Ads

June 15, 2011

Part 2 - JB-Singapore Tour : Esplanade & Merlion




Sambung lagi. Dari Vivo City kami terus bergerak ke Esplanade Singapore...jalan kaki sikit nak tengok singa yang kuar air tu - Merlion. Mula-mula kami berpusing-pusing gak kat area ni sebab tersalah jalan (walaupun pakai GPS..hehehe). Puncanya sebab kami tak berapa pasti nak parking kat mana. Kat GPS tu tulis mcm-mcm tempat kat Esplanade tu....park lah....hotel lah.


So, finally kami sampai jua dan ternampak arrow ke parking Esplanade. Fuhhhh...lega. Masa ni dah jam 5 lebih jugak. Risau dah malam nanti...melepas aku nak bergambor dengan singa air ni...huhuhu. Setiap kali gi Singapore asik terlepas ajer nak singgah sini...masa terhad and rushing sangat.


Masuk Esplanade....nampak ada tulisan "Singapore Arts Festival 2011". Kat sini juga diadakan pelbagai aktiviti kesenian seperti teater, pameran arts dan macam-macam lagi. Umpamanya segala kegiatan kesenian memang berlangsung di sini. Rasanya konsert2 artis terkenal pun berlangsung di sini....i think so :p.


Ok...kami kena jalan sedikit untuk sampai ke Merlion itu. Sambil berjalan...kami snapping sana sini. Cuaca pulak mcm mendung ajer....so kualiti gambar agak berkabur tidak begitu terang. Ke orang yg ambil gambar tu memang tak pandai nak setting camera...hahahah. Pandai jerrrr!!!!!!


snapping sana sini...
bangunan pencakar langit kelihatan di sebelah kanan jalanraya


Marina Bay Sands Hotel...perrghhhh menakjubkan!!!!..ada pulak sampan atas bangunan tu ahaksss





aku mcm jakun skit masa ni...sebab first time aku sampai....oklah cantik


Singapore Esplanade...mcm bentuk buah durian


ini pulak anak singa air....Little Merlion





ketika ini musim cuti sekolah di sini...makanya orang ramai dan pelancong pun ramai gitu. Ehhh...ehhhh... i pun pelancong tauuuuuuu!!! :p






cantiklah permandangan ini...dikelilingi oleh bangunan pencakar langit....





aku di sisi Marina Bay Sands Hotel....hmmm tak mampu aku nak stay kat hotel ini. Tengok dari jauh ajerlah yeaa.....





saat gembira...... terima kasih teman :(


tetapi yg sedihnyaaa.....merlion ini tidak mengeluarkan air dari mulutnyaa...sedih aku tau!!!!. kebetulan pulak tengah renovation. Sajer jer nak suruh aku datang lagi tauuuuuuu ~~~~



i like this pic.....coz aku ternampak bangunan tinggi Maybank.....bangga jap sebagai rakyat Mesia...



kalau nak naik cruise pun boleh....tapi aku tak tau berapa harganya.


satu lagi bangunan pencakar langit di sebelah kiri




ok habis pasal merlion......next entry kita tengok pulak apa yg aku makan kat sini.....tungguuuuuuuu


p/s - hairan!! manusia dihukum kerana satu kesalahan tetapi mereka tidak melihat berapa banyak kebaikan kita selama ini pada dia.....pasrah ajerlah. Sekarang orang buat kita....takpa jangan balas apa-apa. Manusia yang bersabar tinggi darjatnya disisi Allah dan Allah sayang.







June 13, 2011

Part 1 - JB-Singapore Tour : JB & Vivo City Singapore




Sekali lagi aku bersiaran di Johor Bahru dan Singapore. Sebulan yang lepas aku berada di sini dan sekali lagi aku turun ke tempat ini. Kali ini hanya untuk jalan-jalan cari makan di seberang Tambak. Trip kali ini asik terkenang-kenang orang di JB ni ajer. Takpalah semoga dia bahagia dengan kehidupan dia di tempat ini. Aku hanya mampu doakan yang terbaik untuknya. Sedih dan sebak pun ada setiap kali aku pass by his housing area dan setiap kali aku ternampak Toyota Altis colour hitam on the road...terus ingat dia. Sedih banyak kenangan :( miss you so much. Semoga Allah memberikan ku petunjuk yg baik dan kekuatan untuk meneruskan hidup ini Ameen.


