Ads

November 21, 2011

Tahniah Pemenang Cabaran Sihat !!


Aku wat entry ni sikit dulu. Aku nak tunggu gambar-gambar lain dulu...then baru aku wat entry penuh pasal majlis penutup ini. Anyway syabas dan tahniah kepada ketiga2 pemenang utama ini. Tahniah kepada Fadhlul Hadi (1st winner), Faten (2nd winner) dan Ridzuan Shah (3rd winner) untuk kemenangan ini. Mereka telah berjaya menurunkan barat badan antara 10%-13% atau lebih kurang 10kg hingga 16kg berat sejak 6 minggu yang lepas.

Kemenangan ini turun dimuatkan dalam akhbar Kosmo pada hari ini (21 Nov). Tahniah sekali lagi kepada semua.

p/s- syabas dan tahniah kepada skuad emas bolasepak negara yg telah berjaya mengalahkan Indonesia melalui sepakan penalti. Wa caya lu Harimau Muda..auummmmmm!!!!!

Cabaran Sihat - Sukan Berakit @ Riverstone Eco Resort


Syukur Alhamdulillah selesai sudah acara penutup dan pengumuman pemenang Cabaran Sihat yang diadakan sabtu lepas. Terima kasih yg tidak terhingga kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan event ini. Ucapan tahniah bertalu-talu yang aku terima tentang kejayaan event ini. Syukur padaMu Ya Allah. Next entry aku citer panjang lebar pasal acara penutup ni yea. Sekarang aku nak wat entry pasal aktiviti kelima atau yg terakhir bagi Cabaran Sihat ni. Kesibukan yg melanda tu pasal aku tak sempat nak entry berakit ni awal.


Aktiviti kelima cabaran sihat telah diadakan di Riverstone Eco Resort yg terletak di Hutan Lipur Sg Tua, Batu Caves. Nak cari lokasi utk aktiviti berakit ini merupakan cabaran perit buatku. Puas aku survey sana sini di manakah lokasi yg sesuai dan tidak jauh dari KL. Mulanya nak buat kat Putrajaya bagi aktiviti berkayak tetapi chargesnya sangat mahal wei...tak berbaloi rasanya. Then aku search pulak kt internet mana-mana lokasi yg sesuai. Akhirnya aku terjumpa lokasi ini. Finally, lepas aku berbincang dgn team isihat, lokasi ini kami pilih.


aku rakamkan gambar ini ketika aku datang nak tengok kesesuaian tempat ini..

air sungainya okay tak berapa dalam...


bestnya kalau dapat mandi di sini...airnya jernih gitiewww


di sinilah lokasi yg aku pilih


suasana di dalam resort ini


tempatnya selesa untuk rehat2 kan diri daripada hiruk pikuk kotaraya


specialty food di sini ialah nasi ambeng....harga sedulang RM50 utk dimakan 4 orang. One day aku nak try bawak family aku makan di sini. Food di sini sedap aku suka.



Pagi itu Kevin Zahri tidak dapat hadir untuk acara berakit ini kerana dia terkandas di Bintulu atas sesuatu urusan. So, agak boring pulak bila dia tak ada. Sebab time aktiviti lah para peserta nak berjumpa dan meminta khidmat nasihat daripada beliau. So aku terpaksa memainkan peranan menggantikan tempat Kevin...ahaksss...jangan berangan. Tak lahh.....aku hanya bagi speech sedikit berkenaan aktiviti pada hari tersebut dan sedikit penerangan pasal acara penutup.


Yang sedihnya pada pagi itu cuaca agak tidak baik kerana hujan selebat-lebatnya. Habis plan aku nak berakit di sungai. So setelah berbincang dengan juru latih pada hari tersebut, kami telah mengambil keputusan utk berakit di empangan sahaja. Agak frust aku masa tu. Nak wat camana kan...kami tak nak mengambil risiko jika ada apa2 perkara bahaya berlaku jika kami teruskan berakit di sungai. Kami risau jika berlaku fenomena air dimana air pusing datang dengan secara tiba-tiba. Kebetulan pulak air sungai agak deras dan tinggi.




semasa briefing yang diadakan pada pagi itu...


breakfast pd pagi itu ialah epal hijau...kelassss ko jah!!!!


acara timbang yg wajib setiap pagi sabtu.....


warming up sebelum aktiviti dijalankan


sebelum bermula...para peserta bergambar terlebih dahulu....


selain daripada peserta, aktiviti ini juga disertai oleh staff kami....untuk meramaikan dan memeriahkan lagi aktiviti ini....


jurulatih memberi tunjuk ajar dan cara-cara keselamatan ketika berada di atas air ketika berakit


aktiviti membuat rakit menggunakan buluh, tali rapia dan tong kosong mengikut kreativiti masing-masing......bukan keja mudah tu huhuhu. Satu kumpulan mesti ada 10 orang dan kena bekerjasama membuat rakit tersebut


kumpulan merah sdg bertungkus lumus membuat rakit. Ketika ini hujan turun sangat lebat uolsss...habis basah lencun kami dibuatnya...but tetap meriahhhh!!!!


ni group aku colour orange.....sakan membuat rakit...


yeaaa...kami dah selesai membuat rakit. Skrg ni masa utk bergambar.......hujan lebat masa ni.


beramai-ramai memikul rakit yg kami dah buat tu....so fun masa ni...and kami enjoy banget


pikul jgn tak pikul wahai semua peserta sekelian.......


ketiak ini kami dah sampai di empangan.......bersedia utk berakit


3 kumpulan dah ready dengan rakit masing2....kumpulan merah, hitam dan oren. satu rakit dinaiki oleh 5 orang dan seterusnya disambung dengan lima org lagi selepas habis satu trip berakit.


