Ads

September 14, 2016

Day 6 : Incredible India-Kashmir Trip 2016 - Shopping & Fort Agra

Salam semua. Bersua kembali di alam maya. Ada lagi satu entry untuk dihabiskan. Uwaaaaaa.....mcm dah tak larat nak memilih gambar yang banyak itiewwww. Kalau tak byk gambar tak best plak blog ni kekurangan gambar. Aku plak sangat particular bab2 memilih gambar ni. Perlu ditapis sehabis-habisnya. Not simply masuk mana2 gambar. Semoga ku diberi kekuatan utk menghabiskan lagi satu episod dah juga hari terakhir di India.

Sambung hari ke 6 kami di bumi India. 
Nak citer sikit pasal Agra. Penduduk Muslim di sini ialah sebanyak 45% daripada keseluruhan rakyat Agra. Kuantitinya lebih kurang jer dengan bilangan penduduk Hindu. Tour guide kata walaupun mereka berlainan agama tetapi mereka hidup aman damai dan tidak bergaduh pasal agama. Kalau hari raya ...yang Hindu akan datang ziarah rumah penduduk Muslim. Begitu sebaliknya jika mereka menyambut Hari Deepavali. Ada juga terdengar penduduk Hindu dan Muslim bergaduh di India ni tetapi di daerah lain...bukan di Agra.

Masih lagi di Agra. Lepas selesai kami di Taj Mahal...tour guide kata nak bawa kami ke tempat pembuatan hiasan batu marmar yang sangat terkenal di Agra ni. Mereka yang mengukir baru marmar ini adalah keluarga turun temurun yang membuat menumen Taj Mahal itu. Maknanya nenek moyang merekalah yang membina Taj Mahal itu. Wahhh hebatnya yea. Kehebatan mengukir batu marmar turun ke anak cucu. Bukan mudah yea. Memerlukan kreativiti dan kesenian yang semulajadi. Kalau tak minat...jangan mengada nak pegang marmar tu.

Jujur cakap memang cantik sangat. Aku dah terpikat dengan satu piring ni iaitu design taj mahal. Tapikannnn...harganya mahal lah pulak. So....aku lupakan sajer. Kita beli pinggan yang lagi murah lah yeak.

tengoklah betapa teliti mereka membuat ukiran ini


jadi giler tengok pinggan yg cantik2 ni


pilih jgn tak pilih. Jadilah ada 2-3 orang yang membeli dari group kami ni


gigih berbaju kebangsaan di sini muahahaha


Mampu kah korang buat macam ni guna batu marmar. Betul2 gigih kan. Tak taulah berapa harga ni...beribu2 lemon rasanya.



Yang colour tu bukan gunakan ink berwarna yea. Ia juga adalah batu marmar yang semulajadi bercolour.





Then bas bergerak ke kedai saree pulak. Kali ni ialah jenis saree agra. Untuk pengetahuan, di Agra juga terkenal dengan pembuatan saree. Kalau nak dibandingkan saree di Kashmir...di Agra ni lebih cantik dan berkualiti. Harga pulak lebih kurang jer ikut pada kualiti dan design.



Masa kami masuk kedai ni..masing-masing mcm buat dek je tengok kain. Mood penat kot baru lepas meronda dalam Taj Mahal...perut plak tengah laper hehehe. Tapi...lepas sehelai demi sehelai saree dikeluarkan...semua jadi rambang mata. Cantik gilossss. Siap mereka bandingkan harga saree di sini dengan harga di Gulatis. Hahaha...memanglah beza.



Dah shopping jomlah kita balik hotel untuk lunch. Jam 3 petang juga baru kami dapat makan tengahari. Biasalah bila dah sibuk shopping lupa makan semua hehehe. 




Jujur cakap...sepanjang kami berada di India selama 8 hari...makanan ini lah yang paling sedap aku rasa. Namanya ialah Beriyani Ayam Agra. Rempahnya sangat sedap. Kat Malaysia pun tak sesedap ini. Rasanya agak pedas sikit. Memang terbaik. Syabas buat tour guide kami...dia sendiri yang request pada hotel untuk masakkan nasi beriyani untuk kami. Rupanya dia ni berasal dari Agra...patutlah dia tau keistimewaan Beriyani Agra. Lain daerah memang rasa beriyani lain sikit. Tapi Beriyani Agra memang terbaik...Nora bagi 5 bintang!!!!! Aku makan bertambah 2 kali uolssss. En Bos pun sama juga...menambah2 dia makan. Aku siap jumpa manager restaurant tu.....puji beriyani tu sedap.

