Ads

February 17, 2015

Day 2 : Hong Kong & Macau Trip - Disneyland Part 1


Salam semua.
Dah seminggu tak update blog. Tuan tanah busy balik kampung suami. Ni baru gigih nak update blog. Lepas ni akan busy lagi sebab tuan tanah akan berpindah rumah. Kami suami isteri akan duduk di rumah baru berdekatan dengan tempat kerja En Bos. Makin jeles dgn dia sebab pergi kerja jalan kaki sahaja. Aku jugak yang kena drive jauh ke tempat keja. Tak lah jauh sebenarnya sama ajer...cuma perjalanan tu agak jem sedikit. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

Ok jom sambung lagi cuti2 HK. Kali ni di hari kedua.
Awal pagi aku dan para isteri yang lain dah siap sedia bangun untuk memasak. Ikut plan nak masak nasi lemak hari ini untuk bawa bekal makan lunch ke dalam Disneyland. Tapi sebab semalam kami tidak jumpa telur di kedai. Tak lengkap nasi lemak tanpa telur. So, kami tukar plan today kita masak meehoon goreng ajer dan roti tuna. Breakfast pulak makan maggi kari..... slurrpppp kenyang juga. 

Kat apartment ni periuk belanga yang disediakan taklah besar sangat. Jenuh jugak nak memasak utk 6 orang. Kiranya periuk tu memang ngam2 padat untuk masakan 6 orang dewasa. 

Oh yea....aku lupa nak cerita tentang bentuk muka bumi Hong Kong.  Excited punya pasal sampai terlupa hehe. Hong Kong terbentuk dari 3 pulau yang berbeza iaitu:
1. New Territories/Kowloon
2. HK Island
3. Lantau Island


HK Map. Kami stay di area Kowloon. 
Kebanyakkan pelancong stay di area Kowloon.


HK MTR Map...Easy...Touch n Go


Tadaaaa......meriah tak bekalan kami untuk tengahari nanti. Agak2nya cukup tak....hehehe. Malumlah cuaca sejukkan.


Tu diaa.....maggi kari dah siap. Lepas masak....terus angkat periuk letak atas meja. Lepas tu kami ceduk sendiri ikut sukatan masing2.

Ikut plan jam 8.30 kami akan gerak keluar pagi tu. Tapi jam 9.30 pagi gak kami keluar hehehe....


Sementera menunggu yang lain turun bawah...kami berdua berposing jap kat bawah ni. Kalau nak makan Halal Indian food ada kat bawah ni...betul2 sebelah pintu masuk apartment ini. Ada pic kat belah atas ni. 


Masa kami on the way ke MTR station...tetiba ternampak kedai Vanguard dah buka (kalau kt Malaysia mcm Speedmart). Apalagi cepat2 beli telur untuk nasi lemak esok. Kalau nak tunggu malam nanti....jawabnya tak sempatlah. Kedai sure dah tutup.


Then CB lari jap bawa telur hantar ke apartment. Yang lain terus ke MTR station. Jumpa kat sana ajer.


Nampak tak kiri dan kanan ialah rumah penduduk HK. Memang kawasan kami stay ini ialah kawasan tempat tinggal. 


Pagi ini kami nak ke Disneyland. Perjalanan ke sana kena naik MTR. So, yang paling hampir dengan apartment kami ialah MTR Austin Station. Kalau jalan kaki dari apartment ambil masa 3 minutes sahaja....dekatkan. Memang mudahlah.


Hong Kong Disneyland :
By MTR : Austin MTR - Nam Cheong MTR - Sunny Bay MTR - Disneyland Resort MTR

Dalam masa setengah jam kami dah sampai di Disneyland. Lebih kurang jam 10.15 pagi kami dah sampai. Dari Sunny Bay MTR ke Disneyland Resort MTR ......MTR memang disediakan oleh pihak Disneyland. Sebab itu dalam trainnya cantik dan tingkap pun bentuk Mickey. Semua pelancong nampak very the excited.

