Ads

January 19, 2016

Day 7 : UK & Paris Roadtrip - Cheshire Oak Designer Outlet & Bicester Village

Salam semua.
Mood rajin dah kembali.

Hari ke 7 di bumi England.
Awal pagi kami dah bersiap. Pukul 5 pagi kat sini dah nak habis subuh. So, lepas subuh kami masak untuk alas perut breakfast. Terus makan heavy sebab aktiviti hari ni sangat padat. Macam takda masa nak stop for meals. Agak-agaknya apa yang busy sangat tu yea. Huhuhuhu.

Jam 8.00 pagi kami bergerak dari bandar Manchester. Ooo silap....masa entry lepas aku ada bgtau esoknya di Manchester ni ialah hari Ahad...rupanya hari Sabtu....bukan Ahad. Sebaik kami turun ke bawah...sunyi sepi jalan raya. Biasanya kalau kat tengah bandar waktu pagi mesti sibuk dengan kereta dan manusia kan. Hari Sabtu kan cuti....jadi jalanraya pun cutilah jugak. Tengok van kami okay jer parking kat seberang jalan tu. Oooo nasib baik tak kena saman. My brother tawakal ajer parking di situ. 

Letih betul mengangkut beg turun naik apartment. Nasib baik ada lift. Inilah yang malasnya kalau berpindah randah tukar hotel...letih bawa turun naik luggage. My brother lagi pening.....nak menguruskan beg pakai untuk 3 orang anak-anak lagi. Takpa sabar...inilah namanya traveler. Kalau nak relax....duk rumah jer ler tak payah travel huhuhu.



 yang belah kanan tulah apartment kami. 


 Malam tadi masa kami sampai jalan ni sibuk betul dengan kenderaan. Nak parking kejap depan ni pun susah. Terpaksa my bro park kejap kat tepi belah kanan bangunan ni. Nak bagi turun luggage satu persatu. Kena cari baju lain sebab dah 2 hari pakai jacket yang sama hehehe. Malam tadi punya sejuk...fuhhhh pengsan.


 Kat sinilah kami park van...hehehe sib baik tak kena saman. Tu diaaa...tengoklah penuh barang sampai ke bumbung. Beg colour purple tu penuh dengan makanan masa sampai. Sebelum balik KL ni kena kasi kosong itu beg nak mengisi barang2 shopping huhuhu.


 kami gerak tepat pukul 8.00 pagi...jalanraya sunyi dan takda jammed pun. Lega.


 Aktiviti kami pada hari ini ialah shoppingggg!!!! First destinasi ialah ke Cheshire Oak Designer Outlet yang terletak lebih kurang sejam dari bandar Manchester. Masa kami sampai ni tepat pukul 9.00 pagi. Parking masih kosong dan kedai pun baru nak bukak. Hari lain kedai buka jam 10.00 pagi tapi sebab hari ni ialah hari Sabtu...kedai buka jam 9.00 pagi. My brother kata dia bagi masa sampai pukul 1 tengahari ajer. Maknanya 4 jam untuk bershopping.



 senangnya dalam hati sebab banyak kosong parking dan orang tak ramai lagi. Kalau lambat sikit alamat susah nak dapat parking. Aku mmg suka dtg shopping sini. Ini kali ketiga aku jejak tempat ini.


 kereta dah start dtg sedikit demi sedikit.







 tempat pertama kami tuju ialah kedai Clarks. Sebelum org ramai...baik kita masuk sini dulu. Kali ni tak mcm dulu sales....tak semua kasut ni murah. Hanya yg bertanda merah ajer yg betul2 murah. Satu lagi....yg saiz 6 tak banyak fesyen yang cantik. Mungkin byk dah habis.


 kami berdua org pertama masuk kedai ni huhuhuh


 yang bertanda tag merah ajer yg betul2 murah





 finally dapat beli 2 pasang kasut. Kasut kerja sepasang dan lagi satu kasut jalan. En Bos pun beli sepasang kasut kerja.


masa ni orang dah mulai ramai. 


tetiba nampak kedai Cadbury. Jomlah masuk. 


Murah giler. Borong jangan tak borong.


Fossil ada sales 50% gak tapi tak semua item


Manusia bertambah ramai. Masa ni aku memang berpecah dua dengan family my bro. Entah mana dorang pergi tak nampak pun.


Tempat wajib aku ialah Mark & Spencer. Beratur panjang nak membayar. Kali ni tak best sgtlah. Dulu pergi memang aku suka sbb after sales mmg murah. Aku suka beli seluar kerja di sini tapi kali ni tak banyak choice and mahal pulak tu.




Kalau barangan made in USA baik jangan beli sebab mahal. 




Tu dia kiri dan kanan bag plastik. Tak banyak mana pun kami shopping


Tepat pukul 1.00 petang kami dah gerak dari sini. 4 jam di sini memang tak terasa sangat sebab sibuk memilih barang. Rasa mcm tak cukup jer masa. Tapi my brother kata dia nak shopping kat tempat lain pulak.