Lepas makan kami masuk bilik hotel semula untuk bersolat dan terus check out. Masa kami sibuk meletakkan beg2 ke dalam bas...kelihatan begitu ramai penjual FM mengerumuni kami semua. Harga borong FM mereka jual. Tapi kualiti FM tu aku kurang sikitlah. Aku prefer yang jenis baru. Tapi oklah kan kalau jenis batu takda....beli ajerlah jenis ni. Lupalah harganya.

Sebelum balik Delhi aku request pada tour guide untuk bawa kami ke kedai jual souvenir plak sebab aku nak membeli piring hiasan India. Aku kan memang pengumpul pinggan hiasan setiap negara yg aku lawati. Dia kata...okay dia akan bawa.


Tu dia...sampai jer kedai ni semua dah pakat bersila memilih FM idaman hati. Berebut2 masing2 hehehe. Kat sini juga ada jual keychain, piring hiasan dan mcm2 jenis souvenir lagi. Tapi harganya mahalllllllllllll. Aku beli sebijik jer FM jenis batu....harganya RM12 tau tak!!!!! Gilossss. 


Bagusnya tour guide sampai kan bersila sama2 tolong pilihkan untuk Lya.


Semuanya tengah kusyuk memilih. 



Di kedai ini juga ada menjual hiasan rumah lain seperti kusyen cover dan alas meja.


hehehe...berfikir seketika kak zah sama ada nak pilih yang ini atau yg merah tu. Sempat juga aku beli satu alas meja kenangan dari India.



Aku datang balik ke sini...ya ampun masih tak selesai lagi memilih. Nampak tak belakang tu beberapa jenis souvenir yang di jual di sini.


Juice manggo dan tea India pun ada dijual. Bukan itu ajer....segala jenis rempah pun ada. Hari tu dah beli rempah di Kashmir.....kat sini aku beli lagi. Beriyani Agra aku beli jugak. Kalau aku gi mana2 negara...aku memang akan mencari special food negara tersebut...then aku akan cari rempahnya sampai dapat. Then try masak di rumah. 


Kak Leha tengah kusyuk menawar harga dengan pekedai ni. Serius gitiew muka akak heheh. Habis shopping jom kita balik. Entah pukul berapa kita nak sampai di Delhi ni. 5 jam perjalanan pulak tu.


Rupanya kami tak terus balik. Kami singgah pulak ke kedai embroidery di Agra ni. Mereka tunjukkan camana setiap hiasan ini dibuat. Memang sangat rumit dan teliti pembuatannya. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam ni. Tapi En Bos ambil juga gambar curi2...hahaha nakalkan.


demo cara2 membuat hiasan embroidery


Our tour guide. Oh yeaaa rupanya ada satu lagi tempat sejarah kami nak singgah sebelum balik Delhi. Jom tengok gambar2 candid yang sempat dirakamkan dari dalam bas. Semunya di Agra. Agra ni taklah sebesar Delhi...cumanya tarikan utama di sini ialah Taj Mahal. Tapikan aku tengok di sini agak traditional sikit. Jom kita layan gambar2 di bawah.


Tak payah gi klinik gigi. Pi jumpa pakcik ni pun dah ok. Korang sanggup ke? Hahaha.


Pernah jumpa tak lori berlangsir. Ingat bas jer ke ada langsir...Hanya di India okay!!!



Kedai-kedai di tepi jalannya macam ni lah keadaannya. Agak kecil dan dicelah-celah lorong.


Banyak sgt signboard...pening nak baca yg mana satu. Agaknya yang mana satu signboard kedai tu yg sebenar.


salah satu guest house di Agra. 

Di mana ada kenderaan di situlah ada lembu di tengah jalan. So jangan terkeliru yea. Kedai-kedai di sini sangat menghampiri jalanraya. 



tuktuk kenderaan awam di Agra.



Hanya di India


Hanya di India permandangan seperti ini. Unikkan. Ada orang suka tengaok permandangan cantik ajer. Selain tengok permandangan cantik....aku juga suka tengok permandangan pelik mcm ni. Pengalaman yg kita tak dapat lihat di negara sendiri. 



Kami singgah di Fort Agra


Mengikut lagenda, sejarah Agra bermula pada abad ke 11 dan sering bertukar tangan antara pemerintahan Hindu dan Islam. Agra mencapai kegemilangannya semasa pemerintahan Maharaja Akbar yang membina kubu Agra ataupun di panggil Fort Agra. Manakala cucunya Maharaja Shah Jahan membina Taj Mahal.

