Ads

August 14, 2012

Sekitar Ramadan Iftar 2012


Salam.
Mood raya dah datang. Kat opis ni pun dah terasa suasana Hari Raya. Lagu raya sana sini, yang hantar kueh raya pun ada, yang tukar duit raya lagi...macam-macam lah. Lagi sehari ajer aku akan bekerja...pastu terus cuit panjang yehaaaa. Cuti awal sebab nak buat kek....alhamdulillah ada tempahan moist choc cake tahun ni walaupun aku tak buat apa2 promosi pun. Ikutkan memang malas nak buat tapi atas permintaan regular customer...on ajer lah.

Aku nak citer pasal buka puasa yang aku attend selama sebulan berpuasa ni. Semuanya dengan kawan-kawan. Dengan family berbuka di rumah ajer. Bonda ku kata membazir ajer makan di luar...baik dia masakkan macam-macam lagi puashati dan berbaloi. Jimat pun iyea. Oklah ma....anakanda turutkan kata ajer. 

Ingat tak aku ada kata nak beraya di negara orang tahun ni...huhuhu. Plan asal raya kedua nak chowww huhuhu. Malas nak beraya sebab aku bukannya ada family sendiri. Hmmm...terpaksa ubah plan sebab tak sampai hati. Aku masih ada ibu dan tak baik tinggalkan dia mcm tu. Oklah lain kali ajer travel. Masa beraya ni lah kita nak jumpa family, sedara mara dan rakan taulan. Kalau nak gi travel....bila2 pun boleh gi...tul tak?

Jom tengok gambar-gambar aku berbuka dengan teman-teman. 


 First berbuka di luar ialah di Ketam Village Steamboat kat Ikano bersama teman-teman. Ampun Ajim...ahkak cilok pic ni kat blog hang tanpa izin hehehe. Mekasih yea.

 aku pilih seafood...nyum nyum

 selain drpd Azim....Sepul dan Nita pun joint gak. Ada lagi 2 orang teman Azim turut ada.

 steamboat kat sini ialah individual set iaitu setiap orang ada bekas steamboat masing-masing.

 dah lama tak borak-borak dengan nita....mcm2 citer ada kan hehehe. Tapi...biarlah rahsia. 

 Ajim dan Sepul. Alamak gambar Umar kentang takda plak masa ni.

 jom aku tunjukkan camana nak masak steamboat....hikhik

 slurpppppp...sedap.

 yeaaaa ada pic kentang di situ. Masa ni dah nak balik. Mekasih semua. Thanks to Azim sebab jemput akak joint berbuka dan thanks atas pemberian choc yg sedap itiewwwww. Selamat Hari Raya!!

Pastu next tempat berbuka ialah makan nasi arab mandy with grilled chicken dengan seorang teman di Khimat Hadramaout Ampang. Sedap gilakkkk. Terima kasih kepada teman itu.

 The next day berbuka di luar juga dengan teman baikku Azuan dan Kamarul di Q Thai Steamboat. Kali kedua aku makan steamboat bulan puasa ni. Gambar lupa nak amik. Ni pic masa aku pi dengan family last year.

Makan luar lagi uolssss. Kali ni dengan teman sepejabat. Mendapat jemputan berbuka di Residence Hotel, Bangi. Berbuka bersama team majalah Mangga. Thanks pada company yg belanja tu. Ada kambing panggang uolssss...slurrpsss sedap. Aku suka berbuka di sini sebab banyak pilihan makanan. 


Then next day pulak berbuka di KL Hilton bersama teman sepejabat. Juga mendapat jemputan. Thanks pada company yg belanja ni. Makanan biasa-biasa ajer walaupun 6 star hotel.