Aku pergi ke sini bertiga bersama 2 orang teman. Sampai JB jam 2 pagi dan tidur di Kulai. Pagi tu bersiap untuk ke majlis kahwin kawan Qis di JB. Habis makan kami salin baju yg lebih selesa di masjid yang berdekatan. Now, we are ready for our trip to Singapore by car......day trip ajer. Tujuan utama ialah jalan-jalan cari makan. Terima kasih GPS Garmin yang banyak membantu perjalanan kami sepanjang di Singapore. Tanpa GPS...hmmm tak mungkin kami bawak keta. Naik bas and MRT ajorlah jawabnya. Cuaca ketika ini...panas berdeting perghhhhh.


di majlis kahwin di JB

sudah kenyang....pas ni gi Singapore plak






Lebih kurang jam 3 petang kami bertolak ke Singapore. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa kesesakan di imigresen Causeway Link. Destinasi pertama kami ialah ke Vivo City Shopping Complex...sebelah Sentosa Island ajer. Walaupun tak gi Universal Studio tapi jengok dari jauh pun jadi lah hehehe. Tunggulah next year baru nak ke sana Insya Allah. This was my second time visit this place-Vivo City. Kebetulan pulak ketika ini bermula cuti sekolah di Malaysia dan Singapore dan ada pulak Mega Sales di Singapore. Orang memang ramai di sini. Budget ciput tidak mengizinkan dan hanya window shopping ajor hehehe.


Untuk pengetahuan sesapa yang pertama kami hendak ke Singapore dengan membawa kereta. Semasa di imigresen Singapore anda hendaklah mendapatkan kad Autopass dengan bayaran $10 untuk memasuki Singapore. Kad ini boleh digunakan selama 5 tahun dan boleh digunakan untuk satu kereta itu sahaja. Anda boleh top-up kad ini dimana-mana 7Eleven di sana. Kegunaan kad ini ialah untuk membayar tol sama ada di Causeway Link atau di Tuas Second Link. Juga boleh digunakan untuk membayar parking jika pergi ke mana-mana shopping complex atau parking area yang mempunyai mesin autopass ini.


So, masa kami ke Vivo City ini...tak pening nak pikir camana nak bayar parking. Yang penting duit ada dalam autopass itu. Jika sekiranya duit anda tidak mencukupi ketika anda gunakan kad ini semasa balik dari Singapore untuk bayaran tol.....anda akan dikenakan denda. Duit tol itu akan ditolak semasa kita keluar dari negara itu. So, pastikan autopass anda ada duit hokayy!!!


di Vivo City....penuh dan padat dengan manusia

di luar Vivo City sambil melihat Sentosa Island dari kejauhan....lambai-lambai ajer ahaksss

wahh nampak tak USS tu......jalan menuju ke Universal Studio Sentosa Island


kalau nak gi Pulau Batam.....naik dari sini pun boleh


lepak-lepak jap kat luar jeti tepi Vivo City ini....






saat gembira..... :(


masuk balik dalam bangunan Vivo City ini.....ehhh dapat air coke free...heheheh



menghilangkan dahaga dengan air coke yg free ini......




Bersambung lagi next entry - perjalanan kami ke Singapore Esplanade plak...tunggguuuuuuuuuu






June 12, 2011

Homemade Apam Polkadot & Carrot-Walnut Cake




Apam Polkadot. Dah jadi trend plak skrg orang buat apam ni kan. Sebabnya tarikan pada warna polkadot yang sangat menarik. Warna yang menarik perhatian kanak-kanak. Anak buah aku suka makan...hehehe.


Masa gi kenduri kahwin kat Singapore...dua-dua majlis menyediakan apam polkadot ini. Wahh trend dah sampai ke sana gak. Tapi rasa tak semuanya sama...ada yg sedap...ada yg biasa2 aje. Aku dapatkan resipi apam ni di internet. Korang google ajer type apam polkadot resipi... melambak-lambak keluar. Sama ajer resipinya.


Untuk filling yang aku buat ni...aku letak perisa coklat (coklat Tobleron tu), perisa rasberry dan perisa kaya. Memang sedap setiap satu perisa tu. Cubalah korang buat.


aku pilih 3 warna utama- biru, pink dan hijau.....cantik dan striking


Sangat gigih nak design polkadot pada apam ni dan bila masuk ke dalm mulut kejap jer dah habis. Hmmmm







Then, aku buat pulak carrot cake yg dihias dengan cream cheese dan kacang walnut. Dapat resipi dari teman pejabat yg mengikuti kelas kek. Hmmm...rasanya camana? mestilah sedap...ngeh3 :p




Sekian sahaja entry my food utk hari ini. Al-maklum dah nak masuk bulan Ramadhan ni....terlebih rajin pulak aku mencuba pelbagai jenis cake. Sesaja nak mengisi masa lapang.






