Ads

August 30, 2010

Persiapan Raya Yang Sederhana..

Lagi beberapa hari jer kita nak menyambut Hari Raya. Lagu raya dah mula berkumandang di corong radio. Orang ramai dah mula sakan bershopping sana sini. Sales sana....sales sini. Aku pulak yang pening kepala sebab aku tak buat apa-apa lagi ni. Ala kadar ajerlah Raya tahun ni.

Jangan tak tahu.....baju raya aku paling sakan tahun ni sampai 6 pasang. Aku memang dah siapkan sebelum masuk hospital hari tu. Yelah buat setahun sekali dan pastu tak buat lagi. Kain ela plak ada banyak. So, buat sekali semua. Itupun ada lagi kain yang belum berjahit. Bukan semua baju tu aku nak pakai pun. Sajer standby untuk jemputan majlis kahwin. Cousin aku pun nak kawin after Raya ni.

Selalunya di waktu ini sebelum Raya aku dah sibuk mengemas rumah. Lap segala habuk dan susun atur segala hiasan rumah. Tetapi di kali ini aku surrender awal bgtau mamaku...aku memang tak larat nak buat semua tu. Sakit pun belum sepenuhnya pulih. Masih ada batuk sikit. Aku pun sekarang ni dah allergic dengan habuk...mudah kena jangkitan. So, mamaku terpaksa mengupah orang untuk buat segala benda dari mengemas rumah, lap habuk, pasang langsir, pasang carpet dan kerja-kerja vacum rumah. Kena kuar duit sikit untuk mengupah orang membuat segala benda tu. Tahun-tahun sebelum ini....aku lah yang membuat segala benda tu. Tetapi...tidak untuk tahun ini. Apa nak buat dah sakit macam ni kan.

Tahun ini juga hiasan rumah tidak berganti. Masih pakai yang lama. Masih elok dan baru lagi. Ada lagi alas-alas meja dan sarung kusyen yang aku beli di oversea masih belum digunakan lagi. So, tak payahlah aku susah payah nak beli yang baru. Pakai ajer apa yang ada. Mamaku dah berbisik denganku...next year kita tukar sofa baru yea. Aduhhhhh...permintaan mamaku setahun awal supaya aku boleh sediakan duit untuk sofa baru nanti. Camno tu????

Alhamdulillah kerja-kerja membuat kueh raya hampir beres. Agak ramai jugak yang order...alhamdulillah rezeki. Proses menghantar kueh raya aku dah start buat sedikit demi sedikit. Moist choc cake pun ramai gak yang order. Insya Allah aku akan buat pelan-pelan sebelum raya nanti. Kalau ada sesapa nak order cake after raya pun boleh. Harap bgtau 2 hari awal yea...senang sikit aku nak plan masa.

Iftar pada tahun ini kebanyakannya di rumah ajer. Aku malas sebenarnya nak membazir makan di luar. Aku pun bukannya sihat sangat nak pi meronda kat luar tu. Makan pun tak seberapa. Beberapa hari sebelum raya ni ada 2 iftar dengan kawan-kawan. Sesekali takpalah kan. Insya Allah aku akan joint.

Di samping itu aku juga sibuk dengan persiapan vacation aku lepas raya ni. Benda dah plan lama...takkan aku nak burn ajer ticket tu. Mahal plak tu. Sekarang tengah sibuk nak booking hotel dan buat Visa. After semua dah settle...senang skit. Baju sejuk, glove, mafla, socks semua dah standby awal. Pakai yang lama ajerlah. Cuma aku belum tukar duit ajer. Dengar citer kat sana masih sejuk lagi. Aduhhhh...benda yang aku sangat risau. Doakan aku sembuh sepenuhnya sebelum percutian ini. Ameen.

Sorry yea....entry kali ni takda gambar. Aku macam malas nak upload. Nanti bila-bila aku sambung lagi update entry pasal percutian aku ke Pulau Redang sebelum bulan puasa hari tu. Tergendala kejap pasal aku masuk hospital hari tu. Aku janji akan update sebelum raya ni. Insya Allah.

Oh ya lupa. Aku sambung lagi MC sampai Merdeka Day nanti. My boss suh duk umah berehat coz hari tu dia tengok aku masih belum sihat sepenuhnya. Muka pun pucat ajer. Masa aku gi check up dengan Dr Ravi hari tu...dia sambung lagi MC aku. Wahhhh.... betul-betul berehat aku kat rumah.

3 comments:

kasihredha said...

Selamat Hari Raya ye Liz..
Jaga kesihatan..semoga sihat spt sediakala.

Yan said...

Salam Leez.

nak ke mana tu?siap bergloves2 tu..bestnya org bujang ni..Akak pun raya ke 4 INSYALLAH ke Spore.Umah aunty.Dah lama takke sana. Leez, baik2 ya di tpt org. Nak FM..heeee...

@xiM said...

salam kak leez,

nak ambik cake on 7 hb next week ya..
thanks..:)