Ads

March 31, 2009

Day 2 - Jakarta-Bandung Shopping Trip : Pasar Jatinegara


Destinasi seterusnya pada hari ke-2 ini ialah ke Pasar Jatinegara. First time ke tempat ini. Pasar Jatinegara terletak di bahagian Jakarta Timur. Kalau perjalanan dari hotel kami di Tanah Abang hanyalah 30 minit sahaja. Tapi ingat, itu pada hari minggu...tidak macet. Kalau hari biasa, kawasan ini memang macet sungguh. So, pandai-pandai lah merancang hari perjalanan anda.

Pasar Jatinegara adalah pasar grosir (borong) juga seperti Tanah Abang. Memang bangunan besar tetapi di dalamnya agak sempit dan panas. Kami sampai di awal pagi, so tidaklah terasa sangat kesesakannya. Tetapi bila kami nak balik keluar dari bangunan itu, aduhhh orang dah berpusu-pusu dan sesak.


gambar di ambil belah pagi....still ok tak berapa sesak
ni pulak dah tengahari...makin sesak dengan orang ramai
kedai-kedai di luar bangunan pasar jatinegara
kat luar pun ada jual wedding gift

Apa ada di Pasar Jatinegara?
Kalau anda nak mencari wedding gift...inilah tempatnya. Harga borong dan murah. Lebih murah daripada di Mangga Dua. Ada pelbagai jenis wedding gift dan pilihlah mana-mana yang ada suka. Ada barang yang anda kena order dulu...tu yang susah. Kalau takat nak beli bilangan yang sedikit...lupakan aje ya. Kedai ni jual borong tau.
Selain daripada wedding gift, ada juga dijual baju, kain ela, kain batik, kain lace dan macam-macam benda lain. Sempat berborak dengan seorang tanter Indon ni...dia kata orang Malaysia jarang berbelanja di sini. Dia kata harga kain di sini lebih kurang aje dengan harga kain di Tanah Abang. Terpulang pada kita camana nak bargain the price. Cuma keadaan toko agak sempit dan sesak aje. Panas tu jangan cakaplah. Macam mandi peluh. Fuhhhh!!!!


pelbgai jenis wedding gift


auntie sedang leka memilih yang berkenan di hati...

pilih jangan tak pilih...
borong brooch kat sini...murah gitu

baju batik pun ada dijual di sini
betapa sempit dan ramainya orang....
kain lace....cantik banget
Kat sini i sempat membeli kain batik cotton untuk dipakai dengan baju kurung dan batik silk pakai dengan blouse. My auntie memborong wedding gift untuk perkahwinan anaknya, Shafik. Nak menjelajah ke tempat lain macam tak larat aje sebab sesak dengan manusia. So, setakat 3 jam aje di sini ....tak tahan panas....kami sambung ke destinasi seterusnya.

1 comment:

Anonymous said...

Wedding gift ape yg ade?