Ads

October 3, 2013

Day 2 : Sydney Trip 2013 - Blue Mountain


Salam semua.
Welcome to Blue Mountain National Park. Nampaknya dah pun sampai ke tempat yang ditujui. Sebaik kami jejakkan diri di sini....sudah terasa angin bertiup...fuhhh sejuk giler. Jom kita sarungkan jacket yea kawan-kawan. Untuk pengetahuan semua Blue Mountain ini terletak di tempat tinggi....tengok namanya pun dah tau....mountain kan. Ada beberapa tempat menarik yang terdapat di Blue Mountain ni.

The Blue Mountains is a mountainous region in New South Wales, Australia. It borders on Sydney’s metropolitan area, its foothills starting about 50 kilometres (31 mi) west of the state capital. The public's understanding of the extent of the Blue Mountains is varied, as it forms only part of an extensive mountainous area associated with the Great Dividin g Range. Officially the Blue Mountains is bounded by the Nepean and Hawkesbury Rivers in the east, the Coxs River and Lake Burragorang to the west and south, and the Wolgan and Colo Rivers to the north. Geologically, it is situated in the central parts of the Sydney Basin.


Station Katoomba....berhenti di station ini.

agak sunyi di kawasan ini....tak ramai penduduk tetapi ramai tourist.

ahli-ahli jemaah yg vogue

amboi lagak mcm tgh nak tahan train....padahal baru jer sampai huhuhuhu

six roses yang vogue...bab melaram...bergaya...berposing....kamilah juara hahaha.

berjalan kaki menuju ke Carrington Place...melintas jalan depan kedai-kedai ni. Depan ni ada  bus Hop On Hop Off tapi jangan naik bas ni.


Sebaik kami sampai di Katoomba Station. Kami berjalan kaki di bawah terowong dan melintas jalan ke Carrington Place. Sebabnya kami kena naik satu lagi bas untuk berjalan-jalan sekitar tourist attraction di sini. Ambil bas warna coklat (Troleybus) yang berhenti betul-betul di hadapan Carrington Place. Bas ini setiap 30 minit. 

Guna kad Daypass yang AUD22 tu....tunjuk jer kad tu kat driver bus. Bas akan bawa kami jalan-jalan di sekeliling Blue Mountain ini. Attraction place di sini seperti Echo Point, Scenic World dan Chocolate Factory. 


sebaik nampak Carrington Place ni....jom lintas jalan

bas stand ini terletak di depan Carrington Place tadi. Tunggu bas warna coklat di sini. Bas akan datang setiap 30 minit.

yahooo dah dapat naik bas. First station kami ialah di Echo Point.

Ramai betul tourist masa kami sampai ni. Nak bergambar di tulisan Echo Point ni pun berebut-rebut.

orang dah reda barulah ahkak dapat bergambar di sini...gigih tuuuuu...



nice view



The Three Sisters is the Blue Mountains’ most spectacular landmark. Located at Echo Point Katoomba, around 2.5 kilometres from the Great Western Highway, this iconic visitor attraction is experienced by millions of people each year. 

The Aboriginal dream-time legend has it that three sisters, 'Meehni', 'Wimlah' and Gunnedoo' lived in the Jamison Valley as members of the Katoomba tribe. These beautiful young ladies had fallen in love with three brothers from the Nepean tribe, yet tribal law forbade them to marry.The brothers were not happy to accept this law and so decided to use force to capture the three sisters causing a major tribal battle.

memang amazing The Three Sisters ni......one of the World Heritage


permandangan luas di hadapan sana.

warna-warni kami six roses .... di lookout point The Three Sisters..ehhh tetiba nampak seekor kumbang dikelilingi bunga. Nama dia Syawal....kami jumpa dia di airport semalam...kebetulan dia pun stay kat Malaysia Hall. So...dia berbesar hati nak join ahkak2 vogue ni. 

with our superwoman Norlia yang menjadi heroin memandu kereta sepanjang di NZ.

sangat cantikkkk.....betapa indahnya bumi ciptaan Allah. 

puas bergambar dan menikmati panorama indah di Echo Point....kami naik bas semula nak bergerak ke destinasi seterusnya.....kami nak pi Choc Factory. Lihatlah rumah2 yg terdpat di sini........cantikannn. Bunga sakura berkembang indah....very nice spring season here.

pekan di Katoomba

dah sampai Choc Factory....kecik jer tempatnya....ingatkan kilang besauuuu hahaha.

wowww geramnya byk choc di sini....teringat masa bercuti di Belgium tahun 2009 dulu...pelbagai jenis choc yang sedap2. Tapi kena hati2 yea....pastikan cari choc yg tidak bercampur dengan liquor.

kami order hot choc dan choc cake.....tetiba yang sampai....yang ini. Wowwww...nampak agak pelik dan sangat menarik. We just add in the choc into the milk. Siap ada bara api lagi....sentiasa panas dan sangat sedap hokay.

jemput minum....aku order milk hot chocolate.

