Hari ke-3 kami di Jakarta. Lepas breakfast kami menuju ke Tanah Abang for shopping. Dekat aje hotel kami ke sana. Tapi kami amik keputusan untuk naik mikrolite...satu pengangkutan awam yang ringkas dan senang selain bajaj. Mikrolite ni macam van jugak. Hanya bayar Rp1k untuk sampai ke Tanah Abang...dekat yang amat.
Kami terus menuju ke Blok F. Sempat borong telekung, blouse dan kain batik di sini. Kedai-kedai kat Blok F masih di bangunan lama...so agak panas sedikit. Kat sini juga adalah jualan borong. Kalau kita beli dengan kuantiti yang banyak, dapatlah harga murah lagi. Kita kena pandai bargain serendah-rendahnya. Try jugak cakap Indon dengan penjual ni tetapi akhirnya dorang dapat tau gak i ni bukan orang sana. Padahal dah siap-siap pakai tudung cara sana.
Selepas itu, kami jalan depan sikit ke Blok A. Blok A ini terletak di bangunan baru dan di dalamnya ada aircond. Agak selesa sikit berbanding Blok F. Kami terus ke Tingkat 8 for lunch. Ada food court di sini dengan pelbagai jenis makanan. I makan Texas Friend Chicken..saja nak mencuba. Lupalah plak nak snapping kat sini. Dah lapar sangat ler tu.
Di Blok A, kami sempat beli kain lace, langsir, baju kebaya yang dikirim oleh Cik An dan pelbagai jenis tudung yang cantik-cantik belaka. Memang puashati sangat sebab sempat beli mcm-mcm fesyen tudung dengan pelbagai jenis warna. Senang nak matching dengan apa-apa baju. Kebaya kat sini memang cantik. Setiap tahun datang sini, mesti fesyen kebaya akan bertukar ganti. Tu yang i suka sangat. Kain-kain lace pun mcm2 jenis ada....sekarang banyak lace jenis sulam yang memang superb.
Sempat juga menemankan Shafik tolong carikan pakaian pengantin jawa yang akan dipakai di majlis perkahwinannya nanti. Waduh...cantik dan murah banget. Baju dah siap jahit dan beads yang sarat hanya RM100+++ sahaja. Kalau beli kat Malaysia boleh sampai beribu tu. Shafik juga sibuk mencari kain batik jawa yang sesuai untuk dipadankan dengan baju dan kebaya. Siap belangkon tu. Apa tu belangkon??? Topi jawa tu lah. Shafik, ko pakai belangkon tu memang persis orang jowo ler.
Kita jadi giler ler bershopping di Tanah Abang ni. Sehari suntuk kami di sana terasa masa berjalan begitu pantas sekali. Itupun tak banyak floor yang kami pergi jelajah. Lama sangat kat Lantai Dasar untuk beli kain. Next time kalau datang lagi, memang kena gi 2 hari berturut baru boleh cover semua bahagian.