Ini merupakan kali ke-2 aku jejak ke Disneyland. First time dulu aku gi Paris Disneyland. CB & CQ pun merupakan kali ke-2....pernah ke Tokyo Disneyland. Nanti aku bandingkan antara Paris dan HK Disneyland pada next entry kay.


ticket Disneyland yang telah dibeli awal dengan harga HK$450 (RM212)


suasana dalam train ke Disneyland. Dari MTR Sunny Bay ke MTR Disneyland. Kerusi cantik dan empuk dan tingkap berbentuk Mickey. Disneyland terletak di Lantau Island.


muka excited nak sampai Disneyland.


tadaaaaaaaaaa....sampai dah pun. Cantikkan train kat belakang tu.



sebaik kami turun train...nampak escalator terus naik ke atas. Permandangan dari atas.


tu diaaa... dah nampak puntu gerbang HK Disneyland. Masa ni nampak mcm tak ramai sangat orang. So, kami memang selesa nak bergambar. Tapi biasalah kami berdua ni selagi tak ambil gambar setiap sudut kami takkan puas. Orang lain dah bergerak ke depan tapi kami berdua tak habis2 berposing. Nak minta orang lain tolong ambilkan gambar pun susah sebenarnya. Kebanyakan yang dtg melancong ke sini ialah pelancong mainland China. So,,,,lebih baik jangan suruh depa ambilkan gambar. Kecoh lebih nanti.


akhirnya kami minta tolong bro ni from Singapore tolong ambilkan gambar. Kawan2 yg lain dah gerak ke depan...entah ke mana menghilang.


sudut tengah...sudut tepi semuanya ada...hehehe.


makin lama...makin ramai manusia. Aduhh....ni yg tak best. Aku ni kan tak suka tempat ramai orang...cepat pening. 


ramai dan ramai dan ramai.............bersiap sedialah untuk bergaduh dgn pelancong China hehehe.




Lepas sahaja kami berposing di sini...aku terjumpa B & D. Masa ni CB & CQ dah pun selamat masuk ke dalam. Pusing kiri kanan sana sini tetiba aku tak nampak En Bos. Aikkk mana plak dia pergi ni. B bgtau aku yang En Bos dah beratur nak masuk ke dalam...dia sorang2 tu. What??? Sampainya hati uhukkk....uhukkkk. Dia tinggalkan isterinya kat luar. So aku dan B & D sama2 masuk ke dalam ikut pintu lagi satu. Nasib baiklah ticket ada kat aku. 

Untuk pengetahuan semua, untuk masuk ke dalam Disneyland kena check beg okay. Dengar cerita kalau nak bawa masuk makanan memang tidak dibenarkan. Ikut nasiblah. Ada yang lepas dan ada yang tak lepas. Aku ada terbaca kat satu blog ni...dia terpaksa habiskan makanan kat luar gate sebab kena tahan bawa makanan. Makanan kami berdua memang ada dalam beg sandang pada En Bos. Aku risau jugak.....entah lepas ke tidak.

So, masa aku masuk tu memang lepaslah. Sebaik aku masuk jer....nampak En Bos tak lepas2 lagi, Ahhh,,,,sudah. Rupanya dia cuba menyelinap masuk tanpa check bag untuk mengelakkan kena tahan bawa makanan. Akhirnya dia kena tahan juga. Kebetulan masa tu tukang check beg tu sibuk check beg orang lain. Tapi perasan juga rupanya. En Bos buat2 kelam kabut cakap tertinggal family di depan. Padahal.....nak elak drp kena check beg. Akhirnya lepas juga.....huhuhu. 

Madam Leez bisinglah kat En Bos sebab kena tinggal. Ooooo rupanya dia cakap....nak gi masuk sorang sebab nak elakkan kena tahan bawa makanan. Patutlah dia tinggalkan bini dia di belakang...hehehehe.