masing2 muka teruja...ada yg sibuk mengocak air susu+coklat... ada yg sibuk merakamkan gambar dgn kamera dan hp....aku pulak sibuk merakamkan gambar mereka yg leka dengan mcm2 gaya. Nampak tak muka mereka yang sangat teruja....termasuklah aku ni hahaha.

sejuk sangat di luar ni tauuuu...eksyen tak nak minum dalam kedai. Konon tourist kannn....terketaq2 pegang pinggan kek tu....sejukkkkkk.

aikkkk...kak asma malu ke... tunduk ajer......hehehe



Kami balik naik bas dan menuju ke station Katoomba untuk balik ke Sydney. Perut dah lapar......bekalan yang kami bawak pagi tadi nampaknya dah sejuk membeku. So, kami makan nasi goreng ni ramai2 di Station Katoomba. Sejuk giler masa ni,.....tangan terketaq2 menyuapkan makanan ke mulut. Makan nasi tak habis sebab tak tahan sejuk yng amat. Ketika ini jam menunjukkan pukul 3 petang.

Kami naik train dan balik ke Sydney menuju Central Station. Kepenatan kami dalam train...kononnya nak tidurlah sebab perjalanan mengambil masa 2 jam. Tetapi.....ada sesuatu yang terjadi di dalam train. Semua orang dalam gerabak train tak dapat melelapkan mata dan rehat dengan selesa.....kenapakahhhhh tu???? Rasa gerammmm....benganggg....sakithati......semuanyaaa ada masa ni. Nak tau cerita selanjutnya...... tungguuuuuuu next entry. Sajer kasi suspennnn...


p/s - kulit muka dan badan masih kering angkara trip ini...uhukkkkk



October 2, 2013

Day 1 : Sydney Trip 2013 - Malaysia Hall & Central Station


Salam semua.
Hari ini mood okay untuk berblogging sebab teruja tengok gambar2 semasa percutian Sydney & NZ ni. Terus semangat membara nak update blog hahaha...propa sangat kan!!!!. Sebenarnya kena gi travel barulah ada semangat nak update blog....kalau tidakkk.....jangan harap!!! Entahlah...sejak balik dari bercuti ni aku jadi pemalas pun iya...malas nak kuar umah sebab panas hehehe. Duk oversea best sebab sejuk jerrkkkk. Entah bila mesia nak turun salji ni yea.

Kita lupakan bab merapu tu yea. Jom kita citer pasal Sydney trip ni. Plan asal memang aku nak pi New Zealand sahaja dengan teman2 seperjuangan. Tetapi bila dipikirkan semula....ada baiknya kita singgah Sydney kejap dan sambung ke NZ lepas tu. Dapatlah jugak merasa 2 negara sekali gus. Budget agak banyak jugak....takpa kita plan lambat lagi. So maknanya trip ini telah dirancang 2 tahun yang lepas dan syukur alhamdulillah perancangan berjalan dengan lancar. At least ada masa untuk kumpul duit dan plan secara terperinci.

Ahli jemaah percutian ini seramai 6 orang termasuk aku....semuanya teman2 baru kenal  kecuali Siti yang aku dah biasa bercuti dengan dia sebelum ini.Semuanya okay...sekepala dan sikit lebih kurang.....alhamdulillah. Kami bertolak dari KL menuju ke Sydney dengan menaiki penerbangan AA...beli masa offer dapatlah murah skit. Penerbangan mengambil masa 8 jam. Yang bestnya.....dalam flite tak ramai orang. Maknanya setiap orang boleh tidur baring dalam tu hehehe....best kannn. Kami sampai di Sydney International Airport pada jam 8 malam waktu sana. Perbezaan waktu ialah 2 jam ke hadapan. 


menanti flite dengan penuh kesabaran.....thanks pada en tunang yang menghantarku ke LCCT. Sian dia kena tinggal 2 minggu....sampai merajuk dia kat aku. Hehehehe....merajuk manja namanya. 

sebaik kami sampai di Sydney Airport. Dah ada transport yang menunggu. Cuba tengok di belakang kami tu ada apa? Jangan terkezut sebab belakang tu ialah tempat simpan beg hokay!!! So dalam mpv tu hanya amik kami penumpang ajer.

Setelah di buat perhitungan dan perkiraan perbelanjaan pergi dan balik dari airport ke tempat penginapan kami ialah ialah AUD25 (RM75) seorang. Anda boleh hubungi Mr Ken +61419638346. Dia akan ambil kita di airport dan hantar ke hotel penginapan....dan balik ke airport pun dia akan amik juga. Untuk pengetahuan semua...kami stay di Malaysia Hall (MH) selama 2 malam. Kalau ada yang nak naik bas dari airport  ke Malaysia Hall pun boleh...tapi agak susah nak heret beg semua. Ni info nak ke Malaysia Hall : Dari airport naik train dan turun di Central Station. Keluar dari bangunan Central Station tu dan pergi ke arah Eddy Avenue (dari bus stand nampak  ada menara jam besar). Ambil bas nombor 373, 377, 374 untuk ke Allison Road (bgtau kat driver). Perjalanan dalam 12 minit. Bila nampak Caltex belah kiri...terus tekan loceng. Malaysia Hall berada di sebelah Caltex.

