Ads

January 21, 2013

Padang-Bukittinggi Trip : Shopping Items


Salam semua.
Kali ni ialah entry terakhir percutian Padang-Bukittinggi. Journal percutian dah habis..cuma kali ni nak share dengan uols apa yang aku shopping di sana. Al-maklum cerita ni pun dah basi dan dah berbulan aku pergi. So, ada benda yang aku terlupa...maafkan yea. Nak share barang2 yg aku shopping pun mana yang aku ingat ajer. Plus ada barang-barang yang aku beli sudah pun dijual dan diberi kepada empunya diri. So....hanya ini ajer yg aku sempat snap dan berkongsi gambar dengan uolss semua. Satu lagi harga aku ingat2 lupa lah. 


aku beli kain sulam 4 pasang di Pandai Sikek. Yang dua pasang di atas ialah aku punya. Lagi 2 pasang aku dah pun jual. Harga dah lupa lah sebab setiap pasang kain harganya berbeza mengikut jenis kain dan jenis sulaman. Aku plan nak buat jubah fesyen....entah bila lah nak hantar tailor tu huhuhu. Kalau anda beli kain sulaman di Pasar Aur Kuning pun ada...murah harganya. Tetapi anda harus ingat....harganya murah...berbaloi dengan kualiti kain dan sulaman yg biasa2 ajer. Yang aku beli ni agak mahal sikit sebab sulamannya kemas dan cantik. Kain pun jenis ok dan berkualiti.

aku beli kain telekung 5 pasang. Sepasang untuk ku (gambar di atas) dan sepasang untuk ibuku. Yang lagi 3 pasang aku dah jual juga. Laris macam goreng pisang panas. Harga murah kan...haruslah laris. Aku beli telekung itu di Pasar Atas (harga RM75)....kain sejuk, tebal dan sulaman sangat cantik. Satu lagi.....anda juga boleh dapat telekung harga serendah RM30 jika beli di Pasar Aur Kuning. 

kain ela 4 meter (60 inch) dengan harga RM30. Yang pink tu aku punya dan yang brown tu ibuku punya. Kain tebal dan sejuk....murah kan???

Yang ini ialah kain cotton cadar yg Andra bagi kat aku. Kalau ada sesapa yg nak order...nanti aku masukkan dalam blog ni. Tunggu yea...sebab aku busy sgt skrg ni...tak sempat nak uruskan hal cadar ini.

kerepek balado yg wajib anda beli di Padang. Jangan beli brand lain...sebab tidak sesedap brand ini (Christine Hakim Asli Padang). Kat airport pun ada jual tapi mahal sikit. Aku dah lupa berapa harganya.

Daging Dendeng yang wajib juga anda beli ketika di Padang. Lupa sudah berapa harganya. Aku beli di airport ajer.

Singkong Rasa Jagung yg sangat sedap. Aku beli di kedai kerepek Matur (tempat makan cendul labu). 

kek lapis legit yg aku beli di sebuah bakery di Padang

kek ambon ni pun sedap. Aku beli di kedai bakery yang sama masa beli kek lapis legit.

Ini ajer barang2 yag aku sempat snap. Nanti gambar FM , keychain dan brg souvenir lain aku snap di lain entry khas utk brg2 souvenir. Sebenarnya ada lagi yg aku beli tetapi dah lupa nak snap. Ada juga beberapa kerepek lain yg aku beli...tak sempat snap dah masuk dalam perut hahaha. Oklah....kalau nak shopping kain sulaman dan kain telekung memang worth buying di sini. Kepada yg bercadang nak bercuti di Padang dan Bukittingi amatlah dialu-alukan dan highly recommended. Phone number pak sopir aku dah bgtau di awal entry....jangan plak yg mengada nak contact aku tanya lagi contact number. Everything dah ada kat sini. 


p/s - ada sesapa nak joint White Water Rafting pada 23 Feb ini??? Lokasi di Kuala Kubu Baru . Harga RM180. Contact me kay.....



2 comments:

CnZ Bridal and Catering said...

kak liz nk itut....

Unknown said...

Tumpang tanya kluntelekung yg penuh sulam putih2 tu paling murah brp yer???