Ads

January 16, 2013

Day 3 : Padang & Bukittinggi Trip - Tasik Maninjau


Bersua kita lagi di alam maya ini.
Jom kita borak-borak sikit sebelum kita sambung kisah perjalanan ku di bumi Sumatera Barat ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua. Setiap hari boleh dikatakan aku menerima 10 friend requests daripada para pembaca blog ini untuk menjadi friend aku di FB. Maaf banyak2 sebab aku tak dapat nak approved buat masa ini. Kalau yang private message aku bertanyakan sesuatu atau menegur aku terlebih dahulu.....mungkin aku akan approve. Kalau yg senyap ajer....hmmmm susah nak cakap. Pending hingga beratus-ratus request. Tengoklah nanti....kalau aku rajin aku akan bukak FB khas untuk my blog readers...korang cuma like ajer. Tunggu yea.....sekarang ni busy takda masa lagi.

Ok sambung kisah percutian pulak.
Aku stay di Hotel Royal Denai iaitu berbintang tiga dan juga beraircond. Hmmm...not recommended this hotel coz aircond mcm hampeh. Bayar mahal tapi bilik tak sejuk. Nasib baik kat luar hujan....at least terasa sikit kedinginan di dalam bilik. Wifi ada sampai bilik....kira laju lah jugak. Breakfast pulak...oklah aku puashati sebab kena dengan tekak aku.....sedap jugak. Ada disediakan nasi goreng, mee goreng, lontong, kueh mueh, roti dan fruits. Sepanjang 2 malam aku stay di sini.....hanmpir semua bilik penuh. Masa breakfast meja makan pun penuh.


hotel ini berdekatan dengan rumah sakit swasta....dalam bandar Bukittinggi.


dalam hotel ini ada swimming pool...kiranya bilik aku mengadap pool

lobby besar.....malam2 ada org menyanyi live band...tapi yg nanyi tu staff hotel. Oklah not bad...layannnn

cafe masa breakfast

pagi2 sewaktu breakfast...muka pun sembab hahaha

destinasi pertama kami di hari ketiga ialah ke Tasik Maninjau. Singgah sebentar di tepi jalan menikmati permandangan kehijauan ini

menghirup udara segar di pagi hari memang sungguh nikmat

entah dah lupa apa nama tempat yg kami berhenti ni

posing gedik dua wanita ini

ok sampai di pekan Matur. Tempat ini terkenal dengan penghasilan kekacang seperti kacang tanah dan labu

kami menuju ke Tasik Maninjau yg mempunyai 44 Kelok. Ada berani pusing2 mcm ni sebanyak 44 kali????


singgah sebentar di tepi jalan untuk merakamkan bukti 44 Kelok


wahhhh dah sampai Tasik Maninjau. Fantastic, Superb, Nice, Beautiful, Amazing......terkeluar daripada mulut ku


Pak sopir berhentikan kami di sini untuk merakamkan foto-foto yg menarik

masa ni aku feeling seperti di Switzerland. Berlatarbelakangkan tasik dan gunung-ganang yg dilitupi dengan kabus pagi (nampak macam snow) hahahaha.

posing kiri...posing kanan.....aku puas sebab permandangan sangat cantik

nampak pulak pokok buah avocado di tepi tu. Slurpppp...my feveret

jom kita singgah sebentar di pondok ini untuk merakamkan keindahan tasik ini dari atas sambil minum air teh botol

setiap kali aku singgah mana2 daerah indon,,....wajib untuk menikmati teh botol



kami naik lagi atas keluk....tak sanggup nak turun sampai bawah sebab takut pening dan termuntah. Yang penting aku nak snap gambar. Then pak sopir turunkan kami di perhentian yg ini pulak.

cantikkannnn....nampak pulak rumah minangkabau tu. Dulu 12 tahun yg lalu...rumah tu ialah tempah persinggahan para wisata untuk menikmati pisang goreng dan air kopi. Tapi sekarang hanya tinggal nama sahaja.

dah mcm rama-rama pulak aku ni...asik nak terbang ajer hiksss

dah persis pengacara rancangan nona...ahaksssss 

mobil inova yg aku sewa....hanya kami berdua sahaja hehehe

seram tengok kelok ni.......memang sangat tajam selekohnya

singgah lagi pekan Matur. Nampak banyak kedia menjual labu di sini.

udara yg segar, dingin dan nyaman. Banyak tanaman padi kehijauan di sini

singgah sebentar di sini untuk membeli keropok tradisional...banyak jugak aku borong. Then kami pekena cendul labu yg sangat sedap.



pelbagai jenis keropek ada.....pilih ajer yg berkenan di hati

cendul labu....yg warna merah tu diperbuat daripada labu. Sedap dan mantappp!!!!

kami bergerak ke belakang kedai tu untuk menikmati permandangan ini.....dapat tengok sawah padi yg cantik



sekian sahaja gambar-gambar kami di Tasik Maninjau. Perjalanan di teruskan.....jom kita shopping lagi. Ke manakah???? Tunggu next entry

p/s - kebosanan di kala ini




11 comments:

Mamasya said...

Aslmkum Leez
menarik view kat sana....menghijau ..tasik dg kepulan awan....cantik sekali!

azanov said...

Ibu Syarliz, itu mobilnya Avanza bukan Innova.. hehehe.. seronoknye pi dgn Catz yer. kena tggu lagi 2 tahun la kot kalau nak baca posting Catz plak =P

Rozita said...

Cantiknya view kat tasik meninjau tu. Tapi bila tengok keluk 44 tu...terus rasa macam nak pening dah !! Hehehe...belum sampai lagi ke sana nih!

Nieda ramly said...

baca entry ini tiba-tiba rasa nak makan angin ke sana.

Leez M. Saaid said...

mamasya -

yea tasik maninjau mmg cantik especially waktu pagi. Nyaman dan tenang sangat

Leez M. Saaid said...


azanov -

hahaha...silap plak. memang naik avanza. Maklumlah dah lama percutian ni...byk benda sy dah lupa hehehe.

Leez M. Saaid said...


Rozita -

next trip kena plan ke padang plak. Saya tak sampai pun ke keluk yg akhir....tak sanggup. Sebab boleh muntah dan pening nanti

Leez M. Saaid said...


Nieda -

cepat2 beli tix ke padang....

~SaTo OrEo~ said...

salam kak,

best + cantiknya gambar2 kat tasik maninjau ni.. saya akan pergi bukittinggi hujung bulan ni.. nak tanya keluk 44 tu dikira dari tasik ke? maksudnya keluk 44 tu yang paling atas dan keluk 1 tu paling hampir dengan tasik eh? :)

Biqque said...

leez, tanya skit...brapa sewa kereta skali supir tu sehari?

Miela Asmila said...

Cantik gambar gambarnya.kamipun dah sampai sini.tapi kami tak berhenti snap gambarpun