Ads

September 12, 2012

Jalan-jalan Raya @ JB & Singapore - Part 1



Salam semua.
Minggu merdeka yang lepas kami sekeluarga pergi beraya di luar KL pulak. Penat dah asik duk pegang periuk belanga sepanjang seminggu Syawal yang lepas. Kami nak balik kampung my mum pulak. Sambil tu nak ziarah saudara-mara di belah selatan tanahair di JB dan Singapore. Awal lagi kami dah habaq kat sedara mara kami nak turun sana. Yelah takut depa ada hal lain ...cuti panjang kan. 

Plan asal nak bertolak awal pagi untuk elakkan jammed di PLUS Highway. Tau ajerlah kan janji Melayu....aku bangun terlambat skit sebab malam tadi tidur lambat baru selesai menjamu teman-teman beraya di rumah. Letih pun iya. Sib baik bibik banyak membantu selesaikan mengemas rumah semua. Around 11 am jugak kami semua bergerak ke JB. Gi dengan sebuah kereta ajer coz my other brothers ada yg kerja dan outstation. Jalan jammed sikit kat area Seremban....and then moving ok macam biasa. 

Destinasi pertama kami ialah di rumah Kak Zizah my cousin di Lima Kedai, Skudai. Kak Zizah ni saudara belah my arwah papa. Kami semua dijamu dengan makanan yang lazat Nasi Beriani Johor. Kak Zizah ni memang tukang masak terkenal kat sana...lazat dia masak uolsss. Kalau nak tau....my mum yang request dia masak nasi beriani ahaksss. Perut pun tengah lapar masa tu...makan sampai tambah 2 pinggan hahahaha. Sorry gambar takda sebab lupa semua bila nampak makanan yg lazat. Bila jumpa sedara mara ni macam-macam benda yg kami borak sampai gelak ketawa hahaha.


Kak Zizah yg pakai baju purple duduk sebelah my mum tu. Tengoklah anak buah aku Zarief yg pakai baju merah tu.....dah pandai beraksi depan camera.

posing lagi huhuhuhu.....

Dah kenyang makan dan borak-borak...kami bergerak ke rumah seterusnya iaitu rumah my cousin Ilal di Taman Aman Larkin....cousin belah my mum. Sib baik ada Navigator GPS....sampai jugak kami di sini. First time datang rumah my cousin ni coz dia baru pindah di sini. Dia pun kebetulan buat open house dan besday anak dia pada hari tu...memang rezeki kami. Menu pada hari tu ialah nasi beriyani lagi...huhuhu. Ada jugak meehoon singapore dan kueh mueh yang lain. Masih kenyang masa ni...aku just merasa meehoon dan kueh ajer. Tak larat dah nak mamam nasi beriyani lagi. Lama jugak kami lepak di sini sebab nak menunggu anak saudara ku Jai dtg ke sini.

masa kami tiba ni lebih kurang jam 5 petang. 

Seorang lagi my cousin Idris and family pun ada. They came all the way from Singapore dtg beraya di sini.

belah malam pulak ada lagi tetamu yang akan datang....so lebih kurang lepas maghrib kami pun beredar.

sebelum tu...ada sessi potong kek pulak. Besday anak Ilal iaitu Niqi yang ke 3. Wahhh besarnya kek dia....happy birthday niqi.

Seterusnya.......kami pergi ke rumah yang ketiga. Lokasinya di Taman Pulai Indah....wahhh jauh jugak tu. Masa kat rumah Ilal tadi Jai and family dah sampai. Lepas dia makan kekenyangan...kami semua pergi ke rumah Cik An pulak di Taman Pulai Indah. Tak tau rumah dia di mana.....ikut Jai ajer lah. Rupanya malam tu dia pun  ada buat Open House dan Anniversary dia jugak. Rezeki kami makan kek dua kali...hahahaha. 

sessi gedik tiga bersaudara ni. Yang belah kiri sekali tu ialah Jai dan yang tengah Cik An. Mereka berdua ni adik-beradik tapi pangkat anak saudara sepupu dengan aku. Ramai plak yg kata muka aku sama dengan Jai....bukan sorang yg kata tapi ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Ye ke???? Rasanya pipi kami yg sama hahahaha.