Fridge Magnet Collections ......Thank You!!

FM New Zealand - pemberian my bro yg ke negara ini atas urusan kerja. First time aku dapat FM from NZ....suka banget dehh!!. Thank you Izam ~~~~




FM Turkey - juga pemberian my bro yang ke sana atas urusan kerja. Actually aku dah ada byk FM Turkey masa aku melancong ke sana tahun 2008 yang lalu. Orang dah beri amik ajerlah kan. Tapi yang ini cantik dan aku suka banget. Thanks Izam ~~~



FM Scotland - koleksi sendiri semasa ke sana baru-baru ini. Rasanya koleksi ini aku tak jual pada sesapa....khas untuk diri sendiri.



FM Poland - amat jarang kita mendengar orang melancong ke negara Poland ini. Aku pun tak tau ibu negaranya ialah Warszawa..hehehe. Kalau korang nak tau negara ini kalau waktu winter kesejukkannya boleh sampai -30 C ....fuhhhhh pengsan. FM ini adalah pemberian teman baikku di England tu. Baru-baru ini dia melancong ke sana. Sekali 3 ketul FM dia belikan utk aku. Huhuhu...thanks dear... i like it~~~~~




FM Manchester United. Ini juga adalah koleksi aku sendiri. Aku beli masa gi tour ke Manchester United Stadium. Entah lupa berapa harganya. Jadilah kenangan membeli kat sana. Ini jer yg mampu....barang lain aku tak mampu sebab mahal banget kat stadium tu .




FM Krabi - pemberian temanku Burn & Qis. Walaupun aku tak pernah jejak tempat ini tapi oklah dapat gak FM dari sana. Thank you teman ~~~~




FM Sarawak - ini juga koleksi FM yg aku beli sendiri di Kuching baru-baru ini. Sengaja aku pilih gambar makanan sebab ia nampak unik dan jarang kita dapat lihat di mana-mana. FM ini menunjukkan makanan popular di negeri Sarawak. Yesss.... i likeee~~~~




koleksi FM aku yg terbaru. Baru snap ni tau...hehehe. Semuanya ialah FM yg datangnya dari overseas. Sengaja aku split kan dengan FM dalam negara. Aku lekatkan di bahagian sisi kanan fridge.




ini juga koleksi FM overseas yang aku lekatkan di bahagian depan fridge. Aku tak berani nak letak banyak-banyak kat bahagian depan ni coz takut terjatuh dan pecah. Sebab itu FM yang kat atas tu aku letak di bahagian sisi kanan fridge




Koleksi FM dalam negara aku lekatkan di bahagian sisi kiri fridge. Ini ajer koleksi yang ada. Ada yg beli sendiri dan ada yg orang bagi.




Thanks kepada yang bagi FM di atas. Aku amat menghargainya kerana anda memahami apa yang aku suka :)










June 9, 2011

My Hobbies & Interests ~~~~~




Blogging adalah dunia aku. Blogging boleh menceriakan life aku dan mengisi masa lapang aku. Tetapi jika terlalu sibuk sgt.... sehinggakan aku tiada masa untuk berblogging. Aku mencurahkan kegembiraan dan kedukaan di sini. Sebab itu i love blogging!!!



Aku suka makan dan sentiasa mencari tempat makan yang best. Jika aku melancong ke mana-mana negara atau negeri, aku pastikan mencuba makanan popular di tempat tersebut. Makanan yang sedap pasti mendapat pujian untuk aku coretkan di sini. I love food!!!!


Aku suka mencari kenalan baru tidak kiralah kenalan bloggers atau kenalan travellers. Jumpa kenalan baru macam-macam benda boleh kita kongsi bergantung pada interest kenalan tersebut. Boleh chit chat pelbagai perkara. Networking juga bagus sesuai dengan kerjaya aku di bidang marketing. Kalau jumpa kenalan travellers....makin rancak aku berbual. Same interest and same hobby... i likeeee!!!!!



Aku suka menonton teater. I prefer watching theater than movie. Menonton teater lagi nampak real dan penuh dengan penghayatan. Bukan sahaja mereka boleh berlakon...malah boleh menyanyi dan menari dengan baik. Memang sangat-sangat enjoysss!!!!




