Ads

February 27, 2015

Day 2 : Hong Kong and Macau Trip - Disneyland 2


Salam semua.
Maaf yea lambat update. Bila dah cuti panjang Tahun Baru Cina minggu lepas memanglah busy dengan pelbagai aktiviti. Jangan harap dapat pegang laptop untuk update blog. Aku cuba juga sedaya upaya untuk habiskan entry pasal HK ini secepat mungkin. Jumpa member asik duk tanya...bila nak update blog ni??? hehehe. Banyak giler nak buat selection gambar. Aku refer pada gambar camera dan hp....tu yang take time. Kena pilih gambar paling terbaik untuk tatapan pembaca sekelian. Doakan aku sihat dan free utk menghabiskan semua cerita tentang trip HK ini.

Sekarang ni baru half way pindah rumah. Wifi takda kat rumah sebab belum ada kesempatan nak pasang. Pelan-pelan Insya Allah.

Ok sambung pasal Hong Kong trip...,masih di Disneyland.
Seharian kami di sini..makanya memanglah gambar beribu2 lemon. Entry ini mengandungi banyak gambar. Harap semua enjoy sehingga tamat siaran. 

Next kami nak tengok persembahan Lion King. Nak start pukul 12 tengahari. Memang kelam kabut lah kami ke sana....nasib baik just nice on time kami sampai. Nama nya Lion King Festival. Persembahannya ada jalan cerita. Memang menakjubkan dan so impressed. Aku bagi 5 bintang...jalan cerita yang menarik, jelas, bertenaga dan sudah tentu yang paling best ialah costume yang dipakai memang taraf 5 bintang. Umpama jalan ceita yang hidup dan betul-betul berada di depan mata. Persembahan ini mengambil masa 45 minit. Memang puashatilah.


persembahan Lion King ini di dalam dewan

habis dah.....jom kita gi tempat lain pulak

Jom....husband kata nak try game yg adventure sikit. Mereka semua try game Big Grizzly Mountain.....giler berdesup jantung. Ohhh no...aku tak berani nak menyahut cabaran. Aku mudah muntah kalau naik game yg berpusing-pusing. Pernah terjadi masa naik roller coaster di Genting....muntah teruk punya lepas main. Sejak tu...aku dah serik.


kami berada di Toy Story Land


memang tempat ni happening dengan warna yg colourful. Memang sesuai untuk budak2 sebab daya tarikan pada colour ini.

aku lupa apa nama game ni. Para suami memberanikan diri main game ini. Para isteri semua duk di luar ajer. So aku sempat merakamkan memek muka para semua...hahaha lawak

tengok si CB yang berbaju purple kat belakang tu. Hahaha tu muka sajer buat takut atau memang real takut. Kui kui kui.....jangan nak propa hahhhh!!!! D plak maintain senyum ajer hehehe.




kami nampak kat satu area ni boleh bergambar dengan Mickey Mouse dan kawan2 yang lain. Kami pilih mickey...kena beratur dalam setengah jam jugak. Yessss... i like it.


masing-masing perut dah lapar dan berbunyi. Jom kita cari tempat duduk dan meja untuk makan. Kat sini banyak kedai makan tapi tidak halal uolssss. Sebab itulah kami bawa bekalan. Ada satu tempat namanya Tahitian Terrace ada jual halal food. Biasalah...memang mahal. Dengan berbekalkan meehoon yang dimasak pagi tadi....cukuplah tu. Aku juga ada bawa coklat dan biskut dalam beg. Kalau lapar boleh kunyah biskut. Beli air seperti dalam gambar di atas....fuhhhh....HKD22 (RM10) untuk segelas. Mampu?????


tempat makan kami. 

alhamdulillah dah kenyang

Just nice lepas makan....kami nak pergi tengok " Flights of Fantasy Parade"


Tips untuk melihat persembahan "Flights of Fantasy Parade" :

