Ads

February 10, 2016

Day 8 : UK & Paris Roadtrip - Portobello Market & HRC London


Salam semua.
Hari ke 8 kami di bumi UK.
Setelah kepenatan 4 hari percutian di utara UK iaitu Scotland, maka hari ini kami kembali ke London semula. Kali ini lebih santai dan tidak perlu terkejar-kejar macam sebelum ini. Pagi ni bangun lambat sikit sebab dah 4 hari tak cukup tidur hehehe. Lepas subuh kami sambung tidur lagi. Pukul 10 pagi barulah kami bangun dan masak-memasak. 

My brother said dia nak pergi ke Portobello Road Market lagi sebab nak beli cenderahati yang tak cukup. Padahal masa hari pertama hari tu dah banyak membeli. Dia kata dekat ajer apartment kami ni dengan Portobello. Oklah jom kita jalan kaki ajer. So kami berempat berjalan kaki dari Paddington ke Portobello melalui celah-celah rumah orang dan kedai. Budak-budak 3 orang tu tak ikut sebab penat katanya. Dorang nak rehat kat rumah ajer. 

Lebih kurang 30 minit jugak kami berjalan kaki untuk ke Portobello ni. Tapi yang bestnya....sepanjang jalan tu boleh nampak kedai2 yg best seperti local product shops. Good experience actually walaupun penat berjalan kaki.




celah-celah kedai local products yang kami lalui


ni perjalanan celah rumah-rumah orang. Cuaca sejuk ....kurang penatlah.


ok dah sampai Portobello Market.......


masa ni hari Ahad...orang agak ramai berbanding hari yang kami sampai dulu. Kedai pun banyak yg bukak.



Kami berhenti lama di kedai ini. Sebabnya kami borong sweater yg tulis word LONDON agak banyak jugak di sini. My brother borong utk staff dia seorang satu, my sis in law belikan utk sedara mara dia seorang satu. Kami pun beli juga utk family. Total lebih kurang 40 helai sweater juga kami borong. Dapatlah harga sehelai sweater GBP10 (RM65. Lepas shopping ni my brother and wife balik semula ke apartment menaiki cab. Pekerja kedai tolong bawakan barang ke tempat cab. 


Kami berdua tak balik apartment......kami teruskan perjalanan hingga ke hujung. 


Singgah kedai cenderahati ni....bestnya macam2 yg pelik ada di sini. Kami beli cenderahati London signature untuk hiasan rumah kami,





tengoklah London bus ni......unikkan. Ikutkan hati nak jer beli yg besar ni buat hiasan di rumah.





cuaca sejuk dan kami cepat sangat berlapar. Masa ni dah nak malam. Jomlah kita makan kat kedai Makan ni. Orang Melayu kita punya.




kami amik one dish ajer, Total kami makan 2 pinggan satu dish setiap satu ialah RM80 huhuhuhu. Tu pun tak order air tau sebab aku memang ada bawa air dari rumah tadi. Kalau setiap hari makan macam ni...pengsan ahkak tak dapat shopping. Rasanya tak sedap sangat pun...sedap lagi masak sendiri.



ada pelbagai jenis lauk. Lauk sama macam kat Mesia.




lepasa makan kami terus ke depan...nampak gerai-gerai barangan second hand.



kat area ni banyak jual branded item second hand. Tapi mahal jugak harganya kalau di convert.


baju sejuk pun ada jual di sini....harga lebih kurang GBP20-30. Aku ada nampak ada orang jual perfume di sini...murah giler. 6 botol aku beli....original uolssss. 



Sempat singgah post box ni untuk hantar poskad yg dikirim oleh teman En Bos.



Dari Portobello kami naik bas untuk ke HRC London. Mudah sangat sebab tidak perlu berjalan terlalu jauh. Sebelum ni kami ke HRC naik cab ajer....aduhai jauhnya nak berjalan. Tapi kali ni citymapper banyak membantu....naik bas lebih mudah uols.


naik bas merah dua tingkat London mesti kami nak naik kat atas. Best sebab boleh nampak bandar London seluas-luasnya.


Masa kami balik dari HRC London kami melalui jalan yang masa pergi tadi. Sebaik sampai kami ternampak bas nombor yang sama masa pergi. Tanpa berlengah kami terus naik bas tersebut. En Bos bgtau...memang betullah bas ni....sebab pada citymapper tu tulis no bas yang sama jugak dan bas stop yang sama. Kami terus naik ke atas bas, aku simpan hp dan duduk sambil menikmati permandangan malam.

Selang melepasi beberapa bus stop aku dah rasa lain macam. Kenapalah jalan ni lain bebenor. Masa pergi tadi jalan lain dan masa balik pun jalan yang lain. Agaknya bas ni pusing balik kot nanti. Aku terus ambil hp dan check city mapper. Pada city mapper tu bas melalui jalan yang lebih jauh daripada apartment kami. Memang sahlah kami tersalah bas. Aku bgtau En Bos....dia plak yang blur padahal tadi beriya kata kita naik bas yang betul. Tapi naluri hatiku tetap kata kita tersalah jalan ni.

Bukak peta London dan banding kan nama jalan yg sedang kami lalui dan jalan ke arah apartment.....tidak syak lagi...kami dah sesat barat. Lebih kurang 45 minit jugak kami dah tersasar jalan. Sampai plak kat tempat sunyi...agak asing bagi kami. Tekan loceng terus turun.
Buka balik city mapper.....lintas jalan dan cari bus stop yg dinyatakan. Alhamdulillah yang ini memang bas yang betul.

Kami melalui semula jalan depan kat bus stop area HRC tadi. Ooooo patutlah salah. Kami sepatutnya kena melintas terlebih dahulu sebelum menaiki bas menuju arah jalan balik. Ni main naik ajer...tak tengok betul2 hahahaha. Pengalaman yang manis sesat ni sebab dapat meronda kota London dengan menaiki bas. Dari tempat kami sesat tu menuju ke apartment kami sejam lebih jugak. Aduhai.....penat giler duduk dalam bas. Terus perut jadi lapar balik...hehehe




sampai apartment nak dekat pukul 10.30 malam. Terus masak nasi goreng makan dengan ayam bakar. My brother makan dengan family dia di salah satu restoran Indonesia di area Bayswater....mahal giler dia kata. Ada lebih ayam....so kami yg makan.


Malam tu kepenatan....terus tidur. Esok nak bangun awal untuk sight seeing di kota London. Ke mana agaknya kami pergi yea? Kami nak pergi satu tempat ni...sesat again. Aduhai......apa agaknya jadi pada kami esok...tunggu next entry.

p/s - next trip...akhir bulan ni












2 comments:

MiaAngie said...

waaa seronoknya
jeles!!! :-p

Mama Zharfan said...

rindunya kat kota london adehhhh