Ads

April 22, 2013

White Water Rafting @ Ulu Selim, Slim River


Salam sayang pembaca blogku yg setia.
Entahlah sejak lately ni kemalasan melanda dan kebusyan pun ada. Segala2nya malas. Pergi kerja...balik kerja...itulah aktiviti dari isnin ke jumaat. Weekend barulah nak melepak di rumah...kekadang tu kerja jugak bila ada event. Bosan kekadang tu....same routine every day. Bila agaknya aku boleh migrate ni ahaksss.

Bulan 2 yang lepas aku berpeluang mengikuti aktiviti White Water Rafting anjuran majalah iSihat. Akulah organizer yg bertungkus lumus mengendalikan aktiviti ini. Syukur alhamdulillah walaupun penuh onak duri masa nak organize aktiviti ini....akhirnya ia berjaya dilakukan dengan penuh kepuasan dan keriangan. Semua peserta amat berpuashati dan ada yg kemaruk nak join lagi. Insya Allah next time kita gi lagi yea.

Awal pagi aku dah bergerak ke Tanjung Malim melalui highway PLUS. Kami berjanji dengan semua peserta utk jumpa di tol Tanjung Malim pada jam 9 pagi. Ada 3 kereta yg terlambat sampai...kami tinggalkan ajer. Yelah kalau dah kata 9 pagi....kenalah tepati janji hokay. Akhirnya kereta yg lambat tu gi sendiri mengikut pandu arah pihak yg mengendalikan aktiviti ini iaitu Encik Nasir. Aku malas nak handle. Yang penting peserta lain dah semangat nak bergerak.

Lebih kurang setengah jam jugak nak sampai ke Kg Ulu Selim tempat berkumpul kami seterusnya. Kami ditempatkan di satu kawasan yg dipenuhi dengan kenderaan 4 x 4 yang akan membawa kami ke sungai nanti. Lebih kurang 40 orang peserta kesemuanya. Masa ni artis pun sampai lambat. 


kami parking kereta dan naik kenderan 4 x 4 ini. Bersempit kami uolsss tetapi yg penting sangat happening. Jalannya terhoyong hayang....off road semuanya. 

sampai di sini tetiba ada kenderan yg pancit tayar...tapi dari group lain. So, kami ni terpaksa berhenti seketika sebab jalan sempit. Relax jap....akhirnya dapat juga melalui kawasan yg sempit ini. Terasa kehangatan dah masa ni.

sebaik sampai....wahhh dah nampak boat ini. Masing2 dah teruja dengan life jacket, helmet dan paddle.

sakan bergambar sementara menunggu 3 kereta yg lambat tu.

group aku,.....semuanya adik2 aku huhuhuhu. Ahkaknya kena buli dengan adik2.

jom bergambar beramai2................tak sabar dah nak mendayung

abak (ketua marshal)....sedang memberi sedikit penerangan tentang undang2 semasa rafting. Kena amik perhatian...kalau tak siaplah korang dihanyutkan oleh air yang deras

belum apa2....group aku dah cuak......berdebar hoiii!!!

air yg deras dan empangan yg banyak. Letih tergolek dalam boat.....terbakar kalori uolsss

group ni plak.....melalui laluan yg sukar sebab terlebih muatan hehehe

group kawan my bro from Turkey.....terjelir lidah ketakutan. Bila aku tanya dorang....would u like to join this activity again. No...no...this is the first and last....hahahahah.

wahhhh...korang mampu menghadapi keadaan mcm ni??? Tobat ahkak hahahaha

permandangan indah di Sungai Slim

pada pandangan aku.....sungai di sini agak mencabar dari segi batu batan dan jeram yg banyak....so agak letih nak mengelolakan boat. Berbanding di Kuala Kubu Baru....kurang jeram tetapi jeram sangat curam dan berbahaya.

group aku lagi.....ehhhh mukaku tak nampak

artis Zoey muncul ketika kami dah bergerak lebih kurang 5 minit di dalam sungai

kami berhenti rehat seketika utk minum air dan makan snack. Stop utk bergambar kejap.

Fuhhhhh....bergetar jantung.....

alhamdulillah sudah selesai......wajah keriangan dan kepuasan di setiap peserta. Basah kuyup sebab semuanya berendam dalam sungai selepas habis rafting. Then kami bergerak naik 4x4 semula utk ke tempat parking. Pakej ini juga termasuk lunch makan nasi. Masing2 muka kelaparan dan makan nasi berpinggan2 hahaha.

basah kuyup.....yg penting kami happy, fit and fun. Kat Ulu Selim ni kurang mencabar berbanding di Kuala Kubu Baru. Syukur semuanya dipermudahkan Allah.


Banyak jugak aktiviti yg dah kami buat pada tahun ini. Antaranya ialah paintball, flying fox, amazing race and treasure hunt. Lepas ni stop kejap dan kami beri laluan kepada Cabaran Sihat Musim 3. Sesapa nak join sila hubungi aku melalui email.

p/s - busy hingga bulan enam...fuhhhh





7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sangat best
lama x buat xtvt nie

:: Cik Viva :: said...

mesti best kan buat aktiviti macam ni...tapi saya ni penakut..huhu

kasihredha said...

Salam Leez
Bestttt gilerrr

zaraab said...

Masih belum ada chance nak try water rafting kat sini. Did once way back in Kuala Kubu Bharu. :D

Siti Nadey said...

salam, kak

orang luar mcm sy boleh join aktiviti ni???

Siti Nadey said...

Lupa nak kenal diri...saya nadirah kalau akak sudi nak jawab boleh email sy nadey_slam@yahoo.com.my

hairanirashid said...

Akak, first time sampai blog akak. Wah..lawak la akak. Suka dengan karakter akak ni..gila2 & sempoi :)