tiga group dah memulakan dayungan. Hanya diberi 2 dayung setiap kumpulan dan yg lain kena guna tangan utk mendayung. Cabaran bukan??? Setiap group kena mengambil daun di hadapan tu dan hendaklah diserahkan kepada jurulatih bila dah sampai di tepi empangan selepas membuat satu pusingan.


saingan sengit telah bermula..,dan masa ni kami yg berada di tepi empangan dah ketawa bagai pecah perut melihat telatah mereka mendayung. nak tau apa dah jadi????


nampak tak group merah yg didepan tu....sepatutnya mereka mesti pergi ke hadapan utk membuat pusingan. tetapi apa yg terjadi .....mereka telah membuat reverse style iaitu mendayung kebelakang..hahahahaha pecah perut kami ketawa dibuatnya...memang sangat lawokkkkkk!!!!!


group oren yg mantop dan bam bam...hehehe...


group ni juara berakit.....tengoklah dorang dah pasang enjin turbo kat belakang tu...patut ler menang hahahaha


ni plak group yg pandai buat lawokkk.....mendayung reverse style...hahahah. Tengok tu...ada lagi sorang masih duduk mengadap ke belakang...hahahha.


akhirnya group hitam menamatkan perlawanan dan dinobatkan sebagai juara...caiyokkkk uols....tahniah diucapkan.


group hitam meraikan kemenangan sementara menantikan rakan2 sekumpulan sampai ke tebing penamat. tapi yg merah kat belakang tu pasai apa tetiba hurayy plak tu...mcm ler menang kan.....


tamat sudah.....bersiap utk mengangkut rakit tu pulang ke tempat yg asal.


sudah lah kepenatan mendayung tadi...pastu kena plak mengangkut rakit ni lagi...fuhhhh tak larat weiiii.....tengok muka masing2 dah berkerut hehehehe


selesai sudah acara berakit kami pd hari tu...sambil tu abg jurulatih ni memberi sedikit tips diet yg sesuai..ehhhh dia plak yg gantikan kevin kan hahahahah....Dia cakap dulu badan dia besar dan skrg dia dah kurus selepas mengamalkan diet yg diambil dari internet....sgt berkesan katanya.


Then, kami semua membersihkan badan dgn mandi beramai-ramai di tempat mandi yg disediakan...air bukit uolsss...sejuk dna best. Pengalaman yg menyeronokkan masa ni. Gambar di atas ialah group hitam yg juara....dapat hamper setiap seorang....tahniah uolssss.


masa utk makan beramai-ramai. Sakan korang makan kannn sebab Kevin takda..hehehe. Makanan yg disediakan sedap plak tu. Tu yg ada duk menambah makanan.





Alhamdulillah semua aktiviti selesai dengan jayanya. Aku bersyukur penat lelah aku selama ini membuahkan hasil yang memuaskan hati semua orang dan diri aku sendiri. Next entry aku buat pasal acara penutup pulak. Banyak benda yang aku nak highlight nanti. Event ini sangat bagus dan banyak sangat permintaan untuk aku sambung lagi next year.....tunggu yea. Aku tak nak pikir lagi....pas ni aku nak bercuti plak...penat dah!!! Memang sangat penat dari segi mental dan fizikal. Fuhhhhh...lega dah selesai.



p/s - kepada yg kata aku syok sendiri tentang event tu...hahahaha. Lihatlah nanti aku tunjukkan hasilnya. Pedulikan mulut jahat manusia. Yang penting ramai lagi yang support usaha aku dan appreciate hasil kerja aku tentang event ini. Allah tetap bersama aku....Alhamdulillah aku bersyukur padaMu.



November 16, 2011

Jom Ke Final Cabaran Sihat @ AEON AU2 Setiawangsa


Cabaran Sihat dah sampai ke penghujungnya. Pejam celik pejam celik sudahpun berlalu 6 minggu cabaran sihat ini. Sekejap rasanya masa berlalu. Tetiba aku jadi sedih dan sebak pulak bila event ni dah nak habis. Sebabnya....kami semua akan berpisah setelah perhubungan yang terjalin kian mesra dan rapat. Sooobbbb...sooobbb (nangis!). Lepas ni aku dah tak sibuk lagi tiap pagi Sabtu duk ke hulu hilir mengendalikan aktiviti-aktiviti cabaran sihat dan dari isnin hingga Jumaat stress membuat persiapan untuk aktiviti hari Sabtu tu. Fuuhhhhh.....tamat sudah aktiviti.


Dan pada hari Sabtu ini iaitu pada 19hb Nov akan diadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada peserta yang dapat menurunkan berat badan paling banyak dan dapat memberi penuh komitmen pada aktiviti yg kami buat. Hari sabtu ini juga buat kali terakhirnya kami akan menimbang berat para peserta. Pelbagai acara pentas akan diadakan pada hari tersebut. Di mana??? Oh yea lupa plak nak bagitau.


Tempat : Ruang Legar, AEON AU2 Setiawangsa, KL


Tarikh : 19 Nov 2011 (Sabtu)


Masa : 3 petang




Bunting di atas aku letakkan di pintu masuk ke Jusco Setiawangsa. Kami memang open to public majlis ini untuk memberi peluang penonton melihat acara pentas yg dijalankan dan semasa pengumuman juara. Disamping itu, juga terdapat booth yang dibuka pada jam 10.30 pagi...dimana pengunjung boleh menjalani pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA. Juga terdapat games untuk orang ramai...ada hadiah tau!!! Kawan-kawan semua jangan lupa datang!!!

Kalau ada sesapa yang nak tengok Kevin secara live...boleh lah datang nanti. Kot2 ada sesapa nak jumpa empunya blog ini...pun boleh. Hikssss (perasan tak sudah!!).

