Ads

February 27, 2013

Day 3 : Winter Korea Trip - Insadong & Namdaemun Market


Salam kerinduan pada pembaca blog ku yg disayangi.
Dekat sebulan tak update blog. Maaf sekali lagi. Macam-macam hal dan kesibukan melanda. Mood pun malas jugak. Maaf yea.

Ok sambung cerita di Seoul. Lupa dah apa nak tulis dan lupa dah apa aktiviti di sana. Yelah setelah berbulan aku tinggalkan Seoul.....byk benda aku dah lupa. Banyak benda aku nak pikir lately ni.  Ikutkan hati nak pencen jadi blogger.....tapi aku tetap tak pencen jadi traveller. Sian plak dengan pembaca ku yg merindui tuan tanah blog ini ahakssss.

Hari ke 3 aku di bumi Seoul. Hari ni kurang sikit sejuk berbanding hari2 sebelumnya....lebih kurang -5C gitiewww. Pagi kami bergerak ke Insadong nak cari barang2 souvenir. Kali ni tak beli banyak benda sebab masa first time hari tu dah beli banyak. Sajer nak jalan-jalan kat sini sebab nak beli kueh gula tarik (ntah apa namanya lupa dah).

Nak citer kesedihan ku di hari ketiga di bumi Seoul. Sepatutnya ikut perancangan awal kami plan nak main ski di Yongpyeong. Akan tetapi terpaksalah aku berendam air mata sebab tak jadi pergi. Sebabnya teman seperjuangan ku di Seoul ini tidak dapat menahan kesejukan. Dengar cerita di puncak nun sana nanti cuacanya akan mencapai -20C ketika itu. Korang mampu tahan sejuk? Hahahah. Takat badan aku yg ala-ala minah salleh ni okay ajer....tetapi temanku tidak bisa ya tuan-tuan puan-puan. Makanya aku mengigit jari berendam air mata tidak dapat jejakkan kaki ke sana. Ikutkan hati nak jer gi sorang...tapi apakandaya ahkak tak berani ke sana. Sebenarnya berangan kot2 terjumpa jejaka idamanku di sana Kang Joon Sang...mana tau rezeki kan. Nampaknya takda rezeki ku ke sana....takpa tunggu main ski kat negara lain plak yea. Perangai aku ni...kalau aku kata nak gi....aku tetap akan pergi. Huhuhuhu.


semasa menunggu train di subway

 
okay dah sampai Insadong. Tempat ini terkenal dengan jualan barangan kraftangan dan souvenir Korea. Harganya memang murah dan highly recommended.

geram tak? saya pun geram tauuuuuuuu.

nak beli mafla, pashmina dan mcm2 lagi. Kalau nak jumpa benda ni pada musim sejuk shj

jom kita cari brg2 souvenir

dulu aku beli brg2 kat kedai ahjussi ni..........kali ni aku cari lagi kedai ni.......jumpa gak. Okaylah harganya murah.



nak cari kueh tradisional gula tarik...........jom singgah jap. Dulu aku gi gerai yg belah kanan....kali ni aku gi yg belah kiri plak.


sebaik aku sampai....oppa ni tegur aku "Apa khabar?". Tahu ajer muka kami ni org Malaysia....huhuhuhu.

dia tunjuk cara2 nak buat kueh ni. So, aku beli 8 kotak di sini dengan pelbagai perisa

nak ambil gambar dgn dia.....sajer buat muka mengada. Tapi geramnya sebab sebaik balik KL...kueh ni dah cair.....pelik pun ada. Dulu tak jadi mcm ni....entah2 dia bagi yg dah lama...gerammmmmmmmm. 

Masa ni kami lapar nak makan lunch. So, kami jalan2 ceruk kedai di sini....cari kat tempat kedai makan. Ternampak restoran yg jual makanan seafood. So....apalagi kami order set ikan dan sayur.

jemput makan...aku dah lapar sangat masa ni. Memang sangat menyelerakan.......ikan tu sangat mantoppp!!!!

taraaaaaaaaaa....entah tak tau ikan apa ni. Yang pasti isinya lemak dan fresh

kekenyangannnn....hancur ikan tu aku kerjakan hehehehe

jom kita balik..........kita shopping kat Namdaemun Market plak yeaaa.. Masa ni dalam train sgt sesak

sebaik sampai.........tetiba jer aku rasa sesak nafas....sebabnyaaaa tempat ini sgt sesak dengan manusia. Lebih sesak daripada dulu. Kenapa yea?

