Ads

March 28, 2010

Konsert Suatu Masa Amy Search @ Istana Budaya



Sekali lagi aku bersiaran di Istana Budaya...huhuhu!!
Konsert yang aku nanti-nantikan....Konsert Suatu Masa Amy Search. Pewittttttt!!!

From office aku terus ke IB.... peerrrghhhh menguji kesabaran aku memandu melalui Jalan Tun Razak ke IB dengan keadaan jalan yang sangat sesak akibat hujan lebat petang tu. Semasa aku gi tu dah stop hujan tetapi trafficnya betul-betul membuatku tension. Ambil masa 2 jam dari Bangi ke Jalan Tun Razak. Lepas ni aku tobat tak nak melalui jalan ni lagi...aku mesti mencari alternatif ikut jalan lain.

Just nice on time aku sampai IB konsert pun bermula. Konsert dimulai dengan penampilan Amy berambut panjang masa mula-mula jadi rockers dulu. Actually konsert ini ada cerita disebaliknya. Perjalanan hidup Amy suatu masa dulu bermula dengan menjadi rockers yang digilai ramai dengan imej rambut panjang sehinggalah penampilan terbaru Amy style botak dengan lagu yang berunsur ketuhanan dan keinsafan. Konsert yang aku hadiri ini adalah untuk tontonan para media tetapi ticket still dijual kepada orang ramai. Dengarnya konsert ini diadakan selepas sambutan hangat peminat ketika persembahan Amy di Juara Lagu baru-baru ini.

Di antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Amy malam tu ialah Kongkang, Saat Kuidamkan, Aku Dah Bisan, Kerja Gila, Gita Rama Sita, Suralaya, Suatu Masa, Rozana, Nigina, Laila Namau Diatas, Isabella, Tiada Lgi, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Kalimah Cinta, Kepadamu Kekasih, Asmaul Husna dan Fantasia Bulan Madu.




dengan Kak Rose...

ketika Amy menyanyi lagu Gita Rama Sita...diiringi petikan guitar oleh Rudy Kristal. Lagu yg ada unsur muzik ramayana




Komen aku tentang konsert ini :

1. Semasa Amy start menyanyi, aku dah lupa apa nama lagu tu tapi lagu rock lah....memang ok lah tetapi pergerakan Amy agak terbataslah...seperti amat berhati-hati...so, feel rockers tu macam kureng sikitlah. Mungkin juga faktor dia menyanyi di IB dan bukan di pentas terbuka. Aku plak tak pernah dengar lagu tu...huhuhu.

2. Then, dia sambung nyanyi hingga ke lagu keempat...aku dah mula bosan. Ishhhh apa yang tak kena ni. Mungkin belum panas kot. Tiba-tiba......masa lagu ke lima, terdengar suara Amy dari belakang penonton.....perrghhhh barulah panas. Dia nyanyi lagi Kerja Gila berlari ke sana sini berdampingan dengan penonton. Masing-masing mula mengeluarkan kamera nak snapping dari dekat. Tetapi aku tak dapat nak amik angle yang cantik...so gambar semua tak clear. Memang best masa ni...aku suka and enjoy sangat. Wahh...dah start panas!!!!

3. Lagu favourite aku Isabella dan Rozana ada malam tu tetapi Amy nyanyi sedikit jer....dia wat medley....itu yang aku frust. Kalau lagu-lagu yang top mcam tu lagi best kalau dia menyanyi dengan sepenuhnya. Itu pendapat aku lah. Coz lagu-lagu inilah nostalgia Amy berada di kemuncak and lagu ini lah nama Amy sentiasa berada di bibir peminat. Lagu Fantasia Bulan Madu pula hanya ada persembahan penari iringan tanpa Amy menyanyi di depan penonton.

4. Prop katil masa Amy nyanyi tu aku rasa kurenglah. Macam sentimental sangat. Tak sesuai langsung. Cubalah letak prop yang relevant dengan situasi nyanyian Amy ketika tu. Pulak tu lebih 2 lagu Amy nyanyi kat situ ajer. Aku dah bosan masa ni.

5. Lagu-lagu ketuhanan dan keinsafan yang Amy nyanyi tu bagi aku bagus tetapi kenapa terlalu lama pada tempat yang sama. Maksudnya ada lebih kurang 4 lagu yang Amy nyanyikan dengan gaya yang sama dan iringan penari yang memakai baju putih di belakang Amy juga dengan gaya yang sama. Bagi aku, cukuplah 2 lagu dengan gaya yang sama. So, third song tu kita boleh guna prop lain dan persembahan iringan penari dengan gaya yang berbeza. Masa ni aku pun rasa sedikit bosan.