Di rumah Cik An kami dijamukan dengan juadah soto ayam dan satay. Makan soto sikit sebab masih kekenyangan. Satay aku tak jamah pun. Dekat pukul 11 malam jugak kami beredar dari rumah Cik An. Plan asal kami nak stay di hotel ajer malam tu sebelum bertolak ke Singapore esok pagi....tapi Jai dah offer kami tidur rumah dia malam tu di Mutiara Rini. Mutiara Rini???? Hai apa khabar orang Mutiara Rini? (tetiba kan!!....you know who you are) Hmmmmm...okaylah kami tidur di situ malam tu. Tuan rumah layan kami first class malam tu siap bagi kami tidur di master bedroom yang berhawa dingin...fuhhhhhh macam tidur di hotel. Nyenyakkkkk sangattt kami tidur malam tu. Terima kasih banyak2 Jai and Ijal. Muahhh muahhh.

The next day kami nak berangkat ke Singapore pulak. So, esok ajer aku update pasal esok punya cerita yea. Banyak lagi acara makan2 huhuhu. Habis diet weeiiiiiiiiiiiii.


p/s - busy dengan karnival pulak. Tapi hati meronta-ronta nak pi makang angin.....destinasi pun belum pasti lagi ni.


September 5, 2012

Raya Gathering @ My House


Raya dan raya lain.
Selagi tak habis Syawal.....tak habis-habis dengan jamuan makan open house di sana sini. Aku plan tak nak buat apa2 tahun ni sebab masa tak da dan aku malas pun iya. Tapi member duk tanya bile nak buat makan2. Hmmmm...dalam masa 2 hari aku buat keputusan nak ajak kawan2 opis datang ke rumah dan juga kawan2 rapat malam merdeka hari tu.

Maaf kepada kawan-kawan yg lain kalau aku tak jemput. Bukan niat tak nak jemput tetapi memang kali ni aku nak jemput teman2 ofis yang tak pernah datang rumah. Tu pun ramai yang sesat hari tu. Next time aku jemput kawan2 UiTM, sekolah dan kawan2 blog plak yea. Jangan kecik hati tau. Rumah kecik tak muat nak jemput semua kawan2 dalam masa yg sama. Ada jugak yg message aku bgtau tak jemput pun...uwakkkkk jangan lah kecik hati yea. Next time aku jemput korang plak. Kalau aku buat makan2...jangan pulak korang tak dtg yeaaa.

Dalam masa 2 hari decide nak ajak2 kawan...ini ajerlah menu yg semput dibuat. Bondaku yg masakkan semua tu kecuali satay aku order. Jangan terkezut sebab pada hari tu aku bekerja hokay.....malam tu tetamu dah datang. Balik rumah kelam kabut kemas sana sini menghidang juadah utk tetamu. Sepantas kilat aku buat kerja sampaikan tak sempat nak makan hehehe.


Menu hari tu ialah nasi tomato, spaghettie dan satay

makanan dalam rumah tetapi makan kat luar....

satay yg di order khas di Kajang...satay willy shedapppp

satay willy dimakan dengan ayam tomato, acar timun dan lamb beriani......

bolognese spaghettie utk menu diet

tetamu pertama ialah teman2 sepejabat yg first time dtg rumahku. Kak Zila, Kak Faridah, Mai dan Sofi....thanks uolsss

tetamu khas dari KKM....Amir and family. Kami ni rumah dekat ajer.....kalau tak datang jugak...memang aku sentap hahaha

tetamu istimewa...kevin and family. Thanks sudi datang cikgu cabaran sihat

anak kevin seronok main dalam rumah dgn my nephew...pandai bawak diri. 