Oklah aku nak highlight skit pasal event Cabaran Sihat ini. Ada beruk mana entah letak comment pada shoutbox aku..... mengatakan mcm kelakar aku organize this event (cabaran sihat) sedangkan badan aku sendiri sihat. Hmmm...tulah manusia ni. Tolong bertanya dulu sebelum memberi comment. Bak sini aku terangkan. Aku bekerja di syarikat media di bahagian marketing dan brand. So, kerja aku ialah membuat marketing dan organize event yg related to magazine yang kami terbitkan. We organize lots of event seperti Pertandingan Memasak, Secretary Week, Workshops, Konsert, Seminars dan mcm2 lagi. So, aku telah diamanahkan oleh bos untuk handle Cabaran Sihat ini. Aku hanya organize dan aku bukan consultant kepada peserta2 semua ni. Yang menjadi consultant ialah Kevin Zahri. Ohhh kalau nak organize cabaran sihat...seorang organizer mesti kurus lah yea?? Hahaha lawak. Kalau nak organize konsert....seorang organizer mesti pandai nyanyilah yea?? Kalau nak organize pertandingan memasak...seorang organizer mesti pandai memasak lah yea??? If i am the consultant of this event....then only you can question me why. Susah jadi blogger ni...ada ajer yg tak puashati dan irihati.

Ok guys!!.....jangan lupa singgah ke AEON AU2 Setiawangsa untuk menyaksikan majlis penutup ini. Byeeeeeeeeeee!!!!!!

November 15, 2011

Blog, Facebook & Twitter ~~ Mari Bersembang!!

Hari ini entry aku takda gambar-gambar sebab aku dalam keadaan mood malas, penat dan stress (tak habis kau ni minah). Yelah...ini adalah minggu paling stress bagi aku sebab minggu ini adalah minggu penutup event Cabaran Sihat. Balik rumah dah malam. Pas mandi aku layan Masterchef....pastu check FB sambil bermalas-malasan atas katil. Ikutkan hati nak update blog pun malas. Takpakah...hari ni aku update skit.

Kali ni aku nak sembang-sembang pasal Blog, Facebook dan Twitter. Jom kita sembang-sembang sat. 3 items di atas adalah social networking yang sedang hangat di pasaran ketika ini. Dan aku salah seorang pengguna ketiga2 benda tersebut. Ikut turutan....dah tentulah berblogging yang paling utama....then diikuti dengan FBing and Twittering. Aku nak citer benda yang aku suka dan jelek tentang 3 benda tersebut.

1. Blog

Aku adalah seorang blogger tegar yg kalau boleh sedaya upaya aku nak update blog setiap hari. Tapi apakandaya masa aku tak menentu dan kekadang tu penyakit M melanda. Mungkin ada yg suka blog aku dan mungkin ada yang jelek. Ohhhh...itu mak tak kisah. Setiap orang ada penilaian masing-masing. Ada yg suka dan ada yg benci ( tapi tetap nak singgah kan :p).Begitu jugak dengan diri aku. Walaupun aku ni blogger tetapi sesekali ada gak aku singgah blogwalking ke blog2 yang aku suka. Tetapi ada juga blog yang aku tak suka singgah walaupuan blog mereka ada di dalam blog list aku. Terpulang pada taste masing-masinglah kan. Kepada stalker pula....kalau tak suka blog aku tak payah lah buang masa nak singgah. Pastu ada hati nak tulis something kat Shoubox. Erkkkk....i will block your IP Address. I know who you are.

Apakah konsep blog yg aku suka?
Blog yg berkonsep travelling and food sudah tentunya menjadi pilihan utama aku. Blog yang selain daripada konsep tadi....aku kureng sikit malahan aku juga kureng nak singgah. Sebabnya tak relevan dengan diri aku dan aku memang tak berminat nak tau pasal ko shopping kat mana...anak ko suka buat apa....laki ko kerja apa. Semua tu tadi more to kisah hidup keluarga dari emak, bapak, anak, cucu dan cicit. Semua tu aku tak minat. Aku tak nafikan bahawa aku juga ada selitkan kisah family aku tetapi selalunya more related to food yg kami makan dan birthday celebration. Satu lagi...aku memang pantang kalau orang buat blog pendek-pendek. Adoiii....baik jangan jadi blogger dik oi. Baru nak climax tetiba dah habis. Terbantut mood aku...haisshhhh. Blog yang banyak sangat menceceh aku pun tak minat. Entah apa yg ditulis panjang lebar.....tak sampai-sampai point yg hendak disampaikan....terus aku stop and tutup. Not relevant to me...sorry!!!

Travelling blog yang bagaimanakah pilihan aku?
Kalau anda pernah singgah ke blog ini Backpackerbusuk. Yes!!! this kind of blog yang menjadi pilihan aku setiap hari. Di dalam blog ini banyak info tentang pengalaman suka duka kehidupan seorang traveller. Di samping itu juga ada tips yang kita boleh jadikan panduan. Blog itu juga ada menunjukkan kisah dia di negara orang dari hari pertama hinggalah ke hari berikutnya. Yes!!! this is what i need to know. But...kalau travelling blog takat nak tunjuk kau pegang salji kat oversea...posing sana sini dengan pelbagai gambar terbaring terlentang...tergedik tapi isinya???? Nan hadoh!!!!! Errkkkkk......memang aku tak nak singgah lagi. Aku tak dapat apa2 info di situ melainkan gambar2 blogger tu sahaja yg terpampang. Seems like wanna show off...aku kat obersea ni...kau???? errkkkk.....