Rate bilik di MH ialah AUD20 seorang untuk satu malam dan AUD15 untuk service charge/seorang. Deposit seorang ialah AUD50. Wifi takda untuk bukan student tetapi ada disediakan internet di bilik computer.


nice weather keesokkan harinya....alhamdulillah

cerianya kami semua nak gi jalan2....hari ni kami nak ke Blue Mountain

satu bilik untuk 3 orang di tingkat atas....selesa lah jugak untuk stay 2 malam di sini. Harga pun murah berbanding kalau kami stay di hotel. 

ni hall di tingkat bawah....

pintu masuk ke Malaysia Hall

tempat makan aka tempat study utk student. Kami menunggu breakfast daripada Hang Kuah. Siapakah Hang Kuah tu? Dia ialah student Malaysia yang meniaga makanan mesia kepada student....kami yg bukan student pun nak order jugak hehehe. Kami dah booking food selama 2 hari berada di Sydney sejak di KL lagi. So Hang Kuah akan bagi menu2 yang kami nak. Kami order untuk breakfast, lunch and dinner sahaja. Jam 6.30 pagi dia datang ke MH untuk hantar brekafast dan lunch. Untuk lunch tu...kami tapau masuk dalam beg. Manakala untuk dinner dia hantar belah malam sebaik kami balik ke MH. Harganya murah hokay...lebih kurang AUD5 utk satu meal. Untuk delivery dia charge AUD1 sahaja. Kalau makan di kedai luar lebih kurang AUD15 sekali makan uolsss.


sabar menanti Hang Kuah sampai. Perut dah lapau niiii,.....hehehe

2 orang lelaki yang berdiri tulah Hang Kuah.....student Msia di Sydney. 

pagi tu kami makan meehoon.....alhamdulillah kenyang.

jom kita naik bas ke Central Station. Masa ni kami belum beli kad daypass lagi...so kena bayar lebih kurang AUS3.80 ke Central Station.

suasana di dalam bas menuju ke Central Station.



kena beli kad ini di kaunter Central Station dengan harga AUD22....kami stay di sini 2 hari ajer....so berbaloi kalau guna kad ini. Kad ini boleh digunakan untuk menaiki bas, train dan cruise. Valid sehari sahaja hingga jam 4 am. 


choiiiii.....style aku jika berada di oversea. Selesa pakai serkup ajer....yang penting menutup aurat.

Dah sampai Central Station.....jom cari platform untuk ke Katoomba. Jika hendak ke Blue Mountain kita kena berhenti di Katoomba Station. Lupalah platform berapa.....no. 4 agaknya. Jangan lupa check di signboard yang tertera di dalam Central Station.

actually aku nak cari phone card untuk buat call ke Msia tetapi tak jumpa....pasrah ajerlah. Terpaksa cari wifi free.....rupa2nya kat Central Station ini ada wifi free....maka berjemaahlah kami beramai2 di sini mengada hp hahaha.

dalam train ke Blue Mountain. Kalau tak silap aku...train ke station Katoomba hanya sejam satu train. So pandai2 lah anda merancang waktu perjalanan anda. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Permandangan sangat menarik dimana kita boleh melihat perkampungan di sini. Rumah depa cantik, luas dan sangat selesa. Udara pun sejuk aman damai. Memang best lah. 

aikkkk...mat saleh ni tersenyum bila lensa dihalakan hehehe.Kami duduk bersepah sebab agak penuh masa ni dalam train. Tapi memang enjoylah.....tenang ajer suasananya.


Penat menaip.....sambung lagi nanti. Banyak lagi citer nak dihighlitekan di sini. Tunggu yea......


p/s - masih bermimpi berada di NZ lagi...hahaha





September 28, 2013

Trip to Sydney and New Zealand 2013


Syukur dengan rezeki ini. Aku baru kembali mengembara di negara orang dengan seribu satu kemanisan  pengalaman. Sebelum aku berceloteh dengan lebih panjang tentang pengembaraan ini...jom layan gambar2 dulu. Kita kasi bakarrr dulu hahahaha.


Blue Mountain - Three Sisters....Sydney Australia

Opera House - Sydney Australia


Ashburton, South Island New Zealand


South Island, New Zealand

Lake Tekapo, New Zealand

Lake Pukaki, New Zealand


Lake Waitaki, New Zealand


Dunedin, New Zealand

Milford Sound, New Zealand

The Remarkables, Queenstown New Zealand

Queenstown, New Zealand.


Ada 2 lagi bandar besar yang sempat singgah ialah Christchurch di South Island dan Auckland di North Island, New Zealand. Cerita lanjut tentang pengembaraan ini pada entry akan datang...tungguuuuuuuuuuu.


p/s - counting days....my big day Insya Allah.