Ads

August 25, 2010

When I was In Hospital .....





Aku memaksa diri aku untuk upload pic-pic semasa di hospital. Masih malas actually tetapi kesian pulak kat my beloved readers yang tertunggu updates dari blog ini. Ku korbankan segalanya....hehehe.

Gambar di atas ialah di hari pertama aku di Pantai Cheras Medical Centre di mana malam tu jugak aku dimasukkan ke hospital. Tangan ku belah kiri kena drip untuk masukkan air dalam badan. Adoii...sakitnya masa doktor ni buat. Esoknya jam 5 pagi nurse datang inject 2 jenis antibiotik melalu drip ini. Aduhaiiiiiiiii..... sakit giler. Tangan ku dah mula membengkak. Boleh pulak staff nurse tu kata...sakit sikit jer. Aku pulak menahan sakit bagai nak giler.

Then petangnya staff nurse yang lain datang merawatku...sorang India lady...baik sangat. Aku lupalah nak tengok nama dia. Dia kata.....kesiannya tangan ku dah bengkak. Sapa yg buat tanya dia. Aku kata medical officer malam tadi dan sorang staff nurse main cucuk jer kat tangan aku...sakit giler weii. Nurse tu kata dia nak cucuk baru kat tangan kanan plak....sebab kesian tengok tangan kiri aku membengkak. Sekali bila dia bukak drip tu....rupanya jarum membengkok...alahai doktor. Patutlah sakit masa nak cucuk antibiotik tu.


ini kat tangan kanan pulak....staff nurse cucuk kat tempat baru plak...barulah okay skit..


ini lunch pertama aku...aku boleh pilih menu untuk breakfast, lunch, tea time and dinner. Aku memang tak lalu nak makan. Amik bubur ajer. Pun tak lalu. Seminggu duk hospital berat badan turun sampai 5 kg. Tak percaya??? Hehehe..



ini pulak....keadaaan dalam bilikku. Dah 5 hari duk hospital...barulah aku start tengok tv. Sebelum ni aku tak on tv pun...sebab sakit takda mood nak tgk tv. Aku baring ajer.




Gambar di atas menunjukkan aku mendapat bantuan oksigen kerana masalah dengan paru-paru ku. Buruksnya muka orang sakit...hehehehe. Rambut tak terurus dan muka weak giler. Sampaikan doctor menegur ku....muka sangat weak dan tidak bermaya. Terus dia suruh aku buat x-ray untuk check condition ku. Rupanya aku kena jangkitan paru-paru. Aduhaii...sedihnya. But doctor really care about me. Thanks doc!!!!

Dalam pada sakit tu...aku masih sempat snapping gambar. Sajer nak tunjuk pada ibuku...bahawa aku tengah sakit ketika ini. Masa aku sakit ni, tetiba adikku call tanya tentang condition ku. Terkejut dia bila dia mendengar suara aku yg tenggelam timbul menahan sakit sesak nafas. Masa tu memang dah ingat mati ajer. Aku siap pesan kat adikku...kalau aku sesak nafas lagi tolong bawa ibu ku datang hospital. Aku nak minta maaf kat ibuku....mana tau umur ku tak panjang nanti. Adikku tegur ku jangan pikir bukan-bukan. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah aku masih boleh bernafas lagi.



air dan antibiotik bersilih ganti masuk ke dalam tubuhku.....aduhhhh ubattt!!!!
ini pulak alat bantuan oksigen.....aku sentiasa meletakkan saluran oksigen ini ke hidung ku. If not.... aku memang sukar untuk bernafas..dan susah untuk melelapkan mata.


ini suasana dalam bilikku...isolated room. Bilikku sentiasa tertutup dan hanya doctor dan staff nurse dibenarkan masuk. Boring betul. Just imagine 7 hari dalam hospital dalam berkeadaaan begini. Pelawat tidak dibenarkan datang...takut jangkitan.

8 comments:

xplorer said...

hope you r feeling better rite now

Azian Elias said...

moga2 kesihatan liz semakin membaik.AMEEN

kasihredha said...

kesiannya...takut akak tengok alat2 tu.

Leez said...

xplorer -

I feel better now but still need rest. Doc said jgn so active like b4.

Leez said...

Kak Yan-

mekasih kak. Skrg ni dah baik skit. Bila agaknya kita boleh jumpa kak? teringin nak chit chat dgn akak..hehehe.

Leez said...

Kak Hanim -

Itulah realitinya kak.
Bila dah sakit mcm saya ni....ubat-ubatan dan alat2 tu dah sebati dgn diri. Nak buat camno.

Azian Elias said...

anytime my dear..Tp make sure Liz dah wokey..i very happy with that

@xiM said...

hope akak dah ok sekarang..take care yaa!!