Lain orang lain cara kan....ini hanyalah pendapat aku. Jangan kecik hati...ahakkksss


2. Facebook

Aku berjinak dengan dunia FBing ni dah lama gak. Tapi lupalah sejak bila. Jap aku check kat FB sat. Ohhh dah jumpa....sejak tahun 2008. Mula2 aku pening skit dgn FB ni sebab banyak sangat status yg kuar sampaikan aku pening dan semak. Aku giler dengan Friendster masa tu...hik hik mcm budak2 sebab mostly yg layan benda ni adalah student dan remaja. Tapi aku heran kenapa ramai yg kata FB lagi best drp Friendster. Sekali tu aku pun singgahlah kejap kat FB...walaupun dah kama register cuma tak aktif ajer. Jadi ketagih weeeiii. Best plak FB ni kan. Hinggalah sekrang aku dah ketagih dan menjadi penghuni tetapi FB. Setiap hari mesti nak bukak punya...heheheh

a) Apa yg aku suka pasal FB?
FB menjadi perantara antara aku dan family, sedara mara, sahabat handai, kawan ofis, kawan sekolah, kawan universiti dan kawan yang tak kenal tapi kenal melalui FB. Sedara mara dan sahabat handai yg jauh terpisah akhirnya ketemu semula di dunia maya ini. Tak cukup dengan tengok gambar dan borak-borak sikit....pastu set date untuk berjumpa pulak. Itulah penangan FB. Aku mengakuinya......aku pun ada buat mcm tu. Jumpa boyfriend lama pun kat FB hehehe. Siap search nama aku tu hahahaha. Pastu say hi dan tanya khabar. Itu ajer dan taklah sampai berjumpa. Tengok dari jauh ajer...hehehe. Yelah dia pun dah kahwin dan beranak pinak. Siap tanya kenapa aku masih sendiri lagi. Ohhh...jawapan yang aku susah nak jawab. Sampaikan dia rasa jeles dengan life aku yg selalu busy dengan travel. Gitulah kan.

b) Apa yang aku tak suka pasal FB?
Status yang memualkan. Nak berloving dan bersayang-sayang dengan suami/isteri atau bf/gf masing-masing di FB bukanlah tempatnya. Geli wei....meluat pun ada. Aku pun pernah bercinta tapi aku tak pernah bermanja2 di FB. Nak manja luah kat FB....nak merajuk luah kat FB dan tengah bergaduh pun luah kat FB. Errrkkkkk.....aku meluat dan tak suka. So, this people yang berperangai begini di FB dan dorang adalah antara friend list aku...aku hanya mampu hide sahaja but i will not remove them. Aman damai status FB aku. Satu lagi ada lagi satu fesyen manusia yang asik nak maki hamun ajer kerjanya di FB.....errkkk so annoying....i dont like...sorry friends. Ada lagi ni.....ada juga orang yang suka amik gambar sendiri (syok sendiri) banyak2....pastu letak dalam album. Posing sisi tepi....sisi tengah...sisi senget...alahai udah2 ler tu. Mungkin anda rasa diri anda cantik...tetapi orang yg menengok tu kata " dia ni perasan cantik tp tak cantik pun sebenarnya!!!". Yang terakhir.....orang yang suka tulis status " lagi 2 minggu nak naik pelamin...sayang ok tak?"...."tunang saya kata muka saya mcm Fasha Sandha" - (padahal muka kampung).... "rindu dengan hubby tak sabar nak balik rumah"- (padahal duduk rumah tengok muka laki tiap hari).....itulah antara status yg aku rasa annoying giler....rasa mcm sampah pun ada....dan kita boleh nilai si empunya diri tu camana. Kalau aku dah kahwin sekalipun nanti...i won't do that. Yang baik semua show off kat orang tetapi nanti cerai berai pandai pulak sorokkan diri tak berFB berbulan-bulan. Yess.... it happen to one of my FB friend. Dulu bukan main loving couple kat FB...end up bercerai jugak. Itulah nasib manusia kan.


3. Twitter

Aku berjinak dalam dunia Twitter ni baru jer beberapa bulan. Rasanya awal tahun ni. Itupun selepas aku tengok ramai kawan2 rapat aku ada acct Twitter ni. First time rasa janggal sebab tak berapa nak faham. Lama2 aku dah boleh follow. Cumanya aku tak berapa minat sangat berbanding FB. Banyak keburukan daripada kebaikan. Itu pendapat aku lah. Mungkin orang lain dia lagi prefer Twitter.

a) Apa yg aku tak suka tentang Twitter
Disebabkan Twitter ini juga aku benci pada seseorang. Sehinggakan aku elegic tengok muka dia, nama dia dan segala2nya pasal orang ini. Semua orang tahu Twitter ini tempat untuk kita meluahkan segala apa yg kita rasa...nak marah ke...nak maki ke...nak manja ke....nak kutuk ke...nak sayang ke. Semua ada hak nak menulis apa sahaja tanpa mention nama. Tetapi kena ingat...salah tulis boleh menyebabkan orang salah faham dan salah tafsir. Orang yang suka memaki hamun dalam Twitter ni umpama orang tak sekolah mcm budak-budak yang kurang cerdik. Pastu samakan diri orang yang dikutuk tu dengan binatang najis dan drag berpanjang-panjangan tak henti-henti. Ishhhh......penyakit psiko orang macam ni. Itulah salah satu kelemahan Twitter yang aku perasan. Satu lagi....ada juga manusia yang suka jadi batu api di Twitter iaitu dengan forwardkan text pada orang yang dikutuk. Contohnya....si A tak suka artis ni. Dia siap kutuk2 pasal artis ni dalam Twitter. Datang pulak si B pi forward apa yg ditulis oleh si A kepada artis yang dikutuk. Ishhhh....tak baik berperangai mcm ni....childish sangat. Boleh mendatangkan kemarahan orang dan punca pergaduhan.

b) Adakah aku akan terus bertweet di masa akan datang?
Yes...tetapi hanya untuk mengetahui info pasal traffic, waktu solat dan selebriti yg aku suka. Selain daripada itu...aku hanya tampilkan diri sedikit-sedikit. Aku tak nak benda ni akan menjadi punca untuk aku nyahhhh orang lain dari hidup aku lagi. Banyak keburukan daripada kebaikan. My 2 cents comment :p.