Yang ni plak berbuka dengan team Cabaran Sihat musim 2 yang diadakan di Tupai-Tupai Bangi. Makan steamboat lagi huhuhu. Aku rasa mcm dah muak makan steamboat. Makanan lain pun ada masa ni. Cuma choice of food not varieties compare branch yg kat KL tu. Thanks to team Cabaran Sihat yg hadir. Sayang kamu semua.

tadaaaaaaaaaaa....dapat cake lagi masa berbuka puasa tu. Pemberian daripada Zuhara peserta Cabaran Sihat yg menang tempat ketiga. Thanks dik !!!! Sedap cake ni.


ok habis sudah cerita berbuka puasa di luar. Kali ni aku memang malas nak bawak camera ke mana-mana. Snap pakai hp ajer. Oklah tu kan.


p/s - Mood rayaaaaaaa



August 13, 2012

Shopping Raya & Pasar Ramadhan 2012


Salam semua.
Lagi beberapa hari ajer lagi kita nak sambut lebaran. Camana dengan persiapan raya uolss? Tahun ni aku beraya agak sakan jugak sebab serba serbi tukar baru. Sajer jer untuk memenuhi impian bondaku. Takpalah.....yang penting aku bisa buat bondaku tersenyum di pagi raya. Ingat susah ke nak dapat pahala lebih....apa yg ibu kita request kita cuba penuhi untuk dia. Insya Allah senang ajer dapat pahala. Apa yg baru agaknya yea?? hahaha...surpriseee!!!

Oklah aku bocorkan rahsia satu benda ajer. Tahun ni aku berhabisan untuk menukar langsir baru. Langsir lama dah 3 tahun tak bertukar dik non. Pejam mata kuar duit beli langsir. Di mana?? Masa first weekend berpuasa aku dah redah Jalan TAR semata-mata nak mencari langsir. Kami jahit sendiri ajer. Tahun-tahun dulu langsir rumah aku semuanya beli di Jakarta (sebb dulu tiap tahun pi Jakarta mcm balik kampung :p). Tapi kali ni beli di KL ajor lahhh. Aku pun dah bertahun-tahun tak pi Jakarta...camnolah nak beli di sana. Beli di kamdar ajerlah tahun ni huhuhu. Aku suka beli kat Jakarta...sebabnya murah dan design cantik.

Lebih kurang 2 jam jugaklah aku dan adik ipar aku menenggek kat Kamdar tu mencari langsir...akhirnya jumpa yg berkenan di hati.. Syukurrr. Pastu....kami gi area Wisma Yakin sebab nak mencari baju melayu dan songkok my nephew. Baju melayu ni kena beli awal sebab takut saiz dan warna yg kita nak dah habis. Alhamdulillah jumpa jugak yg berkenan di hati...walaupun berjam-jam lamanya mencari.....letih ahkak!!!! Tempat lain kami tak singgah sebab dah keletihan. Nampak orang jual air tebu...aku dah jadi tak betul terliur mcm budak-budak. Sumpahh...dahaga giler masa tu. Tulah dia penangan shopping di Jalan TAR. Cukup...mak dah tak sanggup nak redah sana.


 first weekend of Ramadhan...orang tak berapa ramai lagi. Ni di area Wisma Yakin

 Akhirnya membeli baju melayu my nephew di kedai Omar Ali sebab dapat diskaun 50%

 dalam ni dah sesak.....aku dah start tak selesa....tak sanggup nak redah dalam lagi. 

 macam2 jenis kain baju melayu ada di jual...kalau kain mahal maka harganya pun mahal skit.

 butang baju melayu pun kena cari jugak


___________________________________________________


Ok habis kisah shopping di Jalan TAR. Ni nak citer pasal Pasar Ramadan plak. Kat area rumah aku ni ada 2 ajer Pasar Ramadan yg paling dekat dengan rumah dan paling best. Yang paling best ialah Pasar Ramadan Desa Pandan. Agaknya apa yg best yea? Aku kalau pi sini nak cari satu benda ajer...iaitu Pak Ya Popia Power. Kalau nak cari popia basah yg paling sedap di dunia ialah di sini. Memang terkenal lah. Kalau nak beli memang tak sah kalau tak beratur panjang. Aku suka popia di sini sebab intinya sedap, kulit popianya sedap dan sambalnya pun sedap. Harganya ialah RM1.00. Makan satu dah kenyang...sampaikan nak makan nasi pun tak boleh dah.