6. Suara Amy ketika menyanyikan lagu-lagu ketuhanan agak tenggelam timbul dan tersekat-sekat. Mungkin kerana terlalu menghayati lagu tu. Bagi aku, malam tu Amy tidak menonjolkan suara dia yang sebenarnya. Lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur yang dinyanyikan oleh Lan Typewriter semasa teater Antara lagi sedap daripada persembahan Amy dengan lagu yg sama malam tu. Itu pendapat peribadi aku lah.

7. Secara keseluruhannya persembahan Amy malam tu oklah bagi aku. Tetapi bagi aku jika Amy menonjolkan imej rockers sebenar dia pada persembahan malam tu lagi best. Then, barulah aku ada feel.....wahhhh inilah baru dinamakan persembahan Amy Search seorang rockers. Aku bukan peminat rock tetapi aku seorang peminat lagu-lagu Amy Search. Aku membesar dengan lagu-lagu Amy Search.


Amy dalam berkeadaan begini lebih daripada 2 lagu....kalau dia ubah sedikit persembahan nya mesti lagi best...



Ogy selaku director pada malam tu....hmmm boleh diperbaiki lagi.....


p/s - My 2 cents comment


5 comments:

MOLY said...

mungkin preparation dia tak begitu 100% sangat kot kak, sebab sebelum tu si amy kan bz pergi london dengan search ...

yg penting layannnn je la
:D

Anonymous said...

sis..ni kan konsert solo amy(bukan SEARCH)....sebuah persembahan amy dlm sisi yg berbeza...

tak bole nak di samakan dgn konsert SEARCH....pemilihan lagu adalah dari album2 solo amy...dan lagu2 medley isabella,rozana,nigina adalah utk segmen penghargaan utk band SEARCH.

lagu mentari merah di ufuk timur tu dah di rendahkan key nya mengikut versi duet bersama rabbani.

ini bukan sebuah konsert rock...ini satu persembahan muzikal theaterical...sebuah autobiografi yg dipersembahkan dlm bentuk audio,visual,monolog.

memang ada sedikit gangguan teknikal malam tu yg menyebabkan vokal kadang tengelam timbul.

kalau lu nak layan rock tegar...lu turun konsert double trouble 1hb mei...ada brani ka.

SEARCH adalah yazid,nasir,amy,noordin,kid,hillary.

Anonymous said...

dah nama pun sebuah pementasan muzikal...nak rock apa lagi...

kalau nak rock..sis layan konsert SEARCH la...

Leez said...

anonym -

ini hanyalah pandangan peribadi seorg peminat lagu-lagu Amy. It doesn't matter lagu Amy dgn Search dulu ke....Amy solo ke. Asalkan ada lagu2 Amy....aku tetap suka.

Cuma jiwa aku tak sampai bila Amy beraksi malam tu. He's not Amy yg aku kenal selama ini bila berada di pentas. So, bila jiwa tu tak sampai....kesimpulannya yang boleh aku kata Amy tak sesuai buat teater muzikal seperti ini.

Pemilihan lagu2 malam tu memang best aku suka. Part nyanyi atas katil tu serius cakap...boring!!!!!

Tak payahlah emotional atas kritikan ini. Just take it as a lesson and kita boleh perbaiki lagi di masa akan datang. Just my 2 cents comment...adiossss!!!

Anonymous said...

aku survey jugak blog yg buat ulasan pasal pementasan "suatu masa"...terjumpa blog sis ni...

biasa la tu...semua org ada pendapat masing2...bak kata kak ogy...susah nak puaskan hati semua org...dah amy nak konsep mcm tu...itu yg kak ogy berikan.

cuma aku nak komen part sis ckp show ni ambik dari sambutan hangat masa ajl...sebenarnya show ni dah ada dlm shedule IB sejak pertengahan 2009...bukan senang nak planning show mcm ni dalam masa 2 BULAN je....nak tulis skor/nota muzik okestra pun dah makan masa 2..3 bulan.

amy sendiri pun dah bercerita pasal konsep pementasan ni sejak 2007...

apa pun tahniah pada sis sb berjaya menghadirkan diri...great show...

hargailah SENI pementasan muzik melayu.