-----------------------------------------------------------------


Oklah....itu sahaja sembang-sembang aku pasal social networking di abad ini. Apakah pula pendapat anda? Mungkin anda punya pendapat berbeza daripada aku. Its okay....aku tak kisah. Kita share-share pendapat dan pilihlah yang mana baik dan tinggalkan yg mana mendatangkan kemudaratan kepada diri anda.

November 14, 2011

Cabaran Sihat Activities @ iSihat Magazine


Gambar di atas ialah majalah kesihatan - iSihat keluaran terbaru masih hangat di pasaran iaitu keluaran bulan Disember. So, anda semua jangan lupa beli tau. Sebabnya???? Jeng...jeng...jeng.... sajer nak bagitau bahawa aktiviti Cabaran Sihat yg aku duk pulun siang malam stress tu ada masuk dalam majalah iSihat ni. Ada 4 pages semuanya yang terdiri daripada aktiviti senamrobik di Celebrity Fitness, jungle trekking di FRIM, futsal di Sports Planet Ampang dan Amazing Race di FRIM.


Di dalam majalah tu ada ditunjukkan pelbagai aksi peserta sepanjang keempat-empat aktiviti ini berlangsung. Memang nostalgia dan akan dikenang sampai bila-bila sebab penuh suka dan duka para peserta menjalani aktiviti ini. Korang nak tau apa yg suka dan duka tu??....sila lah beli majalah ini yea.... iSihat bulan Disember seperti gambar di atas.


sila baca keratan Nota Editor di atas...baca sampai habis :p

oh yea...sajer nak bgtau bahawa kawan blogger juga masuk dalam majalah ini. Fofuler dia uolssssss.


aktiviti pertama iaitu senamrobik di Celebrity Fitness -"SENAMROBIK DUA JAM CABARAN PERTAMA PESERTA"


aktiviti kedua iaitu jungle trekking di FRIM -"JUNGLE TREKKING UJI FIZIKAL DAN MENTAL PESERTA"



aktiviti ketiga iaitu perlawanan futsal di Sports Planet Ampang -"PERTANDINGAN FUTSAL BAKAR KALORI PESERTA"



aktiviti keempat iaitu Amazing Race di FRIM - "AMAZING RACE PENUH KEJUTAN"


nampak tak siapakah wanita perasan glamer berbaju oren di dalam gambar di atas?? ahaksss.....nak tanya skit.....glamer kah dia??? Sajer enterfrem letttiewwww huhuhu.



Ok sajer nak update....aktiviti kelima dan yg terakhir bagi Cabaran Sihat baru sahaja berakhir pada hari Sabtu lepas iaitu aktiviti berakit di Sg Tua, Batu Caves. Berhujan kami semasa aktiviti ini berlangsung but everybody enjoy jer aku tengok hehe. Nanti senang2 aku update pasal aktiviti ini.


Majlis penutup dan pengumuman pemenang nanti akan dibuat minggu depan hari Sabtu di sebuah shopping complex di KL ni. Nanti sehari dua ni aku wat entry pasal majlis penutup ini kay.



p/s - lagi seminggu perjuangan aku akan berakhir. Diharap yang terakhir ini dpt dijalankan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Ya Allah, aku mohon kau permudahkan segala urusan pekerjaanku ini..Ameen




November 9, 2011

Assignment - 26 Fakta Tentang Seorang Kaki Jalan

Salam semua. Aku rasa mesti pembaca sekelian akan seronok pabila membaca entry ini. Yea memang seronok...tapi aku yang membuatnya umpama nak selesaikan satu assignment yg hendak dihantar kepada lecturer dan siap ada deadline pulak tu. Tapi takpa.....asal ajer pasal travelling mata aku jadi segar.

Oklah...sebenarnya aku telah ditagged oleh travel blogger yg fofuler Backpackersbusuk. Aku dah lama tak gi wat lawatan ke blog kawan-kawan termasuk ke blog kawan kita ni. Entah camana masa cuti Raya Haji hari tu aku singgah jap kat blog dia.....siap tinggalkan comment tu. Esoknya next entry aku telah ditagged. Rasa terharu dan berbangga plak kan. Blog aku yg selama ni tak berapa mendapat perhatian travelling blogger lain......tetiba menjadi perhatian plak..hehehe. Terima kasih Fatt...aku hargai jasamu itu. Ok jom...kita start dengan Part 1.


Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Aku hanyalah seorang rakyat jelata yg biasa-biasa sahaja. Bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat media. Hobi setiap hari ialah meng-update blog...ahaksss. Entahlah berblogging ni mcm dah addicted plak. Salah satu perkara....aku kesian dgn pembaca blog aku yg tertunggu update dari aku. Aku muka menjadi blogger dah lama gak.....semenjak tahun 2006. Masa tu aku guna fotopages. Then start tahun 2008 aku beralih kepada blogsport pula hinggalah sekarang. Tujuan aku berblogging adalah kerana travelling juga. Di sinilah tempatnya untuk aku meluahkan pengalaman aku sepanjang di negara orang........dan ia boleh dikenang dan diingat sampai bila2.

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Aku terjebak dengan dunia travel ni sejak kecil lagi. Even parents aku pun kaki travel juga. Dari kecil parents aku suka bawak kami sefamily jalan2 serata negeri. Then, bila dah besar dan rezeki pun ada...barulah kami menjejakkan kaki ke oversea pulak. Dan tak sangka hobi ini turun kepada anak-anak sehinggalah sekarang aku menjadi seorang pengembara yg tidak pernah kenal erti jemu. Selagi badan sihat dan ada rezeki lebih aku akan terus mengembara dan terus mengembara. Insya Allah.

