Ads

January 3, 2013

Day 2 : Padang & Bukittinggi Trip - Tasik Singkarak & Istana Pagaruyung


Salam.
Lama benar rasanya blog ni bersawang. Maaf yea tuan tanah pergi bercuti selama seminggu. Lepas tu busy pulak dengan kerja. Takda masa nak update blog. Sekrang ni pun curi waktu memblog after work. Ikutkan hati mcm nak pencen jadi blogger atas kekangan waktu. Tapi sayang pulak nak tinggalkan dunia glamer ni ahaksss.

Ok sambung balik cerita cuti-cuti di Padang dan Bukittinggi. Hari kedua kami di Sumatera Barat.
Awal pagi kami dah bertolak. Destinasi kami pada kali ini ialah ke Tasik Singkarak. Cuaca mendung ajer tetapi tidaklah berapa sejuk sebenarnya. Akan tetapi permandangan di sini sangatlah superb. Kehijauan kebun sayur-sayuran, keindahan tasik dan kesuburan sawah padi. 

First pak sopir kami bawak gi ke Tasik Singkarak. Jernih kebiru-biruan tasik di sini. Sejuk mata memandang. Lapang dada dan fikiran pabila melihat air tasik ni. Mula-mula Pak Sopir berhenti di tepi jalan. Kami nampak tasik dan kebun sayuran. Then dia bawak kami singgah di satu rumah makan ni. Kami taklah makan di sini...hanya menikmati tasik di belakang rumah makan ni ajer.


kebun sayuran di tepi Tasik Singkarak

posing itu wajib. Pakai baju pink plak tu. Tetap nak melaram supaya menampakkan gambar ini striking huhuhu.

mari kita terbang tinggi muahahaha

cantik plak tengok pemandangan ni

pak sopir park mobil di tepi jalan ajer. Ada lah pulak yg pin pon kat kami huhuhu.

pastu singgah kat satu rumah makan...belakang rumah tu ada tasik. Namanya Tasik Singkarak. Berposing kejap di sini...sunyi sepi takda orang.

di tasik ini juga ada kehidupan air seperti ikan bilis....ika pora-pora namanya. Sama seperyi kehidupan di Danau Toba, Medan.

i like this pic....sangat berseni cewahhh

meneruskan perjalanan. Then kami nampak ada banyak gerai-gerai jualan di tepi jalan ini. Jom kita berhenti apakah agaknya yang dijual di sini.

tu dia...kami nampak buah kuinin. Wajiblah kami turun untuk merasa buah ini. Selain daripada tu ada jugak dijual ikan pora-pora tersebut. 

juga terdapat jualan kerepek tradisional bukittinggi. Aku tak beli pun sebab nak beli kat tempat lain

ikan kering kehidupan tasik.....tak beli pun

inilah rupa buah kuinin yg mengancam itu

kami beli 4 bijik dan mintak mbak ini potongkan untuk kami. Hmmm manis rasa buahnya.




Then kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya. Perjalanan mengambil masa beberapa minit. Kami singgah ke kawasan Batu Sangkar untuk melihat Istana Besar Pagaruyung yang sangat terkenal di Bukitinggi ini. Kawasan Batu Sangkar ini memang terkenal dengan adat dan budaya minangkabau. Katanya penduduk di sini masih ada yg mengamalkan adat perpatih minangkabau. Malahan rumah mereka pun masih ada mempunyai ciri-ciri rumah minangkabau. 

Istana Pagaruyung ini masih berdiri kukuh walaupun sudah dua tahun lebih ditutup akibat masalah kebakaran. Ia mengambil masa yg lama untuk diperbaiki sebab untuk mendapatkan bahan-bahan pembaikpulih itu memerlukan bahan yg susah utk didapati....itu kata pak sopir tu lah. Sebab itu sampai sekarang masih mcm tu. Dulu masa aku datang 12 tahun lepas....aku sempat lah jugak naik atas rumah gadang tu. Sekarang ni just tengok dari luar ajer. Setakat nak posing di luar tu.....boleh ajer.


selamat datang ke Istana Pagaruyung

sampai ajer terus posing muahaha

memang sangat cantik dan berseni istana gadang ini

istana ni tetap berdiri kukuh...aku pulak yg lebih2 posing sana sini. Bila lagi nak jadi artis posing mcm ni ahaksss

then...beralih plak ke padang rumput,......posing lagi. Nampak lah skit kehijauan di sini.  Masa ni dah nak hujan.



tempat ini digunakan untuk menyimpan padi

nampak tak istana ni dibina senget...untuk mengelakkan runtuh gempa bumi

tengoklah buatannya yg sangat berseni dan teliti

ada gerai menjual makanan indon.....sajer snap pic dorang

depan istana ni ada gerai jualan pelancong. Tak beli apa2 pun.

dalam perjalanan pulang, kami nampak adik-adik ni di tepi jalan. Mereka baru selesai membuat persembahan di majlis kenduri kahwin. Nampak tak khemah kat belakang tu? Mcm tu khemah kenduri kahwin dorang. Sangat cantik dan meriah.


Oklah....sampai di sini aku update. Nanti ada masa aku sambung lagi. Next.....makan di tengah sawah padi. Korang mampu? Hahaha.


p/s - Happy New Year 2013. Nak tau apa azam aku? Nak keliling dunia lagi.




11 comments:

norh said...

cantiknya pemandangan kat tasik tu..
bangunannya pun cantik..

Cik-Anne @ Arjuna said...

tergoda dengan buah kuini tu..sedapp
Yang penting akk tetap vogue seperti selalu..hihihi

!eNa PnG said...

wah.. cantik gambaq2 akak... huish..lama tak bergambaq cam nie...

ANR said...

istana pagaruyung dah lain. masa kite pgi dulu banyak pokok² keliling tu. so x rasa panas. redup je. tp 10 thun dulu lah. hahahaha

caah said...

salam sis...

sis ke padang ikut trip bajet sendiri or pakej dr agen

Leez M. Saaid said...


norh -

tasik sgt cantik.....dan nyaman

Leez M. Saaid said...


cik anne -

heheheh thanks anne...biasa2 ajer ahkak ni.
kuini tu sangat sedap dan manisss

Leez M. Saaid said...


iena -

bila nak mai padang?
buzu pun akan ke sana kan?

Leez M. Saaid said...


anr -

yea byk perubahan dari segi pokok2 yg dah byk ditebang.
Sebab takut dihempap masa gempa bumi kot

Leez M. Saaid said...


caah -

sy pergi sendri. harap baca blog sy betul2 yea.

inaeyana said...

info yg menarik rasa x sabar nak ke padang...