Fort Agra ini terletak 2.5 km dari Taj Mahal. Tembok di sekeliling kubu ini dibina daripada batu pasir merah seluas 98 ekar. Di dalam kubu ini ditempatkan istana, khazanah negara, tempat tinggal ketua tentera dan pegawai tinggi pada zaman pemerintahan empayar Mughal. Kubu ini telah dibina semula atas tapak kubu lama. Maknanya kubu ini lebih awal dibina sebelum Taj Mahal. Pada zaman pemerintahan Maharaja Mughal kubu ini telah diubahsuai dengan menambahkan dgn batu marmar dan dindahkan dengan batu permata. Terdapat masjid kecil di dalam kubu ini yang dinamakan Masjid Mina.

Disebelah Masjid Mina terdapat anjung yang diperbuat daripada batu marmar putih dan dari sini boleh melihat monumen Taj Mahal dengan jelas. Menurut sejarah, tempat yang dibina oleh Shah Jahan sendiri akhirnya menjadi tempat beliau dipenjarakan oleh anaknya agar beliau dapat  berkhayal sambil merenung dan menghayati Taj Mahal sehinggalah beliau meninggal dunia setelah 8 tahun dipenjarakan.



ticket available here. Pakej termasuk dengan harga tiket





Kubu yang dibina menggunakan batu pasir merah


dalam taman ni besar giler. Bersiap sedia untuk berjalan jauh dalam ni


tour guide bercerita tentang sejarah kubu ini.





Disinilah di mana anjung yang tekah diubahsuai dengan menambahkan batu marmar putih dan batu permata


Di anjung ini Maharaja Shah Jahan telah dipenjarakan dan di sini juga beliau merenung dan menghayati Taj Mahal setiap hari.


close up Taj Mahal dengan lebih dekat lagi. Kesian pulak bila dengar kisah hidup Shah Jahan ni. 



para suami sakan melompat gedik di depan anak dara. Hahahaha......



Dah penat...jom kita balik uolsss


dah nak balik...masing-masing masih tak puas bergambar lagi.



kasih sayang yang dibina semasa di India.


menunggu bas sampai...kami lepak di kaki jalan. Hehehe...comel jer semua orang masa ni. 


Ok jom kita naik bas semula dan gerak ke Delhi. Perjalanan selama 5 jam untuk sampai ke sana. Dalam bas semua ketiduran sebab kepenatan seharian bershopping banyak aktiviti berjalan. Sampai di bandar Delhi lebih kurang jam 10.30 malam. Tetiba jalan jem giler kat tengah bandar. Aikkkk dah malam buta mcm ni pun jem lagi. Rupanya ada majlis perkahwinan yang dibuat ditepi jalan besar. Siap khemah bagai. Persis majlis perkahwinan mcm kat citer Hindustan. Lampu bagaikan pesta dan khemah sebesar2nya. Kaya sungguh mereka. Meriah sangat uolsss.So jadinya kereta tetamu wedding tadi dah parking kereta di tepi-tepi jalan.....jem teruklah tempat tu. Bagaikan pesta lampu.

Kami check in hotel di tengah bandar Delhi. Sampai di hotel kami stuck kat lift pulak. Rupanya ada majlis wedding jugak di hotel yg kami nginap. Majlis baru nak start dan tetamu baru nak sampai. Serentak dengan kami. Akhirnya kami naik tangga untuk ke cafe menikmati makan malam. Sebelah cafe ajer dewan wedding tu. Lepas makan rupanya dalam diam salah sorg ahli group Emma telah join the crowd dan menari Bollywood bersama-sama dengan pengantin dan family pengantin. Mereka sangat supportive dan sporting. Enjoy sakan emma. En Bos menemani mereka masa kat dalam dewan. Aku dah turun bawah uruskan hal beg2 utk bawa masuk ke dalam bilik.



Emma dan ibu Indira mengambil gambar kenangan bersama pengantin Bollywood.


Malam tak tidur nyenyak sebab kekurangan tidur. Malam tu aku sibuk packing baju dgn barang-barang shopping tadi siang. Jenuh masukkan dalam beg. Beg dah menangis tak bagi masuk lagi. Esok kami akan check out awal jam 9.00 sebab kami nak gerak beberapa tempat yang tak sempat pergi hari tu. Tunggu next entry dan last entry untuk trip India ini. Akhinrynya aku menitiskan air mata di hari terakhir kami di India....kenapa agaknya yea......!!!

p/s - lagi 2 hari nak terbang lagi. Doakan perjalanan kami.






1 comment:

hanem manaf said...

Salam AidilAdha Leez,
Wah penutup cerita yang mantap untuk hal tour India ni.Semua gambar dari part 1 hingga extra last superb.5 bintang akak bagi.