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Untuk diri aku sendiri.....kedua-dua boleh digunapakai. Pendapat aku....menjadi seorang traveller ini lebih adventure dan kita akan meneroka segala sudut dan tempat mengikut kehendak kata hati kita....selagi boleh jalan aku akan terus berjalan. Bila aku pergi ke negara orang berjalan sendiri tanpa menggunakan travel agent...aku gelarkan diri aku seorang traveller. Aku juga boleh bergelar tourist...bila aku menggunakan travel agent. Mana depa bawak...aku ikut. Itu tourist namanya. So, kesimpulannya aku boleh gambarkan diri aku traveller dan tourist...dua2 pun boleh.

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
bagi aku...ia bergantung kepada negara mana yang aku hendak pergi. Jika negara tersebut menghadapi masalah pertuturan Bah. Inggeris....aku akan ikut tour agent. Contohnya ketika aku pergi ke Beijing dan Turkey. Negara lain semuanya aku pergi sendiri-sendiri. Booking hotel thru online and cari info di internet tempat-tempat jalan mana yang harus aku pergi. Sebenarnya cara inilah yang selalu aku praktikkan. Memang nampak rumit sebab kena sit down wat research tetapi disebaliknya kita akan rasa kepuasan yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Turun naik bas, cab, train dan berjalan kaki berkilo2 meter jauhnya...ohhhhh itu pengalaman yang sangat hebat.

5. Siapakah travel partner anda?
So far travel partner aku berubah-ubah...not stick to one person sahaja. Korang yg baca blog aku pun dah boleh baca travel partner aku mcm2 orang ada...hehehe. Sesiapa sahaja boleh menjadi travel partner aku...asalkan orang tu juga seorang kaki travel. Sebabnya...hanya orang travel shaja yg boleh memahami jiwa orang travel. Sebab aku pernah menghadapi bad experience berjalan dgn seorang yg bukan kaki travel. Sukati dia nak gi mana2 tanpa memberitahu ahli group yg lain dan seorang yang tidak boleh bertolak ansur. Haishhhhh...susahlah mcm ni. Bila kita dah ramai2 mcm ni ...salah satu perkara ialah sikit lebih kurang dan mesti berbincang atas apa-apa perkara. Kalau 2 benda tu tak ada pada diri anda.....baik korang travel sendiri2 ajer...


Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
Tahun 2000 bersama satu keluarga ke Padang & Bukit Tinggi. First time jugak aku naik flight. Masa tu aku naik Pelangi Air....dah tutup dah company tu. Pengalaman yg seronok sebab first time aku jejak ke Indonesia dan sangat impressed dengan adat budaya Minang dan makanannya yang sangat sedap.

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
Diantaranya ialah :
a) Singapore
b)Indonesia - Jakarta, Bandung, Padang, Bukit Tinggi, Bali, Solo, Jogjakarta, Surabaya dan Malang. Medan ajer aku belum pergi....Insya Allah tahun depan
c) Thailand - Hadyai, Phuket, Bangkok dan Chiang Mai
d) Vietnam- Ho Chi Minh
e) China - Bejing dan Tianjin
f) Australia - Melbourne
g) Arab Saudi - Jeddah, Mekah dan Madinah
h) Turkey - Istanbul, Bursa, Pamukalle, Capadocia, Konya, Bolu dan Ankara
i) England - London, Northampton , Manchester
j) Scotland - Edinburgh
k) France - Paris
l) Switzerland - Jungfraujoch, Zermatt, Interlaken dan Zurich
m) Holland - Amsterdam
n) Belgium - Brussels
o) Bahrin - Manama

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
YA - jawapanku
a) Jakarta/Bandung - 3 kali
b) Bangkok - 2 kali
c) Bali - 3 kali
d) London - 2 kali

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa

LONDON - aku dah jejak tempat ini sebanyak 2 kali tetapi aku tak pernah rasa puas. Sebabnya...dulu aku stay kat Northampton dan selalu rushing nak balik. Niat di hati nak pergi lagi....kali ini aku nak jadi backpackers....jalan di segala celah bandar London. Aku nak stay kat bandar London ajer. Ada sesapa nak joint aku???



SWITZERLAND - tempat yang paling cantik pernah aku jejaki. Gambar di atas ialah di Pergunungan Matterhorn yang terletak berhampiran dengan pekan Zermatt. Gambar tu nampak seperti lukisan kan...tetapi itulah realitinya. Jika diberi peluang...aku nak menjejaki tempat ini lagi. Sesapa yg pernah jejak Swiss....mesti detik dihati berkata....tempat ini sangat cantik. Insya Allah aku nak datang lagi.




10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
a) Korea



b) New Zealand



c) India

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
a) Kenangan bercuti di Turkey. Ada mamat Turkey ni nak berkenalan dengan aku. Siap mintak email address lagi. Huhuhu...aku mcm tak berminat masa tu.....then aku bagi email tipu yang tidak wujud langsung. Hahaha....kesiankan mamat tu.
b) Kenangan semasa di Amsterdam. Aku taknak citer di sini sebab ia terlalu peribadi...biarlah ia menjadi kenangan manis dalam hidup aku...ahakssss
c) Kenangan di Turkey - aku hampir ditinggalkan bas sebab terlalu asyik mengambil gambar. Pastu siap kena gelak dengan ahli rombongan...then kena denda...heheheh.
d) Kenangan di Melbourne - pertama kali aku melihat ladang bunga tulip. Ya Allah....kenangan yang sangat manis. Pulak tu masa tu orang takda di kawasan tu sebab hujan. So, aku rasakan seperti ladang tu aku yg punya. Aku boleh buat apa sahaja tanpa sebarang gangguan.
e) Kenangan di Swiss. Pertama kali pegang snow. Sampai ajer aku terus menggolek-golekkan badan aku di atas timbunan salji. Mat salleh kat sana gelak2 ajer tengok telatah aku..hehehe.
f) Kenangan di Edinburgh. Tetiba salji turun dengan lebatnya di depan mata aku...padahal masa tu dah masuk musim Spring. Kenangan yang sangat indah.