1. Standby awal sebelum jam 3.00 petang. Show akan start tepat jam 3.00 petang. Awal jam 2.30 petang orang dah berpusu-pusu mengambil tempat di tepi jalan seperti dalam gambar ini hingga ke Main Street USA (jalan yg mula2 masuk)
2. Sebaiknya duduk di tempat yang kami duduk ni. Tapi lupa nama tempat. Tempat ini ialah tempat paling depan sekali iaitu tempat permulaan gerak kenderaan kereta berhias ini. Kalau kita duduk di main street tu akan mengambil masa yg lama menunggu turn sampai ke situ. Akan membuang masa. Kalau duduk ditempat kami duduk tu...cepat sampai dan cepat habis. So boleh gerak ke tempat lain pulak.
3. Sebaik sampai terus duduk di depan sekali. Jangan tinggalkan tempat. Sebab kalau lambat...memang susah nak ambil angle yang cantik mcm kami ni. Orang ramai...dan akan berebut-rebut. Tau jerlah orang China mainland....takda sivik dan suka berebut2. 


kereta berhias yang pertama.










banyak lagi gambar. Aku cuma dapat share yang ini ajer...cukuplah yea. 
Sebaik habis ajer show ini kami bergerak pulak ke tempat Mickey Mouse Show. Sebelah ajer dengan tempat kami duduk tadi. Dekat giler. Tapi orang yg berpusu-pusu memang ramai giler. Cuba kalau uolsss duduk kat area Main Street USA tu...memang tak dapat masuk lah show ini. Kena tunggu next show pulak.


 tengoklah orang yg ramai dan berpusu-pusu untuk masuk dalam  dewan show ini.

 show yg best tapi aku sempat lagi tertidur dalam dewan ini. Mengantuk sgt barangkali. Tempat duduk pun selesa dan sejuk...hehehehe. 

Next ...kami nak masuk alam fantasi pulak. Alam yg sangat berlainan daripada dunia realiti kita....best gilak. Kalau budak2 yg masuk.....berganda2 gilak bestnya. 
The Small World

 naik sampan yg bergerak secara automatik di atas air. Di sekeliling kita akn dihidangkan kartun2 yg berwarna warni seperti dalam tv tu....dan diiringi dengan lagu budak2 yg mengasyikkan. Aku tengok baby Musa sampai ternganga mulut .....terpegun agaknya.






kanak-kanak baru keluar dari The Small World....hahaha....suker ler tiewwww.


 kami bergerak pula ke area Main Street USA...cuba teka kami nak makan apa???


>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

tadaaaaa...nampak tak apa tu??
Nama tempat ni Main Street Market. Ada jual makanan segera.
Sebenarnya kami nak makan waffle yg berbentuk muka Mickey



 beratur tunggu turn

 aduhai...teringat pulak waffle ni. Sedapnyaaaaa. Kami share berdua. Harganya HK$50 (23). Saiz besar...memang kenyang makan. Ikutkan hati nak order lagi...hahaha. Waffle tu ada disertakan sekali dgn honey and choc flavour...letak kat bahagian telinga mickey tu. Bekas makan bentuk mickey tu boleh bawa balik.


 Kami menunggu jam 7.00 malam untuk  "Disney Paint the Night" Parade. Sementara nak menanti malam...cuaca bertambah sejuk dan sejuk. Fuhhh. Kejap masuk dalam kedai souvenir dan kejap kami keluar pulak.


 standby awal...kami duduk di sini. Yang tak best di sini ialah kami menunggu lama...barulah kereta berhias sampai ke tempat kami. Yang best pulak...mudah untuk terus balik. Pilihlah yg mana satu you all nak pilih. Ni area Main Street USA


 tu dia dah sampai...memang best dan cantik sgt. Terpegun aku kejap. Jangan lepaskan peluang menonton parade ini. Standby sebelum jam 7.00 malam









 peace yohhh.


 habis sudah. Kami tunggu lagi untuk show seterusnya. Masa dihabiskan dengan lepak di kaki lima ini ajer. Sejukkkkk.


       Tepat pukul 8.30 malam pula ialah  "Disney in the Stars" Fireworks. Kami tengok dari area main street USA ini juga. Actually boleh nampak sepenuhnya dari sini. For me....tak menakjubkan berbanding fireworks di negara kita. Kejap ajer kami pun angkat kaki blah dari sini. Ramai juga yg ikut jejak kami.





 Jomlah kita balik. Badan dah penat dan perut pun dah lapar. Bye bye Disneyland Hong Kong. Cuaca sejuk mudah lapar. Para semua dah minta macam2...minta masak ini...masak itu. Hamboiiii...ingat ini kedai mamak ke? Hahaha.
Balik ikut perjalanan yg sama dan ikut station yg sama seperti pergi pagi tadi. Awal juga kami sampai. Oklah boleh berehat di apartment dan masak-memasak untuk makan malam dan persediaan esoknya.


