Ads

April 20, 2015

Lunch @ Samudera Exotic River Fish Restaurant


Salam semua
Salam kerinduan kepada pembaca semua. Baru seminggu tak update blog dah rasa rindu tetiba kan. Bukan apa...sebenarnya aku jadi rindu nak update blog ni. Tak sampai hati nak biarkan kosong dan bersawang. Kalau boleh nak update apa2 citer sekalipun walaupun tak relevan dengan travel pun. Okay...kali ni aku nak cerita pasal makan pulak. Jalan-jalan cari makan di ibukota.

Nampak tak tajuk entry ni. Mesti ada yang rasa pelik. Exotic River Fish.....tetiba ada di ibukota KL pulak kan. Actually my brother Izam memang menjadi pelanggan tetap restaurant ini sejak sekian lama. Kalau teringin nak makan ikan sungai...dia akan call owner restaurant ini dan masakkan untuk mereka satu family. Then...mereka akan hantar ke rumah my bro. Nampak tak....kalau orang dah minat ikan sungai sanggup apa sahaja.

Kebetulan last week my brother invite our whole family makan lunch di restaurant ini. This was my first time makan di sini. En Bos pulak...memang hantu ikan sungai sejak azali lagi. Kalau kami pergi ke pasar...ikan sungai memang menjadi sasaran dia. Terkial-kial bini nak pikir menu apa nak masak hehe. Namakan apa sajer ikan sungai yang anda nak rasa....di restaurant ini ada semuanya. Tapi kalau bukan musimnya....ada juga yang takda stok. Masa kami makan di sini ikan talapia sungai memang dah habis tak ada stok. Terkilan jugak lah.

Antara ikan yang kami pilih ialah ikan patin liar dan udang galah sungai. Ada beza antara ikan patin liar dan patin sangkar. Patin liar ni memang sangat mahal berbanding patin sangkar.  Perghhhh terangkat uolssss. Bukan sahaja rasanya terangkat...malah harganya pun terangkat jugak. Restaurant ini juga terkenal di kalangan VVIP yang minat pada ikan sungai. PM Najib antaranya pelanggan tetap di sini. President Barack Obama masa datang Malaysia pun pernah rasa masak tempoyak ikan patin di restaurant ini.



 menu kami satu family


 ikan patin liar masak tempoyak ...harganya RM300++ untuk semangkuk ini. Gulpppp....tertelan air liur aku....


 udang galah sungai masak sweet sour...sedapp. Harganya RM200++


 menu utk anak buah aku...ayam kampung goreng


 kepala ikan patin masak lemak cili api


 seronoknya anak buah aku bila bergambar....especially yg dekat dengan aku tu...pantang depan lensa camera dia akan berposing sakan hehehe.


 si kecik anak dara ni pun dah pandai posing depan camera...


 menunggu my bro Izuan plak sampai.....


kalau nak rasa originally river fish di KL ini...aku rekemen kan di sini. Tapi...harganya agak mahal sikit...bersiap sedialah dengan wang yg banyak.


Total food kami semua tadi ialah RM700++....gulpppp sekali lagi aku tertelan air liur. Pengsan !!!!. Thanks my bro Izam belanja kami semua...alhamdulillah.


p/s - rindu nak naik flite huhuhu.





8 comments:

zila@akulovetravel said...

glupppp...mahainya...udang galah nampak mengancam...gluppp kali sekali..hehehe

Azian Elias said...

aduiii... tak tahan akak dgn si fatin tu lah.. rasa2nya boleh try sekali nnt.

Mie said...

Kenapalah saya tak makan ikan air tawar... padahal nampak macam sedap...

Ainul Mustafa said...

kalau sedap memang berbaloi la membayar..tp tengok harga pengsan jgk tu

Chik Na said...

gulp..memang pengsan :D

Ibu IM said...

Salam sis, sy silent readers dr Kuantan.. Engku Azam tu Junior saya masa sek ABS dulu rasanya.. Nice blog..

Wak Lat said...

mahalnye, kbai ;p

arysha_fayyadh said...

Assalam sis,
terdahak iols nengok regenya he3
sekali sekala yer dop he3