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
a) Semasa di Hadyai - ketika aku mengikuti rombongan bas ke Bangkok dan singgah bermalam di hadyai masa nak balik. Tetiba masa bangun pagi nak balik esoknya....hadyai dilanda banjir yg amat dahsyat. 4 hari 4 malam aku tidur di hotel tanpa air, elektrik dan talian telefon. memang sangat pahit kenangan ini.
b) Semasa di Beijing - aku kehilangan duit sejumlah RM700 semasa sedang shopping. Panik giler masa tu. Duit tu aku masukkan ke dalam envelope. alhamdulillah ada seorang hamba Allah juga org malaysia yg membawa rombongan daripada Kedah telah menjumpai envelope itu. Dengan budi baik pertolongan tourist guide aku...akhirnya aku jumpa jugak duit tu.
c) Semasa di Melbourne - ketika itu di ladang bunga tulip. Nak naik bas balik ke hotel. Kami menunggu bas lebih daripada sejam di tepi jalan besar yg dikelilingi oleh hutan dan ladang bunga tulip. Hujan dan kesejukan terlampau ketika itu. Aku rasa mcm nak rebah ajer sebab menahan kesejukan. Pulak tu pakai baju nipis....aduhhhh azab betul.
d) Semasa di Ho Chi Minh - aku bengang dengan org Vietnam yg sangat kurang ajar. Sehinggakan aku dah tak boleh tengok muka dorang especially peristiwa di airport masa nak balik.
e) Semasa di London - aku panik sebab excess baggage sehingga 10 kg. Giler tak??? Sib baik aku kena bayar dalam 5 kg ajer. Dalam pound uolsssss.....so sila convert ke ringgit Malaysia.


13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Apabila aku berada di negara orang...perkara pertama yang mesti cuba ialah makanan tempatan negara tersebut. Kalau itu negara Muslim memang takda masalah aku nak cuba.

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya



kebab di Edinburgh. Aku ni memang suka kebab....tak kiralah kat mana sajer aku sampai...aku tetap nak cari kebab. Turkish kebab memang ada di mana-mana negara...cuma yg membezakan rasanya dan cara persembahannya

kebab di Swiss. Kebab ini digulung dengan pita bread. Sangat sedap...cumanya kat sana takda cili sos mcm kat negera kita.


kebab di Swiss. Kebab ini dimakan dengan roti.

Fish and Chips di London....my favourite food. Kenapa di sini takda fish n chips sesedap di sana? Kalau nak buat sendiri pun boleh sebab banyak choice frozen fish. Cuma kena grill ajer.


kebab with pita bread....pure daripada Turkey. Sedap sangat dengan rotinya yang sangat lembut. I likeee.



tomyam Mak Yah di Bangkok paling sedap aku pernah rasa. Memang pure daripada Thailand.



Sup Tulang Merah di Beach Road, Singapore paling sedap pernah aku rasa. Setiap kali aku gi Singapore...aku mesti singgah makan di sini.



Pho (sebutan Fer) ialah makanan Vietnam yang aku asik makan berulang-ulang kali. Memang sangat sedap uolssss. Dalam sup tu ada kuehteaw, hirisan daging dan sayur2an fresh yg hanya didapati di Vietnam. Dengar cerita sup tu dimasak berjam-jam. ohhh...patutlah sedap.





Nasi timbel dan ikan gurame bakar....my favourite food jika aku dtang ke Indonesia. Ikan gurame ni memang takdapat di negara kita. Rasanya sedap dan lemak.




Part III



15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?


Dua-dua aku guna. Selalunya kalau beg troli aku guna utk letakkan pakaian aku. Backpack pulak aku guna utk letakkan camera DSLR dan netbook. Satu lagi aku ni tak berapa suka nak guna backpack yg besar mcm backpackers tu sebabnya aku tak larat nak pikul beg yg berat di bahu aku. Mak nak bawak badan lagi...pastu nak bawak beg yg berat lagi...ohhh tidak. Baik mak heret ajer beg troli tu....hahahaha.



16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan

nampak tak beg coklat tu? Itulah beg size L aku yg paling besar aku guna. Beg tu selalunya ku guna jika percutian aku melebihi daripada seminggu. Contohnya masa aku gi Europe Trip dan London Trip. Setakat ni baru dua kali beg tu aku guna.

ni pulak beg size M. Beg ini aku guna jika percutian aku tu mengambil masa seminggu. Contohnya ketika aku pergi Melbourne, Indonesia dan Vietnam. Selalunya aku akan bawa juga xtra beg size S yg boleh dimasukkan ke dalam beg ini. So, masa balik aku akan keluargakn beg itu untuk hand luggage. Kalau aku shopping baju2 mahal...aku akan masukkan ke dalam hand luggage.

aku hanya ada 2 backpack. Yang paling kanan tu yang selaku aku guna ...utk letak camera dan netbook. Yang belah kiri tu besar sikit dan selalunya aku gunakan jika aku bercuti ke pulau.




17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti


1) camera DSLR 2) netbook 3) ubat-ubatan




18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
Tiada...sebab bagi aku setiap benda yang aku bawak tu adalah sangat penting.