Satu lagi Pasar Ramadan yang best kat tempat aku ni ialah kat Pasar Muhibbah Taman Nirwana. Kat sini pun ada yg best. Kat sebelah pasar ni ada gerai jual Roti John paling sedap di dunia. Kena tunggu sejam lebih baru boleh dapat. Tak percaya? Korang cubalah dtg ke sini. Hari biasa pun boleh datang sebab abang ni meniaga boleh dikatakan setiap hari kalau bukan musim bulan Ramadan. Kedainya di depan Pasaraya Mariam sebelah Pasar Mubibbah Taman Nirwana ni. Kesimpulannya...bulan puasa ni aku tak dapat peluang nak merasa roti john abg ni sebab tak kuasa nak menunggu sampai sejam lebih. Babai.....tunggu after raya ajerlah kalau nak sangat merasa.


 ni dia popia pak ya yg terkenal di Pasar Ramadan Desa Pandan

 tingginya popia goreng ni.....pun sedap.

 nampak rupa popia ni mcm tak cantik...tetapi rasanya tersangatlah sedap dan sangat mengenyangkan kalau makan satu sahaja.

juadah berbuka nasi lemak sotong, ayam goreng, sayur kangkung masakan bondaku...dan juga popia pakya dan tepung pelita. Shedappppppppppppp!!!


Next entry aku nak citer pasal lokasi aku berbuka puasa di luar bersama teman-teman. Tungguuuuuuuuuuuu!!! Kalau sempat aku nak habiskan tulis kisah berpuasa ni sebelum raya. Adoiiii...letih ahkak!!


p/s - dam dam dum bunyi mercun......




August 9, 2012

Birthday Gifts - Thanks!!!!


Salam semua.
Entry kali ni nak share dengan semua besday gift yang aku terima daripada kawan-kawan tersayang. Terharu dan diucapkan terima kasih banyak-banyak tidak terhingga. May Allah bless kamu semua dan semoga dimurahkan rezeki. Tahun depan boleh lah bagi lagi...ehhhh (tetiba!!)

Bila dah lama tak update blog tetiba aku rasa stuck tak tau nak tulis apa di dalam blog ini. Idea kontang habis. Padahal dalam hati ni meronta-ronta nak menulis macam-macam benda. Agaknya bila tengah berpuasa ni.....badan letih...otak pun letih. 

ok jom kita tengok....


 beg yg cantik ini pemberian teman yg baru dikenali Puteri Sharifah yg juga peserta Cabaran Sihat Musim 2. Thank Puteri....cantik sgt beg ni. Suka tengok colour tu.

kain ela baju kurung yg cantik dan menepati taste aku. Pemberian my lovely cousin Kak Dalila. Tidak lupa juga CD - The Jane Austen Collection. Thanks kak...may Allah bless you.

 3 set towel brand Akemi ini pemberian my lovely adik - Shima.....thanks dear!!!! Muahh muahh ....bertambah koleksi towel ahkak hehehe.

 cantik betul design kain batik tiga serangkai ni. Pemberian my lovely adik - Mya. Plan nak buat kain dan match dengan baju polos. Thanks mya!!!

 brooch yg berkilau-kilauan ini pemberian teman tersayang Nani. Thanks dear friend....cantik brooch ni.

ni pulak teddy bear comel dan brooch pemberian teman office kak Rosecun....thanks kak!!!