 Alamak gambar kami kabur pulak. Menu malam ni macam2. Ada nasi goreng, telur mata kerbau masak tomato, sayur kubis goreng dan kentang sambal. Alhamdulillah kenyang sudah. 


 Hai nasi goreng!!!! lagu yg asyik dinyanyikan oleh para suami masa lapar......


 Aku bawa banyak sos cili dan tomato......jadi santapan kami masak dengan telur. Nak tengok tak rupa para suami masa tengah makan.....lapor sangat lah tu hahahaha

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

 tadaaaaaaaaaaaaaaaa. Tengoklah CB makan dengan asyiknya. Entah apalah yg difikirkan oleh D yea ketika dia memerhatikan CB menyuapkan nasi ke mulut nya...hahahaha. "Hang lapaq sangat kahhhhhhhhhhhhhhh????""
En Bos memang pandai....dia tukang ambil gambar...so aku tak dapat nak sakat dia di sini hehehehe.





ok selesai sudah perjalanan kami seharian di Disneyland. Penat jangan cakaplah. Tapikannnnn....sepenat2 kami di Disneyland ada tempat lain yang lagi penat dan rasa nak pengsan kat situ jugak. Fuhhhh...penangan Hong Kong. Di manakah????  Tungguuuuuuuuuuu.........................


p/s - alhamdulillah setahun sudah perkahwinan kami. Syukur pada Allah.



15 comments:

Anum said...

wah hebatnya

Jari Manis said...

sebelum komen yg lain nk komen yg ni dulu..sudah setahun usi perkahwinan Leez bersama suami ye..Alhamdulillah...rasa mcm baru 2-3 bulan kepas je..ya Allah cepatnya masa berlalu..

Jari Manis said...

JM ada naik game like perahu tu..mmg rasa nk tercabut jantung hohohoh

kiranya skrg dh boleh bawak masuk bekal eh Leez..waktu JM pegi dulu dorang selongkar beg..food not allowed huhu

suka tgk pic yg last...betul2 menikmati hidangan heheehh

DJ said...

Bestkan disneyland ni....enjoy btol tgk parade n firework tu...wah kita sama laaa tertido tgk mickey show tu...hahaha sbb selesa sgt...lg plk dh pnt seharian bjlnnn...hehehe

KAMI said...

Baby tu meragam tak
Ingat nak pergi bawa baby april ni

Leez M. Saaid said...

Nurzakiah,

apa yg hebat agaknya yea..hehe

Leez M. Saaid said...


JM,

terima kasih byk2 atas ucapan.
tulah kami nekad bawak ajer makanan dalam ni...tapi kena pandai strategy hehe.

Leez M. Saaid said...

DJ,

betul mmenag sedap empuk kerusi tu....kalau dibiarkan terlelap sampai malam tu haha.

Leez M. Saaid said...

Kami,

meragam sikit2 time mengantuk. Tapi bawa baby kat HK ni sgt mencabar...byk tangga turun naik

arysha_fayyadh said...

Assalam kak leez,
he3
nasib baek para suami ja yang naek yer
he3

~SaTo OrEo~ said...

adus nak seludup makanan gak masuk disneyland nnt.. harap2 berjaya.. huhu, akak sempat round semua ke hari tu? tgh dilema nk amek 1day / 2day pass.. :)

arysha_fayyadh said...

Assalam kak leez,
naseb baek laaaaaaaaa para suami semua tu kan3
dapat makan air tangan para isteri
kat negara orang memang akan lapor jer memanjang he3

Leez M. Saaid said...

Sato,

Baiik u seluduk mcm cara akak buat tu hehehe. Tak lalulah nak makan food sana. Macam geli skit.
Within one day mmg x leh cover semua tempat....tapi kami pilih2 jer. Cukuplah sehari ajer.

Leez M. Saaid said...


Ary,

Para suami semua tu mmg sokmo lapau jer. Maklumlah sejuk masa kami pergi tu.

Unknown said...

Leez,
Best nye ur trip ni..tips klu family ramai duk hotel mana ya? Nmpk uols siap leh masak lg haa..sbb plan nk g january..so nk cari hotel/apartment hotel reasonable utk family bsr