Burn dan Qis sampai awal sementara tunggu teman2 yg lain...

sebelum pulang...tetamu wajib bergambar dengan tuan rumah yg suka bergambar ahaksss....

tetamu yg paling sibuk dan paling kuat buat bising.....gamat rumahku dengan telatah 3 budak ni....belum campur dengan anak kevin lagi hahahah.

editorl isihat....hamidah and family. Thanks sudi datang...rumah kami pun dekat ajer

kevin dah nak balik....bergambar dengan tuan rumah.

my opismate kak rosecun dan abg zul mahat komposer lagu

shima dan anak2....azim sempat berbual dengan shima...maklumlah geng masa gi korea hari tu

ahkak ku Kak Rose and family. Kejap ajer datang tak sempat nak berbual panjang hehehe.

geng majalah Mangga (Fadeel dan Che Li) dan majalah Saji (abg Joha dan teman Qayrool)

teman-teman ku dah sampai....Maksu, Burn, Qis, Azim, Faiz, Nita dan Sepul

teman-teman ku lagi...Azuan dan Kamarul. Setiap tahun wajib datang rumahku

adik-adik cabaran sihat musim satu....faradiana, maya, farah dan faten...sayang uolsssss!!! Ramai yg tak sempat datang sebab tersangkut dalam jem malam tu

jejaka malaya...cepat-cepat pilih yang mana berkenan di hati ahakssss

bila semua berkumpul....gamat dengan gelak ketawa

teman-temanku....Qis dan Nita

tetamu yg paling lambat sampai dan paling lambat balik....azimashaary.blogspot.com.my...mekasih ajim sudi dtg dari jauh Penang.

dah lepak kat luar...masuk dalam rumah pulak sambung borak dan makan2...

nyum nyum kudap kudap lagi

ok semua dah nak balik......terima kasih semua.


Alhamdulillah semua yg ku jemput malam tu boleh dikatakan semua datang. Terima kasih banyak-banyak yea kawan-kawan. Ada rezeki panjang umur jumpa lagi di tahun depan punya raya hehehe. Jangan serik dtg rumah aku lagi tau. Maaf  kalau hidangan tak seberapa....last minute punya plan huhuhu

Oklah....next day plak aku berangkat jalan-jalan beraya di JB dan Singapore.....tunggu next entry. Byeeeeeeeeeeeee.


p/s - i need vacation uwakkkkk




August 30, 2012

Ragam Anak Buah Ku @ Raya


Raya raya raya.
Selagi tak habis Syawal...selagi tu lah tak habis beraya. Lepas ni penuh dengan open house plak. Maaflah pada teman-teman yg buat open house this weekend..tak dapat datang. Sebab aku berjalan raya ke selatan tanahair pulak. Asik pegang senduk dan periuk ajer...sesekali nak gak pi beraya rumah orang kan. Sambil tu nak mencari stok perfume di Singapore dan tidak lupa nak singgah JPO. Orang lain dah lama pergi...aku ni baru lah nak jejak ke sana. Tak sabarnya nak sopinggg.

Entry kali ni aku nak share gambar-gambar candid anak buah ku yg seramai 5 orang tu. Gamat betul raya kali ni sebab anak buah semakin membesar dan semakin lasak. Letih ahkak dik oi. Kejap dia main kat garage kereta...pastu kat hall rumah boleh plak dia pi main bola...pastu kejap kat ruang tv. Adoiiii.....sakit tekak ni duk pekik kat depa. Camana pun terhibur gak rumah kami ni. Suasana beraya pun  meriah lah disebabkan dia orang ni. Nak tunggu ariesya besar...leh tolong kemas rumah Tokma hehehe.


 masa nak bersalam-salaman di pagi raya 1 Syawal. Tengoklah 2 budak kecik ni. Ada yg tak nak pakai songkok dan ada juga yg taknak pakai sampin hahaha. Lawak betul. Bapak masing2 duk pujuk anak kecil suh pakai songkok dan sampin. Akhirnya songkok ke mana...dan sampin pun ke mana. Langsung tak nak pakai. 