Ok itu ajer citer pasal besday...walaupun citer ni dah basi. Esok kalau aku ada masa...aku try citer pasal kisah puasa pulak. Ehhh....sekejap ajer dah nak raya kan. Next week dah start cuti awal sebab nak buat moist choc cake yg ditempah oleh teman-teman. 


p/s - tahun ke lapan beraya tanpa papa tersayang. Rindu dengan arwah :(



August 2, 2012

Part 3 : Majlis Cukur Jambul Ariesya & Hari Lahirku @ Kelab Darul Ehsan



Salam Ramadan Hari ke-13.
Kejap ajer kan dah masuk hari ke 13. Rasanya baru ajer start puasa hari tu. Ada lebih kurang 2 minggu lagi kita nak berhari raya dan meninggalkan Ramadan. Sedih plak rasanya. Adakah kita akan berjumpa lagi Ramadan di tahun hadapan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Ok sambung lagi citer majlis ni. Kali ni nak citer pasal besday ku plak hehehe. Sebab kebetulan majlis cukur jambul Ariesya di buat pada tarikh lahir ku....jadi apa kata kita celebrate sekali. Aku pun rasanya dah lama tak celebrate besday ramai-ramai mcm ni. Padahal umur makin meningkat tu tapi tetap ada hati nak tiup lilin kannnn hehehe. Abih tu...korang ingat yg nak meniup lilin tu utk owang muda ajer ke? Dulu masa budak2 memang lah selalu tiup lilin utk besday.....terkenang zaman muda-muda ahakss.

Kepada teman-teman lain yang aku tak jemput tu minta maaf banyak-banyak sebab majlis ni pun aku tumpang majlis anak buah. Segan nak jemput ramai-ramai. tetamu terhad pada 200 orang sahaja. Yang ramai tetamu my bro lah. So, aku hanya sempat jemput teman2 yg selalu jumpa ajer...mostly teman2 sepejabat. Yang lain-lain tu sedara-mara dan sepupu aku. Lain kali kalau ada rezeki lebih dan tetiba terasa muda nak tiup lilin lagi aku akan jemput teman-teman lain semua termasuk teman-teman blogger yg disayangi. Jom kita tengok gambar.


my nephews yg 3 orang ni tetap nak duduk depan kek...sian Rayyan tak nampak...so aku terpaksa dukung dia.

segan pun ada masa ni....sebab ramai2 nyanyikan happy besday...thanks semua.

akhirnya aku turunkan anak buahku Rayyan ke bawah...sebab tak larat nak dukung dia...berat!!! hahaha

tiup ala-ala slow motion.......mcm retis lah konon



red velvet cake yg sangat sedap.

bersama kak rose dan mai...teman office

ni plak bersama kak rosecun teman office jugak. Thanks for the besday gift.

bersama my bro izuan dan anaknya Daniel

bersama my cousin kak dalila. Thanks for the besday gift kak!!

bersama teman-teman blogger ...Sepul  + Nita + Umar dan juga Qis + Burn. Muahhhh....thanks uolss.

sessi memotong cake utk tetamu

thanks semua...kak zila, kak rose, kak yong and mai. Muahh muahh

thanks to my auntie, cousins, anak sedara dan semua sedara mara yg hadir

 thanks to my adik sayang Maya......muah muahh. Thanks for the besday gift dear.

 thanks to Reza and Shima......muahh muahh. Thanks for the besday gift shima.

bersama Maya, "Remy Ishak" and Irfan.......thanks semua

 with my beloved family. Anak buah lagi 4 orang takda dalam gambar. 2 orang tengah tidur dan 2 orang lagi entah main ke mana. Hanya Rayyan ajer ada....daddy dukung.

 love my family so much. Tanpa mereka...entah apa akan jadi pada diri ku.

 saki baki red velvet untuk tuan rumah. Special order dari Kitchen Studio Jamu Mak Dara

gift untuk tetamu...dalam tu ada butter cake.


Alhamdulillah habis sudah update majlis ini. Tu diaaaa....sampai 3 part aku wat entry majlis ni. Tu pun ada lagi pic yg aku tapis-tapis tak masuk dalam ni. Btw....thanks sgt2 pada yg hadir. Bila tetamu yg dijemput datang pada majlis kita maknanya dia ingat pada kita dan menghargai jemputan kita. Kepada yg tak hadir dgn seribu alasan...hmmmm tak mau cakap apa. Pas ni.....tak mau jemput lagi. Masa ni kita nilai mana satu kawan ada sebab tertentu dan mana satu kawan susah senang bersama.


p/s - next entry pasal kisah puasa plak yea.