19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)


Amik gambar tu memang sangatkah wajib sebab aku ni seorang yg suka bergambar. kalau tak bergambar di sesuatu tempat tu bagi aku sangatlah rugi. Melalui gambarlah bukti bahawa aku pernah jejak ke tempat tersebut. Kalau takat amik gambar permandangan aku rasa baik korang jangan pergi melancong. Gambar permandangan kita boleh dapat dimana-mana...google ajer dah kuar. Tapi gambar kita di tempat permandangan tu ada ke????? Satu lagi aku jarang update blog tetapi aku selalu update status di FB. Sedaya upaya aku akan cari Wifi di hotel.




20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?


Lagi mau tanya...sudah tentulah aku seorang yg suka bergambar. Kalau takda sesapa yg tolong amikkan gambar aku....amik gambar sendiri pun aku tak kisah. mak ok ajer!!!!



21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah



terlebih diva semasa di bandar melbourne....hover kan. Aku suka gambar background tu...mcm lukisan.



syok sendiri ala-ala Bollywood semasa di Melbourne. Ada mak kisah kalau ada orang gelakkan...huhuhuu.



seperti ladang bunga tulip ini ana yg punyaaaaa...hahaha. Sakan bergambar ala diva sebab masa ni orang takda pun. Kalau rumput tak basah ...memang aku dah golek2 kat situ...ahaksss


kau mampu??? Aku sempat jadi PA kepada Obama untuk beberapa minit. Korang kena datang London untuk jadi seperti aku u. Diva tak???



semasa di Amsterdam. wahhhh sakan...ala-ala diva jugak ni.



muka excited giler sebab first time pegang snow. So, haruslah beraksi diva kat situ hokay!!
Kononnya....aku sorang ajer yg mampu naik ke atas gunung ni...padahal.....orang tak heran pun hahaha.



Di Oxford Street London. Haruslah bergaya ala artis kan. Padahal...ada org heran ko sapa? hahahaha



muka eksyen nak menunjuk kat MU Fan. Korang sakan fanatik fan MU konon tapi......dah jejak Old Trafford ke? hahaha...ayat tak leh blah.



di ladang biri-biri Northampton....konon aku ni tokeh ladang. So, nak posing ala-ala tokeh melawat ladang lettiewwww...ahakssss.



semasa di Edinburgh. Ala-ala diva di kelilingi tasik, gunung dan itik...dalam kesejukan yang amat. Padahal seorang manusia pun takda kat situ....minah ni sorang jer yg perasan diva. nak tunjuk kat orang kampung lettiewww.



pegang snow di Edinburgh. Orang lain pun pegang snow tapi taklah beriya2 mcm minah ni ahaksss...







semasa di Turkey. Aku tengok gambar ni mcm ada yg tak kena ajer. Konon nak berlagak ala diva tapi tak berapa nak menjadi...hehehehe.


22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

Jawapan aku ialah YA. Sila lihat gambar-gambar di bawah.



pinggan hiasan adalah perkara wajib yg aku kena cari setiba di negara orang. Setakat ini aku ada lebih kurang 20 jenis piring dari pelbagai negara

pergi ke HRC adalah perkara wajib juga sebab aku nak mencari tshirt dan short glass HRC.

replika kaca ini juga aku wajib cari....Setakat ini tak berapa banyak aku ada...sebab hobi ini start sejak aku gi Europe 2 tahun lepas



keychain juga wajib ...at least satu setiap negara



short glass ini juga wajib bagi setiap negara.

perkara paling wajib ialah mencari Fridge Magnet. Kalau tak jumpa aku akan cari di airport....tak kisahlah walaupun harganya mahal.




23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?


Untuk family aku selalunya belikan tshirt yg ada tulisan negara tu dan FM. Untuk kawan-kawan pula aku belikan sama ada FM juga ataupun keychain.




24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?


Rasanya aku dah nyatakan dalam soalan #22.





Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)


1) Melbourne, Australia - aku suka sebab bandarnya bersih, teratur, suasana tenang dan rakyatnya juga baik iaitu sentiasa cuba untuk membantu tourist jika bertanya mengenai sesuatu tempat. Contohnya.....banyak kali juga aku ditegur oleh rakyat Australia yg ingin mengambilkan gambar aku berdua dengan kawanku. Padahal aku takda pun mintak dorang ambilkan. Hotel bersih dan sangat selesa.


2) Switzerland - negara yg sangat cantik dan sesuai untuk pergi berbulan madu. Jika kita berada di dalam sesuatu kampung di lereng-lereng gunung tu....suasananya sangat tenang, sejuk dan fresh. satu lagi...mereka mengambil berat soal kebersihan. Selalu nampak couples yg dah tua jalan berpimpin tangan...very loving couple.


3) Bali - tempat paling selamat di Indonesia berbanding daerah lain. sebabnya aku tengok...org Bali ni kebanyakkannya baik2 belaka. Mungkin atas faktor....tourism adalah periuk nasi mereka dan mereka kena hormat pelancong. Satu lagi...kebanyakkan daripada mereka kuat berpegang pada agama yg dianut. Orang kata...tak kiralah agama apa sekalipun....jika org tu kuat agama...mereka dikalangan orang2 yg baik. Aku sangat impresed dengan seni kraftangan Bali. Mereka ni terdiri daripada orang2 yg sangat kreatif. I like this place.


26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel


Saya berangan ingin menjelajah seluruh dunia dan mengerjakan haji yg wajib sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.



Soalan Bonus :Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)

pertama kali aku ke tanah suci Mekah....kenangan yg sangat indah.

pertama kali aku jejak London...bandar yg aku idamkan sejak kecil lagi. dan cop stamp tu menunjukkan aku dah jejak 2 kali ke tempat ini

tarikh aku pergi ke Europe country dan balik dari sana. Kenangan indah semuanya


Fuhhhhhh.......mcm nak pitam mak buat assignment ni. Ohhhh Fatt...berapa markah ko nak bgi aku ni??? Ahaaksssss.