 Daniel salam Tokma nak minta ampun dan duit raya....suka dia dapat duit raya byk tahun ni.

 Danish pulak masa salam....siap ada ucapan lagi. Dengan slow motionnya dia cakap "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin tokma"....hahaha penat nak tunggu sampai habis lah danish!!!

 Rayyan pulak tak nak pakai sampin...puas daddy nya pujuk suh pakai. Akhirnya tak pakai langsung. Tapi Rayyan tetap comel pakai songkok mcm tu. Ramai kata muka dia mcm pompuan hehehe. Cucu tokma paling ensem ni.

 the one and only cucu pompuan tokma. Comel dia pakai gaun pink. Siap ada bunga kat kepala tu. Cucu tokma paling jelita ni hehehe.

 ni plak Zarief yang tak nak pakai songkok. Mummy dia paksa jugak tapi letak diam-diam atas kepala....dia tak perasan tu. Tapi tengoklah mukanya apa dah jadi....mcm Wak Parjo lah hahahaha. Budak yg susah nak bergambar....tiap kali nak suruh posing dia akan mengeliatkan badan tak nak. Ishhhh ishhh. Raya tahun ni dia semakin lasak dan berani. Tiap kali tetamu datang yg bawak anak2 baya dia...dia akan terlonjak2 suka sebab nak ajak main. Aduhhh.

yeaaaaa mama leez bagi duit raya banyak tahun ni...hahahaha. Ada rezeki lebih why not kita berkongsi dengan anak2 buah kan. Tengok tu Rayyan tengok ajer abgnya....dah tak sabar nak salam mak sedara dia sebab nak duit raya lah tuuuu. Hahaha.

 berlonjak riang Daniel dan Danish. Masa ni my bro dah bersiap nak balik kampung di Pahang.

 Rayyan yg bijak, petah bercakap, pandai tendang bola dan ensem.

 Tengok lah tu....dia yg duduk di depan sebelah daddy. Abang terpaksa beralah. Bersiap sedia nak balik kampung.

 Zarief paling seronok kalau sepupu-sepupunya datang rumah tokma...so that dia boleh main kejar-kejar. Kalau tak....dia kat rumah sorang2 takda kawan.

 Zarief dah pandai berkawan sekarang. Dulu dia pemalu.

 sama tak muka depa? Mereka berdua ni ialah pangkat anak sedara dan pak sedara tetapi mukanya sama dan seiras.

 kerja dia setiap hari ialah selerakkan bantal2 di ruang tv ini. Kalau kita marah...dia letak tangan mcm tu kat mulut kita suruh kita diam hahahah.

anak buah yg paling comel, putih melepak, mata lentik dan jelita...ariesya sofia. Seorang baby yg baik dan tak banyak kerenah. Yang penting cukup nenen hehehe. Kalau tengok abg2 dia main buat bising...dia pun seronok mcm nak main sekali. Paling suka kalau kita loncatkan dia...kaki automatik boleh melompat-lompat. kelassss isyaa!! Nanti suh mummy daftar kelas aerobik yea nak!!!


ok sekian sahaja celoteh aku tentang anak buah kesayangan aku yg 5 orang ni. Harap tahun depan bertambah lagi anak buah dan makanya bertambahlah lagi kos duit raya aku hahahah. Muahh muahh sayang semuanya.


p/s - Latest news...pompuan gatal tu dah SAH diceraikan. So, bila nak merambus dari rumah tu? Dengar cerita otak dah mereng sekarang ni. Sendiri cari masalah dan sendirilah terima akibatnya. Arak dan rokok menjadi teman setia nya skrg. Ishhh ishhhh rosak dah.