I love music. Tetapi mesti muzik yang boleh masuk ke telinga aku. Aku enjoy melayan live band. Tetapi masalahnya aku tiada teman yang boleh aku ajak utk layan live band. Layan sorang-sorang tak best beb. Harap lepas ni aku boleh jumpa geng yang boleh menemani aku layan live band.




Hobi paling aku suka ialah melancong. Dengan melancong aku boleh jejak ke negara orang dan mengenal budaya dan gaya hidup mereka. Selain itu aku mewajibkan diri aku mengabadikan kenangan dengan snapping sebanyak gambar yg mungkin. Sambil tu melancong boleh membuatkan aku lupakan sekejap bebanan kerja di office dan melupakan masalah yang lain. Kenangan melancong akan kita simpan sampai bila-bila. My aim ialah menjejaki sebanyak mungkin negara di muka bumi ini.



Hobi ketika melancong ialah mengumpul fridge magnet sebanyak yang mungkin. Aku lagi puas jika FM itu aku dapat daripada negara yang aku jejak sendiri. Aku tak berapa minat mengirim FM dari sesapa jika negara itu aku belum jejak lagi. Jika orang bagi sebagai souvenir tu lain cerita. Kiri kanan fridge aku penuh dengan FM....jawabnya kena beli fridge baru ke...semata2 nak lekatkan FM??????



Koleksi piring hiasan, replika, short glass dan keychain menjadi barangan wajib setiap kali aku pergi ke luar negara. Aku pastikan setiap negara yang aku jejak mesti ada kenangan barang-barang souvenir tersebut. Aku tak kisah menghabiskan duit semata-mata untuk ini. Kenangan souvenir ini kita takkan dapat di negara kita...so hargailah ia dengan membeli almari yg lebih besar. Masalahnya almari aku ni dah padat sangat sehinggakan kepadatan itu nampak semak. Aduhai perlukan aku beli almari baru????




Koleksi HRC short glass adalah barangan wajib jika aku jejak negara yang ada HRC. Sanggup tu cari alamat di internet dan menjejaki cafe ini sehingga dapat. Orang yg suka mengumpul barangan HRC ini ada kelasss tersendiri. Kenangan yg orang lain tidak ada tetapi kita tetap ada.
Gambar di atas ialah koleksi lama. Sekarang koleksi ini telah bertambah.




Satu lagi koleksi tshirt HRC yang aku wajib beli di luar negara. Sanggup tu redah sana sini untuk mendapatkan tshirt ini. Aku pastikan setiap koleksi mempunyai design yang berlainan di setiap negara yang aku pergi. Tetapi ada gak yang sama sebab dah takda choice.




Suka mengumpul perfume. Aku tidak boleh keluar rumah tanpa perfume. Dengan memakai perfume ia memberi confident level yang tinggi. Nak jumpa orang atau client takkan nak biarkan badan kita berbau. Aku tiada specific brand mana yang aku suka. Yang penting baunya sedap dan segar di hidungku. Kalau dapat beli yg sedang offer lagi aku suka...but kena test baunya dulu.





I like baking cake. Dengan syarat mestilah cake yang aku suka. Semestinya choc cake. Dengan baking cake juga aku boleh menambahkan pendapatan sikit-sikit. Alhamdulillah masih ada tempahan yang aku terima. Yang penting anak buah aku amat enjoy dan suka choc cake aku.





I like swimming. Aku ni jenis suka aktiviti dalam air. Tak kiralah swimming ke....snorkeling ke ataupun diving. Pertama kali diving dalam laut ialah semasa aku gi Bali. Pengalaman yang tak dapat aku lupa sampai sekarang. Cuma aku belum dapat jumpa geng yang sama-sama serius nak ambil diving licence. Aktiviti swimming boleh melegakan minda aku. Malah ia bagus untuk kesihatan tubuh badan kita




I love playing squash. Aktiviti sukan ini aku dah lama ceburi sejak 10 tahun lalu. Then aku stop seketika atas sebab aku bertukar ke office baru di KL. Pastu takda geng nak joint aku for this aktiviti. Now, aku dah start semula aktif bermain squash...lagipun dah jumpa geng baru. Kalau takda geng....pukul bola tu sorang2 ke dinding pun okay. Yang penting peluh keluar berjurai-jurai. Good exercise!!!!