Yang pasti.....cookies ini adalah dari air tangan aku sendiri dan homemade uolsss. Fresh from my oven. 


MY HOMEMADE COOKIES #SESEDAPAIRTANGANISTERI AKAN BERADA DI PASARAN SEMPENA AIDIL FITRI AKAN DATANG. TUNGGUUUUUUUUUUUU.



p/s - tak sabar nak sambut Ramadhan.






11 comments:

m4zs said...

Wah byknya souvenior..cantik2

farel said...

Wah lama saya tak singgah sini. Banyaknye koleksi akak. Saya pun ada koleksi FM, keychain dan cawan starbucks coffee dari setiap Negara yang dikunjungi. Anyway blog kak liz memang best!

aKSARAfENDI said...

boleh buat muzium. puas ati tgk souvenoirs tu semua.

My Mom's Diary said...

As salam, bookmark dulu blog ni, nak kena khatam selepas waktu kerja. Salam hello dari Pantai Timur.

Diana Diane Teo said...

Cantik lah magnetic board kak. Nak beli tapi sayang Sabah setakat nie tak ada Ikea.

Pandai lah kak packing shot glass, piring dan kaca. Kalau saya, confirm pecah belah.

ummi_khalish said...

wah...banyaknya...dn besar rumahnya..alhamdulillah..moga bahagia sampai syurga..in shaa Allah..:-)

I-am-Cheeky Kitty said...

Wow, suka how you susun all your souvies. I punyer lepas holidays campak sana sini. Post nih inspire untuk kumpul semua and susun cantik-cantik.

zila@akulovetravel said...

Saya suka display FM sy kt umah mak..penuh dah fridge...hehehe.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Asslam kak leez,
kena tambah kabinet lagi tu he3
nak tengok sekut akak :)

farwizah darwisha said...

Wah...cantiknya collection

Leez M. Saaid said...


Salam,

m4zs...farel....aksarafendi....my mom's dairy....Diana Teo....ummi_khalish... cheeky...zila...ary+sha....farwizah

Thanks you so much all of you...
sorry lambat reply...