Tips untuk bawa masuk makanan di Disneyland:

1) Masukkan makanan dlm backpack. Makanan letak bawah sekali dan yang bahagian atas letak lah        maffla, jacket, cap or kain sembahyang ker.
2) Kalau datang dgn group. Elakkan beratur bersama2. Berpecah sorang2 masuk atau join group             bangsa lain.
3) Kalau bawa stroller, letakkan makanan dlm stroller. Dorang tak akan check punyer
4) Pilih pintu masuk penjaga tiket orang muda. Boleh bawa runding dan tak lah ketat sgt


Entah yea entah tidak aku nyer tips hehehe. Kalau tak lepas jgk pandai2 lah settle sendiri yea.


di sebelah kiri ialah pintu masuk ticket dan check beg.




jumpa semula ahli jemaah yang lain di sini. Susah nak bergambar di sini....punya ramai manusia.


kan dah kata. Setiap sudut kat sini memang kami akan berposing.


dah sampai kat main street. Jujur cakap main street kat Paris Disneyland lagi cantik dan colourful.


baru sampai kami dah masuk souvenir shop.  Sebelah kiri tu ialah souvenir shop. Setiap souvenir di sini ialah standard price




aku gigih mencari headband minnie mouse di sini. Konon nak pakai sepanjang hari di sini. Tapi nan hado. Kalau ada pun....tak cantik. Aku tak jumpa headband yg aku nak.


benda wajib yg kami beli di sini ialah frame gambar mickey, FM mickey dan key chain mickey.




orang kata souvenirs kat HK Disneyland paling murah berbanding kat negara lain, Hmmm...entahlah. For me...mahal jugak souvenir kat sini. 




Tempat pertama yang kami tuju untuk ride activity ialah di Adventureland. 


Pastu aku ternampak pulak headband Minnie ni kat kiosk kecil. Try punya try....siap berposing lagi. Sekali tengok harga...alamak mahalnya. Lepas ni aku nak buat apa dgn benda ni. Udahlah aku ni mudah sakit kepala kalau pakai benda ni. En Bos kata....tak payah beli lah. Membazir ajer.


Jom kita cuba Jungle River Cruise. Main ni boleh basah baju katanya. Kami ikut English lane.....memang tak ramai orang


naik boat kita. Aku duk kat tengah2...taknak bagi baju basah.

Sepanjang menyusuri river ini kami akan jumpa pelbagai jenis binatang buas....takut jugak. Tapi sebenarnya binatang tipu ajer. Siap ada bunyi lagi.



Rest kat sini dulu. Banyak lagi gambar kat Disneyland yang aku nak share. Macam2 aktiviti kami seharian kat sini....daripada muka kami yg fresh paginya sampailah comot belah malamnya hehehe. Nanti aku sambung citer lagi yea.

Nantikan keterujaan kami ketika show parade di sini.


p/s: nak pindah rumah


10 comments:

arysha_fayyadh said...

Assalam sis,
tengok megi tu terus terliur
balik dinner nak masak megi laaaaaaa he3

Anonymous said...

Happynya tengok leez bercuti di hong kong kak yg beli shawl yg duk kg pandan ituhari. Untung dpt en bos yg kaki melancong. Kak jadi follower leez punya blog menarik n byk info yg boleh jdi info yg berguna.

Mama Zharfan said...

excited me baca entry ni..memang teringin nak pegi sini..me pernah pegi disneyland paris jer so far..lain2 disneyland lom sampai la termasuk HK ni

Jari Manis said...

ohh...ahaha..baru tahu..rupanya ada tips utk bawak masuk makanan..ingatkan boleh lepas waktu di entrance gate tu sbb waktu JM pegi tu mmg dorang selongkar..perlu pandai2 lah ye

Leez M. Saaid said...

ary + sha,

hehe..my hubby baca blog ni pun terliur tgk maggi tu

Leez M. Saaid said...


kak,

terima kasih baca blog saya. Bila2 free contact lah sya kita gi minum2

Leez M. Saaid said...


kak,

terima kasih baca blog saya. Bila2 free contact lah sya kita gi minum2

Leez M. Saaid said...


Mama Zharfan,

cepat2 beli tix ke HK hehehe.

Leez M. Saaid said...

JM,

nak hidup kena pandai2 create strategy hehe

Muhammad Has1deen said...

Sekarang ada promosi untuk orang Malaysia sampai bulan 6 ni..kalau beli online kat website disney dapat voucher mkn ngan minum sekali...