Barang2 yg dijual juga lain daripada dulu....semuanya barang2 untuk musim sejuk.



tergoda tengok pelbagai jenis boots.............pengsan ahkak!!!!

nampak kedai jual seaweed......apa lagi jom kita borong. Dulu aku eksyen sebab tak suka....tapi skrg aku dah suka hehehe

ada juga kedai jual kimci.........tapi tak beli yg ini.

mari kita posing di sini.............cantik tak boots ahkak tu?? hahahah...ramai plak yg berkenan. Nasib baik berkenan boots ajer...hahahaha.

kami cari bangunan yg jual brooch plak...jom pilih yg mana berkenan di hati

stock brooch aku dah banyak giler...........so aku belikan for my mum ajerrrr.

harganya mmg murah kalau kita pandai tawar harga.....ada gak yg mahal tetapi pandai2 lah korang mintak tawar.

ahjuma ni suka sgt bergurau senda dengan aku yg terlebih peramah ni. So, aku ambil gambar dgn dia....suka sgt tuuuuuuuuuuu. Cuba tgk kulit muka dorang? Cantik kannn ....walaupun dah berusia.

aku masuk kedai jual jacket ni. Plan nak beli tetapi mahal sgt selepas aku tawar-menawar. Akhrnya aku tak jadi beli. Bengang jer muka ahjussi tu. Maaf yea pakkk!!!!


Ok petang tu kami balik ke bilik. Tak tahan sejuk duk lama-lama di luar. Balik balik tidur lagi best. Malam tu aku dinner makan maggie ajer....siankan. Aku tak suka makan maggie...tapi kat Seoul aku paksakan diri huhuhuhu. Malam tu kat guesthouse kami.... berbunyi lagi siren..........aku panik wohhhhh. Udahlah teman bilikku takda di bilik....aku kelam kabut jadinya huhuhuhu. Sib baik takda apa2 yg berlaku. Buat suspen ajer.

Ok....esok plak...ke manakah arah tujuan kami???? Tungguuuuuuuuuuuuuu.....

p/s - i need a break plsssssssss.....


14 comments:

suhairah said...

kak liz, everyday saya tunggu post terbaru kak liz....am just a silent reader...i've read all your posts and its really interesting and funny too!!!...pls keep writing!

Unknown said...

Cik Leez yg ayu...akak selalu ikuti blog Leez mmg happening...suka sgt2 bace....yg tour Europe tu mmg byk bg info kat akak. Akak nak pi Europe 15 mac ni...bedebar jugak sbb tak bisa p. Tapi yg paling akak bekenan kat trip korea ni Boot Leez tuu...cantik...Ok akak harap Lezz boleh follow akak juga....TQVM

Azian Elias said...

lama nya tak melawat awak Leez.. apa khabar? latest visit ke mana ek? Korea ni?

Yong Is My Name said...

Hi Leez,

Nice Pic + Good stories=love your blog!

Unknown said...

hai, suka baca blog awak ni...tempat2 yg awak dah g, ada tempat saya dah g gak..this year plan nak g ho chi minh. so, maybe follow tempat2 yg awak g. seoul saya dah g 2 tahun lepas. masa tu dah nak abis spring, early may. memg best tp masa tu still sejuk. semua tempat best2 and baju sangat fashionable. kasut pun! tp sayangnye, kebanyakan kasut tu ada pig lining, so memg spoil la kan...plan nk g musim luruh plak..nak tgok color daun bertukar...

fieza said...

nk tnya sket la, namsan ni jauh tak jalan kaki ke myeongdong street? bapa minit eh?

Leez M. Saaid said...


suhairah -

thank you very much for reading this blog.
rajin2 lah tegur i di sini.
Maaflah kalau entry lmbt update....busy sgt lately ni.
Ni pun baru sempat nak membalas entry.

Leez M. Saaid said...


Jamaliah -

thanks kak for reading my blog. Wahhh skrg ni tentu dah berada di Europe..bestnyaaa.
Anyway...keep in touch kay.
nanti sy follow blog akak.

Leez M. Saaid said...


kak Yan -

sorry kak lambat nak reply ni.
sya busy sgt skrg....tak jalan mana2 pun.
nanti bulan 6 baru gi jalan2 oversea.

Leez M. Saaid said...

Yong -

thanks membaca blog saya.
keeping reading kay.... :)

Leez M. Saaid said...


Lina Lola -

thanks baca blog saya...sorry lambat nak reply ni.
Seoul mmg best...tapi saya masih byk tempat tak pergi lagi. Nest time lah kalau nak repeat.
Kasut boot tu saya tak beli jenis kulit...beli yg biasa2 ajer.

Leez M. Saaid said...

Fieza -

dekat ajer....namsan dan myeongdong dipisahkan oleh jalanray....seberang jalan ajer. Boleh jalan kaki...2-3 minit ajer

Unknown said...

Hi Kak Liz. mmg seronok I membaca blog you ni coz I m going Korea this coming Nov 2013. I mmg salute dengan trip you semua tu.

hearty92 said...

salam kak...best sgt blog ni...x sbr nak gi korea...nak main salji...hehehhehe..akak nak tnya brapa range hrga boots,jaket dan aksesori msm sjuk..aim nak beli bila pergi masa wnter nnt...kena prepare won ni..hehhehehe...tq sgt2 atas bntuan..