Ads

November 7, 2014

The Most Memorable Vacations






Salam semua.
Kita cerita pasal travel plak yea.
Aku nak share dengan semua pembaca di sini saat-saat indah yang sentiasa dalam ingatan ketika bercuti di negara bersalji. Memang dari kecil aku ni nak sangat pegang salji...nak sangat pergi ke negara sejuk. Yelah duk kat negara sendiri asik panas ajer....pulak tu berpeluh hangat. Angan-angan yang akhirnya menjadi satu kenyataan yang sukar untuk dilupakan.


1. Switzerland
Di sinilah segalanya bermula aku jatuh cinta dengan musim sejuk. Ada orang tak suka berjalan pada musim sejuk. Tapi aku lain sikit. Bila bercuti musim sejuk mood aku jadi ok....kalau boleh tak nak balik Malaysia dah...hahaha. Di negara ini jugalah aku pertama kali dapat memegang salji. Fuhhh...giler punya excited. Sampai bergolek-golek aku atas salji tu. Mat saleh pandang aku ketawa terbahak-bahak. Tu dia minah jakun dah mai. Masa ni suhu -1C di Zermatt, Swiss.

Kali kedua pegang salji plak di negara yang sama tetapi tempat yang berlainan. Kali ini ketika memanjat Gunung Jungfraujoch, Lauterbrunnen, Swis. Ketika itu suhu -4C. Muka dah pucat masa ni sebab sejuk sangat di kawasan tanah tinggi. Kepala pening, loya.....sejam lepas tu kami dah turun.

 Ketika mendaki Gunung Matterhonn, Zermatt, Switzerland.

 aku berada di Gunung Jungfraujoch iaitu Top of Europe. 


2. Edinburgh, Scotland
Kenangan di negara kedua aku memegang salji. Memang tak plan dapat pegang salji ketika ini. Aku bercuti ke sini pada awal musim bunga dan tak sangka di sini masih ada lagi salji turun. Ikut weather forecasting dijangka salji akan turun keesokan harinya. Ya Alllah......happy tak hingat. Pertama kali juga merasai salji turun di depan mata dan dapat merasainya sendiri....walaupun tak lah lebat mana. 

Tak dapat nak golek di atas salji sebab salji yang turun tak banyak. Walaubagaimana pun kenangan indah ini aku takkan lupa sampai bila-bila. Suhu ketika ini 1C. 


 ketika di bandar Edinburg....salji turun tiba-tiba....


3. Korea
Ketika ini ialah musim sejuk di Korea. Memang sajer datang musim sejuk untuk merasai sendiri kecantikan bumi Korea diselaputi salji. Tapi hanya dapat merasai salji tebal di Nami Island ajer. Manakala sehari sebelum balik tetiba salji turun di bandar Seoul.....akhirnya dapat merasa salji turun di sini walaupun tak lebat sangat. Esok paginya...kelihatan salji penuh di seluruh bandar Seoul. 

Kenangan yang tak dapat lupa ialah merasai sejuk melampau sehingga -16C di Nami Island. Pertama kali merasai sejuk tahap maksimum. Muka kering....sakit tulang muka....bibir merekah. Fuhhhh........

 Suhu tahap -16C.....muka pucat hehehe


4. New Zealand
Negara keempat aku merasai salji iaitu di NZ. Memang masa ni plan nak main salji di puncak Gunung Remarkables. Konon nak main ski tapi jangan mimpi yea sebab masa terlalu suntuk ketika ini. Sempat juga main tubing dan bergolek di atas salji.....memang best giler.

Hanya sempat berada di sini 2 jam sahaja walaupun palbagai liku untuk sampai ke tempat ini. Seronok dan terharu tidak terkata. Suhu ketika ini ialah 4C. Ketika ini juga ialah awal musim bunga di NZ.

kenangan main tubing sebanyak 3 kali di puncak gunung ini. 


Demikian serba sedikit kenangan bermain salji di 4 buah negara. Lepas ini aku share pasal benda lain pulak yea....tapi tetap pasal travel.

p/s - nak main salji lagi......



18 comments:

Zai Zamree said...

syoknya tgk

Anum said...

best sangat2 snow

arysha_fayyadh said...

Assalam leez,
Salam perkenalan yer
suke betui baca blog travle leez ni
ni pun baru terjah a few places sajork
banyak lagi nak kena katam ni he3
papun kalo sudi jemputla singgah & join blog sha juga yer :)

Ann said...

sy blum pernah lg merasa salji ni..sp x teringin kan..insyaAllah 1 day kalau ade rezeki..

-16 tu giler sejuk la..

salam kenal;)

Watie Rose said...

Terbaik kak ^_^

Mama Zharfan said...

kita share passion yg sama ie sukaaa main salji..my 1st experience with snow thn 2007...pegi study kat nottingham, UK...then pegi notts lg thn 2010..main snow kaw2 punya :)
pegu sydney time awal winter tak jumpa snow..pegi paris time end winter pun tak jumpa snow :)

Leez M. Saaid said...

Zai..

heheh tqvm for dropping by..
yes...syok tak terkata.

Leez M. Saaid said...

Nurzakiah...

Saya memang suka snow.....pengalaman yg kita tak dapat rasa di negara sendiri

Leez M. Saaid said...

Ary+Sha,

Thanks for dropping by.
Nanti datang lagi kay.

Leez M. Saaid said...

Ann...

Salam kenal juga.
Memang seronok main salji tapi kalau terlalu sejuk boleh pening gak.
InsyaAllah one fine day u akan rasa juga.

Leez M. Saaid said...


Watie..

wahh akak baru tau watie pun ada blog...
Heheh....jom travel lagi

Leez M. Saaid said...


Mama Zharfan...

Wah best tu duk UK...lagi lamalah u dapat pegang salji. Berbanding kalau gi bercuti...kejap tu jer dapat pegang salji..

Anyway...thanks sudi dropping by.

zura said...

Salam k.leez..nk tanya akak beli mn yer baju2 untuk winter ni.stylo dan cntik.sbb saya 1st time nak g korea time winter.saya suka bc blog akak.best sgt dan bnyk info.

Unknown said...

Salam akak,

saya amirah. SAya suka follow blog akak.. Saya nak tanya akak waktu akak ke lauterbrunnen dulu apa aktiviti yang akak buat ye?? boleh dapatkan itinerary ke ape ke..heh sebab saya nak kesana hujung bulan ni..

kalau ada apa apa info email kan boleh
amirahizati@gmail.com

Leez M. Saaid said...


Zura...

Thanks for reading my blog.
Winter jacket kebanyakan i beli kat UK sbb byk size i kat sana hehe...and murah some more.
But u also can get cheaper price beli online ajer..
Pergi ke IG @mytravelcorner

Leez M. Saaid said...


Mira...

Thanks so much reading my blog.
Pasal trip ke swiss tu u boleh refer to my swiss entry....some tips u can refer there.

zura said...

Ok terima kasih banyak k.leez...

yuyu said...

Teruskan wrinting anda..membantu saya travel ke tempat yang saya x pernah sampai..:)