Ke manakah kami selepas ini. Jom kita balik ke London semula. Kami singgah ke Bicester Village. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih jugak nak sampai Bicester. Lebih kurang jam 4 petang baru kami sampai...dah nak gelap masa ni. My brother bagi kami masa 3 jam ajer di sini sebab malam tu jugak kena pulangkan van semula.

Di dalam perjalanan,,,,tetiba my nephew Danish muntah dan dia mengadu sakit kepala. Rupa-rupanya dia demam panas. So, terpaksalah my brother berhenti kejap di Services untuk ambil ubat di dalam luggage. Nasib baik dah standby segala jenis ubat masa di KL. Kesian dia.



Dah sampai Bicester Village





wow cantik. Bercahaya dgn lampu-lampu. Sebab nak sambut Christmas agaknya.


Masa ni hujan. Orang mmg ramai giler. Aku nampak ramai muka orang Asian hehehe.


Masa ni my brother terpaksa bergilir2 dgn wife dia dan kami berdua untuk menjaga Danish yg sedang demam dalam van. So...masa utk mereka bershopping memang sangat suntuk. My brother kata dia tak puashati shopping kejap jer di sini. Sepatutnya malam ni kita kena cari hotel area ini baru puashati huhuhu.






Kami masuk kat butik Cath Kidston. Ada sales uols. Memang murah sehinggakan rambang mata nak memilih hehe. Masa ni pikir nak beli utk diri sendiri ajer. Sekali bila aku share di FB...ramai plak yang berkenan. Sebabnya....harganya murah. 



kejap pegang...kejap tolak...kejap amik...kejap tak jadi hehehe


pilih jangan tak pilih. Pilih yg paling murah jer hehe



Harganya GBP25 sahaja. Murah tak?


Kate Spade ni made in USA....so mahal di sini.



En Bos sempat beli tshirt Polo Ralph Lauren


Tepat jam 7.00 malam kami bergerak dari sana. Rushing sebab nak serahkan semula van yang kami sewa ni. Perjalanan lebih kurang sejam lebih lagi nak sampai kota London. Disebabkan hari ni ialah hari Sabtu so kat London tidaklah berapa jammed sangat.

Kali ni kami sewa apartment di area Paddington. Tempatnya memang strategik. Dekat dengan Paddington tube station dan Bayswater station. Jalan kaki lebih kurang 10 minit. Kami sampai sini lebih kurang jam 8.30 malam. 

Lepas dah check in semua...barulah my brother dan En Bos menghantar semula van di St Pancras Station iaitu tempat di mana kami ambil van hari tu. My brother dah pesan...jangan lupa tinggalkan makanan untuk dorang sebab mungkin balik lambat katanya.

Lepas dinner dan mengemas apa yang patut....aku terus tidur. Pukul 2 pagi jugak En Bos dan My brother balik ke apartment. Rupanya lepas memhantar van dorang pi melepak kat Picaddily Circuss. Amboiii sakan yea. Balik sampai jam 2.00 pagi.  


Apartment ini terletak di Gloucester Terrace, Paddington W2 6HP iaitu 2 bilik for 8 pax. Kalau nak booking boleh ke website ini HomeAway.com
Harga untuk apartment ini GBP811 for 4 nites atau RM1,300 untuk satu malam. For me harganya reasonable sebab tempatnya strategik. If compare keselesaan dengan apartment di Manchester memang jauh beza. Aku cadangkan kepada kawan-kawan yang nak bercuti ke London dengan bilangan yang ramai...staylah di area Bayswater, Paddington atau Kensington.


ada kitchen untuk memasak dan washing machine untuk basuh baju.



Ini bilik untuk kami berdua...kecil sikit....ada attach bathroom Satu lagi bilik agak besar pun ada attach bathroom. Boleh tidur utk 4 orang. Lagi 2 orang boleh tidur di luar di sofabed,





Alhamdulillah lega bila tengok apartment yang selesa macam ni. Semua on same level ajer pun...tak payah nak naik tangga bertingkat-tingkat. Kami stay di London ni selama 4 malam...sajer nak bersantai-santai. Tak nak rushing macam kat Scotland hari tu....hehehe. 

Esok pulak ke manakah kami? Jalan berdua-duaan di kota London memang best. Tunggu pulak ke mana kami berjalan esok. Sesat barat sampai ke Zon sunyi di London....hadoi.


p/s - Tahun 2016 ialah tahun travel bagi kami berdua.






5 comments:

Anum said...

seronoknya :)

MiaAngie said...

Salam perkenalan
Suka tengok gambar travel sis & family
Have a nice day :-)

Leez M. Saaid said...

zakiah -

alhamdulillah mmg seronok

Leez M. Saaid said...

MiaANgie -

thanks follow thsi blog.
salam perkenalan juga :)

@xiM said...

untong lahhh selalu balik kampung halamannnnnn..:)